|
Jangan Ada Benci 10
“Jemputlah masuk Kak Aisyah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. Ni pun dah jadi rumah sendiri.” Pelawa Nurul dengan ramah pada penghuni baru rumah teres setingkat nombor 7 Jalan 3 Taman Chempaka itu.
“Mana Eliza? Senyap aje. Dia memang selalu duduk di rumah aja ke? Hari tu masa mula-mula akak datang pun dia ada, apa dia memang selalu ada di rumahkah?” Aisyah yang ramah- tamah menunjukkan kemesraan.
“Entahlah Kak Aisyah, macam yang saya dah ceritakan sebelum ni, Eliza memang agak pemurung sikit. Harap-harap kita dapatlah sesuaikan keadaan nanti ya.”
“Iyalah, akak harap pun macam tu, insya Allah akak pegang janji. Soal Eliza tu nanti perlahan-lahanlah kita cerita.” Aisyah pun tak mahu panjang cerita, sementelahan dia orang baru yang hadir dalam hidup Eliza dan Nurul. Kerjaya Aisyah sebagai guru Matematik memang menarik perhatian Nurul sewaktu menerimanya menjadi penghuni baru rumah sewa mereka. Eliza pun tak banyak soal, janji jangan campur urusan dia sudahlah.
Eliza yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi juadah minum petang menyambut penuh mesra rakan serumah yang mula berkongsi bumbung itu. Perkenalan ringkas sewaktu Aisyah mula-mula datang melihat-lihat rumah mereka cukup meyakinkan Eliza bahawasanya Aisyah boleh dipercayai.
“Apa khabar Kak Aisyah? Duduklah kita minum-minum dulu, tak kan nak terus berkemas kut?”. Eliza menegur dengan ramah, iyalah bukan jumpa kali pertama, kali ni memang Kak Aisyah tu akan jadi sebahagian dari penghuni rumah ni, jadi kenalah berbaik-baik.Manalah tau boleh dibuat teman, Nurul ni pun sekarang ni bukannya ada masa sangat nak bual, sentiasa sibuk dengan study aje.
“Iskh. Eliza ni kenapa susah-susah sediakan makanan, larat lagi ke nak memasak itu ini.?” Aisyah menunjukkan keperihatinan, bukan nak membodek tapi sungguh dia kasihan dengan nasib Eliza walaupun cerita Nurul sebelum ni nampak macam banyak yang dah ditapis.
“Haah lah Eliza.. larat ke kau buat kerja rumah ni? Kau dah siap masak untuk makan malam? Kain baju aku dalam bilik tu dah kutip, dah basuh? Kalau ada masa lebih lagi, tolonglah gosokkan baju untuk aku pakai esok.” Selamba Nurul menokok sambil menyumbat cucur udang ke mulut.
Aisyah mendengar dengan mulut terbuka, biar betul budak ni, mendera kawan ke? Eliza yang memang pantang diusik bertindak pantas, bantal kecil melayang menuju sasaran tapi dapat dielak pantas oleh Nurul, dah tau sangat taktik membaling bantal tu.
“Uwekkk.... tak kena. Usaha lagi.! “ Nurul ketawa mengikik sambil Eliza menarik muka masam.
“Jaga kau, malam ni kau tidur, aku siram dengan air.” Ugutan dari Eliza yang langsung tak memberi kesan.
Aisyah hanya menggeleng-geleng kepala, fahamlah dia bahawasanya kedua sahabat ini bergurau senda sampai tahap nak siram air. Heh diorang belum tau lagi aku macam mana, tunggulah esok lusa. Ini Aisyah juara buli orang kat asrama dulu tau.
Dengan tawa yang masih bersisa Nurul meneguk air teh yang terhidang. “Kak Aisyah, macam tak banyak barang aje, ada lagi ke nanti?” Nurul menukar topik perbualan bila mana mereka bagaikan terleka dengan penghuni baru itu.
“Setakat ni bawa pakaian aje dulu, nanti bila senang akak nak pegi beli kelengkapan biliklah, ni semata-mata baju, bantal dengan selimut aje yang akak bawa.”
“Kalau macam tu, sementara Kak Aisyah tak beli katil dan tilam , tidur aje dengan kami kat luar ni. Kami ni nama aje ada katil dalam bilik tapi sejak kebelakangan ni asyik bentang tilam di luar aje sebab siburung hantu ni asyik berjaga malam sibuk dengan study. Biasanya bila siang dah tinggal sorang-sorang baru saya masuk ke bilik .” Panjang lebar Eliza bersuara, macam dah lupa dendam pada Nurul, tapi bantal kecil sentiasa ditangannya itu menanti peluang untuk dilemparkan ke arah musuh yang tengah sedap makan cucur udang.
“Akak tak kisah, kalau Eliza dengan Nurul sudi tidur sekali dengan akak lagilah akak suka. Kalau di kampung pun akak dengan adik beradik yang lain memang tidur bergelimpangan atas lantai, maklumlah semua perempuan aje di rumah. Ayah akak dah lama meninggal.”
“Kampung Kak Aisyah di mana? Hari tu lupa pulak nak tanya. Iyalah asyik cakap pasal nak masuk rumah aje, tak de kita kenal-kenal lebih dekat kan.?” Nurul memulakan sesi temuduga.
“Jasin, nanti senang-senang ikutlah akak balik ke kampung. Mak akak tinggal dengan dua orang adik perempuan, masing-masing sekolah lagi. Tahun ni seorang ambil SPM, seorang lagi ambil PMR. Akak anak sulung, yang nombor dua dah kahwin tahun lepas, yang nombor tiga pula belajar lagi di UPM. Jadi anak sulung tanggungjawab lebihlah sikit, dahlah kami ni semua perempuan.”
“Kak Aisyah orang Melaka rupanya, emak saya baru aje berpindah ke Alor Gajah tapi itulah, saya tak tahu langsung tempat-tempat di Melaka tu. Dari kecil sampai besar tinggal di Kuala Selangor, bila sambung belajar dah tinggal sendiri pula. Nanti kalau ke Melaka memang Kak Aisyah kena jadi pemandu pelancong kitalah kan Eliza?”.
“Haah lah Kak Aisyah, saya ni pun pernah sekali aje ikut Nurul ke Melaka. Samalah juga dari kecil sampai besar tinggal di Kuala Selangor tu. Ni pun kalau tak ditinggalkan dek laki takdelah agaknya saya keluar dari kampung tu.” Selamba Eliza menokok, tapi Aisyah dan Nurul pula yang tak sedap nak duduk. Alahai mak buyung ni..berangin tak habis-habis.
“ Eh Kak Aisyah nak solat Asar dululah, macam nak habis waktu aje. Akak masuk bilik yang tepi ni ya?” Aisyah bijak menukar suasana. Bimbang waktu-waktu mesra begini ada pula banjir satu Malaya, lebih baik mengundur diri buat sementara.
“Ya Kak Aisyah, kalau nak pakai telekung saya dulu pun pakailah.” Eliza menyahut dengan mood yang masih selamba. Nurul merenung Eliza dengan mata bagai nak terkeluar.
“Dia dah tau keadaan aku kan?” Eliza bersuara perlahan tetapi jelas.
“Aku minta maaf, sikit pun aku tak ada niat nak memburuk-burukkan kau apa lagi bercerita untuk mengaibkan kau. Tapi memang aku terangkan keadaan engkau sekarang, supaya tak timbul salah faham.”
“Nurul, tak ada apa yang kau perlu minta maaf pun. Betullah apa yang kau buat tu, supaya tak timbul syak wasangka, aku tak marah pun. Aku tau kau sentiasa buat yang terbaik untuk aku. Apa saja yang kau buat sikit pun tak ambil hati, apa lagi nak marah. Jadi kau jangan rasa serba salah pula.”
“Kau memang baik Eliza, aku pun sangat menghargai kawan seperti kau, terima kasih sangat-sangat sebab jadi kawan baik aku.”
“Aku yang patut berterima kasih pada kau Nurul, aku yang banyak susahkan kau. Dalam keadaan aku sekarang ni engkau kan yang banyak tolong aku.? Sepatutnya kau tinggal di kampus supaya kau senang nak ke kuliah, ini tidak. Kau pilih untuk tinggal di sini dengan aku.”
Dua sahabat dah bertukar mood sedih, boleh pulak petang-petang begini layan drama bilamana dua-dua dah kesat airmata. Aisyah yang memasang telinga di balik dinding turut sama terasa hiba, rupa-rupanya persahabatan dua-dua teman barunya itu bukan ikatan sehari dua, tapi teman sejati yang sudah lama kenal hati budi. Semoga aku pun diterima sebagai teman sejati juga, doa Aisyah di dalam hati.
SHAHRUL HARRIEZ mematikan enjin kereta dalam melangkah lambat-lambat menuju ke muka pintu. Malas sungguh nak menjejakkan kaki ke vila mewah ini. Kalau tidak kerana ini hari ulang tahun mummy, tak kuasa rasanya nak balik ke rumah kedua orang tuanya. Majlis hari jadi mummy ini nampaknya begitu meriah, cuma Shahrul Harriez yang tak begitu berkenan dengan sambutannya.
Tak tahu kenapa hatinya langsung tak teringin nak berpesta, malah terasa jijik pula bila perempuan-perempuan tua kawan-kawan mummy meliuk-lentok macam sotong kena rebus itu menegurnya. Aduhai makcik-makcik, kalau kat kampung umur baya-baya ini semuanya berkain batik dengan berbaju kurung kedah. Pakai bedak sejuk dengan kepala dilitupi selendang atau tudung. Tapi yang di depan mata sekarang ni? Tak kuasa nak difikirkan, selagi boleh Shahrul Harriez tak mahu memandang.
Terjengah-jengah dia mencari kelibat mummy, tentu tengah sibuk melayan tetamu agaknya. ‘Huh, mana mummy ni, cepat jumpa cepat jugalah aku boleh angkat kaki’. Shahrul Harriez mendengus kecil. Dari jauh dia terpandang kelibat daddy bersama rakan perniagaan. Daddy, kalau sehari tak bercerita pasal juta-juta memang tak sah, jadi memang sesuai sangatlah dengan rakan-rakannya yang sentiasa bercerita pasal projek mega atau projek gergasi. Kerana tak sebulu dengan daddy, Shahrul Harriez lebih suka bekerja makan gaji. Kerana tak mahu mengikut kata daddy supaya dia menceburi bidang korporat maka hubungannya dengan daddy jadi suam-suam kuku.
Malas untuk mencari mummy yang entah di mana, Shahrul Harriez mengambil segelas air buah dan dibawa ke meja sudut. Malas juga nak bercampur gaul dengan tetamu yang datang, semua tu bukan urusannya. Apa ada dalam fikirannya, cuma mahu lekas menyerahkan hadiah buat mummy, nanti kalau tak ada hadiah langsung lagilah berkecil hati. Lepas bagi hadiah ni nanti sudah dirangka di dalam kepala, Taman Chempaka menjadi destinasi, tak dapat jumpa Eliza, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah.
“Riez, bila sampai? Laa duduk di sini pulak. Mummy dan daddy tengah sibuk kat sana. Dah makan ke?” Engku Faridah menunjukkan kemesraan yang tak ada tolok bandingnya. Tangan mummy diraih dan salam seperti biasa, tetapi Shahrul Harriez tak ada niat untuk menjawab segala pertanyaan. Sekadar mengambil hati, hadiah dalam bungkusan kecil dihukurkan.
“Happy birthday mummy. Semoga Allah bukakan pintu hati mummy untuk melihat yang mana baik dan buruk.” Doa Shahrul Harriez jelas kedengaran di telinga Engku Faridah. Terpempan seketika mendengar doa sianak, tapi Engku Faridah lekas-lekas menyembunyikan rasa terkejutnya.
“Riez, mari mummy kenalkan dengan tetamu lain. Dari tadi diorang tunggu nak jumpa Riez. Ingat lagi tak Amanda anak Datin Julie? Alah yang dulu pernah datang melawat Riez di UK? Amanda sekarang bertambah cantik tau, mari mummy bawa Riez jumpa Amanda dan Datin Julie.”
“Mummy, tak payahlah. Riez pun tak boleh lama ni, dah ada temu janji. Lain kalilah jumpa ya.” Bohong terpaksa untuk melepaskan diri takkan tak boleh, ni kalau dah jumpa memang susahlah nak keluar dari rumah nanti.
“Alah Riez ni, mereka tukan tetamu kita. Dah lama tau tunggu Riez tak datang-datang, ni boleh pulak Riez mengelak tak mahu juma. Malulah mummy macam ni.” Engku Faridah memujuk. Belum pun sempat Shahrul Harriez menangkis alasan mummy, terdengar suara nyaring menjerit namanya.
“Rieezzzz….Kat sini rupanya you. Auntie kenapa Riez sembunyi kat sini?”. Amanda dengan dengan liuk lentoknya menuju ke arah mereka berdiri. Nampaknya Shahrul Harriez dah tak boleh nak selamatkan diri dah. Datin Julie yang terkedek-kedek mengikuti dari belakang sambil tersenyum lebar menuruti jejak anaknya.Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling Amanda merapati Shahrul Harriez sambil terus memeluknya. Kus semangat, memang Shahrul Harriez tergamam, budak ni berani betul. Depan mummy dan Datin Julie pun selamba nak peluk aku, siap cium pipi lagi, yaikks..! Spontan Shahrul Harriez menolak tubuh Amanda, serta-merta darah menyirap naik kemukanya, terasa dimalukan walaupun terang-terang Amanda yang bertindak luar batasan.
“Alah Riez, you ni sombong pulak ya? You dah lupa I ke?” Amanda seakan merajuk tapi masih dengan tak malunya memeluk lengan Shahrul Harriez dengan kuat. Mahu saja Shahrul Harriez merentap tangannya dan berlalu dari situ, mengenangkan Engku Faridah yang memandang seolah-olah mahu dia meminta dia menjaga airmukanya, Shahrul Harriez cuma mengetap bibir, tak kuasa nak menjawab pertanyaan Amanda. Kalau tidak kerana mummy memang Shahrul Harriez rasa nak tolak perempuan ngada-ngada ni biar jatuh masuk kolam renang, biar dia menangis meraung-raung sekali pun Shahrul Harriiez tak mau peduli.
“Riez, you makan apa, jom lah temankan I makan pulak, dari tadi I tak makan sebab tunggu you tau.” Shahrul Harriez tetap mengeraskan badan, Amanda yang menarik-narik lengannya minta diberi perhatian langsung tak dipeduli.
“Hai Riez, takkan masam macam tu jee muka, dah tak kenal Auntie lagi ke?” Datin Julie pula bersuara. “Riez sekarang makin handsome lah, betul ke Auntie dengar Riez dah kahwin?” Tambahnya lagi.
Amanda rasa terkejut bagai disimbah air batu. “Betul ke you dah kahwin? Auntie Faridah bila Riez kahwin?” Bagai anak kecil Amanda merengek meminta kepastian, jelas kecewa bila Datin Julie bertanya kebenaran Shahrul Harriez sudah berkahwin. Shahrul Harriez pulak rasa macam baru dikejut dari tidur, tiba-tiba tersenyum riang.
“Betul Auntie, saya memang dah kahwin apa Auntie tak tahu lagi ke? Itulah mummy ni, Riez dah cakap kita patut buat majlis besar-besaran dulu, tapi mummy ni berkira sangat Auntie. Tapi tak apalah, Riez pun dah selamat jadi suami orang, terima kasihlah kerana bertanya Auntie.” Shahrul Harriez akhirnya berjaya meleraikan pelukan Amanda. Kesempatan yang tak perlu ditunggu lebih lama, Shahrul Harriez melajukan langkahnya keluar dari rumah ibubapanya. Daddy yang melambai dari jauh pun cuma dibalas dengan anggukkan sahaja, sorrrylah daddy esok-esok Riez datang lagi. Buat masa ni Riez mesti pergi dulu. Tak tahan.
Sempat Shahrul Harriez mendengar Amanda terjerit-jerit memanggil, tapi dia buat tak peduli. Mummy yang pandai-pandai menjemput, biarlah mummy yang uruskan. Deruman kereta meluncur terus menuju ke destinasi utama, Taman Chempaka!.
“Sekarang ni, susah betul aku nak jumpa engkau Nurul, hari Sabtu pun sibuk. Ini nasib aku baik sangatlah dapat jumpa engkau pagi-pagi begini.” Eliza meluahkan rasa kecewanya.
“Ala, sorrylah kawan baikku yang manja macam tuan puteri. Minggu depan aku mula cuti dua bulan lebih, masa tu aku akan layan kau macam permaisuri. Lagi pun Kak Aisyah kan sekarang dah ada temankan kau. Cikgu macam dia tu, pukul empat petang dah ada di rumah, mana ada kau sunyi sangat.” Nurul cuba menenangkan perasaan Eliza, memang betul pun semenjak sebulan dua ni timbunan kerja-kerja dan tugasan menuntut setiap ruang waktu. Usahkan nak beri perhatian pada Eliza, diri sendiri pun tak berapa terurus.
“Nurul, ada benda yang aku nak cakap pada kau ni. Dah berapa hari aku nak cakap tapi kau selalu tak ada masa aje.” Separuh merajuk bunyi suara Eliza.
“Penting sangat ke? Kenapa kau tak paksa aku dengar?” Nurul menaruh minat.
“Aku rasa dia dah tau lah..”
“Dia? Tahu? Tahu apa?” Nurul kebingungan.
“Dialah, sapa lagi. Aku rasa dia dah tau yang kita tinggal di sini.” Eliza mula menegangkan suara. Kadang-kadang Nurul ni bijak macam ahli nujum, tapi kalau kena masa slow nya, susah betul nak faham. Tapi nak buat macam mana, Nurul masih buat muka blur.
“Cuba kau cakap tak payah belok kanan kiri, siapa dan tahu apa.?” Nurul dah mula rasa tak sabar.
“Laki akulah.!” Eliza merengus kasar, geram pulak rasanya.
“Errr.. maksud kau?” Lah tak faham lagi rupanya?.
“Dah seminggu dia ulang-alik depan rumah kita ni. Dua hari lepas siap berdiri depan pagar, bagi salam tapi aku tak keluar. Sudahnya abang Malik jiran kita ni yang keluar.”
“Hah..? betul ke ni?” terbeliak mata Nurul yang sepet tu, eleh tak besar mana pun, nampak comel aje.
“Betullah, tak kan aku nak tipu pulak. Nasib baik abang Malik buat pura-pura tak kenal kita, agaknya abang Malik tu risau kalau-kalau orang jahat ke yang datang. Itulah, dalam pada miang-miang abang Malik tu, mahu juga dia cover line . Aku rasa nak minta maaf aje kat abang Malik tu sebab hari tu aku tuduh dia mengintai kita.”
“Amboi, banyak betul info yang aku tak tahu ni. Daripada abang Harriez yang mencari kau di rumah ni, sampailah pasal abang Malik yang mengintai. Apa lagi yang aku tak tahu?”
“Alah lain-lain tu semua tak penting ni yang aku nak tahu macam mana abang Harriez boleh sampai depan rumah kita?”. Eliza kembali memuncung bila Nurul tergelak-gelak kecil mendengar rungutannya. “Eh kau ni macam tak serius aje, aku tengah risau tau tak?.” Sambung Eliza lagi. Iyalah, orang tengah susah hati Nurul ni boleh ketawa pula.
“Tak sangka, dlam banyak-banyak masalah, Shahrul Harriez jugak dicarta teratas.” Nurul cuba membuat jenaka, tetapi wajah Eliza dah bertukar menjadi keruh macam teh tarik tak cukup susu.
“Eliza, kalau kau tak mahu terus risau, tak mahu terus susah hati, kenapa tak bersemuka aje dengan suami kau tu? Apa saja yang kau rasa, hah luahkan. Kalau rasa nak marah, masa tu kau marah dia puas-puas, jerit kat telinga dia kuat-kuat cakap kau marah kat dia. Lagi best kalau tumbuk-tumbuk dia, tampar ke cubit ke, haa belasah dia cukup-cukup. Kasi peluang kat diri kau untuk maki hamun sepuas hati. Lepas tu kau pulak dengar apa dia nak kata, tapi kalau kau pukul dia lepas tu dia balas balik susahlah.” Idea Nurul yang berapa betul ni buat Eliza rasa nak cekik aje kawan baik ni.
Eliza membatukan diri sambil menundukkan muka memandang lantai. “Aku tak berani nak jumpa dialah, masa dia lalu pun aku sembunyi balik langsir.” Mengakui apa yang dia lakukan sepanjang minggu ini amatlah memalukan, mesti Nurul ketawakan dia nanti. Tapi rupanya Nurul tak tercuit sikit pun, malah Nurul tiba-tiba jadi serius juga.
“Kau ingat dengan mengurung diri, tak nak jumpa dan menyorok balik langsir ni boleh selesaikan keadaan? Dibuatnya masa aku dan Kak Aisyah tak ada, masa tulah dia datang dan culik kau bawa lari kan aku juga yang susah? Lagi satu, engkau memanglah berkurung aje dalam rumah, habis aku yang keluar masuk hari-hari berjalan ke stesen LRT ni kau fikir abang Harriez tak kan terjumpa? Cuba kau bagi tahu aku, apa yang aku patut jawab kalau dia tanya kat mana aku sorokkan isteri dia?”
“Errr.. aku..” Eliza kehilangan kata-kata.
“Apa kau fikir dengan menyorok dalam rumah ni akan buat abang Harriez bosan mencari kau? Lepas tu dia pun akan lupakan kau macam itu aje? Ni perut yang makin besar ni, tak lama lagi zuriat abang Harriez akan keluar tengok dunia. Masa tu kau nak kurung budak tu jugak tak mahu keluar rumah.? Sampai bila? Eliza, cubalah fikir dan kali ini cari kekuatan untuk kau berdepan dengan dia. Tak guna kau bersembunyi, kalau betul kau marah atau benci bagi tahu dia, apa yang buat kau marah dan benci pada dia. Lepas tu tolonglah bagi peluang pada dia, sekurang-kurangnya kau bagi dia peluang bercakap.” Panjang lebar Nurul berhujah, dan seperti biasa Eliza akan termenung panjang dengan leteran Nurul.
“Nurul, kan aku dah kata aku tak mahu dia tahu aku mengandung.”
“Apa masalahnya kalau dia tahu kau mangandung? Kau tak mahu dituduh gilakan harta dengan mengaku ini anakknya, tapi mana kau tahu yang dia suka atau tidak kau mengandungkan zuriatnya? Kau belum bagi peluang pun untuk dia tahu, ini dah pandai-pandai membuat telahan sendiri.” Makin lantang Nurul bercakap, selalunya Nurul akan mengiakan apa sahaja alasan Eliza, tapi tak tahu kenapa Nurul beria-ia mahu Eliza bersemuka pula. Eliza jadi bingung.
“Jadi kau sarankan aku berjumpa dengan dia?” Eliza memberanikan diri bertanya, tahu sangat memang itulah yang Nurul cadangkan.
“Iyalah apa lagi? Aku tak mahu kau menyorok balik langsir tu lagi kalau abang Harriez datang ke rumah ni bila kami tak ada di rumah. Ajak dia masuk, kalau kena cekup pun sijil nikah masih ada dalam simpanan kau kan? Apa nak ditakutkan, bukannya kau tak kenal suami sendiri. Terus terang, kalau abang Harriez terjumpa aku dan minta nak cari kau, aku tak teragak-agak nak bagi kunci pendua rumah ni kat dia.” Walaupun Nurul sekadar mengacah, tapi Eliza nampak macam risau juga. Gila, dibuatnya abang Harriez masuk rumah ni tiba-tiba macam mana?
Nurul tak mahu berterus terang dengan Eliza bahawasanya Shahrul Harriez telah menunggunya di stesen LRT awal-awal pagi semalam. Memang Nurul tak boleh nak mengelak lagi bila Shahrul Harriez berdiri tercegat di depan pintu masuk ke stesen. Sudahnya dia dihantar oleh Shahrul Harriez sampai ke UM kerana Shahrul Harriez nak korek segala rahsia.
Bersusah payah dia cuba mengelak dari diasak pelbagai soalan, bimbang juga nanti dituduh keterlaluan oleh Eliza. Walau macam mana sekali pun, Nurul tetap mahu menjaga privasi kawan baiknya itu. Tak henti-henti Nurul berdoa di dalam hati agar dia tak terlepas cakap banyak sangat informasi pasal Eliza. Perkara yang betul-betul penting, biarlah Eliza putuskan sendiri.
Sekadar bertanya khabar Eliza, Nurul terus terang mengatakan Eliza tak berapa sihat. Kerana itulah Eliza banyak menghabis masa di rumah sahaja. Cukuplah dia memberi alasan Eliza berkeadaan begitu kerana tertekan dengan peristiwa yang berlaku antara mereka suami isteri. Syukurlah Nurul langsung tak tersilap cakap pasal Eliza dan kandungannya walaupun Nurul hampir terjerat bila Shahrul Harriez bertanyakan klinik manakah yang selalu dilawati kalau Eliza sakit. Nasib baik Nurul cuma terlepas cakap ‘hospital Pantai’ kalau tersebut gynae siap dengan nama doktor sekali, memang harus Nurul jahit mulutnya sendiri. Pasal kesihatan dan Eliza, Nurul memang berhati-hati dan boleh diberi empat bintang setengah, kandungan Eliza memang belum diketahui oleh Shahrul Harriez lagi.
Cerita pasal bagaimana mulanya mereka berdua boleh menyewa di rumah tu sehinggalah dengan bertambahnya rakan rumah yang baru memang Nurul cerita langsung tak ada brek. Shahrul Harriez nak tahu segala-galanya pasal Eliza, biarlah. Biarlah dia rasa isterinya selamat bila dikelilingin oleh orang-orang berhati mulia sepertinya, seperti kak Aisyah. Sedar tak sedar hampir ke tengah hari Nurul berbual dengan Shahrul Harriez, dua kuliah pagi itu dengan tak sengaja Nurul dah ponteng, nasib baik bukan hari ujian. Sempat juga Shahrul Harriez juga menelefon pejabatnya dan mengambil cuti kecemasan, semuanya kerana nak mendapat kan cerita dari Nurul.
“Nurul, aku .. aku betul-betul tak tahu apa sebenarnya aku nak buat kalau berhadapan dengan dia.” Eliza sudah menangis teresak-esak. Nurul yang rupanya mengelamun baru tersedar bila terdengar Eliza menangis. Lantas bahu teman yang bersedih itu digosok perlahan.
“Aku faham, kau tentu kelirukan? Tak apalah, bukannya kau mesti jumpa dia hari ini. Esok-esok bila kau dah tenang sikit, buatlah keputusan yang bijak.” Nurul memujuk perlahan sambil menarik nafas ketat. Alamak abang Riez, sorrylah tak berjaya pujuk perempuan hati batu ni...
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW