|
Jangan Ada Benci 8
Monday, May 23, 2011 | 5:46 AM | 12 star
“ Jadi semuanya memang dah plan lah? Iskh..iskh.. kalau aku kata Engku Faridah tu pembelit, kau dengan Mak Long kau pun sama macam ular jugak. Memang padan sangatlah dengan Shahrul Harriez tu jugak, sudahnya korang berdua yang berbelit-belit.” Selamba Nurul memberi komen. Ini yang aku suka pasal Nurul, cakap langsung tak bagi signal, aci redah aje, tapi dia tetap ikhlas. “Itulah, kalau nak kata aku dengan Mak Long aje yang bersubahat dengan mummy Abang Harriez, dia pun sama jugak, sebelum dia setuju nak kawin dengan aku rupanya dia sanggup ikut cakap mummy dia asalkan dia boleh jumpa balik dengan ex-girlfriend dia tu. Benci betul.” “Aik..cup..cup.. tu bukan benci sebab kena tipu, tapi sebab cemburu kot....Aduh..!” Nurul tak sempat mengelak bila bantal kusyen dah melayang hinggap kebadannya. Padan muka, tulah sapa suruh teka perasaan aku sekarang, dah tentunya aku cemburu bila tahu suami rupa-rupanya ada kekasih yang menanti. Ingat senang ke aku nak terima kenyataan yang sebenarnya cinta kasih sayang yang dia cakap selama dua hari tu palsu belaka. “Macam nilah Eliza, no harm trying. Elok kau cari dan bagi tau aje yang kau sebenarnya cemburu giler.. Aduh...! Cukuplah baling aku dengan bantal, karang kalau aku masuk ICU sapa nak jaga kau. Tak guna..!” Nurul menjerit lagi. “Aku mintak pendapat kau, bukan mintak kau cakap aku ni cemburu ke apa, alah setakat kena baling dengan bantal kecil ni pun nak masuk ICU” “Cemburu tu sebahagian daripada pendapat aku apa, dah kau kenapa garangnya bukan main. Malam ni dah lebih dua puluh kali kau baling aku dengan bantal, esok-esok kalau anak kau nakal jangan kata aku tak ingatkan kau, maknyer masa mengandung garang mengalahkan singa.” Kata Nurul sambil menggosok-gosok bahunya yang dihinggap badan kusyen. “Ala Nurul.. ala cayang..cayang.. janganlah marah kawan. Hihihihi, meh sini makan buah ni meh.. meh aku suapkan Auntie Nurul ni ..hihihihihi..” Eliza mula memujuk sambil menyuakan buah oren dan tembikai yang siap dipotong. “Ahh.. tak kuasa aku nak termakan pujuk rayu kau tu, bak sini buah tu aku nak makan.” Haa tak ke mana pun rajuknya. “Eliza, semalam masa mak aku call, dia pesanan suruh bagi tau kau.” “Apa dia? Mak Long aku tanya aku kat mana kan?” “Brilliant.!” Huikk.. Nurul ni semenjak jadi budak U kemain pandai sekiping.. ehh speaking London. “Alah, cerita dah basi.. tak jemu-jemu lagi Mak Long cari aku ya, aku kadang-kadang rasa berdosa pulak tinggal dia macam tu aje.” “Tau pun, tapi ni ada lagi cerita sensasi..” Nurul membetulkan silanya, kalau nak bercerita bukan main lagi Nurul nak beraksi mengalah Tok Selampit. “Minggu lepas mak aku balik ke Kuala Selangor, balik ke rumah lama tulah. Kau tau siapa mak aku jumpa?” “Hmm.. Abang Harriez?” Eliza sekadar meneka. “Oooh.. double ..double brilliant. Esok anak kau keluar memang otak dia bergeliga boleh buat cincin”. “Betul ke Abang Harriez ada balik ke kampung? Alah apa nak diherankan, mesti dia ke rumah Mak Tok kan?” ” Memang laa dia ke rumah Mak Tok, tapi mak aku jumpa suami kau tu di rumah Mak Long. Err... sebenarnya aku nak cakap ni, err..” Nurul dah macam serba salah. ” Apa halnya sampai kau gagap pulak ni?” ”Mak aku tercakap kat Mak Long dan Abang Harriez kau yang kita tinggal serumah. Mak aku tu la tak boleh harap simpan rahsia betul, sorry laa Eliza err aku pun geram jugak kat mak aku ni, penat-penat aje kita suruh dia simpan rahsiakan?” Eliza menggigit garfu ditangannya sambil berfikir, ”kau rasa mak kau bagi tau yang aku mengandung?” ”Aku rasa tak kot, sebab kita pun tak pernah bagitau mak aku yang kau mengandung. Lagi pun bulan lepas masa balik kampung aku, mak aku tak perasan pun kau mengandung. Kalau dia perasan dah tentu dia tanya macam-macam, semalam masa mak aku call mesti dia tanya pasal kandungan kau kalau dia tau, ini tidak dia sibuk tanya bila kau nak sambung belajar. Itu aje.” ”Apa lagi yang mak kau cakap kat diorang?” ”Hmm.. mak cuma cakap kita tinggal di Pandah Indah dan aku sambung belajar, itu aje cerita pasal kau pun tak banyak yang mak aku tau pun, yang mak aku tau kau tak kerja dan tak belajar. Aku rasa apa yang mak aku tau, itu jugaklah yang diceritakannya. Kau tak usah risaulah ye. Abang Harriez kau tu tak kan jumpanya kau kat sini. Lainlah kalau kau nak dia jumpa, nanti aku suruh mak bagitau Mak Long.” ”Eh. Jangan. Aku tak mau jumpa dia lagi dalam keadaan sekarang, nanti-nantilah aku fikirkan dulu”. ”Bukan kau kata kau nak Harriez tahu pasal anak dia ni?” ”Entahlah Nurul, aku rasa dia tak perlu tau lagi kot. Nanti dia tuduh aku nakkan harta dia pulak, terhegeh-hegeh mengaku yang aku ni mengandungkan anak dia. Kau suka ke kalau dia tuduh aku yang bukan-bukan lagi?” ”Err.. bukan itu maksud aku..” ”Nurul, kalau aku nak jumpa dia, aku nak tau apa perasaan dia pada aku. Aku nak tau dari mulut dia sendiri bila dia tengok aku bukan masa aku mengandung ni. Aku tak nak nanti bila jumpa dia benci aku tapi dia terikat kerana adanya anak ni. Kalau dia memang betul-betul benci dan nak lepaskan aku, biarkan dia tak tau pasal anak ni. Lagi pun mana kita tahukan dia nak jumpa aku atau tidak. Jadinya, biarlah aku tak jumpa dia sekarang kalau setakat dia nak bagi tau aku yang dia tak suka aku, yang aku ni menipu dia, bersubahat semata-mata kerana nak kan harta. Nanti aku pulak yang dituduh nak menuntut harta pulak.” Eliza dah mula membebel mengikut perasaan, bukannya Nurul tak tahu yang kawannya ni bertambah-tambah sensitif bila bercerita soal perasaan, Nurul hanya tadah telinga, anggap aje itu pembawaan budak. ”Kalau itu keputusan kau, aku ikut ajelah. Betul apa yang kau cakap tu, kalau dia benci, anak tu nanti bukan sebab untuk dia terikat dengan kau. Tapi kalau dia sayang macam?” Nurul buat-buat muka tak faham. Sengaja nak memancing perasaan kawannya yang senang sangat naik angin ni, dah lah cakap main ikut sedap mulut aje. ” Kalau dia sayang, takkan dia tinggalkan aku macam itu aje? Ni dah dekat setengah tahun takde pun dia cari aku?” Eliza dah makin naik angin. Tengok pada kelajuan angin taufan Katerina yang bertiup dalam badan Eliza tu pun Nurul dah jangka, sekurang-kurangnya enam belas ekor setan tengah tepuk tangan bila anak cucu Adam naik marah. Baik dia cepat-cepat beredar dari situ. „ Sorrylah kalau buat kau terasa, okeylah kau sambung tengok TV, aku nak sambung study. Eh sebelum aku lupa, esok ada orang nak tengok bilik yang kita nak sewakan tu, katanya nak datang pagi dalam pukul sepuluh setengah. Aku dah cakap kat dia kau ada tunggu dia datang, kalau kali ni calonnya okey, kau terima ajelah ye. Kurang sikit beban kita nak bayar sewa rumah ni.“ Nurul menyudahkan taklimat sebelum masuk ke biliknya, meninggalkan Eliza bungkam sendiri. ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^ Mak Long menghidangkan juadah untuk makan malam seusai solah maghrib. Semenjak Eliza tak ada, kerja-kerja rumah dlakukannya seorang diri, kalau tidak nak saudaranya itulah yang banyak membantu. „Nazri, pergi panggil Abang Harriez tu makan, mak dah senduk nasi dah ni“. „ Tak payah panggil-panggillah Mak Long, Riez dah duduk dah ni“. Sahrul Harriez sudah pun siap menunggu di meja makan. “ Jemput makan Riez, lauk kampung aje. Mak Long ni sejak tak ada Eliza kuranglah nak memasak lauk yang sedap-sedap, nak masak seorang diri bukan nya lalu sangat badan pun selalu sakit-sakit aje. ” “ Alah mak tu jugak yang degil Abang Riez, kami ni semua dah duduk di asrama, abang long dengan abang ngah ajak duduk kat KL tak mau. Dulu Kak Ija ada bolehlah temankan mak. Sekarang dah tinggal seorang mana tak merungut macam-macam”. Nazri pula yang bersuara. “ Mak bukan tak mau ke mana-mana, tapi kalau kakak kamu balik, lepas tu mak tak ada dirumah kan susah? Ke mana pulak nak ditujunya”. Mak Long cuba membela diri. “ Mak Long, sebab Riezlah Eliza tinggalkan rumah ni, maafkan Riez ya, Riez janji akan cari Eliza.” Shahrul Harriez bersuara lirih, sedih bila terkenangkan Eliza yang sudah setengah tahun menghilangkan diri. “ Riez, Mak Long tak salahkan Riez seorang aje, Mak Long pun bersalah juga sebab Mak Long yang paksa Eliza ikut cakap Mak Long. Sudahlah, tak baik bersedih depan rezeki, makanlah” Kata Mak Long sambil menghulurkan sayur lemak pucuk ubi. Nampak nasi hilang sedih. Sesudah makan malam, Shahrul Harriez langsung masuk ke bilik tidur. Bilik pengantin yang sudah lama ditinggalkan itu masih belum berganti cadarnya. Mak Long kata dia sedih nak masuk bilik tu, segala-galanya buatkan Mak Long teringat Eliza. Sambil membaringkan tubuh diatas ditilam, Shahrul Harriez memandang sepi ke segenap penjuru bilik. Bagai terbayang-bayang saat kali pertama masuk ke bilik ini, hampir sepuluh minit dia berdiri di muka pintu memerhati dengan asyiknya Eliza menyikat rambut di meja solek. Saat dia membiarkan Eliza membaringkan diri mengadap ke dinding dalam menanti debar kedatangannya, saat kali pertama memeluk dan mencium haruman yang dipakai Eliza. Shahrul Harriez cepat-cepat menyeka airmatanya sendiri. Rasa terharu dan bersalah lebih menebal bila berada di dalam bilik Eliza. Bantal yang pernah digunakan Eliza dipeluk erat seolah-olah Eliza yang dirangkul dalam pelukan. Bagai terngiang-ngiang perkabaran dari emak Nurul yang didengarnya petang tadi. Nurul yang mana ya? Sharul Harriez tak sempat nak berkenalan dengan orang-orang yang rapat dengan Eliza. Waktu terlalu singkat untuk mengenali isterinya itu. Ohh Nurul, agaknya yang menemankan dia waktu di KLCC dulu kot. Betulkah Eliza di Kuala Lumpur, di Pandan Indah? Pandan Indah tu bukan sedikit penghuninya. Eliza tidak bekerja mahu pun belajar, hanya menemankan kawannya yang sekarang belajar di UM. Apa yang Eliza buat? Tak bosankah dia tak buat apa-apa? Terlampau banyak yang ingin diketahuinya. Tapi perkabaran itu pun dah cukup untuk mengubat rindunya. Eliza.. maafkan abang sayang. Labels: Jangan Ada Benci |