|
Kalau Cinta Katakanlah 1
Tuesday, May 17, 2011 | 7:55 PM | 1 star
Edward… Mana Edward..? Dah dua hari Maya tak nampak ekor panjangnya. Semenjak Maya kasi green light untuk Edward bebas keluar masuk rumah, bukan main lagi Edward sibuk mengukur jalan. Dulu masa Edward muda-muda, dia cuma duduk dalam rumah berlingkar dua puluh empat jam. Makan minum pun semua Maya sediakan sampaikan buang air pun kadang-kadang Maya terpaksa jaga. Macam tulah malasnya Edward nak bergerak. Dulu Edward tak reti keluar rumah, setakat depan muka pintu aje, lepas tu jangan harap Edward nak melangkah keluar. Dengar aje salakan manja si Dolly kesayangan Puan Tan sebelah rumah ni, Edward dah kecut lari lintang pukang. Padahal Edward tak pernah tengok pun si Dolly tu nama je anjing tapi saiznya besar sikit dari bapak tikus. Si Dolly tu, pijak tanah pun tak pernah hatta disebabkan Puan Tan ada memakaikan dia stoking atau kasut. Tapi tak tau kenapa Edward lagi teruk pemalunya. Harap je jantan, baru Dolly tu batuk sikit aje dah lari lintang pukang, hihihihi agaknya Edward ni pemalu kut, betul punya shy guy si Edward ni. Maya meninjau-ninjau sekeliling rumah, memang kelibat Edward langsung tak nampak. Tak guna betul jantan ni, bila dah pandai keluar rumah langsung tak reti nak balik. Gerutu Maya di dalam hati. Ingatkan bila balik dari kerja adalah yang menanti, ini puas kita terjereit-jerit haram tak nampak jugak. Bengang betul Maya kat Edward, jumpa nanti siap lah. Maya teringat dulu kali pertama bertemu Edward, masa tu Edward muda lagi, baru berumur empat bulan kot. Edward dihadiahkan oleh kawan-kawannya pada sambutan hari jadinya yang kedua puluh tiga. Terkejut betul Maya waktu tu, bila kotak hadiah berbunyi..Miaw..miaw.. surprise oleh kawan-kawannya tak menjadi bila hadiah misteri tu dah berbunyi sendiri. McDonals Setapak tu jadi riuh rendah dengan gelak tawa lima orang rakan karib bila hadiah dah menjerit-jerit terkurung dalam kotak hadiah. Sudahnya acara sambutan harijadi tu disambung dirumahnya bila pengurus restoran meminta mereka membawa keluar haiwan peliharaan. Sejak enam bulan lepas Edward di dalam jagaan Maya. Maya pun dah sayang sangat kat Edward. Kenapa namanya Edward..? Dah tentu la sebab Maya gila sangat kat Edward Cullen dalam cerita Twillight tu. Ahli kelab kipas susah mati beb.. eheheh die hard fan lah.. Maya dah tak kuasa nak mencari Edward dah, dari pintu dapur sampai ke pintu depan kelibat si kucing jantan tu haram tak nampak. Whiskies yang terhidang sejak pagi tadi pun haram tak berusik. Ni mesti tak masuk rumah langsung. Di pintu pagar Maya tertinjau-tinjau kut-kut Edward ada diluar rumah. Sambil Maya tertinjau-tinjau memerhati di luar pagar, Cik Ton jiran sebelah rumah menegur. Selain Puan Tan yang tinggal di sebelah kiri rumahnya, Cik Ton janda pertengahan umur tu juga jiran di sebelah kanan rumahnya. Cari siapa Maya?” Lantang suara Cik Ton. “ Ahh Cik Ton,, cari Edward Cik Ton, ada nampak?” Eliza sekadar berbahasa, sebenarnya dia bukan suka sangat berbual dengan Cik Ton juruheboh kat taman perumahan ni. Nanti entah apa cerita pulak yang dijajanya. Cukuplah cerita pasal Shahirah bekas teman serumahnya dulu diceritakan pada orang, Maya tak sanggup nak ulang tayang. “ Ahh..kucing gemuk kamu tu, ada. Cik ton ada nampak dia kerumah seberang jalan tu”. Sambil memuncungkan mulutnya ke rumah yang betul-betul setentang dengan rumah Maya. “Si Edward kamu tu dah menggatal dengan si Mona, kucing orang seberang tu.” Tambah Cik Ton sambil senyum-senyum. Amboi, takkan gossip pasal kucing pun Cik Ton nak buat modal jugak. “Iya ke? Tak tau pulak saya kucing tu dah ke rumah seberang jalan sana.Hmm.. risau pulak kalau melintas jalan kena langgar dek kereta ke motor ke”. “Kamu nak aku ambilkan kucing kamu tu ke?’ “Iskhh.. Tak apalah Cik Ton, pandai-pandai lah Edawrd balik sendiri. Err.. saya minta diri dululah ye Cik Ton, nak mandi dan sembahyang Asar ni. Assalamualaikum..” Maya meminta diri. Malas nak mendengar offer Cik Ton untuk ke rumah sebarang jalan tu. Bukan Maya tak tau rumah siapa di seberang jalan tu. Cik Ton ni sengaja cari peluang nak ke rumah depan tu lah. Maya cepat-cepat masuk ke dalam rumah dengan tiba-tiba perasaan geram menusuk-nusuk ke jantungnya. Geram pada Cik Ton yang menawarkan diri nak ke rumah seberang tu, geram pada Edward yang berani ke rumah seberang tu. Atau yang sebenarnya Maya geram kat orang seberang tu!. Ahh malas nak pikir. Maka cepat-cepat Maya masuk ke bilik air dan menunaikan solat. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ “Kau ni pelik betullah Saiful tengok muka garang semacam je, body pun gagah perkasa tapi perasaan halus macam sotong hahaaha..”. Fiq ketawa sambil bersembur biskut yang dikunyah. Edy yang memetik gitar pun tersengih-sengih macam mengiakan kata-kata Fiq. “Kau makan ajelah biskut tu, karang aku sumbat sekali dengan tin tu masuk mulut kau baru tau”. Keras Saiful bersuara, geram jugak bila perasaan suka bela kucingnya dikaitkan dengan kelakuan Mr Sotong. Eaay.. mak tak kuasa.. sorry ye mak tulen bang.. isskhh…apa pulak ni.. “Kau dengar tu Edy, macam tu punya garang macho boleh suka bela kucing. Hahahha” Fiq ketawa lagi. “Kau ni Fiq, apa kena mengena macho dengan bela kucing. Suka hati dialah nak bela apa pun. Daripada dia bela makwe ramai-ramai macam kau tu, biarlah bela kucing, tak de demand.” Tiba-tiba Edy mencelah sambil terenyum-senyum memandang Saiful. “Sudahlah, tak usah bertekak”. Saiful meredakan suasana. Bukan boleh harap sangat Fiq dengan Edy ni, mau bergumpal macam budak-budak. “Minggu depan aku ke Belgium dua minggu, korang tolong tengok-tengokkan Mona ye. Makanannya ada kat dapur tu, korang tolong isikan dalam bekas kat luar ni. Lepas tu pastikan dia tak masuk ke dalam rumah especially bilik aku”. Saiful bagi arahan penuh, hmm amanat untuk menjaga si Mona kucing betina berbulu oren tu. Fiq dan Edy berpandangan selama tiga saad, lepas tu bersembur gelak sambil berguling-guling. Ehh.. aku suruh tolong bagi makan kucing apasal nak gelak sangat.? “Apahal korang ni, bagi kucing makanlah bukan bagi singa laut makan yang lepas tu buat show macam kat Zoo Negara?” Saiful kehairanan, hilang skru apa Edy dan Fiq ni. “Aku ingat nak suruh kita jaga awek dia, rupanya jaga kucing..ahahahaahh..!” Edy gelak sambil menepuk-nepuk gitarnya. Saiful menggaru kepala yang tak gatal. “Saiful, sorry aku tak boleh tolong, esok aku dah start duty, sama macam kau jugak lagi dua minggu baru aku landed. Jadi tugasan tu kau serahkan aje pada si Doktor Adrian ni, dia bukan setakat pandai mengubat pesakit, kucing pun dia pandai jaga jugak, esok-esok kalau kucing kau sakit pening dah tentu terjaga kalau ada Edy” Fiq menolak sambil terus ketawa, kali ni Fiq cuma ketawa sorang, Edy pulak yang dah tak boleh ketawa. “Alaa Edy.. nak buat macam mana.. kau aje yang ada kat rumah. Edy.. tolong ye.. please..please..” Saiful buat muka seposen. “Hantar ajelah kucing kau tu ke hotel, kan senang takde nak harap orang kasi makan. Aku pun kerja jugak tak tentu siang malam. Lagilah aku banyak on standby sekarang ni.”. Edy bersuara sebal, tadi syok sangat gelak, bila kawan baik dah mintak tolong macam nilah jadinya. “Aku tak boleh nak hantar Mona ke hotel, korang tengoklah tu Mona dah ada couple sekarang ni.” Sambil memuncungkan mulutnya ke arah sepasang kucing yang sedang dilamun cinta. Iskkhh kucing pun bercinta jugak ke? Edy dan Fiq berpandangan lagi, kali ni mereka ketawa lebih galak. Tak faham betul, engineer macam Saiful Adlan boleh memahami perasaan kucing. Siap tak sampai hati nak pisahkan si Mona dengan temannya. “Edy, please tolonglah yea.. sekali ni je.. ala bukan susah pun nak jaga Mona, ko tolong bubuh makanan aje, Mona tu dah ada boyfriend.” Kali ni Saiful pulak yang tergelak-gelak, mana taknya mereka berbincang pasal kucing betina yang tengah di lamun cinta. “Kucing jantan tu sapa punya?” Edy terpaksa ambil tahu. “ Entah, aku nampak macam dari rumah seberang jalan tu”. Kata Saiful, dia sendiri pun tak berapa ambil pusing dengan kucing sapa Mona nak keluar, gasaklah.! “Seberang jalan..? Kucing Cik Ton ke..? Gila kau..!” Bagai nak melompat Edy dari kerusi rehat itu. Ni betul-betul kerja gila, sumpah dia tak mau terlibat dengan Cik Ton. Macam ni Mona mesti dihantar ke hotel, biarlah Edy sanggup tolong bayar asalkan dia tak terlibat dengan Cik Ton. Takut..! “Bukan, bukan Cik Ton punya, orang sebelah rumah dia punya.” Jelas Saiful. “Puan Tan punya ke..? Fiq meneka. “Tapi Puan Tan ada anjing, takkan dia bela kucing pulak?”. “Hmm.. bukan Cik Ton bukan Puan Tan, tapi Maya. Kucing tu, Edward kepunyaan Maya.” Saiful menerangkan. “Mana kau tahu siapa tuannya? Ehh.. siapa tadi? Maya..??” Fiq menunjukkan minat, terserlah sifat romeo si juruterbang ini. Pantang dengar nama perempuan. “Cik Ton dah datang menempek ke sini pagi tadi. Dialah yang cakap kucing jantan tu Maya yang punya. Korang bukan tak tau yang Cik Ton tu saja cari peluang nak bertandang ke sini. Aku pun naik takut gak tadi. Eeii.. memang aku nak tanya dia macam-macam pasal awek nama Maya tu, tapi tak pe lah info tu pun dah cukup. Ehh Edy, ko confirm tolong tengokkan Mona yeaa..?” “Haah lah Edy, aku kalau tak de duty dua minggu ni, mesti aku tolong tengok-tengokkan Maya”. Kata Fiq sambil tergelak-gelak. Ciss tak guna korang, Edy buat muka kelat. Fiq dan Saiful mula bercerita pasal Maya, awek depan rumah yang diorang tak kenal tu. Kalaulah diorang tau yang aku dah kenal Maya.. dan kalaulah diorang tau siapa Maya tu..Edy bersuara di dalam hati. Maya.. tak sangka cuma seberang jalan aje jarak kita. |