|
Jangan Ada Benci 9
Pagi-pagi lagi Shahrul Harriez dah duduk di meja makan, setiap langkah Mak Long diperhatikan sampaikan Mak Long naik rimas. Puas ditanya kenapa Shahrul Harriez awal-awal pagi lagi dah masuk ke dapur, apa dia nak ambil tugas Mak Long sediakan sarapankah? Tapi Shahrul Harriez tetap diam dan senyum aje sambil perati Mak Long, sudahnya Mak Long pun kata, suka hati kamulah.
Siap nasi goreng terhidang di atas meja dan disendukkan kepinggan pun Shahrul Harriez masih belum buka mulut. Tekun membiarkan Mak Long duduk dengan selesa untuk mengadap rezeki.
“Apa kamu nak aku suapkan kemulut pulak ke?” Jerkah Mak Long dengan tiba-tiba, rimas bila sedari awal diperhatikan oleh Shahrul Harriez.
“Mak Long, makanlah dulu. Nanti saya makanlah”.
“Habis tu yang kamu pandang aku dari tadi kenapa? Apa yang kamu nak sebenarnya?”
“ Mak Long, lepas makan nanti saya cakaplah.” Shahrul Harriez cuba memujuk, takut-takut kalau Mak Long betul-betul suapkan nasi goreng ke mulut, dibuatnya disuap sekali dengan pinggan sudu tak ke naya.Angin Mak Long ni pun kadang-kadang bukan boleh dibaca.
“Baik kamu cakap sekarang, aku tak senang nak makanlah kalau kamu asyik perhatikan aku sambil senyum-senyum macam tu. Kamu ni sakit ke apa?”
“Iyalah, memang saya ada benda nak cakap, tapi biarkan Mak Long makan dulu. Kesian nasi goreng tu dibiarkan, apa kata Mak Long makan dulu.”
“ Hmm. Kamu pun makanlah juga, jangan dipandang aje.” Jawab Mak Long sambil memulakan suapan demi suapan.
Shahrul Harriez hanya menurut dan menyuap makanan kemulut perlahan-lahan. Sejak dari awal pagi sudah merancang untuk meminta pertolongan Mak Long, sebab tulah kena pandai-pandai cari mood Mak Long ni. Silap cakap nanti mau mengamuk Mak Long dibuatnya.
“Mak Long, Riez betul-betul nak cari Eliza. Mak Long boleh tolong tak?” Penuh sopan-santun Shahrul Harriez memulakan kata, seusai menghabiskan sarapan.
“Apa pula tak bolehnya, dah memang Mak Long sendiri pun nak sangat jumpa Eliza. Tak pernah Mak Long berjauhan selama ni. Cakaplah, Riez nak Mak Long tolong apa?”
“Boleh tak kita pergi jumpa makcik yang datang semalam tu? Itu emak kawan baik Eliza kan?”
“Oooh… Zaleha.. Mak Cik Leha tu emak Nurul tu ke yang kamu nak jumpa?
“Kawan Eliza tu namanya Nurul ye Mak Long?” Shahrul Harriez mengutip satu persatu maklumat yang berkait dengan Eliza.
“Mak Cik Leha tu balik ke kampung ni sekejap aje, agaknya dah balik ke Melaka dah pun. Kenapa semalam kamu tak tanya aje terus? Bertangguh-tangguh, sudahnya kamu jugak yang rugi.” Mak Long bersuara sebal. Sebenarnya, dia pun tak terfikir nak bertanya lebih lanjut semalam, tak sangka pulak Shahrul Harriez berniat nak bertanya macam-macam.Lain kali cakap biar terang, sekarang kan dah melepas.
Shahrul Harriez terdiam, kecewa benar bila hajat tak kesampaian. Tapi mana boleh putus asa selagi hajat tak tercapai? Segara idea bling bling berlegar dikepala. “Nombor telefon Mak Cik Leha tu ada Mak Long?”.
“Ada, alamat rumah Mak Cik Leha di Melaka tu pun ada ditinggalkannya jugak.” Mak Long bersuara sambil menghulurkan cebisan kertas yang diselit pada lapik meja makan. Iskk.. Mak Long ni maklumat macam ni punya berharga boleh dia selit macam tu aje, pantas Shahrul Harriez menyambut. Nombor telefon Mak Cik Leha pun jadilah, ini pun dah seribu rahmat tau. Kalaulah dari tadi dia tau yang nombor telefon dan alamat Mak Cik Leha cuma diselitkan bawah lapik meja, tak payah nak tunggu macam ni punya lama.
“Saya minta diri dululah Mak Long, ada kerja sikit.” Bukan main teruja lagi rasanya, terus aje Shahrul Harriez minta diri.
“Iyalah, nanti senang-senang datanglah lagi. Kalau kamu ada berita pasal Eliza bagitaulah Mak Long jugak.
“Baik Mak Long, terima kasih banyak-banyak.” Shahrul Harriez tak boleh tunggu lama lagi, misi harus dijalankan segera.
(Tak tau apa pasal aku nak tulis ni tapi aku rasa.. bukan Shahrul aje yg tak sabar nak jumpa Eliza.. pembaca sumer pun dah tak sabar jugak kan..?ehhehehehe gelak jahat )
Enjin kereta dihidupkan walaupun sebenarnya jari ni dah gatal sangat nak mendail nombor Mak Cik Leha, mahu dituju ke rumah Mak Tok, malas pulak rasanya dah tentu Mak Tok akan meleter pasal Eliza. Sampai di jalan besar, kereta dihala menuju ke Kuala Lumpur. Bukannya kerana nak balik ke rumah, jumpa mummy pun sama juga telahannya, berleter itu ini. Ear phone disumbat ketelinga dan nombor Mak Cik Leha didail. Cepat aje talian disambungkan.
“Assalamualaikum, boleh cakap dengan Mak Cik Leha.”
“Waalaikumsalam, mak tak ada pergi pasar. Siapa ni?” Suara macam budak-budak aje.
“ Ooh… ni Abang Riez, panggil dari Kuala Selangor”. Sengaja memperkenalkan diri macam orang kampung.
“Ini abang yang cucu Mak Tok tu ya..?” Aik.. glamour nya aku? Sampai budak ni pun boleh kenal.
“Iya… adik ni siapa nama?” Buat- baik ajelah, mana tau boleh mendatangkan hasil.
“Saya Hanim, adik kak Nurul.”
Yes.. yes.. Shahrul Harriez dah tersenyum lebar. “Ooh Hanim, hm. Hanim sekolah lagi ke?”
“ Tingkatan tiga, kenapa abang nak cari mak?”. Ahh.. agaknya budak ni ingat aku nak ngorat dia ke? Suara macam dah cuak aje. Isk.. iskk..
“ Abang nak tanya nombor telefon kak Nurul, Hanim tau tak? ”.
“ Ada, alamat rumahnya pun ada sekali saya simpan, hari tu Kak Nurul kasi sebab suruh poskan surat dia. Nanti saya sms kat nombor abang ni ya.? ”
Aduh.. pucuk dicita ulam mendatang, rasa bagai nak melompat keluar dari kereta dibuatnya. “Ok dik, sms cepat ya, abang tunggu. Terima kasih banyak-banyak, nanti kirim salam kat Mak Cik Leha ya. Assalamualaikum.” Talian dimatikan dengan senyuman melerat tak mati-mati lagi. Tak sampai seminit telefon bergegar menandakan isyarat mesej masuk. Sekilas maklumat dijeling, alamat yang tertera dibaca laju. No: 7 Lorong 3 Taman Chempaka, Pandah Indah. Tak susah langsung nak ingat, terus masuk dan disimpan kemas dalam kotak memori. Pedal minyak kereta ditekan rapat, laju yang langsung tak terasa dek perasaan yang dibuai gembira.
Andai aku pandai menyanyi. Tua muda miskin dan kaya.. Tentu suasana gembira, mendengar suara merdu bagai buluh perindu.. banyak orang rindu.. oohh.ohh..ooh...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eliza tertinjau-tinjau memandang keluar tingkap bilik. Sejak dua tiga hari lepas memang dia pasti kereta yang sama melintas di depan pagar rumahnya berkali-kali. ‘BMW 3 series tu macam pernah tengok, rasa-rasanya macam.. tak mungkin. Tak mungkin dia, bukankah dia ke Dubai? Tapi mana tau kalau dia balik bercutikan? Aduh susahlah macam ni. Entah-entah dia dah tau kot aku tinggal kat sini.’ Pelbagai andaian berlegar-legar dikepala.
Semenjak Eliza perasan kereta biru itu berulang-ulang kali melintasi pagar rumahnya, tak pernah sekali pun dia cuba menjengukkan muka. Habis semua pintu dan tingkap di tutup rapat sehinggakan pagar pun dirantai mengalahkan rumah kena sita. Nurul pada awalnya tak berapa kisah, tapi bila Eliza beria-ia memesan supaya mengunci dan merantai pagar rumah, dia dah mula pelik. Tak kan sebab mengandung Eliza boleh suruh buat benda pelik kut, takat nak makan pelik-pelik tu biasalah. Eliza macam biasa buat muka seposen, alasan tak mahu ada salesman ketuk pintu rumah. Oklah kalau sebab keselamatan, usahkan ikat pagar dengan rantai, tambat dua ekor singa pun tak apa.
Masuk kali ni, dah empat kali kereta tu lalu. Selalunya kereta tu akan perlahankan kelajuaan tapi tak pernah pulak berhenti. Nak intai pemandunya pun, cermin berwarna gelap itu lansung tak kasi peluang untuk Eliza mengecam siapa. Rasa nak aja telefon polis, tapi kalau orang itu adalah... tak ke kesian nanti dia? Tak pasal-pasal buat hal kat balai. Lagi pun Eliza tak mau dia tahu yang sebenarnya Eliza betul-betul tinggal si disin. Biarlah dia nak ulang-alik sampai kering minyak kereta pun, lantaklah. Biarkan dia bosan, biarkan lenguh leher orang tu nak memandang, nama dia nak buka pintu atau menjenguk ke tingkap tak adalah.
Serta-merta Eliza teringatkan Nurul, manalah tau kalau-kalau kereta tu lalu lagi waktu Nurul ada di rumah, ntah-ntah Nurul akan pelawa dia masuk ke rumah pulak. Iskkh.. tak boleh jadi ni, dengan segera nombor telefon Nurul didail tapi panggilan masuk ke peti simpanan suara, alah tengah ada kelaslah tu. Eliza melepaskan nafas mengeluh, sambil duduk di tepi tingkap mengintai dibalik kaca yang dibuka sedikit. Langir dikuak sedikit untuk memberi pandangan, eh kereta tu betul-betul berhanti depan rumah dah. Cepat Eliza menarik langsir dan meloloskan diri ke atas tilam. Mintak-mintak janganlah orang tu perasan.!
SHAHRUL HARRIEZ masih berdiri di depan pagar rumah yang berkunci dan berantai kemas, huh macam nak tambat kapal. Dah masuk hari ketiga tak sebarang kelibat manusia pun yang tinggal di rumah ni. Alamatnya dah betul dah, tapi kenapa nampak macam rumah kosong aje. Puas dia ulang-alik dengan kereta, hah sekarang dia memberanikan diri pulak berdiri depan pagar. Harap-harap adalah orang di rumah.
“Assalamualaikum... Assalamualaikum..” Shahrul Harriez memberi salam. Seminit dua masa berjalan masih tak ada jawapan.
“Assalamualaikum...” Kali ni lebih lantang, kalau launkan azan memang boleh dengar seluruh kariah Taman Chempaka ni.
“Waaalaikumsalam..Encik ni cari orang sebelah ni ka..?” Tiba-tiba muncul seorang lelaki jiran di sebelah rumah. Hai.. lain yang ditunggu lain pulak yang keluar, tulah jerit macam tu punya kuat agaknya dah ganggu ketenteraman orang lain kot.
“Minta maaf laa encik, saya cari orang yang tinggal kat sini, nama saya Shahrul”. Pantas Shahrul Harriez menghulurkan salam, bimbang nanti tersalah anggap. Manalah tau jiran ni terlebih perihatin, tak pasal-pasal pulak lebam biji mata.
“ Saya Malik, kalau Encik Shahrul cari orang sebelah ni, saya pun tak berapa kenal, isteri saya kenallah kut, maklumlah masing-masing bekerja. Kebetulan hari ni saya ada di rumah.”
“Encik Malik tau tak sapa yang tinggal kat rumah ni? Sebab alamat yang saya ada ni sepatutnya alamat rumah sepupu saya.” Minta maaflah Encik Malik, terpaksa bohong. Takkan nak kata ni rumah isteri saya, karang Encik Malik suruh pecakkan aje pulak pintu ni.
“Kalau tak salah memang perempuan tinggal kat rumah ni, entah seorang ke berdua. Sorang tu adalah selalu nampak awal pagi keluar ambil LRT, tapi ada satu lagi tu jarang nampak. Tak tau dia memang duduk sini atau tidak. Itulah, memang isteri saya je la yang tau. Kalau saya ambil tau memang cari nahas lah jawabnya.” Encik Malik tertawa kecil. Memang pun, kalau kau beria ambil tau pasal isteri aku, sekarang jugak kau merasa penumbuk aku Encik Malik ooi..
“Kalau macam tu, betullah kut ni rumah sepupu saya. Tapi kalau dah keluar awal pagi memanglah saya tak sempat jumpa. Terima kasih banyaklah Encik Malik, tengoklah petang-petang nanti atau hujung minggu saya datang lagi.” Shahrul Harriez menghulur tangan untuk bersalam dan meminta diri.
Malik hanya memandang sambil tersenyum-senyum, ‘suka hati hanglah nak mai bila, aku peduli apa? Asalkan mamat ni tak cari Eliza yang cun tu sudahlah.’ Sengaja Malik tak mahu bercerita panjang perihal jiran sebelah rumahnya tu. Manalah tau kut-kut orang jahat, suka-suka nak mengaku sepupu.
Shahrul Harriez melangkah masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dengan perlahan. Huh Malik tu senyum-senyum macam sorokkan sesuatu dari aku aje, kalau aku tau dia cuba kacau Eliza siaplah. Sempat dia menoleh ke tingkap sebelah kiri rumah itu, walaupun rumah berkunci rapat tapi dia pasti ada sesuatu yang mengintai dicelah langsir tingkap. Memang Shahrul Harriez dah perasan ada sesuatu. Sepantas itu juga Shahrul Harriez perasan ada kelibat yang melintas dibalik tabir. Nalurinya kuat mengatakan itu Eliza, sambil tersenyum Shahrul Harriez berlalu pergi.
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW