|
Jangan Ada Benci 14
Eliza melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjinjing beg-beg plastik yang sarat dengan keperluan bayi. Semuanya berwarna putih kerana itu yang difikirkannya sesuai untuk anaknya nanti. Warna putih lambang suci, tapi sebenarnya Eliza tak tahu pun apa jantina bayinya. Sengaja dia meminta doktor tidak memberitahu akan jantina bayi itu sebab Nurul dan kak Aisyah sibuk sangat nak memilih nama yang sesuai. Biarlah, sampai masanya baby keluar nanti adalah nama untuk dia.
Aisyah yang menurut langkahnya dari belakang juga sarat membawa barangan bayi. Tilam, bantal serta bakul juga tak lupa dibeli. Kalau boleh Aisyah nak beli potty tapi rasanya barang tu lain kali aje boleh beli. Seronok betul dia memilih macam dia pula yang nak bersalin. Semua barangan dilonggokkan di atas lantai ruang tamu,dan kemudian dia berpatah balik menuju ke kereta untuk memunggah sebahagian barang yang masih belum dibawa masuk.
“Wah banyaknya.. ada lagi ke kak Aisyah yang nak dibawa masuk?” Nurul menjerit kesukaan.
“Tak de dah, ini sikit aje lagi.” Aisyah pula membalas jeritan dari luar. Kemudian kedua-duanya duduk bersila mengadap beg-beg yang bertaburan. Eliza yang pada mulanya menuju masuk ke bilik kemudiannya menyertai kedua-dua teman yang seronok membuka plastik. Beg-beg yang berisi pakaian kecil turut dilonggokkan sehingga menjadi bukit kecil di tengah-tengah rumah.
”Aduii... lenguh betul kaki berjalan, tapi seronok tau Nurul pilih barangan bayi ni. Akak yang belum kahwin ni pun teruja bila memilih, agaknya kalau akak yang mengandung nanti memang akak shopping sakanlah. Mahu setiap hari pergi beli barang-barang.” Aisyah bersuara sambil melunjurkan kakinya.
”Penat sangat ke? Wah. Macam ni punya banyak mana tak lenguh kaki. Eliza, kau macam mana? Aku tengok kau steady aje.. kak Aisyah pulak yang lebih-lebih penatnya?” Nurul menambah bila Eliza kelihatan tenang duduk tersandar disofa.
”Steady kata kau, rasa nak tercabut urat kaki aku ni berjalan. Nasib baik dengan jantung aku ni pun tak ikut tercabut sekali tau.” Eliza bersuara seakan merungut.
Nurul membulatkan matanya memandang Aisyah, apa maksud Eliza jantung nak tercabut tu? Alahai, mintak-mintak takde la kejadian buruk yang berlaku. Aisyah menggeleng kecil sambil membuat isyarat tidak usah bertanya apa-apa. Tapi Nurul buat tak faham aje.
”Sapa pula yang cuba nak cabung jantung kau? Ada vampire ke kat shopping complex tu?” Nurul buat soalan tak pergi sekolah. Sebenarnya dia sendiri pun gelisah menunggu nak tahu cerita orang lepas balik dating terpaksa ni.
Kak Aisyah pula yang gigil satu badan rasa macam bersalah pulak bila drama di restoran makan tadi dia jadi saksi. “Err.. akak buat air kejaplah, rasa hauslah pulak.” Dia mencipta alasan untuk meminta diri.
“Tak payah kak Aisyah, Nurul dah buat pun ada atas meja ni. Minum ajelah.” Nurul sebenarnya mahu Aisyah turut serta dalam perbualan itu.
“Entahnya kak Aisyah, saya dah minum dua gelas dah. Macamlah akak tu tak penat shopping. Duduk ajelah sini, tolong buka plastik barang-barang ni ha.” Eliza bersuara selamba. Aisyah membantutkan hasratnya untuk berlalu, lalu mula membuka plastik yang berisi pakaian bayi.
“Nurul, aku terjumpa abang Harriez tadi.” Eliza mula bersuara, Nampak macam cool aje. Mana mood marahnya tadi. Aisyah mengerling mukanya.
“Iye? Kau dah basuh dia cukup-cukup?” Nurul bertanya penuh minat.
“Basuh? Apa kau ingat dia tu kain ke aku nak basuh. Alah apa lagi yang dicakapnya kalau bukan dia nak minta maaf, kali siap nak ajak ak balik rumah dia pulak. Eiii... tak kuasa aku nak ikut dia balik. Tapi yang aku paling tak sangka, bila mummy dia datang juga. Siap bawa girlfriend sekali.” Sikit berubah suara Eliza bila menyebut ‘girlfriend’ tu, ada nada jengkel berbaur cemburu terhambur keluar.
“Hahh..? mummy Harriez ada girlfriend? Lesbo apa dia tu?” Soal Nurul pula.
“Iskhh.. engkau ni Nurul ke situ pulak. Engku Faridah tu datang bawa kekasih abang Harriez sekali. Faham?”
“Betul ke..? Abang Harriez ada kekasih lain? Mana kau tahu? Entah-entah adik dia ke atau kenalan mummy dia ke. Kau pandai-pandai je tuduh itu kekasih abang Harriez.
“Akak rasa bukan kekasih dialah Eliza, nampak macam Harriez tak peduli pun perempuan tu, dia aje yang lebih-lebih.” Aisyah bagai cuba membetulkan suasana. Nurul memandang dengan penuh makna. Wahh.. ini cerita menarik ni, ingatkan setakat jumpa Shahrul Harriez, tapi extra pulak dengan Engku Faridah dan sapa? Girlfiriend Shahrul Harriez?
“Hmm.. nanti-nantilah aku cerita. Tak pun kalau kau tak sabar, kak Aisyah boleh tolong cerita. Jom tolong aku buka bungkusan ni semua, aku pun seronok juga shopping dengan kak Aisyah tadi. Kak Aisyah rasa semua barang ni dah cukup ke? Saya rasa macam nak beli kereta sorong dengan katillah lepas ni. Nanti car seat kena beli ke?” Eliza mengubah tajuk perbualan, seboleh-bolehnya insiden tadi tak mahu diulang tayang. Baju-baju dan seluar bayi ini lebih mengujakan.
Nurul mengangguk tanda faham bila kak Aisyah juga memberi isyarat supaya tidak bertanya lagi. Seronok betul mereka bertiga membelek satu persatu barang yang dibeli. Tak sangka Aisyah tahu semua keperluan bayi sehinggalah sarung kaki, tangan, topi dan barut serba cukup dibeli.
“Akak rasa barang untuk baby ni macam dah cukup dah, lepas ni kalau kita keluar patut beli set kelengkapan untuk Eliza pulak.”
“Apa pulak untuk saya, lepas bersalin nanti sudahlah nak kelengkapan apa lagi?” Eliza bertanya.
“Wei.. kau ni tau nak beranak aje, lepas bersalin nanti kau kena berpantanglah. Masa berpantang tulah nak pakai pilis, bengkung aa.. lagi apa kak Aisyah?” Nurul yang buat-buat pandai tu sebenarnya tak tahu mana pun.
“Hm.. banyak lagi jamu-jamu untuk memulihkan kesihatan. Jadi lebih elok kalau kita beli set lepas bersalin aje, serba lengkap untuk empat puluh hari.” Aisyah menokok bagaikan dia tahu segala-galanya. Eh, mestilah keluarganya ramai perempuan. Apa lagi sebagai anak sulung tentunya Aisyah tahu macam-macam.
“Cakap pasal pantang ni, err Eliza macam mana nanti ya..?” Nurul bertanya sambil menggaru kepala.
“Kenapa pulak? Aku berpantang aje di rumah nilah, kat mana lagi” Eliza menjawab.
“Itulah, akak pun ada terfikir juga pasal tu. Iyalah berpantang ni memerlukan penjagaan yang betul. Nak berurut, bertungku makan pun kena jaga juga.” Aisyah menambah.
“Habis tu, apa masalahnya?” Eliza bertanya kehairanan.
“Aku ni tak pandai la buat tu semua, lagi pun aku takut tak terjaga kau nanti. Bukannya aku tak mahu.” Nurul memandang kawannya penuh rasa bersalah.
“Iyalah Nurul, akak ni pun bukan tahu sangat nak menjaga. Tak ada pengalaman pun tapi akak rasa yang penting nak berurut dan jaga makan tu, siapa nanti nak tolong Eliza pakai bengkung?” Aisyah menambah kekusutan.
Eliza terdiam seketika. Iskh, susah pulak rupanya nak bersalin ni, ingat dah keluar baby tu dah sudahlah. Alah orang Melayu ni aje yang berpantang bagai, tu orang putih tu elok aje. Hari ni beranak, esok dah boleh jogging.
“Er.. macam tu tak payah pantang-pantanglah.” Eliza bersuara. Disambut dengan jeritan Nurul dan Aisyah. “Tak boleh..!”
“Kalau balik aje kampung aku, duduk dengan mak aku untuk berpantang.” Nurul cepat bersuara. Eliza yang memegang sarung bantal bayi tu terdiam seketika, berfikir sama ada cadangan Nurul boleh dipakai atau tidak.
“Aku bukan tak mahu, tapi bukan ke abang Harriez ada bertanyakan pasal aku pada mak kau? Dibuatnya dia call emak kau lagi macam mana? Silap-silap dia pegi turut ke rumah emak kau tu. Nanti bila aku balik bawa baby habislah. ” Perlahan-lahan Eliza menolak cadangan Nurul. “Bukan aku tak mahu atau tak percaya emak kau boleh simpan cerita ni atau tidak..” Eliza memandang Nurul penuh makna. Manalah tahu kut kut Nurul terasa pula.
“Macam tu balik kampung akaklah, mak akak pun boleh jaga. Kat sana dah tentu suami Eliza tak akan cari. Usahkan emak, akak sendiri pun dia tak kenal siapakan? Jadi kalau Eliza di kampung akak tentu Harriez tak kan dapat jumpa.” Aisyah pula membuat usul.
“Isyk.. nanti menyusahkan mak akak pula, apa akak nak bagi tahu pasal Eliza ni?” Nurul pula yang membangkang, tapi Eliza memandang dengan mata pernuh bercahaya macam lampu bling-bling.
“Biar akak cuba cakap dengan mak akak dulu, korang jangan risau. Insya Allah mak akak tak menolak punya. Lagi pun mak akak tak kenal Shahrul Harriez takkan dia boleh cari sampai ke kampung akak kot?” Aisyah memandang kedua-dua temannya.
“Setakat ni, itu idea paling baik yang kita ada. Eliza kalau mak kak Aisyah setuju, kau ke sanalah ya? Janganlah fikir yang kami ni tak mahu jaga kau, kami ni nak yang terbaik untuk kau sebenarnya.” Nurul memujuk bila wajah Eliza bertukar menjadi suram.
Eliza hanya mengangguk setuju. “Tapi biarlah aku bersalin di sini, aku dah biasa dengan Doktor Munira tu, lagi pun hospital kan dekat aje dengan rumah kita. Lepas keluar hospital terus balik ke kampung kak Aisyah ya?” Eliza pula memutuskan. Kedua-dua temannya hanya mengangguk tanda setuju.
“Oklah, rasa nak mandi dan nak sembahyang Asar, penat betullah. Nurul kalau aku tertidur kejutkan kalau terlajak sampai senja ya.” Eliza bagai memutuskan perbualan bila dia sudah mula angkat punggung.
“Iyalah, pergilah rehat.” Nurul menyahut cepat, elok sangatlah tu senang dia nak korek cerita dari kak Aisyah. Nurul mengangkat keningnya penuh makna.
“Akak pun nak solat dulu, karang cerita.” Aisyah pun turut bangun sambil membawa pakaian-pakaian kecil itu untuk dibasuh. Nurul mengikut jejaknya tanda mahu cerita diperinci. Gossip mana boleh lepas.Nurul tak puas hati selagi apa yang jadi sepanjang mereka di luar tidak diketahui. Memanglah dia yang tak mahu ikut tapi bukan bermakna dia tak mahu ketinggalan untuk mengetahui drama tu.
ADAM menekan-nekan remote televisyen mencari rancangan yang sesuai. Tuan rumah yang terbaring disofa panjang langsung tak bersuara sejak tadi. Namanya aje dijemput tapi Adam pula yang jadi tuan rumah bila air pun dia kena ambil sendiri dari peti sejuk. Bukannya dia tak kenal peti ais kata Shahrul Harriez.
“Jomlah keluar, ni pun dah pukul sembilan lebih aku dah lapar dah.” Adam memecah kesunyian. Movie yang terlayar di kaca tv langsung tak menarik perhatian. Mana nak ada mood kalau perut dah berbunyi.
“Kita pesan pizza ajelah, aku malas nak keluar.” Shahrul Harriez membalas. Adam mengangguk setuju. “Kau orderlah apa-apa pun aku bayar.” Sambung Shahrul Harriez lagi.
“Shahrul, dah sebulan lebih kau begini. Memerap dalam rumah mengalahkan anak dara sunti. Dahlah sesuka hati kau aje resigned dengan notice dua minggu. Ada apa-apa yang mengganggu kau ke?“ Adam mencungkil rahsia. Semenjak menemankan Shahrul Harriez berjumpa isterinya lebih sebulan yang lalu, kawannya yang seorang ni dah macam zombi kampung pisang. Tak minat nak pergi kerja yang akhirnya dia meletakkan jawatan. Hmm mujurlah anak orang kaya, tak kerja pun duit dia banyak. Bolehlah suka-suka aje berhenti kerja.
“ Takde semangat dah aku nak kerja.“ Mudah aje jawapannya.
“ Ceritalah pada aku, kut-kut semangat kau yang hilang tu aku boleh tolong carikan.“ Adam menjawab sambil tersenyum-senyum. Faham sangat semangat apa yang Shahrul Harriez kata dah hilang tu, tapi tak tahulah kalau semangat hutan pulak ke yang dia maksudkan.
Shahrul Harriez buat endah tak endah sahaja, tak berapa rajin nak bercerita sebenarnya sebab Adam bukannya dia baru kenal hari ni, semua rahsia dah ada dalam kocek temannya tu. Seketika telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat, pun Shahrul Harriez tak ada mood nak menjeling.
“ Weei. Telefon kau tu, jawablah.“ Adam bersuara bila dia rasa handphone yang berbunyi lagu Donal Duck tu betul-betul mengganggu tumpuannya pada layar televisyen. Shahrul Harriez bergerak sedikit sambil tangannya menggapai-gapai macam mencari sesuatu, tetapi bukan handphone yang dicapai, kusyen kecil disambar dan rapat dia menutup telinga.
“Mummy engkau tu Shahrul, tak baik tau kalau tak jawab.“ Adam lagi bersuara, tahu benar nada dering yang itu Shahrul Harriez dah set kan untuk mummy nya, tapi ehh bukan nama Engku Faridah yang terpapar di screen telefon tu. Amanda.! Laa.. dah berapa pemanggil yang dikategorikan sebagai ’itik’ ni? “Shahrul, siapa Amanda ni? Awek baru ke? Aku jawabkan ya?“ Adam sudah tergelak-gelak kecil. Ni mesti awek yang di reject oleh Shahrul Harriez, kalau tidak takkan dapat bunyi itik juga.
“ Kalau kau nak layan, suka hatilah tapi jangan pakai telefon aku. Lagi satu pesan kat dia jangan call aku lagi.“ Waa… bukan Shahrul Harriez nak cemburu, siap bagi pesanan lagi. Adam kembali menumpukan pandangannya pada siaran yang terpasang.
“ Aiseyy bro, awek kau ni tak putus asa lagilah. Dah lebih lima minit tak jemu-jemu dail nombor kau.“ Adam pulak dah naik muak dengar bunyi Donald Duck tu, patutlah Shahrul Harriez awal-awal lagi dah cari bantal nak tutup telinga.
ELIZA membelek-belek telefon bimbit yang dikirim bersama jambangan bunga petang tadi. Nasib baik dia cuma campak ke tong sampah dalam rumah aje, kalau tercampak keluar alamat tak ada rezekilah nak merasa pakai iPhone 4 ni. Marah-marah pun kalau dapat barangan mahal macam ni kena fikir lapan kali juga kalau nak dibuang. Mujurlah handphone ni masih dalam kotak, kalau tidak alahai sayangnya. Tak pasal-pasal buang rezeki. Segan pula nak bagi tahu Nurul dan kak Aisyah, dah tentu kena usik dengan diaorang berdua tu. Adui malu, tapi tulah, dah dapat barang canggih macam ni, kalau tak bertanya memang aku tak tahu nak pakai macam mana.
Nak tak nak kena jugalah minta bantuan, alah diorang tu bukan boleh buat apa pun, habis teruk kena kutuk dengan Nurul, eeiii… sabar ajelah telinga. Baru Eliza berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik kak Aisyah, kotak handphone di atas ribaannya terjatuh ke lantai dan mengeluarkan satu sampul surat kecil. Susah payah Eliza merendahkan badannya untuk memungut sampul surat itu, kandungannya yang hanya menunggu hari itu terlalu berat untuk diusung ke sana ke mari.
Eliza melepaskan lelah di atas katil, kepayahan membongkokkan badannya membuatkan dia sedikit penat. Pantas dia membuka sampul itu, tanpa dia sedar senyuman kecil meniti dibibir. Inilah kali pertama kiriman dari Shahrul Harriez dibukanya dengan hati yang berbunga.
Assalamualaikum...
My dearest Lizzy.
Eh Lizzy..? Siapa pulak ni yang nama Lizzy ni? Abang Harriez ni tersalah hantar ke? Berdebar hatinya bila nama Lizzy yang dibaca.
Abang berdoa semoga kotak hadiah ni tak masuk longkang, tapi setakat masuk tong sampah dalam rumah sekurang-kurangnya masih boleh diselamatkan lagi, itu pun kalau ada bantuan Nurul nak tolong bukakan.Sebab tu kiriman kali ni abang dah jampi supaya sayang tak marah-marah. Nak tahu abang jampi macam mana..? Sebelum hantar abang sebut ‘I love you’ seribu kali. Tengok menjadikan? Lagi satu sebab abang bagi dengan seikhlas hati, bukan kerana abang nak beli perasaan sayang dengan harta. Kalau sayang segan nak mintak Nurul atau kawan sayang yang lagi satu tu ajar macam mana nak guna phone, ni ada abang sertakan ‘manual’ untuk sayang explore sendiri macam mana nak guna phone ni. Apa-apa pun yang penting nombor telefon abang ada dalam speed dial tu dan sayang diwajibkan call abang selalu.
With love,
Your hubby, kekanda Shahrul Harriez.
‘Jampi konon, hmm betullah aku dah terkena jampi ni sebab handphone ni dah terselamat dari masuk longkang. Pelik ya, kenapa aku langsung tak rasa marah atau benci? Agaknya sebab barang ni mahal kut? Huh tak sangka materialistik jugak aku ni.’ Eliza berkata dalam hatinya sendiri pambil senyuman tak lekang dari bibirnya. Kepilan kertas yang bertulis instruction di bahagian atas kertas itu dibaca, mula-mula on kan dulu, pin code nya..
Eliza menuruti satu persatu arahan yang ditulis sendiri oleh Shahrul Harriez. Tak sampai sepuluh minit dah boleh digunakan, nasib baik abang dah mudahkan cara-cara nak pakai handphone ni, mana dia tahu yang aku ni reti nak pakai handphone canggih ya? Hmm.. lepas ni nak buat apa pula. Aku nak kena ucap terima kasih kut? Alah, tak mahu lah call dia, nanti betul-betul dia kata aku ni meterialistik, bagi barang mahal baru nak ingat dia, tapi dia juga yang tulis, ini bukan kerana kebendaan, tanda dia ikhlas .. ah apa-apalah.
Berdolak dalik rasa hatinya, kalau ikutkan mahu sahaja dia membuat panggilan, tapi segan pun ada juga. Sekarang pukul berapa ya? Entah-entah dia tengah sibuk bekerja? Tak mau la ganggu dia, tapi elok juga kalau call time kerja, tak payah cakap lama-lama. Tapi kerja apa pulak malam-malam macam ni. Ahhh .. ok ke kalau call sekarang?
Eh.. nanti, nak cakap apa ya? Terima kasih.. haa ok cakap terima kasih. Lepas tu cakap apa? Hmm.. kena minta maaf kut. Teringat pulak malam tadi kak Aisyah punya nasihat. ‘Kalau dah dekat nak bersalin ni elok minta maaf dari semua orang, terutamanya pada suami. Bukan apa, supaya dipermudahkan bila nak bersalin nanti’. Alahai… banyaknya dosa memang wajib sangat minta mar ni. Dalam buku panduan untuk menjadi ibu tu pun ada tulis, mesti dapat keredhaan dan kemaafan suami, barulah dipermudahkan dan kurang rasa sakit masa bersalin. Alamak.. habislah!
Laju aje jari Eliza menekan paparan untuk speed dial dah tersedia gambar Shahrul Harriez yang tersenyum, tekan aje dan tunggu talian disambung.
ADAM menyuap pizza untuk kepingan kedua kemulutnya. Bosan betul kalau makan seorang diri, ada kawan pun entah tidur entah jaga. Sejak bunyi Donald Duck yang berbunyi macam itik pulang petang tu berlagu hampir lima belas minit, Shahrul Harriez dah membatukan diri macam orang pengsan. Tiba-tiba handphone itu berbunyi lagi dengan dendangan lagu Dealova..’aku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu..’ Adam yang tengah menguyah pizza pun boleh tergelak sendiri, entah awek mana pulak yang Shahrul Harriez dah set kan ringtones nya jadi lagu jiwang macam ni. Gasaklah kau, nak lagu macam mana, apa-apa pun pizza ni lagi sedap.
Tiba-tiba Shahrul Harriez bingkas bangun bagai direnjat elektrik. Eh, hidup lagi? Ingat nak dah kena sumpah jadi batu. Terus aje dia meragut handphone yang berlagu macam orang mati bini tu. Dengan rambut yang kusut-masai Shahrul Harriez dah tersengeh dulu sebelum cakap hello. Adam buat-buat tak perasan dengan tingkah laku kawannya itu.
“Assalamualaikum sayang..” Itu aje yang Adam sempat dengar sebab Shahrul Harriez dah bangun menuju ke balkoni, nak cari privasi lah tu, hiskk baru nak pasang telinga.
“Waalaikumsalam, awak saya ganggu masa awak ke? Kalau busy tak apalah.” Eliza cuba menamatkan talian, kelam kabut sebenarnya.
“Eh.. tak..tak sayang jangan letak phone. Please, abang tak busy langsung. Please talk to me sayang.” Shahrul Harriez pulak yang kalut. Alahai Elizaku sayang, cakaplah lagi dengan abang.
“Hmm.. kalau macam tu oklah, sebenarnya saya nak cakap yang saya nak pulangkan semula telefon ni.” ‘Alamak..! Apasal aku kata nak pulangkan, aku dah mula ‘sayang’ kat phone nilah’. Eliza menggigit bibir, cis tak sekolah punya mulut, lain nak cakap lain pulak yang keluar.
“No, no Lizzy. Abang tak mahu sayang pulangkan phone tu, abang bagi pada sayang supaya sayang boleh call abang anytime.” Susah betul nak lembutkan hati perempuan seorang ni, nak harap dia call aku takde harapanlah, dah bagi phone siap dengan private line pun dia pulangkan pulak.
Eliza pula tergamam, eh betul ke dia panggil aku Lizzy? Sejak bila pulak aku tukar nama jadi Lizzy McGuire?
“Habis saya nak buat apa dengan phone ni?” Eliza buat-buat tanya soalan tak sekolah pulak. Isskkh kalau tak tau sangat nak buat apa, phone tu boleh disimpan dalam handbag dan jadi kan cermin untuk sikat rambut.!
“Untuk sayanglah, siapa lagi. Sampai hati sayang tolak hadiah dari abang.” Shahrul Harriez buat-buat merajuk, tapi kalau Eliza kata memang dia sampai hati nak buang jugak macam mana?
“Hmm.. oklah saya simpan, tapi saya tak janji saya akan selalu tekefon awak atau pun angkat semua panggilan dari awak tau.” Haa.. pandai pun mulut aku ni bercakap, hehehehe..
“Awak…” isskkh.. susahnya nak cakap. Eliza tutup mata rapat-rapat. Macamlah Shahrul Harriez tu betul-betul ada depan mata.
“Yes darling..” Shahrul Harriez pula tak lepaskan peluang bila dengar suara Eliza sejuk macam air cincau soya.
“Err.. terima kasih untuk hadiah ni.” Satu dah keluar, Eliza pejam mata lagi, menunggu reaksi dari Shahrul Harriez.
“Hmm..hmm.. itu aje?” Shahrul Harriez bersuara lembut mengalahkan suara abang donat masuk angin.
“Terima kasih jugak untuk hadiah yang lain-lain.” Dua dah lepas dan Eliza tarik nafas panjang. Tak cukup oksigen lagi yang masuk sebab banyak lagi perkataan yang perlu keluar. “Walau pun ada yang masuk longkang tapi banyak juga yang terselamat tau.”
Shahrul Harriez menyambul dengan ketawa senang hati, “Tak apalah sayang, at least ada juga yang terselamat. Abang bersyukur sebab sayang terima juga hadiah dari abang.”
“Tapi, kalau awak nak hadiah yang ada ni terus kekal dalam simpanan saya, awak kena buat sesuatu.” Eliza kedengaran mengugut dan Shahrul Harriez pula gelisah.
“Apa abang patut buat untuk sayang?” Risau tau kalau-kalau Eliza minta yang bukan-bukan. Dibuatnya minta papal layar boleh juga nak diusahakan, tapi kalau minta roket atau kapal selam?
“Awak tolong berhenti dari hantar bunga dan hadiah-hadiah lain. Maksud saya, cukup jangan hantar lagi. Boleh?” Lembut tapi tegas.
“Ala sayang,..”
“Takde ala-ala.. kalau awak nak bercakap dengan saya pakai phone ni lagi, baik awak berhenti hantar hadiah, kalau tak sekarang jugak saya baling masuk longkang.” Eliza terus mengugut.
“Okey..okey.. no more gifts no more gifts. Abang janji, tapi kalau abang nak bagi juga macam mana? I mean, I personally want to give it to you?”
“Awak, kalau nak bagi apa-apa pada saya, biarlah kena pada masanya, bukan hari-hari hantar bunga macam ni, rimas tau. Dahlah saya ni tak larat nak berkemas, ni hari-hari kena salin air dalam bekas bunga yan gberlambak-lambak tu, awak ingat saya larat sangat ke nak bergerak dalam rumah ni? Eliza dah mula nak naik angin dan oppsss…. Apasal boleh melalut ni??? Eliza gigit lidah sendiri, adui…sungguh lidah tak bertulang.
“Sayang… sayang sakit ke..kenapa sayang susah nak bergerak? Sayang sakit apa?” Shahrul Harriez bersuara risau. Jelas kekalutan dalam nadanya.
“Err..err. tak.. tak lah… Se..sebenarnya dua tiga hari lepas saya terjatuh, ni kaki terseliuh sikit.. haa terseliuh hmm.. err tu sebab susah nak jalan.” Aiikkkss… nasib baik otak cepat process alasan. Minta-minta dia percayalah.
“Betul ke sayang tak apa-apa ni? Abang datang sekarang ye..kita pergi klinik?”
“Ehh tak.. tak payah baru je pergi klinik, awak tak usah risau sayang memang setiap dua minggu pergi klinik pun.” Oppss.. dua kosong.! Eliza tepuk mulutnya sendiri yang dah terlebih bercakap tu. Aduhai, itulah kalau cakap tak tau nak full stop kan dah tersasul macam-macam.
Pantas Eliza menekan butang merah menamatkan talian. Ni kalau aku bercakap lebih dari lima minit beginilah jadinya. Habis semua rahsia terkeluar sendiri. Agaknya Shahrul Harriez ni betul-betul dah guna-gunakan aku, jampi dia tu mujarab sangat sampaikan bercakap pakai telefon dia ni habis segala rahsia aku bongkarkan. Hishh..Eliza menguis telefon itu jauh dari sisinya.
Disebabkan Eliza memutuskan talian tanpa meminta izin dan dah tentunya Shahrul Harriez tak puas hati, telefon tu dah berkumandang lagu Celine Dion tanda panggilan dari Shahrul Harriez dah masuk. ‘ I love you.. please say you love me too.. this three words, they could change our life forever. And I promise you that we will always be together till the end of time.’ Eliza ketawa sendiri mendengar ringtone dari lagu kegemarannya. Kalau tak jawab panggilan ni, mau pulak orang tua ni datang ke rumah. Dia ni bukan boleh percaya sangat.. hmm.. jawab ajelah.
“Hello”
“Sayang, please don’t hang up. Kalau tak abang datang ke rumah sekarang jugak.” Wah Shahrul Harriez dah pandai nak mengugut, kecut perut jugak Eliza mendengarnya, dibuatnya betul-betul dia datang malam-malam buta ni kan naya?.
“Tak, saya tak letak, hmm awak jangan datang ya, kita cakap aje.” Lembut Eliza memujuk membuatkan Shahrul Harriez berasa sedikit tenang.
“Tadi sayang kata sakit kaki, teruk ke?” Laa tak abis lagi ke?
“Tak lah, sudahlah tak payah cakap pasal tu. Kalau saya ni sakit teruk takkan Nurul nak biarkan saya duduk kat rumah? Ni dah baiklah, dah boleh jogging. Iyalah tu, nak berjalan pun semput.
“Betul ni? Kalau sayang perlukan apa-apa, call abang tau?”
“Iyalah..iyalah.. “ Malas Eliza nak panjang-panjangkan cerita.
“Err.. awak..” Eliza mula teringat sesuatu.
“Yes darling..?” Aduhai Encik Shahrul Harriez, baby dalam perut ni pun bergerak-gerak, agaknya dia boleh rasa ayahnya sedang memanggil emaknya dengan penuh kasih sayang. Eliza mengusap perutnya, serba salah mahu meneruskan kata-kata.
“Awak.. saya.. saya nak minta maaf atas segala perbuatan saya pada awak. Saya tau saya banyak sakitkan hati awak, maafkan saya ya? Halalkan segala yang awak dah bagi pada saya. Ampunkan semua kata-kata saya yang buat awak berkecil hati. Awak.. tolong redhakan saya ya.” Sayu Eliza bersuara yang akhirnya esakan kecil menyelubungi talian. Bersungguh-sungguh Eliza menuturkan kata-kata sehinggakan ucapannya pebuh beremosi.
Shahrul Harriez pula tergamam. Betul dia terkaku dan tak mampu bersuara. Terasa kelopak matanya hangat dan satu perasaan terharu menguasai setiap pelusuk mindanya. Betul ke apa yang didengar? Terkelip-kelip matanya menahan airmata dari tertumpah, uhh tak macho lah kalau nangis, tapi ni betul-betul terharulah.
Bila kemaafannya tak disambut, Eliza jadi pelik. Eh dia ni dah letak telefon ke? Aku betul-betul syahdu punya minta maaf dia boleh diam pulak, entah-entah tidur kut, telefon yang dilekapkan ditelinga dipandang, hmm talian masih bersambung.
“Awak.. awak tak maafkan saya ke?” Eliza masih lagi bersuara sedih.
Bagai nak gugur jantung bila mendengar rayuan kekasih yang dicinta, Shahrul Harriez meraup mukanya dengan tapak tangan. “Er,, ya sayang ..ermm hmm. Abang dengar.” Serak suara Shahrul Harriez menjawab. “Sayang tak ada apa-apa salah pada abang, abang yang salahkan. Abang tak patut tinggalkan sayang dulu. Abang yang bersalah.”
“Awak.. saya kata saya minta maaf bukannya suruh awak minta maaf dari saya.!” Eliza kembali pada intonasinya, keras!.
“Er. Ahh. Ya..ya..abang maafkan sayang, abang redhakan segala-galanya.” Cepat Shahrul Harriez memotong, sekarang dia dah pasti satu perkara, kalau Eliza dah bertukar nada tu, lebih baik turutkan aje kalau tak mahu talian terputus lagi. Eliza jangan didesak.
“Terima kasih sebab maafkan saya. Okeylah awak, saya dah mengantuklah, awak pun tidurlah ya? Esokkan nak kerja. Bye, assalamualaikum.
“Waalaikumsalam..” dan klik talian dah pun putus. Hmm.. tak sempat nak cakap I love you. Shahrul Harriez masih menggenggam erat telefon bimbitnya dan melangkahkan masuk ke rumah lalu melepaskan nafas lega sambil bersandar disofa.
Adam hanya menjeling seketika dan meneruskan tumpuan ke layar televisyen. Pura-pura tak ambil tahu.
”Wah kau ni makan tak ingat aku ya.” Shahrul Harriez membuka kotak pizza yang sudah sejuk itu. Kepingan pizza disuapkan ke mulut macam orang tak makan seminggu. ”Sedapnya pizza ni, perisa apa ya?” Shahrul Harriez bertanya sambil buat-buat tak tahu.
”Perisa kasih sayang yang ditabur dengan jiwang karat.” Jawab Adam selamba. Tak tahu apa yang menggelikan hati, Shahrul Harriez ketawa mengekek. ’Baru makan pizza dah sewel? ’ Adam buat muka tak puas hati.
”Betul.. pizza ni memang sedaplah.”
”Kalau sedap habiskanlah.” Adam menyambung.
”Iyalah ni, aku nak habiskan, kalau tak kenyang dengan kotaknya sekali aku nak kunyah. Hahaha ..” Shahrul Harriez ketawa senang.
’Itulah kalau orang tengah sakit, bila dapat aje ubat terus sihat. Tapi masalahnya kawan aku sorang ni bukannya sekarang sakit biasa. Sakit rindukan isteri yang entah kenapa malam ni boleh menelefon suami yang sedang tenat. Apalagi, terus demam rindu jadi kebah macam dah terlebih dos. Apa-apa pun aku doakan kau bahagia wahai kawanku.’ Doa Adam dalam diam. Meneruskan tumpuan ke keca tv sambil membiarkan Shahrul Harriez melahap pizza sejuk dan keras itu. Entah apa yang sedap pun tak tahulah.
ELIZA membaringkan tubuhnya di atas katil. Alhamdulilah, terasa lega dan lepas satu bebanan bila Shahrul Harriez sudah memaafkannya. Sambil membetulkan bantal dan bersandar Eliza mengusap perutnya bila baby bergerak sejak tadi membuatkan duduknya tak selesa.
Puas dia menepuk bantal dan mengubah kedudukannya, tapi perutnya masih rasa tak selesa, sakit dipinggang mula menyucuk. Berkerut dia menahan sakit yang semakin kerap dan kesakitannya sungguh dia tak tertahan. Eliza meraba-raba mencari bantal kecil di tepi katil tetapi yang terasa ialah lapik tilamnya yang sudah basah. Ahh.. air ketubannya dah pecah?
”Nurul... kak Aisyah..!” Aduh.. sakit semakin kerap menyucuk. ”Nurullllllllllllll.......”
Tak sampai dua minit, Nurul dan Aisyah yang kelihatan terkejut dan seperti baru sedar dari tidur berlari masuk ke biliknya.
”Akak rasa Eliza ni dah nak bersalin dah. Nurul cepat ambil beg kat tepi almari tu, akak nak buka pintu. Kita papah Eliza sama-sama.”
”Kita nak ke hospital ke kak Aisyah?” Nurul bersuara kalut.
”Iyalah, orang nak beranak mestilah ke hospital, tak kan nak pergi funfair pulak, cepat ambil semua dokumen sekali.”
Sungguh Nurul dan Aisyah jadi panik, dalam kelam-kabut dan masih tergamam Nurul dan Aisyah membelah kebeningan pagi membawa Eliza yang sakit nak bersalin ke hospital.
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW