|
Jangan Ada Benci 1 & 2
Sunday, March 6, 2011 | 8:15 AM | 0 star
“Nurul, tolonglah pandu kereta ni laju sikit, apasal dah macam kura-kura sakit kaki ni. Jarak yang tak sampai 50 kilometer ni dah lebih sejam kau memandu. Ni kalau suruh drive dari Penang ke Johor mau seminggu baru sampai”.
“Wah..wah. wah.. banyak kau punya kura-kura, tak Nampak kereta berderet di depan tu? Nak aku redah aje kaki lima ni. Kau yang terlelap dari tadi, celik aje tau-tau nak membebel, aku suruh turun jalan kaki baru tau.”
Hahahah.. perang mulut start dah. Nurul memang pantang kalau aku complaint kaedah pemanduannya. Alah, kalau jalan tak jam pun memang dia pandu perlahan. Nak emo tak pasal-pasal pulak, yang aku ni pun lepas tercelik mata sesedap hati je complaint dia bawak kereta slow, mana tak angin kawan baik aku ni.
“Hehehehe.. sorry laa Nurul, aku saje je..”
“Saja ..heekk.. kau. Cuba ko pulak yang bawak kereta ni, rasalah macam mana nak jalan ikut kura-kura, labi-labi , penyu yang bergerak 20 kilometer sejam.” Wawawawa.. Nurul masih bersisa marahnya. Ehehe.. dah lah dia tersiksa memandu dalam jam, aku pulak lagi nak curah minyak ke atas hati yang membara.
“Okeylah, kan aku kata, aku saje je”. Aku start buat muka seposen, alah Nurul marah bukan ke mana sangat. Kalau tak, takkan dia sanggup nak temankan aku ke Kuala Lumpur, bersusah payah memandu dalam kesesakan yang tak pernah surut. Tu sebab aku sayang kat Nurul, kawan sejati yang tak pernah menolak kalau aku minta tolong. Keakraban kami memang diketahui oleh kedua-dua keluarga sementelahan kami tinggal sekampung. Aku yang menumpang hidup dengan mak long dan pak long sekeluarga sejak dari usiaku 2 hari. Mak long kata, ibuku mengalami tekanan jiwa kerana pemergian ayahku pada hari aku dilahirkan. Kerana kesihatan ibu yang terjejas, aku dijaga oleh mak long tak mengasihi aku tak ubah seperti anak sendiri.
Persahabatan aku dengan Nurul yang aku tak pasti bila mulanya, seingat aku Nurul aku kenali sebelum aku belum boleh bercakap. Ini kerana, emak Nurul yang menjagaku apabila mak long keluar bekerja. Sementelahan mak long tidak mempunyai anak perempuan selain dari 5 orang anak lelaki yang semuanya lebih tua dariku. Pendek kata, celik mata aje, Nurullah yang menjadi temanku.
“Eliza Damia.. hello. Eliza Damia..!” Nurul memetik jarinya di depan hidungku. “Ala.. Tak kan merajuk kot, aku marah main-main aje lah. Dah. Dah.. kita berhenti kat stesen minyak kat depan tu ya, aku nak terkucil dah ni.” Hahaha, kan aku dah kata, tak ke mana marah dan rajuknya. Tak payah aku pujuk pun Nurul dah ok. Aku cuma senyum meleret bila mood kawan aku ni dah pulih.. huhuhu nasib minah ni tak marah lagi.
Stesen minyak yang mempunyai kedai makanan segera McDonalds itu menjadi perhentian untuk melepaskan lelah. Elleh, baru sejam setengah memandu,penatnya mengalahkan memanjat gunung. Nurul ni memang sengaja nak kenakan akulah ni. Laju aje memesan makanan, macam dah plan aje minah ni.
“Eliza, kau belum bagi tau aku lagi apa sebenarnya tujuan kau ajak aku ke Kuala Lumpur ni. Entah mana tempat yang kau nak tuju pun aku tak pasti.”
“Nurul, dah berapa kali aku kata KLCC laa, kau bawak aku ke KLCC nanti aku tunjuk la mana tempat nak pergi. Tapi sebenarnya memang patut aku bagi tau kau awal-awal kenapa kita kena pergi KLCC. Nanti takde laa ko terkejut sangat. Silap-silap nanti mau masuk hospital sebab terkejut”
“ Aiikk besar punya rahsia ko nak bagi tau ni..?”
Dan aku pun meluahkan rasa yang terbuku.
“Mak long faham, Eliza nak sambung belajar. Mak long pun tak mau anak mak long ni berhenti belajar dan mengejar cita-cita. Kan mak long dah kata tadi, Eliza bertunang aje dengan anak kawan mak long tu.
Memang ini keputusan yang berat, mak long pun faham perkara nikah kawin ni bukan boleh dibuat main. Mak long dah terangkan macam mana keluarga Engku Faridah dah berbudi dengan kita sekeluarga. Sekarang bila dia nak minta tolong, mak long memang serba salah. Lebih-lebih lagi kalau dikenangkan macam mana Engku Faridah dah membantu kita, kamu tahukan Engku Faridah tu kawan baik mama kamu sejak sekolah lagi? Malah sewaktu mama kamu sakit, Engku Faridahlah yang banyak membantu menguruskan mama kamu, tu belum lagi lagi pertolongan dia menjaga kamu waktu kecil.”
Panjang lebar dah mak long bercerita, akhirnya aku faham, bukan mak long sebenarnya yang berhutang budi, tapi aku. Jadi tak mustahillah aku perlu menuruti permintaan ini.
Nurul cuma mengangguk tanda faham, tapi setuju atau tidak aku tak tau.
“Jadi engkau setujulah dengan cadangan mak long?”
Aku cuma mengangguk. Nada suara Nurul, jelas menunjukkan rasa tak puas hati. “Aku tak boleh buat apa-apa lagi Nurul, puas aku memikirnya jadi jalan untuk menyenangkan hati semua orang, aku turutkan aje permintaan mak long. Aku lagi terkejut bila anak Engku Faridah tu sendiri yang call aku semalam, nak ajak jumpa di KLCC. Aku sebenarnya tak tau macammana rupa dia, Cuma dia pesan bila dah sampai telefon aje dan dia memang dah tunggu kita sejak tengah hari lagi.” Aku terangkan pada Nurul panjang lebar.
“Tengah hari..?” Bagai nak tersembul biji matanya, taulah sekarang dah hampir pukul 4 petang. Salah dia jugak, kenapa pandu kereta perlahan sangat. “Pukul berapa sebenarnya engkau berjanji hah?”
“Pukul 1.30 tengah hari”. Aku menyimpul senyum. Nampaknya Nurul yang tertekan, bukannya aku.
Shahrul Harriez gelisah menunggu di coffeehouse mewah itu. Belum apa-apa dah buat darahnya meng”oren” naik ke muka, lambat perkara yang paling dibenci, baginya memungkiri janji adalah satu perkara yang serius. Seketika handphone yang dari tadi menyepi kini mengeluarkan isyarat dari pemanggil yang tak dikenali. Tahulah dia Eliza Damia kini semakin menghampiri, tiba-tiba dia mengukir senyuman sendiri. Hilang segala rajuk dan marah yang tadi menyelubungi segenap hati.
Dari jauh kelibat dua gadis berjalan tertinjau-tinjau menjenguk coffeehouse yang diberitahunya tadi. Sengaja Shahrul Harriez membiarkan mereka tercari-cari, ingin dia memerhatikan, eh yang mana satu Eliza Damia? Yang bermuka bulat itu atau yang..yang..yang.. wah cantiknya . hati lelakinya bersorak girang, mintak-mintak yang itu lah Eliza Damia. Apabila dilihatnya 2 gadis tersebut bagaikan mahu mengatur langkah untuk keluar, cepat-cepat Shahrul Harriez berdiri dan menghampiri kedua-duanya. Bagai diduga, mereka terkejut kerana sudah lama sebenarnya Shahrul Harriez duduk hampir dengan tempat mereka berdiri.
Nurul faham, ini adalah pertemuan antara Eliza dan bakal tunangnya, cepat-cepat dia meminta diri. Kononnya nak ke Kinokuniya, lagipun apa nak dibuat mengganggu orang nak berkenal-kenalan. Sempat dia berjanji akan kembali mencari Eliza pukul 6 petang nanti.
Eliza jadi tak keruan, oh inilah orangnya yang mak long jodohkan? Hati jadi tak keruan, serba salah dan canggung benar rasanya. Bila Nurul melangkah pergi, langsung otaknya tidah berjaya memproses apa-apa tindakkan, hanya menunduk dan membatukan diri.
Shahrul Harriez faham kegelisahan gadis di depannya, perasaan girangnya sengaja disembunyikan tanpa dia melemparkan walau sebaris senyuman. Egonya mendesak supaya dia kelihatan tegas dan serius. Entah kenapa perasaannya begitu mendesak agar dia tidak menunjukkan betapa dia suka melihat wajah Eliza untuk pertama kalinya. Inikah cinta pandang pertama?
Tiba-tiba Shahrul Harriez mendapat akal, mengajak Eliza ke tempat lain, huh jemu sudah dia di dalam coffehouse itu, sudah lebih 3 jam menunggu. Bila dah berjumpa tak kan nak sambung lagi? Jam di tangan menunjukkan pukul lima suku, maknanya hanya empat puluh lima minit masa untuk dia bertemu dan berbicara dengan Eliza.
Eliza menghayun langkah menuju ke taman KLCC, belum sepatah pun ayat yang terkeluar dari mulut lelaki ini. Apa tujuaannya dan apa mahunya belum lagi terjawab sementelahan dia didorong untuk mengambil angin di luar. Akhirnya, mereka hanya menuju ke air pancut dan menyediakan bangku untuk bersantai.
Duduk menghadap lelaki ini membuatkan jiwanya kecut, seboleh-bolehnya Eliza menundukkan muka tidak berani menentang pandangan matanya yang tajam. Sesekali menjeling dengan ekor mata dan setiap kali itulah Eliza pasti lelaki ini merenungnya. Tidak selesa dengan panahan mata Shahrul Harriez, Eliza mengalihkan pandangan ke arah taman permainan kanak-kanak, seketika dia leka dan lupa siapa di depannya.
Hmm.. pemalu sungguh Eliza, tak sekali pun dia berani menentang pandangan mata aku, getus hati Shahrul Harriez. Bagaimana harus aku mulakan perbualan ini, aku harap dia tak bisu.
“Eliza, maafkan saya sebab menyusahkan awak datang ke sini. Saya tak bermaksud nak membebankan awak, tapi saya tak tahu macam mana nak ke tempat awak dan bercakap dengan awak secara bersemuka. Awak tahukan pertemuan kita ni diluar pengetahuan mama dan mak long awak? “
Eliza hanya mengangguk perlahan, masih sukar nak menatap wajah itu keseluruhannya, apalah yang disembunyikannya, bisik hari Shahrul Harriez.
“Awak fahamkan perhubungan kita sememangnya di atur oleh keluarga? Jadi tujuan saya nak jumpa awak sebab nak perjelaskan beberapa perkara. Saya harap awak dapat faham dan lebih terbuka.
Pertama sekali saya nak jelaskan, pertunangan kita hanyalah semata-mata menurut kehendak keluarga, jadi kerana tiada persetujuaan di antara kita, maka kita akan menurut aje kehendak orang tu a kita sepanjang pertunangan ini. Sepanjang tempoh 6 bulan pertunangan ini nanti, kita Cuma perlu bersikap dingin aje, jadi orang tua kita akan fikir yang kita tak sefahaman. Mudahlah nanti untuk kita memutuskan pertunangan dan kita tak perlu kahwin.”
‘Mak oi... panjangnya instruction, mamat ni dah karang skrip ke ayat apa dia nak cakap pada aku. Dah laa garang semacam, isskhh tak payah suruh bersikap dingin pun memang aku akan jauhkan diri. ‘ Aku bermonolog sendiri, namun nak mengangkat muka apatah lagi bertentang mata memang aku tak sanggup. Tak apalah, kalau begitu.
“Sa..saya.. saya faham, tapi saya tak boleh nak menolak permintaan mak long”. Aku cuba bersuara, tapi kalau itu yang awak nak, tak apa saya faham apa yang patut saya buat”. Lirih Eliza bersuara.
Sayu betul hati aku, belum apa-apa lagi dah tunjuk yang dia benci kat aku. Tak pe laa, mungkin jodoh aku berat dengan dia, lagi pun mungkin Tuhan mendengar doanya dan merestui cita-citanya.
Tepat pukul enam, Nurul muncul dan mengajaknya pulang, bimbang jika terlewat tiba ke rumah, mak long akan mengesan kehilangan Eliza. Panjang pulak ceritanya nanti. Tahu benar Nurul akan perangai mak long, kalau dah marah memang nahas la. Kerana itu juga Nurul sentiasa bersimpati pada nasib sahabatnya ini, sementelahan melihat wajah Eliza Damia yang keruh, terdetik hatinya yang sahabatnya ini sedang dirundung kesedihan. Apa lagi lah nasib Eliza Damia ni..
Tuesday 15 Feb 2011 11.41am 21 Feb 2011 – Penulisan2u
Shahrul Harriez tak keruan selepas kedua-dua gadis itu berlalu. Serba salah menyelubungi hatinya. Walaupun apa yang dirancang betul-betul keluar dari mulutnya, ternyata dia menyesali setiap patah perkataannya. Menatap wajah Eliza Damia untuk kali pertama benar-benar menggetarkan hatinya. Sungguh, dia terpesona dengan Eliza, sejuk mata memandang Cuma ego yang menggunung tinggi itu yang menghalang untuk dia meluahkan betapa dia sebenarnya terpana dengan keayuan gadis itu. Hampir sejam Eliza dan Nurul menghilang barulah Shahrul Harriez memandu pulang ke vila mewahnya kediaman keluarganya.
Sepanjang perjalan pulang Shahrul Harriez memikirkan tindakannya terhadap Eliza. Memang mummy yang mengusulkan pertunangan ini, kononnya gadis Eliza adalah anak kenalan rapatnya dan mummy mahu Shahrul Harriez memenuhi satu-satunya permintaan itu. Shahrul Harriez masih belum mendapat punca, bagaimana mummynya yang begitu memandang kebendaan, pangkat dan harta boleh mengusulkan Eliza Damia di atas dasar menghubungkan persahabatan lamanya. Shahrul Harriez buntu, yang dikenali mummy yang demanding, tiba-tiba cadangannya begitu bertentangan.
Dulu bukan tak pernah mummy mengamuk dan berendam airmata bila Shahrul Harriez memberi tahu tentang percintaannya dengan Husna, seorang gadis kampung yang belajar bersamanya di UK. Padahal Husna tiada cacat celanya, cukup pakej seorang wanita cantik dan berpelajaran tinggi. Hanya kerana bapa Husna seorang guru besar sekolah rendah dan ibunya Cuma surirumah, Husna ditentang habis-habisan kononnya darjat tidak setaraf. Bangga benar mummy dengan gelarang tengku itu, Shahrul Harriez sendiri kerap tidak menggunakan gelaran untuk memperkenalkan dirinya, hanya di atas urusan rasmi sahaja.
Setibanya di rumah, mummy sedang bersantai di ruang tamu. Shahrul Harriez tidak mahu ambik pusing, fikirannya masih melayang teringatkan Eliza. Walaupun tidak banyak patah perkataan yang terbit dari mulut gadis itu, ternyata aura tarikannya begitu hebat. Shahrul Harriez akui yang dia terpana seketika melihat Eliza Damia walaupun. Terus melabuhkan duduk di sebelah mummynya.
“Harriez dah fikirkan cadangan mummy tu? Mummy nak Harriez jumpa Eliza dan berkenal-kenallah. Elok kalau Harriez pulang ke kampung jenguk Mak Tok dan Tok Wan, sambil tu Harriez bolehlah kenal Eliza dengan lebih rapat lagi.”
“Harriez busy lah mummy, banyak kerja di pejabat tu’.. bersahaja dia menjawab.
“No..! Harriez mesti kenal bakal isteri Harriez, takkan nak nikah baru nak berkenalan?’ Jerkah mummy tiba-tiba.
“Mummy kenapa desak Harriez macam ni? Kan mummy kata bertunang aje, tak payahlah Harriez kena balik kampung untuk kenal budak tu”. Harriez juga menyahut tinggi suara mummynya. Sebenarnya Harrriez tidak suka didesak. Seolah-olah mummy mengaturkan keseluruhan hidupnya.
Engku Faridah terpana dengan jawapan anak lelaki tunggalnya itu, cepat-cepat dia memaniskan muka.
“Engku Harriez, mummy nak Harriez berkenal-kenallah dengan dia, kan Harriez tak pernah tengok Eliza? Cantik tau, mummy takut nanti Harriez dah tengok dia tak boleh tidur malam”. Jelas Engku Faridah cuba memancing ego anaknya.
“Yalah..yalah mummy.. nanti hujung minggu ni Harriez balik jumpa Mak Tok dan Tok Wan.” Shahrul Harriez bangun dan melangkah ke biliknya. Sebelum itu sempat dia menolah ke arah mummynya seraya berkata” Mummy, boleh kasi Riez tengok gambar Eliza tak? Manalah tau kot-kot boleh jatuh cinta ke?” Engku Faridah terjerit keriangan, “ada-ada, Riez ambil atas meja tulis di bilik bacaan ya?
Sambil membaringkan badannya, Shahrul Harriez menatap gambar Eliza, kelihatan sesusuk tubuh langsing yang berdiri di tepi pokok, berbaju kurung berdandan rapi. Rambut panjang separas bahu.. ehh tadi rambut dia lagi panjang lah. Shahrul harriez tersenyum sendiri. Ini mesti gambar waktu raya, fikirnya sendiri. Entah bila dia terlelap dengan gambar itu masih didadanya
“Eliza, hantarkan kuih ni ke rumah Mak Tok, cakapkan yang mak long datang lepas Asar nanti” Mak long bagi arahan yang Eliza dah tau semenjak mak long mula menguli tepung untuk di buat karipap. Tanpa banyak soal, bekas plastik yang berisi karipap panas itu di ambil dari atas meja dan Eliza menuju ke pintu dapur.
“Assalamulaikum Mak tok.. Mak tok. Ni Eliza datang ni.. “
“Eliza, naik lah mak tok ada di dalam ni baru lepas solat.” Mak tok yang separuh abad itu melangkah ke muka pintu menyambut kedatangan Eliza. “Apa yang dibawak tu”
“Karipap mak tok, oh ya mak long pesan nanti dia datang lepas Asar, hmm kenapa mak long nak datang Eliza tak tak tau lah mak tok” Eliza melirih manja kepada orang tua itu. Maktok sedia maklum Eliza seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.
“Eliza, hari minggu ni ada apa-apa ke? Mak tok nak minta tolong sikitlah.” “Ada apa Mak tok? Insya Allah Eliza tak ada apa-apa masalah, tapi nanti Eliza minta izin mak long dulu ya.
“Mak tok nak minta kamu tolong masak je, cucu Mak tok dari KL tu haa nak balik. Mak tok ni tak berapa kuat sangat nak masak”. Panjang lebar Mak tok membuka bicara. Hmm. Kalaulah anak dara ni tau yang aku nak temukan dia dengan Harriez, bisik Mak tok sendiri. Eliza yang manja dan pemalu itu berkenan benar dihati mak tok, sementelahan dia tahu nasib yang menimpa diri gadis itu. Anak yang menumpang kasih, kadang-kadang disisih dan tak terbela. Si Hasnah, mak longnya tu pun ikut anginnya jugak, kena gayanya baik kalau nasib tak baik memang Eliza selalu jadi sasaran. Sebab tu lah Mak tok berhajat benar Eliza lekas disunting, kalau dah bersuami nanti harap-harap ada tempat menumpang kasih.
Hujung minggu itu berlangsung dengan meriah. Memang Mak tok betul-betul gembira dengan kepulangan anak cucunya. Aku Cuma jadi pemerhati, tak sanggup aku nak membawa diri bercampur gaul dengan keluarga mak tok yang ternyata rupanya orang kaya berharta dan berpangkat. Tak sangka juga Mak tok itu bergelar Engku Zaharah..! Memang mak tok baik dan merendah diri, langsung pangkat dan darjat tidak pernah terzahir di wajahnya. Sementelahan kemewahan langsung tidak terpancar. Waah memang sempoi mak tok ni. Malu sendiri aku dibuatnya. Selain dari tolong memasak, aku Cuma berani duduk di meja dapur. Alahai, mak tok jangan marah ye kalau orang tiba-tiba lari balik rumah? Aku tak sanggup dah berlama-lama di rumah mak tok. Tiba-tiba jee aku dengar nama aku dipanggil, mak menggigil lutut aku..!
“Eliza, marilah makan sama kami” Suara mak tok lembut memanggil. Abis takkan aku nak menyorok masuk bilik air pulak. Nak tak nak aku melangkah juga ke ruang tengah. Tengok aje semua orang yang berkumpul dan berpasang-pasang biji mata yang terarah memandang aku, lutut dah rasa lembik macam sotong. Aisey. .. tak payah laa pandang aku semua orang.. makan jee apa yang ada depan mata tu. Aku tak berani nak jeling pun, muka kutundukkan dan ruang di sebe;ah mak tok yang nampak clear aku tuju.
“Eliza.. haa mari duduk sini sebelah mummy” Errppkkh.. perempuan anggun tu bersuara. Duduk depan dia, maksudnya duduk di sebelah..? Sebelah Shahrul Harriez..! Ayyoo aku dah rasa diawang-awangan. Daripada aku buat drama pengsan-tumbang-celik kat sini, baik ikutkan saja. Okey.. Eliza.. control macho..ehh control ayu.. Tarik nafas.. lepas.. tarik .. lepas.. ahhh.. cam tu la. Tiba-tiba jee aku datang kekuatan nak paksa diri untuk duduk di sebelah Shahrul Harriez.
Erkkk.. kemain senyum pulak mamat ni? Hari tu serius giler, cakap dengan aku mengalahkan Leftenan Adnan, ni siap jeling-jeling pulak. ‘Eliza nak bubur ni ke ?’ Ewah-ewah.. dia pulak yang layan aku. Ini sudah lebih..terbalik kot lagi. Rileks.. Eliza. Rileks..Boleh pulak lepas tu semua orang pakat tinggalkan aku kat meja makan tu, masing-masing ader je hal nak dibuat, kecuali Shahrul Harriez. Sah diorang pakat nak tinggalkan aku. Tak patut betul, aku pun apa lagi terus je mencapai pinggang-pinggang bekas makan tu semua. Tapi, sah-sah ditegah oleh Mak Tok dan seluruh keluarga lain. Iskh..iskh.. kang aku meraung berebut pinggan kotor tu, apa pulak kata diorang.
Mau-tak mau aku dipaksa duduk di meja tu dan juga dipaksa makan bubur jagung yang aku sendiri buat dan aku dah pun telan semangguk penuh. Setiap suapan rasa berpasir je nak masuk ke mulut. Tak sampai sepuluh minit, meja tu dah tinggal aku berdua je. Suasana dah jadi sunyi macam takde orang. Agaknya diorang ni pakat-pakat dah kot, tak pun siap tinggalkan mikrofon kecil dengan kamera tersembunyi untuk mengintip. Apa daa aku merepek ni ?
Rasa macam line clear aje, aku beranikan diri memandang muka bakal tunang aku ni, tapi, makk.. ! Tengok mata dia yang dah tenung muka aku macam nak tembus, bagaikan keluar aura naga emas. Aiseyyman.. dia ni memang tak suka kat aku ke ? Mesti dia bengang nak kena kawin paksa dengan aku. Terus selera aku mati. Sumpah, aku menyesal sangat-sangat setuju duduk semeja dengan dewa naga berapi ni. Ehh nama apa pulak ni?
Bila sudu aku letakkan ke dalam mangkuk dan menolaknya ke tengah. Shahrul Harriez dah buka mulut.
„Kenapa makan tak habis?“ Amboi makan pun macam dalam kem askar, suka aku laa nak telan dengan mangkuk ni sekali ke? „Dah kenyang’ Lirih jee aku jawab. Mana tak kenyangnya, kena jeling pun perut aku dah rasa penuh. „Eliza, saya tak mau berteka-teki lagi. Nampaknya pertunangan kita tetap akan berlangsung jugak. Mungkin dalam masa terdekat ni. Harap-harap awak tau apa nak buat“.
„ Apa saya nak buat?“
„Awak kena fikir macam mana nak buat mummy saya batalkan pertunangan kita!“ Oppss. .. Dewa naga dah menyemburkan lahar berapi.. Heh dia ni,..
“Kenapa saya kena fikir semua tu? Kalau awak tak suka, cakap ajelah terus terang pada keluarga awak. Kenapa saya pulak yang mesti buat mummy awak benci? Hah, aku pun dah menaikkan suhu jugak. Oo. Dia ingat dia best ke suruh aku pulak yang cakap kat .. kat sapa..? Cakap apa..?
“Eliza, saya tak tau apa yang ada dalam fikiran awak, tapi saya mahu awak fakirkan macam mana nak buat supaya kita tak jadi kawin”.
“Kenapa saya yang harus pikirkan? Awak tak suka, awak carilah alasan sendiri”
Memang berang dibuatnya kalau bercakap dengan orang yang tau dia aje yang betul. Eliza mengetap bibir lalu melangkah ke dapur. Panggilan Shahrul harries tidak dihiraukan sementelahan hatinya sakit. Macamlah aku terhegeh-hegeh nak sangat kawin dengan dia, getus hatinya mendongkol geram.
|