|
Jangan Ada Benci 5
Saturday, April 2, 2011 | 12:16 PM | 1 star
“Engku Faridah, janganlah buat Kak Long macam ni, betullah Kak Long dah setuju kawinkan Eliza dengan Harriez , tapi Kak Long tak setuju jugak kalau dengan tiba-tiba jugak Engku nak suruh mereka bercerai.” Tertahan-tahan suara Mak Long merayu, wajah masam Engku Faridah dipandang dengan penuh sayu. “Kak Long, kenapa pulak nak pusing-pusing cerita ni? Dulu kita dah janji lepas emak serahkan harta-harta tu, Harriez akan ceraikan Eliza. Lagi pun bukannya budak-budak tu sama-sama suka apa nak dikisahkan pasal perceraian ni?. Tajam Engku Faridah bersuara, renungan Mak Long haram tak diendahkan. “Memang kita yang rancang semua ni, tapi Kak Long tak sanggup tengok anak Kak Long tu sedih. Cukup-cukuplah dengan apa yang dah jadi pada mamanya dulu. Kak Long dah tak sanggup nak pikul dosa lagi. Engku Faridah, biarkanlah Harriez dan Eliza terus jadi suami isteri.” “ Biarkan Kak Long kata, anak saya tu ada masa depan yang lebih baik dari terus berkahwin dengan Eliza Kak Long. Apa Kak Long tak ingat ke, macam mana perempuan tu kenakan kakak sendiri?’ Sinis Engku Faridah bersuara, bagai memancing kemarahan Mak Long. “Cukup Engku Faridah, yang bersengketa aku dengan Ummi Sarah, adik aku Memang dulu aku cemburukan Ummi Sarah, darah daging aku sendiri. Tapi aku dah insaf, aku tak mahu teruskan lagi. Eliza tu, anak Ummi Sarah yang aku bela sejak masih merah bagai anak aku sendiri. Ya aku bukan setakat cemburukan Ummi Sarah, aku benci dan aku tak mengaku dia adik kandungku, tapi Eliza tak salah apa-apa. Memang aku bodoh terlalu mengikut hati, menurut aje kemahuan kau untuk mendapatkan harta emak kau tu. Tapi sekarang bila Engku Faridah nak hancur hidup Eliza, aku tak izinkan. Aku tak kan benarkan.!”. Mak long yang tadi cuba berlemah lembut dah tak boleh nak tahan sabar bila darah daging sendiri diperlakukan sesuka hati oleh Engku Faridah. Peduli apa dengan darjat dan pangkat, Mak Long memang tak kira siapa pun di depannya, masa tu toksahkan pangkat, Engku Faridah pakai tocang pun Mak Long tak heran. “Sudahlah Kak Long, saya tak mahu ingat pasal perempuan gila tu. Sekarang hampir dua bulan Harriez dah menghilangkan diri. Nanti bila cukup aje empat bulan, Kak Long suruhlah Eliza tuntut fasakh. Kalau saya jumpa Harriez sebelum cukup empat bulan pun saya sendiri akan suruh Harriez ceraikan Eliza.” “Ooh. Sedapnya kau nak menyuruh aku, untuk pengetahuan kau Engku Faridah, anak aku Eliza pun sama-sama menghilangkan diri, tapi jangan kau harap aku pulak jadi penghasut suruh mereka bercerai berai. Kalau aku jumpa Eliza sebelum cukup empat bulan, aku sendiri akan suruh Eliza goda suami dia sampai tak keluar rumah”. Kali Mak Long memang dah hilang sabar, mau aje dia menerkam Engku Faridah. Silap-silap ada yan gtengok wrestling free depan rumah. Geram sungguh Mak Long dengan kata-kata Engku Faridah, demi untuk mencapai cita-cita dan keinginannya sanggup Engku Faridah memperjudikan masa depan anak sendiri. Tak patut betul suruh anak sendiri kahwin, lepas tu bercerai. Mak Long sendiri berasa kesal dengan keputusannya yang menurut aje kehendak Engku Faridah, padahal bukannya sedikit harta Engku Faridah yang ada, tapi yang beria-ia dia mahu emaknya Engku Zaharah menukarkan harta-harta yag lain ke atas namanya juga. Apa dia nak buat mahligai berbumbung emaskah? Engku Faridah memang sungguh berbeza sekali dengan emaknya yang duduk dan hidup seperti orang kampung. Memanglah Engku Zaharah atau lebih suka dipanggil Mak Tok itu orang berada, tapi perlakuannya langsung tidak menunjukkan keangkuhannya sebagai orang kaya, lain pula dengan Engku Faridah. Sekejap baik sekejap sombong, iskkkhh, tak penat ke Engku Faridah nak bertukar-tukar watak. Engku Faridah yang berlalu pergi dibiarkan saja oleh Mak Long. Tak kuasa dia nak menghantar ke muka pintu seperti biasa. Mak Long melayan perasaannya sambil termenung mengenangkan apa yang terjadi sebentar tadi. Memang kekesalan bertandang di hati sementelahan Eliza sudah menghilangkan diri. Bila telefon bimbit anak saudaranya itu langsung tidak diangkat dan terus masuk ke peti simpanan suara, Mak Long jadi tak keruan. Eliza, di mana kau nak.. Mak Long risau. Mak Long menyesal sayang, baliklah nak.. Baliklah Eliza.. Usai memeriksa perkembangan kerja anak buahnya, Shahrul Harriez meleoaskan kepenatan di ruang rehat. Sudut terbuka tidak berbumbung itu dah jadi tempat kegemarannya untuk melepaskan lelah, sambil termenung memendam rindu yang teramat. Jarak waktu yang sudah lebih dua bulan tidak pulang ke tanahair, samalah juga jarak waktu Eliza hilang dari pandangan mata. Rindunya tak tergambar, tapi Adam selalu menegurnya yang dah terlebih diet. Mana tidaknya, tubuh yang dulu berisi sekarang dah susut, muka pun dah nampak cengkung kata Adam. Memang pun Shahrul Harriez sedar, dia langsung tak selera makan, apa yang masuk ke perut sekadar dibuat alas sahaja. Adam kata, lebih baik dia puasa ganti atau puasa sunat aje, dapat jugak pahala. Betul juga kata Adam, esok nak puasalah. Kata Adam lagi, kalau bukan pasal kerja tak ada perkara yang boleh membuatkan dia bersuara. Susah nak tengok dia berbual-bual atau bergaul dengan staf-staf yang lain, sampaikan dia disalah ertikan sebagai seorang yang sombong. Bila difikirkan betul juga, dah hidup jauh di tengah laut ni, jauh dari keluarga dan sahabat handai, patutnya rakan-rakanlah tempat Ah.. banyak betul perkara yang nak diubah esok. Bukan sengaja nak jadi pendiam dan meneyndiri, tak best pun. Tak de kawan, tak seronok, takde itu tak ini.. takde Eliza.. Eliza lagi. Tak satu perkara pun yang boleh buatkan dia lupa pada Eliza. Tadi bila Adam tanya apa nama nak kasi kat anak ikan yang dibelanya di dalam akuarium kecil di bilik Adam tu, jawapannya senang aje, Eliza. Tak cukup dengan tu, bila Eric tanya pasal system configuration pun tak sengaja nama Eliza jugak yang terkeluar. Adam pulak buat-buat cool, konon pura-pura tak perasan elok je si Eric tu pusing belakang dia ketawa macam nak berguling. Aduhai dah suku abad aku hidup, tapi inilah fasa yang paling menyeksakan. Dulu kalau orang kata orang bercinta makan tak lalu tidur tak lena, memang aku suku sen pun tak percaya. Boleh siap kutuk-kutul lagi kat si Habib yang terkenal dengan perangai Mat Jiwa masa kat U dulu. Agaknya inilah akibat dulu suka gelakkan orang, ha sekarang dah makan diri sendiri. Tapi aku lain kes kot sebab rindu tahap overdos kat isteri sendiri. Bila terlintas aje perkataan isteri buat jantung aku berenti macam bawak kereta nak terlanggar anak ayam, emergency break. Bukan akalnya tak menerima tapi jiwa yang tersentak. Apa yang aku dah buat pada Eliza? Seminggu mengenali Eliza, dua hari menikahi Eliza, sekarang dua bulan aku merindu Eliza. Macam mana agaknya dia yang aku tinggalkan? “ Shahrul, aku dah agak kau mesti kat sini.” Shahrul Harriez mengurut dada, tak tau ke aku tengah layan feeling bolej pulak si Adam ni buat sesi terjah, kalau dekat tadi mau ada yang melayang jatuh ke tengah laut!. “Ada kat sini la, kan time rehat ni, kenapa Plant APY tu ada problem lagi ke? Aku dah suruh group maintenance pegi tengok tadi” “Kau tak payah cakap pasal kerjalah, aku tau Plant APY tu takde apa-apa, tak payah risau. Ni kau nak dinner ke? Dari habis waktu kerja tadi kau kat sinikan, jom pegi makan.” “Adam, kau tak payahlah nak jadi PA aku, tukang ingatkan aku pasal makan. Iyalah, iyalah aku tau, lagi lambat aku bangun lagi banyak kau membebel. Nasib baik kau lelaki, kut tak aku nak buat bini nombor dua.”. “Wow! Perkembangan bagus, tiba-tiba kau banyak cakap lepas tu tak banyak songel, dah jom pegi makan, sementara emas dalam mulut kau tu tak de aku nak dengar kau aje bercakap lepas ni”. “Adam, cukup bulan ni aku nak balik KL, aku nak cari Eliza.” Tenang Shahrul HarrieZ bersuara sambi menetakkan gelas di depannya, tapi Adam pulak yang tersedak.Siap terbatuk-batuk bagai nak terkeluar semula nasi yang dah kunyah. “Isskhh. Kau ni, makan pelan-pelan, tulah gelojoh sangat. Nak minum air ni”. Adam meneguk air yang dihulurkan, terasa lega bila air mengalir kekerongkong. “Aku tak salah dengarkan kan? Baguslah kalau kau balik, aku doakan kau cepat-cepat jumpa Eliza”. “Hmm.. terima kasih, terima kasih pada kau yang tak sudah-sudah nasihatkan aku. Labels: Jangan Ada Benci |