|
Jangan Ada Benci 11
Eliza membelek-belek telefon bimbitnya yang jarang berbunyi. Sudah dua kali panggil dari nombor yang tak dikenali tu masuk, tapi sebab tak kenal maka tak jawablah jadinya. Cuma Nurul dan Kak Aisyah sahaja yang tahu nombor ni, siapa pulak lagi yang tau? Salah nombor kot. Aku bukannya ada bagi tahu siapa-siapa nombor baru ni, Mak Long dikampung tak pernah dihubungi. Nombor yang lama agaknya sudah tak boleh digunakan lagi, yang baru ni pun sebab Nurul paksa juga untuk aku pakai telefon, kalau tidak memang Eliza tak Nampak apa perlunya dia mempunyai alat perhubungan kalau setakat nak berhubung dengan Nurul aje.
Sambil berfikir siapakah gerangan pemanggil misteri itu, Eliza dikejutkan lagi dengan panggilan yang sama, angkat ajelah. Mana tahu orang ni tersalah nombor, lepas ni tak adalah nak kacau lagi.
“Hello..”
“Assalamualaikum sayang.” Lembut suara garau dihujung talian bersuara.
Bagai direnjat kuasa elektrik, jantung yang berdegup menambah kelajuan mengepam darah keseluruh arteri darah, bekerja keras menghantar oksigen kesegenap pelusuk tubuh. Eliza kenal suara itu, suara yang berbulan-bulan menghilang, suara yang pernah selama dua hari menghamburkan kata-kata sayang. Diam dan tergamam dia jadinya.
Mulut bagai terkunci untuk bersuara, hanya bibir bergetar bagai menyatakan betapa banyaknya perkataaan harus dikeluarkan. Aduhai, kenapa tak boleh keluar suara ni, tersekat langsung tak berbunyi. Hanya esak tangis yang memecah kebisuan. Salam tidak berjawab, suara tak mampu keluar yang rajin bertindak waktu ini cuma airmata yang meleleh-leleh bagai empangan pecah.
Sengaja juga Shahrul Harriez membiarkan Eliza mengumpul ketenangan dan membiarkan salamnya diam tak dijawab. Mendengarkan esakan di hujung talian, dia juga menjadi kelu tidak berkata. Seminit dua minit talian masih bersambung tanpa suara, Shahrul Harriez menarik nafas panjang mengumpul kekuatan kembali untuk terus bersuara.
“Sayang apa kabar? Abang harap sayang sihat, abang rindukan sayang, rindu sangat-sangat.” Shahrul Harriez melepaskan bebenan perasaan yang lama ditanggung dek rasa. Biarlah Eliza tak mahu menjawab salam rindunya asalkan Eliza tahu betapa dia sungguh rindu.
Luahan dari Shahrul Harriez betul-betul buat Eliza bertambah kuat tangisannya, perasaan geram, marah dan kecewa meluap-luap menguasai perasaannya. Rasa amarah yang membuak di dalam hati bagaikan lahar gunung berapi yang menggelegak, kalau dapat dizahirkan mahu agaknya keluar api dari mulut atau sekurang-kurangnya asap dihidung dan telinga. Tapi Eliza tak mampu nak keluarkan apilah, keluar suara pun tak ada bunyi. Macam mana nak bagi tahu Shahrul Harriez yang ssesungguhnya Eliza Damia sangat marah! . Hanya tubuhnya menggigil menahan rasa yang ditanggung.
"Eliza sayang, abang minta maaf sebabkan tinggalkan sayang. Abang sungguh-sungguh kesal. Maafkan abang, maafkan abang sayang. Abang sungguh menyesal tinggalkan sayang, sungguh abang tak patut buat begitu dan abang mengaku kesalahan abang. Sepatutnya abang tak mengikut perasaan dan sepatutnya abang mesti bersama sayang tak kira apa pun yang terjadi. Abang menyesal, menyesal kerana tinggalkan sayang.
Sebenarnya abang pergi ke Dubai, abang pergi kerja. Tapi yalah, abang tak patut tinggalkan sayang begitu lama dan pergi begitu saja.
Abang pergi jauh pun sudahnya abang pasti yang hati abang sangat sayang pada Eliza. Abang sangat cintakan Eliza, sayang sebenarnya dah lama abang cari sayang. Syukurlah Tuhan makbulkan doa abang, rindu abang pada Eliza Tuhan saja yang tahu, sayang dengarlah abang rindukan sayang, rindu sangat-sangat.” Penuh emosi Shahrul Harriez melafazkannya, dengan harapan Eliza menerima kemaafan dan mengubat rindunya, moga-moga Eliza berlembut hati menerimanya kembali.
”Pergi jahanam dengan kau punya rindu...!” Eliza tiba-tiba mendapat kekuatan bersuara bila telinganya panas mendengar luahan rindu, sayang, maaf dan entah apa-apa dari Shahrul Harriez. Serentak dengan itu juga talian dimatikan, tak cukup dengan itu telefon di off kan supaya tiada lagi panggilan masuk.
Eliza menghempaskan dirinya ke atas tilam sambil menangis semahu-mahunya. Selama ini Eliza tidak pernah menangis sebegini hebat, ya dia mengurung diri dengan berteman airmata tapi tidaklah sampai menangis mengongoi semahu-mahunya.
Panggilan dan luahan perasaan itu sebenarnya bagai menjawab persoalan yang selama ini Eliza ingin tahu, bencikah Shahrul Harriez padanya sehinggakan sanggup meninggalkan dia begitu sahaja? Tapi bila Shahrul Harriez menyatakan kekesalannya kenapa Eliza tidak gembira ? Sebaliknya timbul rasa geram dan marah yang tak terhingga.
Sungguh, datang perasaan benci yang meluap-luap. Kalau mahu cair tahi telinga, agaknya dah meleleh keluar dek kerana pujuk rayu Shahrul Harriez yang asyik cakap rindu dan sayang. Eeiiii.. tak malu, tak sedar diri, dah buat salah boleh senang-senang nak cakap rindu pulak. Eliza menumbuk-numbuk bantal melepaskan geram. Anggap aje ni muka Shahrul Harriez.. nak ambik lagi.. Buk.. buk.. buk.. bantal dipukul tanpa belas kasihan.
Tiba-tiba Eliza terasa dinding perutnya bagai ditendang-tendang. Ohh. Baby pun sama lepas geram juga? Baby geram pada mak atau pada ayah yang tinggalkan kita. Eliza duduk tersandar dikepala katil sambil mengusap perutnya. “Baby, ayah call tadi. Ayah kata, ayah minta maaf pada mak tapi ayah tak tahu pasal baby. Ayah tak minta maaf pun sebab tinggalkan baby juga.” Eliza mengadu pada anaknya, tangannya yang mengusap perut yang membukit terasa bagai disentuh dari dalam, pergerakkan bayi itu terasa seperti menyentuh tangan yang mengusap seperti memberi tahu supaya siibu bertenang. Betul ke baby dalam perut dapat dengar apa yang ibu bapa cakap? Tapi kalau perasaan ibunya mesti baby dapat rasakan.
“Baby, mak minta maaf, mak tak boleh bagi tahu ayah pasal baby lagi. Nanti baby keluar lihat dunia mak akan beri tahu ayah juga. Sekarang ni, baby dengan mak dulu ya? Mak sayang baby.” Usap Eliza penuhkasih sayang.
Selama hampir tujuh bulan mengandung, tak pernah Eliza ambil peduli tentang kandungannya. Tak pernah dia nak bercakap-cakap dengan baby, apa lagi nak berkomunikasi tentang kasih sayang. Biasanya Nurul aje yang ambil peduli pasal babynya, pastikan Eliza mendapat rawatan dan pemeriksaan bulanan. Kalau harapkan Eliza sahaja entahlah, asyik melayan perasaan, bila perasaan tu dah jelas bukan jadi makin reda. Tapi dah jadi bertambah kalut pula.
AISYAH melangkah masuk ke rumah dalam, sunyi sahaja dengan televisyen atau radio tidak dipasang. Aduhai, susahnya nak faham perasaan si Eliza ni, boleh dia duduk dalam rumah senyap sunyi macam dalam bilik kurungan ni, kalau aku mesti nak ada bunyi memekak. Eh, agaknya dia tidur kut, tu pasal tak pasang apa-apa. Tapi aku tidur pun pasang radio jugak. Aisyah menjenguk kesegenap ruang, melewati pintu bilik Eliza, terpandang siibu muda itu menangis sambil mengusap perut. Alahai.. dia dah buat dah..
“Eliza.. kenapa ni? Apa yang tak kena?” Aisyah merapati temannya yang nampak sungguh murung bagai hujan lebat selepas tsunami, iyalah tu mana nak sama muka orang dengan hari hujan.
“Kak Aisyah..! Dia.. dia..!” Eliza menerpa dan memeluknya kejap, airmata pun kembali mencurah-curah.
“Bawa bertenang, sabar dan ingat Tuhan, mengucap Eliza.. mengucap.” Aisyah cuba berdiplomasi. “Cuba Eliza tenang dulu, lepas tu cerita satu persatu-satu.” Aisyah mengusap-usap bahu Eliza. ‘Ni mesti pasal suami dialah ni’ telahnya di dalam hati.
“ Tadi.. tadi abang Harriez telefon”. Kata Eliza bila tangisannya sudah reda sedikit walup masih di dalam sendu. ‘Oh telefon rupanya, ingat dah masuk dalam rumah.’ Aisyah bagai berbisik sendiri.
“Alhamdulillah... mesti Harriez minta maafkan? Takkan dia nak marah-marah pada Eliza?” Jawab Aisyah dengan tenang, alah Nurul dah sms dia awal-awal pagi tadi, bertanya apa patut Nurul bagi Shahrul Harriez nombor telefon Eliza atau tidak. Kata Aisyah, bagi aja. Jangan pulak kita menjadi sebab bila hubungan suami isteri tu tak mau berbaik-baik.
“Memanglah dia merayu-rayu minta maaf, rindulah sayanglah. Tapi meluat betul saya dengar.” Marah Eliza tiba-tiba berapi-api kembali. “Kalau kak Aisyah ditempat saya, apa kak Aisyah akan senang-senang jawab ‘iyalah bang saya maafkan’ selepas ditinggalkan begitu aje? Konon dia cari saya, kenapa dah dekat tujuh bulan baru nak telefon? Apa dia tak boleh report polis aje kalau saya betul-betul hilang?”
Aisyah cuma mengurut-urut belakang Aliza, tak guna dia menyampuk atau memintas kata-kata orang tengah marah, bukan boleh menjernihkan keadaan, silap-silap bagai mencurah minyah keapi. Dibiarkan aje Eliza membebel-bebel tanpa sedikit pun Aisyah ambil kira butir bicaranya.
Teringat perbualannya dengan Nurul malam tadi, memang tepat sekali Eliza akan mengamuk kalau Shahrul Harriez berlembut. Habis, nak diapakan kalau tuan yang punya badan bertindak begitu? Sebagai kawan, Aisyah dan Nurul berpendapat masalah Eliza dan Shahrul Harriez biarlah mereka yang putuskan. Kalau Eliza kata benci, bencilah. Tapi kalau Shahrul Harriez kata sayang, sayanglah apa mareka boleh buat?. Setakat bagi nombor telefon dan kunci rumah apa sangatlah kot. Aisyah terus melayan Eliza yang membebel tak tahu biji butir kata-katanya itu. Biarlah, kejap lagi reda berhentilah tu.
SHAHRUL HARRIEZ menggenggam erat telefon bimbitnya, sungguh bagai ditelah Eliza akan marah-marah. Sikit pun dia tidak terasa, malah tersenyum, melebar sampai telinga. Nurul dah ingatkan, apa lagi terima ajelah.
Mula-mula bila Eliza langsung tak bersuara Shahrul Harriez ingat Eliza dah tak ada perasaan padanya, tapi bila dengar esak tangis dan jeritan yang buat bergegar gegendang telinganya, dia yakin Eliza masih ada perasaan padanya, yang pasti perasaan marahlah. Apa nak dihairankan kalau Eliza marah, memang sepatutnya pun. Siapa yang tak menjangka tentang kemarahan Eliza? Nurul dah berkali-kali mengingatkan, Adam yang selalu dihubungi melalui email dan chatting tu pun bagi pendapat yang sama. Kalau buat undian seratus peratus akan kata Eliza pasti marah dan itu adalah normal.
Seterusnya Shahrul Harriez kena pasang strategi nak memikat Eliza lah, apa lagi. Tak kan nak tunggu Eliza pujuk pulak, usahkan tunggu kucing bertanduk, tunggu gajah jadi slim sekali pun Eliza akan marah juga. Kata Adam lagi, pakai aje perumpamaan ‘keras-keras kerak nasi, lama-lama mesti lembut jugak’. Tang tu Shahrul Harriez setuju sangatlah, jadi kalau Eliza menjerit sekuat hati tu baru mukaddimah aje. Langkah seterusnya ialah telefon Eliza lagi, pujuk sehabis boleh biar sampai lembut gigi dari lidah. Ada ke macam tu? Tak kisahlah. Nombor telefon pemberian Nurul didail lagi, tapi malangnya masuk ke peti simpanan suara. Dah agak dah.
Tak dapat mendail nombor keramat Eliza, nombot telefon Adam dipanggil. Belum pun sampai lima saat nada dail berbunyi, salam dari hujung talian dah kedengaran.
“Apa cerita terbaru ni Shahrul?” Begitulah Adam yang memanggilnya Shahrul seperti rakan-rakan kerja yang lain.
“Hm.. biasa aje.” Shahrul Harriez belum mahu membuka cerita. “Dah dua minggu kau balik ke KL kan? Mesti dah puas jumpa keluarga, bila pulak kau ada masa nak jumpa aku ni?”
”Anytime, sekarang pun aku free. Flamingo, Ok?” Adam menawarkan masa.
“Setengah jam lagi aku sampai, jumpa kat sana. Assalamualaikum.” Tak menunggu salam dijawab Shahrul Harriez dah tertekan butang merah, pantas kunci kereta dicapai dan rumah dikunci seadanya.
NURUL menyudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk selepas makan malam. Eliza awal-awal lagi dah masuk ke bilik selepas menghabiskan beberapa suap nasi. Aisyah dan Nurul cuma memandang sepi membiarkan Eliza melayan perasaan, biarkanlah dia mengambil masa untuk bertenang.
“Kak Aisyah, macam mana mak buyung tu tadi?” Nurul perlahankan suaranya yang selalu tak reti nak cakap pakai frekuansi rendah.
“Balik aje tadi dia tengah menagis, mengamuk-ngamuk tumbuk bantal. Pandai pulak dia pukul objek lembut je, ingat dia nak tumbuk dinding atau sepak katil jugak.” Aisyah mengomel dan Nurul ketawa kecil, kak Aisyah ni kalau pasal cakap merapu-rapu memang boleh tahan sangat.
“Dia pun tak cerita apa yang diorang tu bualkan, alah tapi boleh agaklah. Mesti Harriez tu pujuk-pujuk dia cakap sayang, rindu intan payung gunung meletup. Itu yang mak buyung mengamuk kot.”.
“Hahaha.. memang dah agakkan? Tapi saya susah hati jugak kalau Eliza bertambah moody ni. Iyalah kata orang emosi ibu mengandung ni boleh mempengaruhi bayi, betul ke kak Aisyah?”
“Entah, iyalah kot. Dulu mak kak Aisyah masa mengandungkan akak memang baik sangat kot, selalu tolong orang tu pasal kak Aisyah ni pun baik jugak.” Kata Aisyah sambil senyum meleret.
“ Haahlah kak Aisyah, mak Nurul dulu pun sama baik hati jugak, masa ayah Nurul kata nak kawin dua, dia sabar dan bertenang aje. Sebab tu Nurul pun penyabar jugak orangnya. Nurul pun tak mau kalah dengan cerita maksuk lif tekan sendiri ni, walaupun kisah ayah nak kawin dua sengaja diada-adakan. Beraninya ayah buka mulut nak minta kawin lagi? Kalau nak kena kejar keliling kampung dengan mak cubalah. Sudahnya Aisyah dan Nurul sama-sama ketawa bila sedar masing-masing nak menunjuk diri tu baik.
“Lepas ni Nurul, apa lagi peranan kita nak tolong si Eliza tu ya?”
“Ada kak Aisyah, tapi rasanya kak Aisyah kena tolong kali ni kot”.
“Kalau tak de halangan, apa salahnya.”
“Sabtu petang ni boleh ke kak Aisyah ajak Eliza tu keluar? Pergilah mana-mana Shopping kompleks pun asalkan dia keluar dari rumah ni sekejap. Si Harriez tu dah buat plan konon-konon nak terjumpa isterinya tak sengajalah. Nak harapkan Eliza setuju kalau dia ajak keluar agaknya tahun depan pun belum tentu jadi.” Panjang lebar Nurul membuat perancangan.
“Ni si Harriez tu lah yang minta kita tolong bawa Eliza keluar?”
“Iyalah ,siapa lagi. Boleh ya kak Aiyah? Kalau Nurul yang bawa dia keluar nanti nampak sangat yang kita dah berpakat.”
“Oklah, akak boleh aje, lagi pun akak rasa Eliza tu patut keluar membeli barang keperluan untuk bayi dia nanti. Nurul, akak nak tanya terus terang ni. Eliza tu ada duit ke? Bukan apa, akak tak kisah dan akak ikhlas jugak kalau dia perlukan pertolongan.”
Nurul cuma ketawa kecil. “Kak Aisyah, pasal duit Eliza tu memang tak ada masalah. Ni dulu masa kami mula-mula pindah ke rumah ni, semua duit Eliza tau. Sebenarnya Nurul ni yang sengkek, haa kalau kak Aisyah nak tolong, tolong Nurul ajelah yea..” Kata Nurul lagi sambil ketawa kecil.
“Iskk… bukannya akak ni banyak sangat duit pun, tapi kalau Nurul betul-betul perlu apa salahnya. Mana yang akak boleh tolong, akak tolonglah” Aisyah berkata dengan ikhlas.
“Ehh kak Aisyah ni, orang main-main ajelah. Tapi lain kali Nurul taulah mana nak cari bank bergerak.. hahaha. Kak Aisyah tahu tak? Masa Nurul jumpa Harriez tu, ada Nurul terlajak cakap pasal Eliza selalu pergi hospital. Nasib baik Nurul tak terlajak kata dia mengandung, apa lagi Nurul pun pusing cerita laa kata dia selalu tak sihat sebab tak jaga makan minum, konon sedih pada kejadian diorang tu. Terus aje si Harriez tu suruh Nurul bawa Eliza jumpa doktor yang terbaik.
Lepas tu dia minta nombor akaun bank Eliza. Nasib baiklah Nurul ni PA tak bertauliah si Eliza, memang pun Eliza tak ambil peduli berapa duit yang keluar, semuanya Nurul yang uruskan. Esoknya bila Nurul check online banking dah masuk sepuluh ribu ringgit tau.”
“Sepuluh ribu..! Wah banyaknya, kaya sangat ke suami Eliza tu?” Bulat mata Aisyah mendengar, apalah si Eliza ni dapat suami orang senang, hati pulak tak senang. “Kaya sangat kak Aisyah, apa nak dihairan dengan duit sebanyak tu. Tapi iyalah kak, manusia ni Tuhan nak duga dengan macam-macam cara. Duit banyak mana pun tak janjikan kebahagiaan nak buat apa?” Nurul bersuara datar, menginsafi akan keadaan sedia ada.
“Kalau macam tu, Eliza ni sepatutnya kena fikir lebih rasional lagilah. Bagi akak, masalah dia dengan suaminya tu tak lah berat mana asalkan diorang tu bersemuka. Dulu akak ingat ada masalah lain, minta maaflah akak banyak juga salah sangka. Lama-lama akak makin faham, Eliza dan suaminya berpisah semata-mata kerana salah sangka.” Aisyah membuat kesimpulan sendiri.
“Iyalah tu kak Aisyah, sekarnag dah dapat penyakit baru, ego setinggi Gunung Everest. Eh.. cerita-cerita juga, nanti kak Aisyah keluar dengan Eliza tu jangan lupa bawa dia pegi shopping barang-barang baby sekali ya.”
“Oklah, nanti akak pujuk dia keluar hujung minggu ni, jangan risau pasal shopping tu, tahulah akak menguruskannya nanti.”
MELIAR matanya kesegenap ruang coffeehouse itu mencari kelibat Adam. Cukup setengah jam di atiba di tempat yang dijanjikan, Adam yang dia kenal pun jenis tak mungkir kanji dan menepati masa. Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang sambil kedengaran suara Adam memberi salam.
Erat dia memeluk Adam sementelahan sudah berbulan tak berjumpa. Sejak Adam menjadi pendengar setia masa mula-mula Shahrul Harriez membawa diri ke tengah laut, rasa macam dah tak ada kawan lain yang rapat lagi. Bukan langsung tak ada kawan lain, tapi pada Adam segala rahsia hati dikongsi. Betul kata orang, kawan memang beribu, tapi yang setia mungkin hanya satu.
“Dah puas jumpa family? Bila kau balik dari kampung? “
“Penang semalam aku sampai, ni ada lagi tiga hari cuti. Ingat nak kemas rumah apa yang patut, maklumlah dah lama ditinggalkan tapi ada pulak orang tu call ajak dating. Terpaksalah aku tak kemas rumah.“ Ujar Adam sambil berseloroh. Tak ada dalam kamus hidupnya nak kemas rumah, nanti panggil aja orang datang tolong cuci.
„Amboi , ni ikhlas ke tak nak jumpa aku? Ke kau nak dating dengan minah Indon yang datang cuci rumah tu? ” Shahrul Harriez pula mengusik.
”Kalau cantik apa salahnya, minah Indon pun orang apa.?” Adam pula tak mahu kalah. ”Kau dah dapat telefon Eliza ke?”
”Sudah.” Jawabnya pendek sambil membelek menu.
“Macam ni punya jawab mesti Eliza marahkan kau kan? Kalau Eliza sudi berbaik-baik semula tak kan kau ajak aku keluar.”
“Iyalah tu, kalau kami dah berbaik usahkan keluar rumah, keluar pintu bilik pun aku tak hingin. Jadi kalau aku jumpa kau sekarang kau tahulah apa yang jadi?”
“Sabarlah Shahrul, masih terlalu awal lagi. Mungkin Eliza perlu lebih banyak masa? Kau beralah ajelah, pujuk dia lama-lama nanti sejuklah tu.”
“Ni tengah beralah lah ni, lepas ni aku ikut semua rancangan kau tu. Harap-harap dia berlembut hati akhirnya.”
“InsyaAllah, lambat-laun kau akan bahagia juga. Eh mana waiter ni, dari tadi tak datang-datang.” Adam melambai pada pelayan kedai untuk memesan minum untuk mereka.
Perbualan petang itu tetap berkisar tentang strategi nak memenangi hati Eliza, tak kiralah idea bernas atau tidak, Shahrul Harriez tak peduli asalkan Eliza menerima kemaafan darinya.
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW