|
Jangan Ada Benci 6
Eliza menutup novel yang baru separuh dibaca, tak sanggup nak meneruskan lagi sebab dah terlampau sedih. Dari meleleh air mata sampai la menangis teresak-esak, kalau sambung baca jugak mau meraung dibuatnya. Karang kalau Nurul terjaga lagi susah dibuatnya, mau mengamuk tengah-tengah malam ni. Hihihihi.. cukup laa takat ni dulu, nanti kalau habis baca esok nak buat apa pulak? Eliza bukan ada kerja nak dibuat pun tinggal di rumah seorang diri. Perlahan novel “Aku Yang Kau Tinggalkan’ diletakkan di aatas meja tepi katil. Eh macam sama pulak situasi aku dengan buku ni ye.. tapi sapa tinggal sapa..? Perlahan-lahan jugak Eliza menggerakkan badannya, risau nanti Nurul terjaga.
“Kau tak tidur-tidur lagi ke ? “ Nurul bersuara, parau aje bunyinya, iya laa orang tersedar dari tidur mana ada suara sedap macam Siti Nurhaliza.
‘Ni nak tidurlah ni, sorry yee buat kau terjaga. Ok, sambung tidur’. Eliza cepat-cepat menutup lampu di sisi katil. Tapi macam dah terlambat aje, bila Nurul dah duduk di atas katil.
“Eliza, siang-siang kau kata letih, tak sihat, makan langsung tak lalu, tapi malam kau berjaga pulak. Kau tau tak berjaga malam ni tak bagus untuk diri kau ? ‘
‘Tau, ni aku nak tidurlah ni’. Eliza menjawab acuh tak acuh sahaja. Nurul yang tadi duduk kini dah berdiri.
“Sorry, aku bukan nak marah kau, tapi kalau kau betul tak boleh tidur lagi apa kata kau teman aku makan Maggie? Teman aje tau, aku tak kasi kau makan sama, tak baik untuk kesihatan”. Nurul menarik tangan Eliza keluar dari bilik tidur dan menuju ke dapur.
Begitulah perihatinnya Nurul pada Eliza. Semua perkara kalau boleh Nurul tak mau Eliza susah hati. Kalau Eliza tak mau makan, Nurul sedaya upaya carikan menu yang paling lazat di planet bumi ni, kalau Eliza tak mau tidur pulak Nurul akan nyanyikan lagu yang paling sedap diabad ini. Semuanya Nurul sanggup buat asalkan Eliza senang, Eliza boleh tidur dan makan.
Sampai di dagur Eliza termangu di meja makan. Nurul sudah mula sibuk mencari periuk untuk menjerang air untuk merebus maggie.
“Nurul, aku rasa tak mau makan maggie la”.
“Habis kau nak makan apa?”
„Apa kata kita makan McD nak?“ Eliza buat-buat muka kesian ala-ala Puss in a Boot dalam cerita Shrek tu.
„ Kau tau tengok jam tak sekarang ni?“
„Tau, sekarang pukul tiga pagi“. Eliza tergelak-gelak kecil, tau dah Nurul mesti setuju punya. „Alaa Nurul, nanti minggu depan kau dah mula kuliah, aku tak kacau dah. Jom la.. Jom la.. „
Nurul tenung muka Eliza sambil buat-buat garang, tapi tak sampai lima minit dah senyum balik. „Oklah, cepat. Aku bagi masa dua minit suku untuk kau bersiap“.
„ Kau rasa kita patut tak cari rakan serumah ?“ Nurul menyoal sambil menggigit burger di tangan.
“Kenapa kau cakap macam tu? Aku risaulah kalau orang lain tau pasal aku ni”
“ Aku lagi risau kalau aku dah mula kuliah nanti kau tinggal sorang ”
”Apa kau nak cari orang gaji untuk aku ke nanti ? ”
”Banyak cantik muka kau nak ada orang gaji, nak bayar dengan apa ? ” Nurul mula nak berleter, huh mak-mak punya style betullah.
‘Habis tu kenapa nak tambah ahli dalam rumah kita lagi ?’
”Eliza, aku terfikir macam mana kau nak tinggal seorang bila aku pegi kelas nanti. Lagipun, duit yang mak aku bagi tak cukup untuk aku sara diri. ‘
‘Duit aku kan ada banyak lagi, apa yang kau nak risaukan. Setakat ni mak kau tahu yang kau dah duduk menyewa sebab sambung belajarkan ?’
‘Mak aku tu memanglah senang nak cerita, tapi adik beradik aku yang lain tu kau ingat tak terfikir ke ? Sebulan lagi nak mendaftar masuk kolej aku dah menyewa rumah, dah laa sepatutnya aku apply untuk tinggal di kampus aje. Setakat ni bolehlah aku mengelak dari bagi tau orang yang kita dah tinggal berdua. Masalahnya sekarang, ni aku risau kalau kau tinggal seorang nanti. Lagi pun, duit kau tu, bukannya nak dihabiskan untuk sara kita berdua, tapi untuk kau berdua. ”
Ayat Nurul yang terakhir tadi betul-betul menyentap tangkai jantungnya. Eliza meletakkan burger yang separuh dimakan. ”Aku rasa nak muntah ! ”
‘Aku tak sangka sampai begitu sekali kau sanggup hancurkan hidup anak sendiri Faridah ! Kalau dah setuju bagi Riez tu kawin kenapa pulak kau pisahkan ?’ Marah Mak Tok berapa-api memandang anaknya itu. Muka Engku Faridah ditenungnya bagaikan harimau nak menerkam mangsa. Engku Faridah buat tak tau, tapi sebenarnya takut juga kalau emaknya itu dah marah.
‘Engkau pun sama Halimah, sanggup engkau berpakat dengan emak tak berhati perut ni. Faridah ni, nama aje anak sendiri tapi apa pun dia sanggup buat asalkan kehendak dia tercapai. Halimah, engkau yang aku kenal cukup main sayang pada Eliza tapi kenapa sudahnya kau pun nak hancurkan hidup dia ?’
Makin bergema suara Mak Tok. Engku Faridah dan Mak Long dah tak bersuara. Kalau sebelum ni mereka bertengkar bagai berlawan suara siapa lagi kuat, sekarang dua-dua tak bersuara, nampaknya Mak Tok memang lagi jaguh memekik.
‘Sekarang mana Eliza ?’ Sergah Mak Tok lagi.
Mak Long Cuma menggeleng-gelengkan kepala. Betul Mak Long memang tak tau ke mana anak saudaranya itu menghilang. Sebulan selepas majlis perkahwinan tu Eliza menghilang. Mulanya si suami yang hilang selepas dua hari bernikah, alih-alih si isteri pun sama menurut langkah. Mak Long memang tak tau.
‘Mak Engku, selepas Riez tinggalkan Eliza memang Eliza murung aje. Masa tu saya tak mau tanya dia apa-apa sebab Eliza masih lagi sedih dek kerana peristiwa tu, dia cuma berkurung dalam bilik selama sebulan tu, lepas alih-alih dia dah hilang. Tapi saya syak mesti Eliza lari ikut suami dia diam-diam. Mak Long cuba sekap jarang.
‘Mana pulak Eliza lari ikut Riez, Riez tu awal-awal lagi pergi ke Dubai’. Engku Faridah menyampuk. Sebenarnya, dia sendiri pun baru tau Shahrul Harriez membawa diri ke Dubai, itu pun baru je dua tiga lepas suaminya membuka mulut kalau tidak dia pun tak tau ke mana anak lelakinya tu menghilang.
Mak Long angkat kepala, oh rupanya perempuan ni tau anak dia dah sampai ke Dubai. Engku Faridah pun tak mau kalah, turut sama merenung tajam kemuka Mak Long, dah rupa dua ekor kucing nak bergaduh la pulak.
‘Faridah hubungi Riez, tanya dia kalau dia tahu ke mana Eliza hilang’. Mak Tok memberi arahan. Mujur Mak Tok perasan dua ekor mak kucing ni masin-masing dah asah kuku, lambat sikit karang mau ada yang tengok perlawanan sumo percuma. Engku Faridah menjeling tajam seraya menoleh ke arah emaknya. ‘Riez memang nak balik hujung bulan ni’.
‘Baguslah, kalau dia balik suruh dia jumpa aku. Halimah, Faridah susah-sudahlah tu. Kamu berdua ni umur dah cecah lima puluh tapi perangai mengalahkan orang muda. Itulah padahnya kalau yang tua tak memberi teladan yang baik, sudahnya jangan nak disalahkan yang muda kalau pendek berfikir. Tengok ajelah contoh kamu berdua ni, masing-masing buat keputusan mengikut nafsu, sudahnya yang berpecah belah anak-anak kamu jugakkan?’ Mak Tok bagi syarahan percuma.
‘Saya balik dululah Mak Engku’. Mak Long menyalami orang tua tersebut lalu berlenggang pulang ke rumah. Brutal macam mana pun Mak Long, bila Eliza dah berbulan lamanya menghilangkan diri, tetap perasaan seorang ibu tu akan bersedih.
Engku Faridah yang tinggal bersama emaknya dah mula tak senang duduk, lepas ni tentu aja dia akan menjadi sasaran kemarahan Mak Tok.
‘Faridah, berapa banyak duit yang kau bagi Eliza tu hari tu?’
‘Seratus ribu’ Jawabnya bangga.
‘Hmm.. aku harap budak tu tahu jaga diri, nasib baik kau bagi banyak jugak, risau jugak aku kalau kau bagi setakat seratus dua aje.’ Mak Tok bagaikan menempelak sambil bangun meninggalkan Engku Faridah terkebil-kebil.
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW