|
Jangan Ada Benci 15
“Mengada-ngada betullah kau ni Adam, subuh-subuh macam ni barulah nak sakit perut. Pergi ambil minyak angin tu haa sapu.” Shahrul Harriez bersuara malas.
“Adui, kalau aku tak rasa nak mati tak adanya aku nak kejutkan kau tidur. Kalau aku keras kat sini karang tak ke engkau jugak yang susah nak jawab kat polis kenapa ada orang tiba-tiba mati kat rumah kau?” Huh dalam pada sakit pun Adam sempat lagi nak buat lawak.
“Yelah.. yelah aku bangun ni.” Shahrul Harriez bangun dengan malas, sudahlah dia baru aje lelapkan mata, jam di atas meja dikerling sekilas. Pukul empat setengah pagi? Adam ni tak ada ke waktu lain nak sakit?
“Kau nak bawa aku ke klinik mana ni? Bukan main jauh lagi, dah dekat setengah jam tak sampai-sampai.” Adam bersuara sambil mukanya berkerut menahan senak yang menyiksakan.
”Laa kan kau sakit sangat aku bawa pergi hospitallah ni.” Shahrul Harriez menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia sendiri pun tak tau kenapa menuju ke Hospital Pantai. Padahal sakit Adam bukanlah kronik sangat pun, setakat dibawa ke klinik berhampiran dengan rumahnya pun dah cukup. ”Alah Adam, ni dah nak sampai pun hah, kau turun dulu kat sini. Aku pergi parking kereta.”
Itulah orang tengah sedap-sedap tidur kena kejut, mana tak melalut sampai pergi hospital yang jauh dari rumah.
AISYAH DAN NURUL menunggu dengan penuh debaran, penyaman udara waktu subuh-subuh ni sepatutnya rasa sangat sejuk, jururawat-jururawat di sini pun kebanyakkannya menyarung baju tebal. Tapi Nurul rasa kejap-kejap macam berpeluh, kejap-kejap macam menggigil. Aisyah pulak berulang-alik ke tandas, gelisahnya dia membuatkan perutnya rasa tak selesa. Hampir tiga jam Eliza disorong masuk ke dewan bedah. Mereka berdua tak dibenarkan masuk, kata jururawat hanya suaminya sahaja yang dibenarkan. Maka terpaksalah mereka berdua menunggu di ruang yang disediakan,
”Nurul, akak rasa Nurul patut call suami Eliza la.” Aisyah tiba-tiba bersuara.
“ Err.. patut ke kak Aisyah? Hmm. Nurul risaulah takut-takut nanti Eliza mengamuk. Kita pun tak tahu lagikan Eliza dah boleh terima abang Harriez tu atau tidak.? Lepas diorang jumpa bulan lepas ada nampak Eliza macam dah suka kat abang Harriez tak?“
“ Rasanya tak de pulak dia nampak macam dia nak berbaik-baik, macam biasa aje, semua bunga dan hadiah kena campak. ” Aisyah bersuara.
“ Macam tu kak Aisyah rasa kita patut panggil ke suami dia? ” Nurul cuba menduga.
“ Tak payahlah kut. Kita berserah ajelah pada takdir.” Aisyah akhirnya memutuskan. Susah betul nak buat keputusan, kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut pula nanti haa tak pasal-pasal bermasam muka. Perkara yang melibatkan masa depan dan peribadi orang ni bukan boleh dibuat main, nanti kita pula yang dituduh penyibuk menjaga tepi kain orang. Aisyah tak mahu ambil risiko macam tu, sudahnya dia mengambil keputusan untuk mendiam diri sahaja.
“ Lama betul orang nak beranak ni ya kak Aisyah? Ingat sejam dua aje dah selesai.” Nurul menukar topik perbualan.
“ Eh mana ada sejam, ada kawan akak tu malam ni dia masuk dewan bersalin, esok petang baru baby keluar tau. Tak tahulah macam mana dia tahan sakit. Tengok Eliza tadi bukan main berkerut lagi muka dia, panggil pun dah tak dengar dah. Nasib baik dia tak menjerit melolong macam yang lagi satu tu. ”
“ Haah lah kak Aisyah, kira Eliza tu cool lagi lah ye, tak de menjerit melolong macam nak kena sembelih. Hihihihihihi..” Nurul tak tahan geli hati bila teringat ada seorang ibu muda yang memekik-mekik dek kerana menahan sakit. Tak cukup dengan menjerit, suaminya pula menjadi tempat dia melepaskan rasa. Kesian pun ada tengok si suami yang turut sama tak tentu arah tu. Agaknya memang begitu ragam orang nak beranak ni.
Sambil menunggu berita dari dewan bedah, Nurul dan Eliza berbual kosong bagi menghilangkan rasa gelisah, seketika kemudian jururawat muncul dari pintu dewan bedah itu sambil membawa katil kecil yang disorong keluar.
“ Siapa keluarga Puan Eliza Damia?” Juruwarat itu bersuara sementelahan tidak kelihatan kelibat lelaki yang boleh dipanggil suaminya. Pantas Nurul dan Aisyah berteriak serentak,“ Saya..!” Kedua-dua sahabat itu meluru mendapatkan bayi yang baru sahaja dilahirkan.
Wajah mulus itu tampak lena dibalut dengan kain selimut sehingga menampakkan muka bulatnya sahaja. Dalam cahaya yang diterangi lampu itu jelas kelihatan bentuk muka yang langsung tak serupa Eliza.
“Macam muka abang Harriezlah. Nurse, ni bayi lelaki ke perempuan? ”Nurul bertanya dengan muka bercahaya.
“ Lelaki, tak ada saudara lelakikah yang datang? Seeloknya bayi lelaki diazankan secepat mungkin.” Jawab juruwarat itu dengan ramah.
Nurul dan Aisyah berpandangan sesama sendiri, melihat keadaan mereka yang kelu tidak berkata, jururawat itu menambah lagi, “Tak apalah kalau tidak sekarang, nanti siang bila ada yang datang melawat boleh diazankan juga, hmm marilah saya nak bawa baby ni ke bilik bayi.”
“Kami dah boleh melawat ibunya cik?” Aisyah bertanya, terlupa pulak pasal Eliza bila dah melihat bayi comel itu.
“Belum boleh lagi, doktor sedang menjahit kat dalam tu.” Jururawat itu berkata pambil tersenyum. Menjahit? Aisyah menelan air liur, ngerinya.
“APA YANG KAU makan tadi Adam? Aku pun makan pizza juga tadi, tak ada pulak sakit perut macam kau, meracau-racau macam kena rasuk. ” Shahrul Harriez berteleku pada katil tempat Adam berbaring. Tak pasal-pasal Adam ditahan di wad selepas doktor siap memeriksanya.
“ Tadi sebelum tidur aku makan jeruk kat dapur kau tu. Agaknya itu yang buat aku sakit perut. Entah-entah dah expired sebab tu lah aku dapat keracunan makanan.” Adam bersuara jengkel. Itulah Shahrul ni, tak pernah ambil tahu apa yang ada di rumahnya, yang aku ni pulak main telan aje sapa suruh.
“Jeruk? Aku tak pernah simpan jeruk dalam rumah? ” Shahrul Harriez bersuara. Pelik betul. Aku sendiri tak pernah beli barang makanan untuk stok di rumah, usahkan mee maggie, sebiji beras pun tak pernah beli.
“ Nak buat macam mana, kalau kau letak racun tikus atas meja agaknya sekarang ni aku dah jadi arwah dah.”
“Ala kawan, sorry lah aku tak tau pun kat dapur aku tu ada makanan yang tak boleh dimakan lagi. Lain kali kau jangan makan apa-apa barang kat dapur tu selain lain air sejuk. Aku tak pernah ada stok makanan pun.”
“ Tak apalah benda dah nak jadi, anyway thanks for sending me here. Kau pergilah balik rehat ke tidur ke, aku tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Tak payahlah tunggu aku pulak. ”
Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, “ Tak sangka aku bangun pagi-pagi hantar hantar kau ke hospital, kalau hantar bini beranak lain lah. Aku nak solat dululah. Okey bro take care, aku chow dulu errk. Nanti waktu melawat tengah hari aku datang lagi. ” Shahrul Harriez bangun dan berlalu menuju ke surau yang disediakan setelah bersalam dengan Adam dan meninggalkan kawnnya itu untuk berehat.
“KAK AISYAH.. tengok tu.. tengok tu..” Nurul memuncungkan mulutnya mengarah ke susuk tubuh yang datang dari arah bertentangan.
“Siapa tu?” Aisyah bersuara bagai berbisik.
“Itulah Shahrul Harriez, suami Eliza. Akak tak kenal ke?” Nurul seakan berbisik.
“Hah..? Iya ke, mana akak kenal. Tadi Nurul kata tak mahu call dia, macam mana dia boleh datang sini?” Aisyah pula bersuara kalut,
“Mana ada Nurul call dia, ni kebetulan aje terserempak dia kat sini. Takkan Eliza pulak yang call dia, isskkhh.. Tapi agaknya Tuhan dah nak kasi rezeki kat baby ni kut?..Haa.. macam ni, akak tak kenal diakan? Mesti dia pun tak kenal akak juga, apa kata akak minta dia tolong azankan baby ni? Mudah-mudahan berkat sebab diazankan oleh ayahnya sendirikan?” Nurul tiba-tiba dapat idea. Tak kiralah janji idea tu bernas dan bling-bling . “Tapi akak jangan pulak pecah rahsia tau.”
“Hah..? ehh idea Nurul memang bernas, macam padi Bernas tapi akak eh.. Nurul..!” Aisyah jadi kelam kabut bila Nurul dah tolak dia ke depan.
“Nurse, kami nak minta tolong orang tu untuk azankan baby ni, boleh kan?” Nurul pantas bersuara.
“Hmm.. bolehlah, tapi dibilik bayi ya, sekurang-kurangnya di bawah pengawasan nurse sebab baby ni tak ada bapanya yang menunggu. Adik faham ya? Ini peraturan, ye lah benda tak elok ni macam-macam cara boleh jadi,” Jururawat itu memberi persetujuan.
“Ya,,ya kak kami faham sangat, err kawan saya ni akan temankan. Saya pergi jenguk ibunyalah.Kak Aisyah, please ..” Nurul dah pusing badan. Lambat-lambat karang Shahrul Harriez nampak habis laaa.
Aisyah jadi serba salah, ‘iskkh Nurul ni pandai betul buat rancangan, sudahnya aku jugak yang disorongkan.’ Antara segan dan menggelabah, Aisyah memberanikan diri menegur sewaktu mereka berselisih.
“Assalamualaikum encik, minta maaf mengganggu.” Aisyah bersuara sopan, manalah tau subuh-subuh macam ni Shahrul Harriez punya mood tak bagus.
“Waalaikum salam, ada apa cik?” Sedikit terkejut bila disapa oleh perempuan yang menolak katil bayi itu. Jururawat di sebelahnya hanya tersenyum.
“Saya nak minta tolong encik azankan bayi ni, sebab tak ada saudara lelaki yang menunggu. Ini anak angkat saya. “ Belasah ajelah, memang baby ni pun nanti akan jadi anak angkat aku dan Nurul apa. Detik hati Aisyah, jangan dia tanya lagi siapa emaknya sudah, aku tak sanggup nak menipu.
“Oh begitu, boleh apa salahnya. Saya pun baru aje selesai solat.” Shahrul Harriez menerima dengan senang.
“Kalau begitu encik boleh ikut saya ke bilik bayi, kat sana ada ruang untuk mengazankan baby.” Jururawat itu pula menokok. Kesian sungguh dia, sudahlah ibunya bersalin dengan tidak diteman oleh suami, hanya dua orang teman perempuan yang menunggu. Mudah-mudahan bayi ini hasil dari hubungan yang halal.
Aisyah hanya memandang dengan sayu bila melihat si ayah mengangkat bayinya dengan penuh hati-hati. Kalaulah Shahrul Harriez tahu itu anaknya, entah macam mánala agaknya perasaannya ya? Berat sungguh untuk Aisyah menyimpan rasa di dalam dadanya bila menyimpan perkara yang sebenar, perasaan yang membuak-buak memaksa dia untuk memberitahu perkara yang sebenar, cuma mulutnya yang terkunci kaku tak mampu nak bersuara. Airmata terharu dikesatnya perlahan.
Shahrul Harriez mengucup kedua belah pipi bayi itu dengan penuh rasa terharu. Entah kenapa hatinya begitu terusik bila memangku tubuh gebu itu. Bayi itu tenang sahaja walaupun tubuh kecilnya dipeluk kemas. Langsung tak berkutik walaupun Shahrul Harriez menciumnya berkali-kali. Bayi yang tidur lena itu diletakkan kembali di atas katil kecilnya walaupun Shahrul Harriez rasa tak puas-puas nak cium pipinya yang gebu. Nampak begitu berisi badannya, entah berapalah beratnya. Shahrul Harriez tercari-cari mana tanda pengenalan bayi ni, bukankah patutnya setiap bayi baru lahir mesti ada kepingan kertas tu?
“Terima kasih encik, budi encik tak dapat saya balas. Kalau encik tak ada, tak tahulah dengan siapa saya nak minta tolong.” Aisyah berbahasa tanda mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Sambil itu cepat tangannya menyelitkan tanda nama bayi Eliza di celah bantal.
“Ah .. tak ada apalah. Err..cik betul ke ni anak angkat cik?”Shahrul Harriez pula bertanya.
“Ya, anak angkat saya.” Cepat Aisyah menjawab, minta-minta janganlah dia tanya siapa ibunya.
“Oh begitu, kalau cik tak keberatan, nanti boleh saya datang jenguk baby ni lagi? Err.. baby lelakikan? Dah ada nama?” Shahrul Harriez menunjukkan minat. Sungguh tak sampai lima belas minit memeluk bayi itu terasa sayang pula nak meninggalkan.
“Hmm. Tak jadi masalah, datanglah melawat lagi. Err.. sebenarnya belum ada nama lagi.” Aisyah sudad berpeluh sendiri. Aduhai… Nurul akak tak ada idea nak kelentong mamat ni.
“Kalau macam tu tak apalah, hmm nama saya Shahrul. Cik ni siapa?”
“Aisyah,”
“Hmm .. saya minta diri dululah, kalau ada rezeki nanti saya teringin nak melawat baby ni lagi. Oh ya, tadi tak nampak pulak tag nama baby ni, siapa nama ibunya?” Alamak…. Macam mana ni..??? Ligat otaknya memikirkan alasan yang patut.
“Hmm.. macam ni lah, kalau encik Shahrul nak melawat call ajelah.” Huh tak pasal-pasal aku kena bagi nombor telefon pada suami orang, kawan baik sendiri pulak tu. Shahrul Harriez menyalin nombor Aisyah dengan senyum gembira dan berlalu setelah kembali menjenguk bayi comel itu dan menciumnya berkali-kali. “Nanti uncle datang lagi ya.” Janjinya pada sikecil itu dan disambut dengan helaan nafas panjang seolah-olah memahami kata-kata siayah.
Aisyah menarik nafas lega. Syukurlah, ayahnya sendiri yang mengazankan. Setelah puas dia membelek sibayi comel itu, baru Aisyah teringat untuk menjenguk Nurul dan Eliza. Alamak macam mana boleh lupa. Lepas ni si Nurul mesti nak tau apa yang dah jadi. Aisyah melangkah menuju ke wad yang menempatkan pesakit wanita dengan perasaan penuh terharu.
SHAHRUL HARRIEZ membaringkan tubuhnya, terasa lesu bila. Cadangnya nak sambung tidur tapi dari tadi bergolek-golek mata tak mau lelap. Otaknya tak berhenti-henti berfikir dan teringat baby di hospital tadi. Entah apa yang membuatkan dia asyik teringat-ingat. Kalaulah baby tu anak aku? Mesti sekarang ni aku tengah berdiri tepi katil dia, usap jari jemarinya yang comel, cium pipi montel tu puas-puas. Aku nak tunggu dia celikkan mata lepas tu menangis minta susu, lepas tu aku nak susukan dia dan dodoikan supaya tidur semula. Lepas tu.. lepas tu..
Kepala yang tak gatal digaru-garu, mukanya diraup dengan tangan berkali-kali, jauh benar aku berimaginasi dengan baby tu. Shahrul Harriez mula tersedar dari angannya, tapi itulah yang difikirkannya sejak memandu pulang dari hospital tadi. Baby tu tak buka mata pun tapi bila baby tu tidur lena dalam pangkuannya tadi walau pun sekejap, Shahrul Harriez tak tau apa perasaan yang patut digambarkan sewaktu memeluk dan menciumnya. Sedih? Terharu atau gembira? Tapi atas sebab apa?
Mungkinkah kerana harapan atau angan-angan yang baby itu anaknya sendiri? Hmm, nak berangan ada anak? Ada isteri pun tak boleh nak jaga, setakat dua hari aje betul-betul jadi suami, masakan boleh berangan nak ada baby? Tapi ada ke kemungkinan Eliza mengandungkan anaknya? Hmm…tak mungkin kut. Kalau ada kenapa Eliza perlu lari?
Bunyi Donald Duck berdendang dari handphone membuatkan angannya terbantut, kacau betullah, kalau mummy tak apa, tapi kalau yang lagi satu tu, minta maaf. Shahrul Harriez mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya, mujurlah mummy.
“ Yes, mummy..” Dia bersuara malas, entah kemana salamnya.
“Riez, Oh My God..! Mummy call berpuluh-puluh kali ni baru Riez nak jawab. What happen to you?” Suara nyaring dari Engku Faridah membuatkan Shahrul Harriez menjarakkan telefon itu dari telinga.
“Ada.” Sepatah jawapannya.
“Riez, mummy and daddy nak Riez balik ke rumah sekarang juga. Daddy free hari ni, so that’s a lot of things that we need you to explain.” Engku Faridah bersuara memberi arahan.
“Hmm.. Riez busy lah mummy, kirim salam aje kat daddy tu. Nanti weekend lah kut Riez balik rumah.” Cepat dia memberi alasan.
“Harriez, daddy ni. Balik sekarang we need to talk.” Tan Sri Engku Mukhzani bersuara tegas.
“Hmm. Yelah. Yelah..Sejam lagi Riez sampai, nak mandi dulu.”
“Alah, macam kamu tak boleh mandi di sini, cepat balik daddy ada perkara penting nak bincang dengan Riez.”
Shahrul Harriez mengeluh bila mendengar arahan daddynya, walaupun antara dia tidak begitu rapat dengan daddynya tetapi dia tetap hormat akan arahan orang tuanya itu. Antara dia tiga beradik, hanya dia sahaja yang boleh bertoleransi dengan kedua ibubapanya, abang dan kakaknya sudah bertahun-tahun membawa diri ke luar negara dek kerana tidak tahan dengan kerenah mummy dan daddy. Oleh itu dia selalu dianggap sebagai anak tunggal sementelahan sudah bertahun-tahun abang dan kakaknya tidak pulang ke Malaysia.
Kunci kereta dicapai dengan penuh malas, daddy ni entah apa-apalah yang nak dicakapnya. Tu tak lain sebab dia dah tau aku berhenti kerja.
“MANA ABANG TAHU Harriez dah berhenti kerja?” Terkejut besar Engku Faridah mendengar berita dari suaminya. Sungguh tak disangka Shahrul Harriez yang serius pasal kerja tu boleh berhenti dengan tiba-tiba. Apa yang merasuk fikiran anak bongsunya itu?
“Mr Tan, boss dialah, jumpa abang kat club, tiba-tiba tanya apa business future plan anak kita tu. Abang pun terkejut juga, mau tak mau abang jawablah Shahrul Harriez will join Putra Berhad.”
“Wah, abang dah bagi tahu orang yang Riez akan kerja dengan syarikat keluarga ya? Hahahaha.. pandai-pandai abang buat cerita, pandai-pandai jugalah abang bagi tau Riez sendiri ya? “ Engku Faridah bagai mengejek suami ni.
Manakan tidak, sebagai ibubapa mereka berdua memang kenal benar dengan perangai Shahrul Harriez yang keras kepala, kalau katanya hitam, maka hitamlah. Awal-awal lagi Shahrul Harriez menetang apa saja keputusan yang dibuat untuknya, dulu bila disuruh belajar Business Study, dia ambil jurusan Engineering. Hidup-hidup mereka berdua percaya yang Shahrul Harriez ke London untuk belajar bidang perniagaan, dah tahun ketiga baru mereka sedar yang sebenarnya Shahrul Harriez belajar bidang kejuruteraan.
“Itulah abang nak minta tolong Idah ni, tolonglah pujukkan Riez supaya dia betul-betul kerja dengan kita. Malulah abang kalau orang tau yang Riez masih lagi bekerja dengan syarikat lain.”
“Abang bukan tak tahu perangai Riez tu macam mana? Idah sendiri pun dia tak peduli, masakan cakap kita dia nak dengar?” Engku Faridah membantah.
“Alah, Riez tu sedegil-degil dia pun, dia tetap patuh pada kita. Tengok ajalah dulu, Idah suruh dia kahwin dengan budak kampung tu, takde pun dia menolak? Boleh pula Idah pujuk dia tinggal kekasihnya dan kahwin dengan perempuan kampung tu?” Tan Sri Engku Muhkzani memujuk isterinya lagi.
“Itu lain bang, ingat tak mula-mula Idah suruh dia kahwin, bukan main melenting lagi dia. Tapi iyalahkan, kucing mana nak tolak ikan, jumpa aje budak tu terus setuju nak kahwin. Entah apa yang buat dia setuju Idah pun tak tau. Tapi kali ni kalau abang nak Idah pujuk dia, Idah tak boleh nak gerenti yang dia akan dengar.” Masih lagi Engku Faridah berdalih.
“Idah, cubalah cakap elok-elok dengan dia. Ini pun untuk kebaikkan kita dan kebaikkan Riez juga, siapa lagi yang nak diharapkan? Anak kita yang lagi dua orang tu entah mana tak nampak bayang. Hezriq dah tak tahu mana tinggalnya, entah apa untung nasib pun tak tahu. Hazreen tu mengikut suami pun langsung tak balik-balik juga. Ni Harriez sajalah yang tinggal, satu-satunya peluang untuk kita harapkan menyambung perniagaan keluarga. Takkan Idah tak terfikir semua tu?” Lagi suaminya menambah.
“Kalau Idah berjaya pujuk Riez, apa kata abang bawa Idah honeymoon? Mana Idah nak pegi Venice? Rome? Shopping kat Harrods?” Sambil tersenyum Tan Sri Engku Muhkzani memancing minat Engku Faridah.
Agak lama Engku Faridah termenung memikirkan tawaran si suami.“Hmm.. Idah usahakanlah.” Jawab isterinya sambil tersenyum penuh makna. Tan Sri Engku Muhkzani juga turut tersenyum puas, alah macam tu lah orang perempuan, umpan sedikit dengan kebendaan, apa pun boleh. Terbayang Emylin si artis seksi itu akan menemaninya ke Rome, nanti bila Engku Faridah sibuk shopping peluang itu akan dipastikan untuk dia bersama dengan kekasihnya. Tan Sri Engku Muhkzani melayan perasaannya lagi.
Labels: Jangan Ada Benci
OLDER POST | NEWER POST |
The Little Princess
Hello there earthlings ! You have stepped onto Twinkling star. My name is Tralala. Imma sixteen years old girl.Proud to be Malaysian.Rate this theme if you like it.Replace this with your own profile or whatever.
Wishing Upon The Star
Put your wishlist here or whatever things.

OLD / NEW