|
Jangan Ada Benci 4
Sunday, March 6, 2011 | 8:17 AM | 2 star
Sebenarnya engkau masih kusayang.. biarpun tak dapat bersama. Tersentuh hatiku dibuai kenangan lalu.. Ingin kuluahkan rasa di hatiku .. sudikah mendengarnya…???
Shahrul Harriez meraup mukanya sambil mengeluh perlahan. Sungguh dia begitu rindu . Rindu pada Eliza yang jauh. Kenapa hati begitu merindui dia? Sudah jauh beribu batu tapi kenapa dia terasa begitu dekat di hati.? Eliza.. dengarlah abang rindukan sayang..
“Shahrul, makanlah oii. Dari tadi kau termenung tengok laut, hello bro tu laut di teluk Arab kalau berenang pun tak maunya sampai ke Selat Melaka.” Jeritan Adam yang disambut gelak ketawa rakan-rakan yang lain mematikan lamunannya. Shahrul Harriez cuma tersenyum menoleh ke arah rakan-rakannya. Kalaulah mereka tahu macam mana hatinya berperang dengan perasaan, kalaulah mereka tahu yang dia tak lalu nak makan. Semuanya diorang tak tahu betapa teruknya dia memendam perasaan. Setiap detik yang berlalu tak pernah sikit pun dia tak terkenangkan Eliza. Aduh sakitnya rindu
Tak perasan entah bila Adam menghampiri Shahrul Harriez, sementelahan dia kembali hanyut dibuai perasaan. Seminit dua dia tersedar, selebihnya segenap tumouan teryangkan Eliza.
“Shahrul, kau tahu tempat kau berdiri tu memang tempat favourite orang bunuh diri” Sengaja Adam berkata demikian, padahal bukan dia tau pun, sengaja mencuri tumpuan Shahrul HArriez.
“Apasal kau cakap macam tu?” Shahrul Harriez sekadar membalas.
“Ye lah, kalau pekerja pelantar minyak yang macam kita ni jauh di tengah laut, jauh dari keluarga dah tentu perasaan rindu tu tak nampak sempadankan?”.
“Rindu apa pulak yang kau cakap ni?” Eh, macam mana si Adam ni tau aku tengah rindukan seseorang? Tak siapa pun orang kat sini tau pasal Eliza, detik hatinya.
“Shahrul, dah sebulan kau macam kapur berak ayam, eh bukan.. ayam berak kapur.. Kalau kau tak betul-betul focus pada kerja, aku tak tau apa yang kau fikirkan. Macam kau melayan perasaan sorang-sorang, senang cakap kau memang teringat dan rindukan seseorangkan?” Tekan Adam.
Shahrul Harriez cuma menopang dagu dan terus memandangkan ke tengah laut. Malas dia nak menjawab soalan Adam. Biarlah Adam nak berteka-teki teka-tekuk, ular mati atas pokok. Kalau diam tu faham-faham sendiri jelah, Adam kan pandai baca hati dan perasaan orang.
“Kau rindukan siapa sebenarnya? Tak mungkin Mummy dan daddy kau, dulupun bukannya kau rapat dengan diorang. Ni mesti kekasih kau kan..atau tunang kau..?” Lagi Adam terus menebak. Lama Shahrul Harriez terdiam.
“Ye, aku rindu kat kekasih aku, tapi dia bukan tunang aku”. Mudah saja Shahrul Harriez mengaku, malas dia mau berselindung. Meluahkan rasa bagaikan melepaskan beban rindu yang menyesak dadanya. “Aku rindu pada isteri aku”.
Melopong mulut Adam, isteri? “Bila kau kawin? Ooo masa kau cuti dua minggu sebelum kita bertolak ke Dubai ni kan? Ya Allah, Shahrul, patutlah muka kau tak ubah macam mayat hidup. Aku pun hairan, mula-mula ko bukan main excited nak join team ke Dubai, lepas pun kau mintak batal, alih-alih last minute kau confirm nak pegi. Bila dah sampai sini kau berubah betul. Aku memang betul-betul hairan dengan perangai kau, termasuk terkejut dengan berita kau dah kawin”. Adam menggeleng-gelengkan kepalanya tanda tak percaya campur terkejut dengan berita yang baru didengar.
“Sekarang aku faham, kau rindu dan teringat isteri yang jauh, tapi kenapa air muka kau nampak cokelat campur purple? Ye la, aku faham kalau orang rindukan isteri, sini pun ramai yang tinggalkan keluarga, tapi kau nampak lain macam sangat?”
Adam mula menunjukkan minat, mungkin kes rindu Shahrul Harriez tak seperti kisah-kisah rindu teman-teman yang lain. Orang lain pun kemaruk teringat bini gak tapi tak lah macam Shahrul Harriez yang tak ubah macam orang mati bini. Kut iya pun baru kawin, kenapa mukanya sedih dan teruk sangat? Adam terus menunggu Shahrul Harriez meluahkan rasa.
“Aku faham kalau ini terlalu peribadi untuk kau, tapi kalau kau simpan seorang diri, boleh makan diri bro, it’s killing you softly. Ceritalah kalau boleh mengurangkan tekanan perasaan kau. Tau tak yang kau langsung tak macam dulu, okey memanglah kau sekarang dah jadi suami orang, tapi mood swing kau tu, kadang-kadang boleh menjejaskan prestasi kerja. Kalau hati tak senang macam mana kerja produktif? Kalau kau selalu layan perasaan sorang-sorang macam mana focus pada kerja?
“ Ada ke kerja aku yang terganggu?”
“Okey, kerja kau semuanya tip-top, tapi macam mana dengan relations towards your staff and subordinates? Diorang semua hairan kenapa ko serius sangat? Nasib baiklah cuma lima orang je anak buah kau dari Malaysia, tapi macam mana dengan berbelas-belas yang lain yang datang dari merata pelusuk dunia? Mereka cuma kenal seorang boss yang terlalu serius dan hanya bercakap pasal kerja, tengok lah orang lain tengah sibuk makan-makan, ko boleh makan hati sorang-sorang kat ceruk ni.” Adam meluahkan pendapatnya, sememangnya itulah yang ditunggu selepas sebulan memerhatikan tingkah laku Shahrul Harriez. Siapa lagi yang berani menegur atau menghampiri Shahrul Harriez selain dia? Ini pun sebab dia sama pangkat dengan Shahrul Harriez, kalau orang bawahan, memang tak siapa yang berani nak tegur Shahrul Harriez, mukanya yang serius tu silap-silap orang boleh kata dia tengah marah.
“Aku tak tau macam mana nak cerita kat kau”. Shahrul Harriez akhirnya mengaku.
“Macam tu, kau ceritalah siapa isteri kau yang bertuah sangat tu sampai kau boleh berubah tiga ratus enam puluh darjah ni? Soal Adam sambil tersenyum. Memang dia rasa nak menahan ketawa bila terfikir ada perempuan yang bertuah boleh menggoncang hidup Shahrul Harriez.
“Eliza.. Eliza Damia”.
“Wow.. Eliza.. sedapnya nama, umur berapa..? Lawa ke? Adam bertanya bertubi-tubi, baru dengar nama Adam dah membulatkan mata.
“ Kau nak dengar ke tak? Biar aku ceritalah, nanti aku tak mau cerita karang..”
“Ok.. Ok.. sorry sambung” Adam cepat-cepat tersedar. Sambil itu, Shahrul Harriez menghulurkan telefon bimbitnya kepada Adam. “Nak buat apa kau bagi handphone kat aku, kat sini bukannya ada signal?”. Iskkh… memang Shahrul Harriez ni dah mamai, dia nak suruh aku telefon bini dia ke?
“ Memanglah tak ada, aku nak tunjuk kat kau gambarnya.” Gambar Eliza yang diambil curi-curi sewaktu dikuliah kursus kahwin terpapar di telefon bimbitnya. Bulat mata Adam memandang, memang cantik , patutlah Shahrul Harriez gila bayang. Melihat Adam yang bagai nak terkeluar biji mata menatap wajah Eliza, Shahrul Harriez segera merampas dan menyimpan semula ke kocek seluarnya.
“Woi.. nantilah, aku belum habis tengok..!” Adam cuba mengambil kembali.
“Sudah, jangan nak memandai, aku bagi tengok pun supaya kau tahu yang aku bercakap pasal seseorang yang nyata okey? Nanti kau tak percaya pulak cerita aku.”.
“Haah.. aku lupa pulak pasal cerita kau, iskkh.. lawalah isteri kau, patutlah kau angau gila bayang macam kucing jantan kena kurung . hahahahahha” Adam pula datang niat mengusik. “Okey sekarang cerita..”
“Eliza sebenarnya jodoh aku yang diaturkan oleh keluarga, Mummy dan nenek aku yang aturkan supaya aku bertunang dengan Eliza. Mula-mulanya aku marah betul sebab diorang membelakangkan keputusan aku., macamlah aku tak de pilihan sendiri lagi pun masa tu aku masih menjejak Husna. Kau ingat Husnakan?” Adam cepat-cepat mengangguk dan menunggu cerita Shahrul Harriez penuh minat.
“Masa tu aku dah dapat menjejak Husna, sekarang dia dah mengajar di Melaka dan tinggal bersama ibunya di kampung. Bila cadangan untuk aku bertunang dengan gadis kampung mummy sampaikan, aku memang bengang betul tapi mummy merayu-rayu supaya aku terima dan setuju untuk berkompromi.”
“Berkompromi..? Maksud kau ada perjanjianlah antara kau dan mummy kau lah ni?” Adam mencelah, cuba untuk memahami cerita sebenar.
“Mummy cuma mahu aku bertunang denagn Eliza, sebagai balasan dia akan terima Husna sebagai pilihan aku. Sampailah bila aku disuruh berjumpa sendiri dengan Eliza di rumah nenek. Mummy suruh aku berkenal-kenalan dengan Eliza, sebenarnya sebelum tu aku dah jumpa dia sekali di KLCC. Sebab waktu aku nak dia tau yang kami cuma perlu bertunang dan kalau boleh aku nak Eliza menolak keputusan untuk bertunang tu sebab aku dah dapat Husna kembai”
“Ehh.. cup..cup.. bro.. tadi kau cakap Eliza tu isteri kau, apa kes pulak dengan tunangn-tunang ni? Kau bertunang ke berkahwin?”
“Kan aku kata, dengar dulu, yang kau asyik menyampuk ni kenapa? Malaslah aku nak cerita.. Iskhh merajuk pulak.
“Sorry… sorry.. please.. sambung cerita kau, aku tak kacau dah” Adam mengangkat kedua-dua tangannya,
“Bila aku jumpa dia di kampung, aku masih paksa dia minta batalakn pertunangan tu. Kami bertengkar jugak, tak sangka dia boleh melawan. Mula-mula aku jumpa dia, nampak macam takut-takut aje tapi masa tu.. hmmm.. cute betul bila dia marah. Terus dia lari balik rumah. Rupa-rupanya perbualan kami didengar oleh nenek aku dan mummy. Teruk aku kena basuh, tak lama lepas tu neenk aku dan mummy pakat-pakat nak kami nikah, maknanya daripada majlis pertunanagn dah tukar jadi nikah. Diorang terus panggil emak saudara Eliza untuk berbincang, tak payah nak bersyarat banyak, Mak Long setuju aje untuk teruskan niat nenek dan mummy.”
“Mak Long, kenapa Mak Long, dia tak ada mak ayah ke?”
“Eliza dijaga oleh emak saudaranya, parents dia? Hmm.. aku tak tau sebab aku malas nak ambil tau. Banyak perbincangan nenek dengan mummy aku tak berapa ambil peduli. Masa tu aku pun pelik jugak kenapa mummy yang begitu berkira soal menantu dan pernah reject Husna boleh sudi nak bermenantukan orang kampung. Aku pulak bila mummy dah buat tawaran untuk terima Husna, tak kisah langsung dengan apa yang diorang bincangkan, ikut aje asalkan aku dapat bersama Husna.
Kami pun buat persiapan secepat yang mungkin, aku pun tak tau kenapa mesti jadi ekpres macam tu, macam dah tak boleh tangguh langsung. Mummy aku betul-betul teruja dan pentingkan pernikahan tu disegerakan, aku sempat keluar berdua dengan Eliza sebelum kami bernikah selama dua hari berturut-turut, itu pun sebab kami kena pergi kursus kawin dan buat fitting baju untuk kawin. Masa tu aku baru kenal dan tau macam mana Eliza.
Eliza betul-betul polos, gadis kampung yang penuh adap sopan. Kau tahu, dia cukup main berhati-hati kalau tersentuh aku sikit pun. Bila aku buat-buat tak reti je pegang tangan dia masa lintas jalan, aku dapat rasa yang dia begitu takut, pandang aku pun tak berani.” Shahrul Harriez ketawa kecil bila terkenangkan waktu melintas jalan antara Pertama Complex ke Sogo. Adam mengangguk sambil turut tersenyum, dapat dia bayangkan itulah antara saat dan detik manis untuk Shahrul yang gila bayang di depan dia ni.
“Seminggu lepas tu kami pun bernikah dalam majlis yang cukup meriah. Aku pun masa tu memang dah boleh terima Eliza, kau tahu Eliza yang pemalu tu kalau marah muka dia betul-betul comel tau. Kan aku kata yang kami ada bertengkar? Still, she looks very cute to me. Aku tak tau bila masa aku jatuh cinta, jatuh sayang pada Eliza., yang aku tau waktu aku lafazkan nikah, aku betul-betul cintakan dia. She hooked me so badly. I was stunning to every move of her. Memang betul-betul aku angau kat isteri sendiri, tak salahkan? Aku betul-betul bahagia, gembira masa tu macamlah aku sudah bertahun-tahun cintakan Eliza. I was devoted only for her until now actually.
Kau tahu berapa lama aku rasa gembira selapas jadi suami?” Shahrul Harriez cuba menduga Adam, kut-kutlah kawan sorang ni masih setia mendengar cerita atau dah lama terlelap. Tapi Adam cepat-cepat menggelengkan kepala tanda minta dia menyambung cerita dengan segera.
“Dua hari, cukup empat puluh lapan jam lepas aku jadi seorang suami yang bahagia. Aku dapat tahu yang perkahwinan kami berlangsung kerana rancangan mummy, nenek dan Mak Long. Tak terkecuali Eliza Damia juga yang turut jadi pelakon. Aku jadi betul-betul marah dan mengamuk kat semua orang. Tak sangka semua orang menipu aku, aku kawin atas rancangan bodoh diorang tu.” Muka handsome Shahrul Harriez bertukar merah, memang dia tak dapat lupa waktu tu, bilamana semua kebenaran terbongkar.
“Apa punca yang kau marah sangat?” Adam mula sedar Shahrul Harriez dah merah padam, mau kejap lagi bertukat menjadi biru langit, agaknyalah kot, bila dia mula rindu ..
“Simple, semuanya berpakat hanya kerana duit. Nenek aku setuju untuk pindahkan hartanya pada mummy dan Mak Long pun dapat bahagiannya jugak sebab jodohkan anak saudaranya tu. Tapi yang aku paling sakit hati bila Eliza pun turut mainkan peranan dalam game bodoh diorang tu. Sungguh tak sangka dia menurut kata-kata Mak Long dan dia pun mendapat bayaran jugak.”
“Maksud kau, Eliza sebenarnya berpura-pura aje layan kau sampai kau syok sendiri ingat dah jadi pengantin bahagia?” Adam mula faham dengan situasi sebenarnya.
“Ya, dia mengaku yang dia hanya menurut kata-kata Mak Long nya. Dia layan aku sampai aku rasa aku betul-betul cintakan dia, memang aku cintakan dia separuh mati. Tapi bila segala-galanya terbukti bila duit yang jadi ukuran, aku jadi marah. Kami bertengkar hebat dan dia tak menyangkal sikit pun tentang kebenaran perkahwinan kami atas rancangan untuk mendapatkan harta.
Aku betul-betul bengang, lebih kurang dua minggu saja dia buat aku jatuh cinta dan buat dunia aku betul-betul macam fairytales. Bila aku rasa tertipu, memanglah aku marah. Sebab tu aku contact office dan tanya kalau aku masih ada peluang untuk ke Dubai, Mr. Teo pun tak banyak cerita dan sudahnya aku kat sinilah macam yang kau tengok”.
Shahrul Harriez menyudahkan ceritanya. Terasa beban yang terbuku di hatinya bagaikan terlerai. Tu lah lain kali kalau ada masalah jangan simpan sendiri, meluahkan pada seseorang pun dah dapat mengurangkan rasa yang menghimpin jiwa, walaupun masalah tak selesai sekurang-kurangnya tak lah merana jiwa.
“Ok bro satu benda aku nak tanya, tadi kau cerita yang kau marah semua orang termasuk Eliza, tapi sebelum tu kau cakap kau rindu kat Eliza. Apa sebenarnya perasaan kau? Rindu ke marah?”
“Marah tu memang ada, tapi entahlah kau rasa macam mana.?” Shahrul Harriez pula menduga. Mana tau kalau-kalau IQ Adam yang tinggi macam pokok kelapa tu boleh memberi jawapan pada perasaannya sekarang.
“Sah..sah kau tu cinta dan sayang pada isteri kau tu bro, kalau tak takkan kau makan hati masak kicap kat tengah-tengah laut atas pelantar minyak ni. Aku tak nampak sebab lain, kau ada satu penyakit je sekarang ni.” Shahrul Harriez mengangkat muka memandang tepat ke muka Adam. Dengan penuh keyakinan Adam menuturkan kata-kata, “Kau tu sakit A.N.G.A.U bro..” Lalu ketawa macamlah soal perasaan begitu lucu buatnya. Macam tu punya jawan IQ setinggi pokok pisang pun dah boleh selesai.
“Sudahlah Shahrul, baik kau pulihkan hubungan kau dengan isteri kau tu. Betullah perkahwinan tu atas plan orang tua kau, tapi hati dan perasaan kau pada Eliza, ada diorang plan sekali untuk kau? Ada diorang paksa kau supaya jatuh cinta dan bahagia untuk masa dua minggu? Semua tu pilihan kau sendirikan?
Lagipun, dalam masa dua minggu tu, kau boleh pastikan apa sebenarnya perasaan Eliza pada kau? Paksaan atau kepura-puraan? Atau dia pun sebenarnya bahagia macam kau jugak?” Adam tak memberi sebarang jawapan malah memberi soalan-soalan yang selama ini Shahrul Harriez turut tertanya-tanya, apakah perasaan Eliza sebenarnya?
Adam melangkah meninggalkan temannya terus termangu macam hanyut di dunia sendiri. Faham yang temannya itu memerlukan lebih masa untuk berfikir. Biarlah, nanti taulah dia fikirkan apa yangterbaik untuk dirinya sendiri.
Shahrul Harriez masih merenung ke tengah laut, apakah perasaan Eliza pada aku?
Oh kekasih dengarkanlah suara cinta dari hatiku.. Ya Tuhanku berikanlah petunjukmu pada kekasihku, moga takdir melindungi cinta kita… Labels: Jangan Ada Benci |