|
Jangan Ada Benci 7
“ Nurul, kau rasa kalau dia tau keadaan aku sekarang, macam manalah agaknya ya? Kau rasa dia suka ke tak?”
“Mestilah suka, itukan anak dia juga. Aku sendiri pun tak sabar-sabar nak tunggu baby keluar, takkanlah Harriez tak suka kot”.
“Tapi Nurul dia kata dia benci aku, dia tak suka aku. Kalau tidak, takkan dia boleh tinggal aku macam tu aje. Nampak sangat dia tak ada perasaan kat aku langsung.” Eliza menyapu airmata yang membasahi pipinya.
Inilah kali pertama selepas hampir lima bulan Nurul tengok Eliza menangis. Masa mula-mula Eliza keluar dari rumah Mak Long dengan beg bajunya, sikit pun Nurul tak nampak Eliza mengalirkan airmata. Langsung Eliza tak tunjukkan apa perasaannya waktu tu. Seminggu Eliza memerap di rumah tumpangan , seminggu jugak mak dan adik beradiknya tertanya-tanya, kenapa Nurul sibuk sangat nak mencari pengantin baru yang hilang. Mana taknya, Nurul asyik bagi alasan nak ke bandar cari Eliza. Mujurlah minggu itu juga emak yang sudah lama bersiap-siap akhirnya pindah balik ke kampung di Melaka.
Seminggu itu juga Nurul buat-buat macam orang gila menangis meraung-raung kononnya Eliza hilang. Sumpah kerat lapan pun Nurul dengan jayanya berlakon macam kucing hilang anak. Bukan sekali dua Mak Long datang ke rumah emaknya bertanyakan kalau-kalau Eliza ada menghubungi Nurul, tetap Nurul dengan watak pelakon buat-buat tak taunya meyakinkan Mak Long yang Eliza betul-betul lari dari rumah.
Atas kepercayaan emak jugak, Nurul berjaya memujuk emaknya untuk menyewa rumah sebulan sebelum waktunya mendaftar masuk ke universiti. Mak tak banyak cerita sebab masa tu mak pun sibuk sangat nak pindah, Cuma adik beradiknya aje yang bertanya, tapi yalah alasan mudah untuk Nurul sebab nak tolong cari Eliza dan kononnya Nurul sedih sangat bila Eliza hilang.
“ Nurul, aku patut cari abang Harriez ke?”
“ Err aa... apa dia?” Nurul baru tersedar, macam mana boleh tak dengar apa yang Eliza tanya tadi? Tu laa mana nak sedar kalau Nurul pun boleh mengelamun juga.
“Aku kata, patut ke aku cari abang Harriez?” Eliza bertanya lagi.
“Err.. patut kot”. Nurul garu kepala yang tak gatal. Risau kalau tersalah cakap, selama ni Eliza tak pernah buka mulut pun pasal Shahrul Harriez, tiba-tiba terfikir nak cari pulak. Nanti kalau tersalah bagi idea naya aje. Nurul dah serik, bukan sekali dua tapi selalunya kalau Nurul dan Eliza berselilih pendapat, Eliza mesti kata ‘aku nak muntah’ dan dia betul-betul muntah!. Nurul tak mau cuci lantai, cuci cadar atau apa saja yang jadi mangsa. Eliza muntah tak bagi isyarat lama, iskkk tak boleh salah cakap.
“Tapi dulu dia kata dia benci aku”. Eliza bersuara sayu.
Nurul memberanikan diri untuk bertanya,” Sebenarnya, aku tak faham kenapa korang berpisah? Apa sebabnya Shahrul Harriez tinggalkan kau lepas dua hari bernikah?”.
Eliza menundukkan kepala, airmata yang macam paip bocor dilap dengan hujung baju, isskhh.. “Nurul, sorry. Aku tak pernah cerita apa jadi sebenarnya.”
“Sekarang kau bersedia nak cerita pada aku?”. Eliza hanya mengangguk lemah.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Sehari sesudah usai majlis persandingan...
Body mist jenama Elianto disembur keseluruh badan. Harumannya menusuk kesegenap rongga. Ahh.. nyaman, tak sia-sia berbelanja RM20 untuk sebotol kecil pewangi. Baju tidur satin hitam tidak berlengan separas lutut disarung ketubuhnya, iskh...malu betul. Tak pernah seumur hidup Eliza nak tidur dengan baju jarang dan nipis ni, walaupun cuaca panas sekali pun Eliza tak pernah nak menyarung baju sesingkat ini. Iyalah, dalam rumah ni, cuma Eliza dan Mak Long aje perempuan yang lain-lain lelaki. Mana boleh nak pakai tak tentu hala, naya aje dicubit Mak Long nanti.Tapi atas desakan Nurul jugak laa Eliza berbelanja untuk malam pengantinya. Malu sungguh...
Rambut lurusnya disikat berkali-kali, Eliza pun tak tau kenapa dia rajin sangat menyikat rambutnya malam ni. Biasanya cuma diikat ekor kuda, tak peduli pun soal nak menguruskan rambut sebelum tidur, tapi sekarang. Eliza tak tau nak buat apa sebab sejak lima belas minit yang lalu jantungnya berdegup macam berlari keliling kampung.
Sejak seminggu yang lalu, Eliza tak tau macam mana nak sukat kelajuan jantungnya. Ehh bukan sejak seminggu lalu, sejak kali pertama Eliza keluar berdua dengan Shahrul Harriez ke Kuala Lumpur untuk kursus perkahwinan. Sejak tu jugaklah jantungnya sentiasa berdegup kencang macam berlari dikejar angsa. Sebab jantung yang tak reti nak main irama slow motion itulah Eliza rasa lain macam. Macam mana.? Tak taulah sebab Eliza tak pernah rasa bagaimana rasanya jatuh cinta. Cinta? Barangkali...
‘Ya Tuhan, kenapa rasa berdebar sangat ni? Ini bukan rasa takut, bukan jugak berani sangat tapi apa rasanya ni? Berdebarlah, sekejap lagi Shahrul Harriez akan masuk bilik pengantin ni.!’ Eliza rasa nak pitam. Aiyoo…. Tadi Nurul ada bagi tips macam mana nak mengadap suami malam pertama, tapi Eliza rasa satu pun tak boleh pakai sebab Nurul pun bukan pernah kahwin. Nak tanya kat Mak Long, huh.. Mak Long asyik sibuk aje, tak ada masa nak bagi Eliza petua apa-apa pun. Tak boleh jadi ni, buat-buat tak tau ajelah. Eliza membaringkan tubuhnya di atas tilam empuk. Iskk kalau tak kawin tak merasa nak tidur atas tilam empuk ni. Hehehehehe..
Dalam pada melawan perasaan yang gemuruh Eliza akhirnya hampir terlelap juga. Tapi sebab pintu bilik rumah Mak Long ni dah berkarat, Eliza terjaga bila pintu bilik itu dibuka walaupun perlahan. Bulat matanya kerana terkejut, Terus jantung pun memecut lagi mengepam darah menghantar oksigen kesegenap pembuluh darah. Apa nak buat ni, buat-buat tidur ajelah.
Shahrul Harriez masuk dengan perlahan, tak mahu mengujutkan Eliza kalau dia sudah tertidur. Lampu bilik yang sudah lama malap membayangkan penghuninya mungkin sudah lena. Baju melayu diganti dengan t-shirt dan kain sarung, perlahan supaya tidak terjaga Eliza yang mungkin sudah terlena mengadap dinding. Dalam samar lampu tidur itu, Shahrul Harriez tetap perasan baju tidur nipis yang dipakai, seksi..! Dia tersenyum nakal, aku cuma berkain sarung aje dia boleh pakai baju tidur yang .. yang…boleh buat Shahrul Harriez tak payah tidur malam ni.
Perlahan Shahrul Harriez membaringkan tubuhnya disebelah Eliza dan memeluknya dari belakang, wangi..! Eliza yang sebenarnya sudah terjaga memang terkejut bila dipeluk oleh suami sendiri. ‘Kalau tidur tak boleh membelakangi suami, berdosa’. Kata-kata Nurul terngiang-ngiang di telinga, lantas Eliza memusingkan tubuhnya menghadap sisuami. Lambat-lambat karang lagi banyak dosa! Dan tak sengaja dahinya terhantuk kedagu Shahrul Harriez.
“Aduh..! Sayang kenapa ni..?” Shahrul Harriez menggosok dagunya yang terasa kebas akibat terhantuk dek dahi Eliza.
Eliza juga memegang dahinya yang terasa sengal, adoi kerasnya muka dia ni. Ni mau benjol kepala, rasa nak menitik airmata menahan sakit. Shahrul Harriez menggosok dahi isterinya lembut. “Sakit lagi ke?” Dia bertanya lembut seraya mengucup dahi Eliza penuh kasih sayang. Serta merta rasa sakit hilang, Eliza dah jadi patung cendana lagi, tapi sempat lagi menggeleng perlahan.
“ Sorry kalau buat sayang terkejut, sakit lagi tak? Sini abang tengok lagi.” Eliza cuma diam menyuakan dahinya untuk diperiksa. Gelap-gelap ni apa yang nak diperiksa, bukan nampak pun, tapi Eliza terasa satu kucupan lagi singgah didahinya. Terasa hilang segala perit, sungguh kehangatan kucupan itu bukan sahaja menghilangkan rasa sakit, tapi membuang segala perasaan sangsi dan curiga. Eliza terbuai oleh perasaan yang entah apa tak tau nak digambarkan, hanya bahagia yang dirasa. Betul-betul bahagia.
Shahrul Harriez mengelus rambut Eliza dengan penuh rasa kasih sayang, sungguh dia berterima kasih pada Tuhan yang membuka hatinya untuk menerima jodoh ini. Eliza dipandang dengan penuh kasih sayang, Eliza yang tertunduk malu disentuh dengan lembut. Dalam hati Shahrul membaca doa…
Eliza mengalihkan tangan suaminya yang masih lena dari pinggangnya. Azan subuh yang berkumandang mengejutkan dia dari lena yang sungguh mengasyikkan. Dua tiga saat Eliza bagaikan berada dunia yang sungguh asing selepas terjaga dari tidur, mengambil masa untuk mengingat kembali kenapa ada lelaki yang tidur memeluknya sepanjang malam dan apa yang sudah terjadi malam tadi? Eliza tersenyum sendiri, bukan bermimpi tapi sungguh dia masih dipeluk oleh sisuami. Eliza mengucup pipi suami tersayang dan cuba beredar dari tempat tidur, tapi Shahrul Harriez lebih cepat memaut badannya dan meranggkul erat siisteri.
“Sayang, awal sangat lagi ni kenapa bangun cepat sangat?”
“Dah pagi la, bangun sembahyangsubuh”.
“Sejuk..!”
“Kena bangun jugak, saya nak ke dapur buat sarapan..”. Eliza berusaha meloloskan dirinya, berjaya. “Abang bangun tau, lepas ni pegi mandi pulak”. Shahrul Harriez hanya tersenyum dengan mata yang masih tertutup
Sewaktu di dapur, Mak Long terlebih dahulu bangun sudah ligat menyediakan juadah untuk dimakan. Eliza turut sama membantu menyiapkan nasi goreng dan cucur pisang. Tak banyak yang dibualkan tapi berkali-kali juga Mak Long memesan berhati-hati jangan sampai memercik minyak panas.
“Tak páyah la kamu goreng cucur tu Eliza, biar Mak Long aje yang buat karang ada pulak yang mandi minyak panas di dapur ni. Kalau agak-agak teringat orang kat dalam bilik tu tak páyahlah nak menolong aku ni.” Selamba aje Mak Long berkata.
“Iskh.. Mak Long ni, ada pulak macam tu, orang goreng macam biasalah ni.” Eliza menjawab malu.
“Biasa apanya kalau kamu masukkan cucur terlampau banyak, tak nampak ke minyak dalam kuali tu setakat mana? Baru sehari dua jadi bini orang kamu dah tak kenal minyak dalam kuali ke? Berapa ‘dos’ ubat kasih sayang yang suami kamu bagi sampai kamu mabuk pagi-pagi buta ni?” Selamba aje Mak Long bertanya.
“Mak Long mengarut apa ni? Dos ubat apa pulak ?” Eliza bengang betul dengan Mak Long, melawak tak kena tempat, dah tu suara bukan main kuat lagi. Cucur yang penuh sekuali dibalik-balikkan sambil memuncungkan mulut panjang seinci. Shahrul Harriez yang terdengar di balik dinding senyum lebar, orang tua ni tau-tau aje.
“ Alah kamu nak selindung-selindung pulak, ni apa rambut basah pagi-pagi lagi ? Hai cepatlah aku nak dapat cucu nampak gayanya, baguslah tu Ija, Mak Long suka kamu dapat anak cepat-cepat, tak payah nak tunggu-tunggu lagi cepat kamu ada anak lagi bagus.” Mak Long terus membebel lagi. Eliza tak kuasa nak menjawab, nasi goreng dan cucur udang dihidang kemas di atas meja makan bersama air kopi yang masih berasap nipis.
“ Sudah pergi panggil laki kamu makan, abang long dengan abang ngah kamu anak beranak, awal-awal pagi lagi dah turun ke rumah mak mertua masing-masing sampai tak menyempat-nyempat nak sarapan. Tinggal kita bertiga aje ni, adik-adik kamu bertiga tu sejak semalam aku tak nampak mana perginya.”
“ Diorang bertigakan tidur di rumah Mak Uteh malam tadi, dah penat angkat barang terus aje tidur di sana. Lagi pun anak-anak Mak Uteh pun semua balik cuti. Ija naik kejap ye Mak Long ”
Baru aje Eliza nak membuka pintu biliknya, Shahrul Harriez sudah muncul di muka pintu. “ Abang, mari sarapan. Mak Long dah panggil tu”. Eliza mengajak suaminya penuh sopan.
“ Yelah, abang nak turunlah ni, tapi sebelum tu sayang cukup ke ‘dos kasih sayang’ untuk hari ni? Nanti Mak Long bising pulak kalau tak cukup.” Sempat dia mengusik Eliza yang menahan malu, sepantas kilat juga menghadiahkan ciuman buat siisteri. Eliza tak mampu bersuara apa-apa, kejutan demi kejutan dari Shahrul Harriez buat dia jadi bisu, betul kata Mak Long aku dah terlebih dos kasih sayang.
Shahrul Harriez memimpin isterinya turun ke ruang dapur, jemari yang bertaup erat membayangkan kasih sayang yang kian bertambah. Terdengar suara orang bertengkar diperkarangan rumah.
“ Mummy, apa buat di sini pagi-pagi lagi ? ” Shahrul Harriez bertanya kehairanan melihatkan Engku Faridah yang pagi-pagi lagisudah terpacak di depan rumah Mak Long.
“ Hah, Riez dah siap ke? Boleh kita jalan sekali. Kejap lagi Mummy nak balik dah ni,lepas mummy selesaikan hal dengan diorang ni semua ” Engku Faridah bersuara seolah-olah tak ada sesiapa yang wujud disitu.
“ Eh, mummy kan boleh balik dulu, Riez cuti lagi ni. Bukan ke Riez dah bagi tau mummy Riez cuti sampai bila. ”
“ Riez, mummy tau bila Riez cuti sampai bila, tapi mummy nak ajak Riez balik hari ni jugak.”
“Kenapa mummy? Apa sebenarnya yang kecoh-kecoh ni?” Shahrul Harriez kehairanan. Dari tadi dia terdengar suara Mak Long dan mummy bertengkarkan sesuatu.
“Kak Long, rasanya apa yang kita bincangkan hari tu tak ada apa yang berganjak. Emak dah serahkan semuanya malam tadi, lagi pun Kak Long dah dapat dulu apa Kak Long patut dapat. Tunggu apa lagi, semua urusan dah selesai. Ha, kamu pun Eliza duit kamu aku dah masukkan dalam akaun, jadi masing-masing dah dapat bahagiankan? Kita dah tak ada urusan apa-apa lagi”. Dengan puas Engku Faridah merumuskan cerita.
“ Nanti..nanti apa pulak ni ? Mummy Riez tak faham. Apa sebenarnya ni?”
“ Kamu tak faham apanya lagi ? Mak Tok akan serahkan hartanya pada mummy kalau kamu kahwin dengan Eliza. Sekarang mummy dah dapat apa yang mummy nak, Mak Long dapat, Eliz pun dapat duit juga dari Mak Tok.”. Engku Faridah bersuara seraya tersenyum bagai mengejek.
“ Engku Faridah, memang betul semua orang dah dapat bahagian masing-masing tapi tak patut kamu buat Harriez dan Eliza macam ni.”
“ Apa pulak tak patut, sudahlah Kak Long, benda ni bukan kita tak bincang awal-awal pun, tak ada apa-apa yang nak diselindungkan pun. Lagi pun semua orang dapat untung apa.” Engku Faridah masih bersuara sinis.
“Riez ni pulak, saja buat-buat lupa ke? Bukan dulu mummy dah bagi syarat, kalau Riez masih nak cari Husna, Riez mesti kena tolong mummy dengan berkahwin dengan Eliza. Haa sekarang Riez dah pun tolong mummy, kalau Riez nak cari Husna dan ceraikan budak tu pun mummy tak kisah. Mummy sokong apa sahaja keputusan Riez.”
“Mummy..!” Shahrul Harriez bertempik. Malu sungguh dia dengan kata-kata mummy, kalau jodoh mummy boleh aturkan tapi perasaannya? Serentak dengan itu Shahrul Harriez terasa Eliza merentap tangannya dari genggaman. Sungguh pertengkaran ini buat Shahrul Harriez terleka sebentar, waktu itu juga Eliza berlari masuk ke dalam bilik. Shahrul Harriez memandang dengan penuh tanda tanya. Serta merta marah bagai membuak didada, Eliza juga menerima bahagian. Maknanya Eliza juga terlibat!.
“Mummy, Riez tak sangka mummy buat macam ni. Riez tak ingat langsung pasal Husna, Riez tak sangka yang mummy bersungguh-sungguh pujuk Riez semata-mata kerana harta Mak Tok!”
“Ohh... jadi kamu fikir mummy memang sungguh-sungguh nak bermenantukan anak orang gila tu? Riez, jangan kata yang Riez dah suka kat budak tu. Bukan ke.. ”
“Sudah..! Cukup..! Jangan kamu berani nak tuduh Eliza anak orang gila, kamu tu yang sebenarnya gila. Gilakan harta.!” Mak Long pula bertempik, pantang sungguh dia kalau orang mencaci keluarganya, apatah lagi bila menyentuh soal ibu Eliza. Mak Long dah mula menyingsing lengan baju, apa nak jadi jadilah. Kalau orang kata dah naik hantu, Mak Long sekarang bukan setakat naik hantu, habis segala jin jembalang dah naik ke kepala. Dengan nafas berombak kencang menahan marah, tak ubah seperti lembu naik minyak, Mak Long dah bersedia untuk mesuk ke gelanggang gusti.
Engku Faridah yang perasan akan perubahan diri Mak Long lantas mengatur langkah beredar dari halaman rumah. Bukan Engku Faridah tak mahu melawan, tapi tak bersedia. Nanti koyak rabak pulak baju sutera Italy ni, mungkin habis terburai sanggul yang disimpul sejak awal pagi tadi. Engku Faridah tak mau bercakar, nanti tak vouge.!
“Engku Faridah, mana kau nak pergi kita belum selesai lagi.!” Mak Long menjerit terus.
“Ah, sudahlah Kak Long, tak habis apanya lagi. Semuanya dah jelaskan, lagi satu duit anak Kak Long tu pun saya dah uruskan. Lepas ni Kak Long boleh suruh dia mintak cerai dari anak saya. Riez, sudahlah jom ikut mummy balik.” Engku Faridah terus melangkah tak peduli apa lagi. Lama-lama karang sempat pulak Mak Long terkam ajak lawan gusti.
Shahrul Harriez melangkah masuk ke rumah mencari Eliza. Marah dan geram yang berapi-api lantaran dia rasa betul-betul tertipu. Sungguh dia tak menyangka bukan setakat mummy sahaja yang membuat rancangan untuk mendapat harta Mak Tok, tapi Mak Long dan Eliza pun sama turut berkomplot. Kalau Mak Long tu Shahrul Harriez tak heran sangat tapi Eliza.. Eliza kenapa Eliza pun sanggup kahwin semata-mata kerana nak dapatkan duit. Apa banyak sangatkah mummy membayar sampai sanggup menjual harga sebuah perkahwinan.? Sungguh Shahruh Harriez geram, rasa nak meletup dadanya bila tahu semuanya terlibat, lebih-lebih lagi Eliza.
Eliza Damia duduk menangis dikatil pengantin yang baru sahaja menjadi saksi cinta meraka. Cintakah kalau seawal pagi mengetahui suami yang sangka betul-betul menabur cinta rupa-rupanya berkahwin semata-mata kerana berkompromi dengan mummynya untuk mendapatkan restu supaya boleh bersama dengan kekasihnya, sapa tadi namanya..? ahh Husna. Husna who?. Betul-betul Eliza rasa tertipu dan dipergunakan. Suami yang kononnya nampak macam baik rupa-rupanya berlakon! Tak guna betul, betul-betul Eliza percaya yang Shahrul Harriez pun menyayanginya, tapi tak sangka.. sungguh tak sangka. Ahh tak guna.!
“Eliza, sampai hati Eliza tipu abang semata-mata kerana duit. Apa banyak sangatkah yang mummy bayar sampaikan Eliza sanggup berlakon pura-pura setuju jadi isteri abang?”. Tersentak sungguh Eliza dengan tuduhan itu. Shahrul Harriez yang tiba-tiba muncul di muka pintu membuatkan dia terkejut lalu terus berdiri.
“Habis abang pun, konon setuju kahwin walaupun terpaksa tapi abang pun sama, pura-pura sayangkan Eliza tapi sebenarnya semata-mata kerana sebab nak dapat restu mummy untuk abang bersama dengan kekasih abang semulakan?”. Pantas Eliza menjawab.
“ Tapi lebih teruk daripada berlakon kerana duit..!”
“Mana lagi teruk daripada berlakon untuk dapatkan kekasih lama?”
“Abang lagi benci orang berpura-pura kerana nak mendapatkan harta.”
Shahrul Harriez memandang tepat ke muka Eliza, dan Eliza juga tak mahu mengalah, merenung tanda melawan. Akhirnya Shahrul Harriez melepaskan nafas dengan penuh kepayahan. Pakaiananya yang tersangkut disumbat ke dalam beg baju, yang lain-lain dia tak peduli. Lantaklah. Makin lama dia di situ, tak tau apa pula yang akan jadi. Biarlah dia angkat kaki, biarlah reda suasana.
Eliza yang memerhatikan dengan penuh rasa marah tetap berdiri tak berganjak. Biarkan, biarkanlah kalau dia nak pergi. Agaknya lepas ni memang dia akan cari kekasihnya tu kot. Lantaklah, kalau dia benci orang berpura-pura kerana harta aku lagi benci pada suami yang berpura-pura sayang tapi sebenarnya mengejar perempuan lain.
Sepuluh minit kemudian, kereta milik milik Shahrul Harriez menderum keluar dari perkarangan rumah Mak Long. Eliza sedikit pun tidak memandang, sakit sungguh hati bila ditinggalkan begitu.
Mak Long yang tidak menyangka pertengkaran berlarutan antara kedua pengantin baru itu terpana bila melihat Shahrul Harriez meninggalkan Eliza Damia tegak berdiri tak bergerak. Ya Allah.. apa yang dah jadi ni..
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW