|
Jangan Ada Benci 16
Sunday, July 10, 2011 | 8:03 PM | 12 star
Aisyah membetul-betulkan selimut bayi yang baru sahaja disusukan oleh Eliza. Kelakar betul bila pertama kali nak menyuakan susu ke mulut baby ni bila tiga-tiga kelam kabut dengar baby menjerit sekuat-kuat hati. Nurul yang paling panik sampai terlanggar meja kecil dalam wad bersalin tu, sudahnya makanan Eliza di atas meja tu habis bertabur ke lantai. Aisyah yang kononnya cool pun turut sama mengalirkan airmata bila dah lebih setengah jam baby melalak tak dapat minum susu lagi. Yang betul-betul tenang ialah Eliza, setelah dia menepuk-tepuk baby tu barulah berjaya mulutnya disumbat dan meneguk air susunya. Eliza tersandar kemas sementara Nurul sibuk membuka buku panduan nama-nama bayi. Masing-masing melayan perasan selepas penat nak menyusukan baby untuk kali pertama. Baru tahu betapa susahnya nak jaga baby, time ni lah terasa perlunya ada orang tua membantu. “Err.. Eliza, mana nama yang kau dah shortlistedkan ni? Hari ni aku dah boleh daftarkan nama baby ni tau.” Nurul masih tak lepas dari membaca buku tersebut. “Yalah, semua nama kena reject, habis nak bubuh nama apa?” Aisyah pula menambah. “Nama baby tu Adrian, sebab nanti nak panggil dia Edy. Okey tak?” Eliza akhirnya bersuara. “Adrian, sedap juga nama tu, tapi seketul tu aje? Nama emak dan ayah punyalah panjang, tetiba nama anak sepatah tu aje.” Nurul menokok. “Ye laa Eliza, err takde nama lain lagi ke yang boleh combine Akak fikir bubuhlah nama yang dekat-dekat sikit dengan nama ayah dia kut.?”Aisyah pula menambah. “Isskhh..tak maulah, dah berbulan-bulan kita bincang nama baby, tengok sampai dah keluar pun takde kata putus lagi. Akak letaklah nama apa-apa pun asalkan sedap sudahlah.” Eliza dah naik bosan bila sebut pasal nama. “ Okey, macam tu akak ada idea. Kalau Nurul setuju Eliza dah tak boleh bantah lagi. Macam mana?” Aisyah mengenyit mata pada Nurul. Sebenarnya mereka berdua memang dah berpakat. “Haah.. Eliza, kalau kitorang pilih nama kau jangan bantah lagi dah ye.?” Nurul pula bersuara. “Iyalah.. iyalah.. nama apa yang korang nak kasi ni?” Eliza menanti dengan penuh tak sabar. “Engku Adrian Harith.!” Aisyah dan Nurul bersuara serentak. Terbeliak mata Eliza mendengar. “Ehh.. tak mau lahh hujung sama dengan nama ‘orang tu’.” Eliza menolak sambil memuncungkan mulutnya. “Tak. Tak sama ejaannya lain, aku dah check surah nikah korang.” Nurul tersengeh-sengeh macam kerang busuk. “So, aku dengan kak Aisyah dah setuju. Kau tak boleh bantah ok? Kejap lagi aku pegi pejabat pendaftaran, sebelum tu aku nak check dengan nurse. Tengok bila kau boleh keluar. Tata titi tutu..” Nurul mula mengatur langkah pambil mengepit dokumen-dokumen untuk pendaftaran baby Edy, meningalkan Aisyah yang masih menemani Eliza. “Wah baby dah ada nama sekarang, Engku Adrian Harith, ni Mama Sasa..” Aisyah berbual dengan bayi yang tidur lena itu. Tergelak Eliza mendengarnya, “apa kak Aisyah? Mama Sasa? Nasib tak sasau.” “Eh biarlah, kitorang bukan setakat bincang nama apa nak bagi kat baby ni tau, siap pilih apa panggilan budak ni nanti kat kami, haaa Edy panggil Mama Sasa ye sayang? Nanti panggil auntie sorang lagi tu Mama Yun.” Aisyah terus berbual-bual dengan sikecil yang tak faham apa-apa. Eliza pun memegang perut menahan geli hati. “Hah gelaklah.. gelaklah kuat-kuat, nanti terbuka jahitan tu, doktor jahit semula tak pakai bius baru tau.” Aisyah memberi amaran pada Eliza, amboi bukan main lagi suka, apa kelakar sangat ke panggilan Mama Sasa dan Mama Yun tu. “Kak Aisyah ni, tak sangka betul korang berdua boleh terfikir panggilan macam tu. Alah, bukan saya tak suka, suka sangat. Lebih-lebih lagi saya rasa terhutang budi sangat pada kak Aisyah dan Nurul.” Kendur bunyi suara Eliza. Aisyah duduk dibirai katil dan memegang bahu Eliza, “Dik, sebagai kakak, akak rasakan Eliza patut berterus terang dengan Harriez lah. Tak baik sembunyikan perkara ni dari pengetahuan dia. Kalau sebelum ni Eliza fikir mungkin Harriez tak terima baby ni, akak rasa Eliza mungkin silap besar.” Penuh berlapik Aisyah menyusun kata-kata, niatnya nak memujuk supaya Eliza memberitahu perihal sebenarnya pada Shahrul Harriez. “Apa maksud kak Aisyah?” Eliza bertanya kehairanan. Berdebar rasa dalam dada dengan pelbagai andaian tiba-tiba menerjah mindanya, entah-entah Shahrul Harriez sudah tahu. Aisyah merenung tepat keanak matanya, “Sebenarnya Shahrul Harriez yang mengazankan bayi ni subuh tadi. Dik, sikit pun akak tak nampak kebencian pada muka dia. Dia nampak gembira walaupun tak tahu bayi yang dikendongnya ádalah darah sendiri. Cubalah Eliza bayangkan kalau dia tahu dia sudah memiliki zuriat sendiri?” Aisyah menceritakan segala-galanya dengan terperinci tanpa tentang apa yang sudah berlaku subuh tadi. Tidak berkurang walau sedikit pun cerita yang disampaikan. Berharap benar dia agar Eliza akan berlembut hati untuk memberi tahu Shahrul Harriez. Eliza mengesat pelupuk mata, cerita Aisyah begitu menyentuh perasaannya. Terasa dia bersalah kerana menyembunyikan perihal sebenar. Selama ini dia bersangka buruk terhadap suami sendiri, membayangkan bahawa Shahrul Harriez tidak akan menerima kehadiran anak mereka. Kalaulah benar bagai dikata, alahkah gembira jika dia dan Shahrul Harriez kembali bersama? “Kak Aisyah, terima kasih sebab bagi tau saya perkara ni. Saya sedar, saya silap kerana sembunyikan hal ni. Tapi biarlah saya fikirkan bagaimana caranya nak bagi tahu abang Harriez ya?” Eliza nampak mengalah dan jawapan Eliza tu betul-betul buat hati Aisyah lapang. Midah-mudahan kekusutan ini terlerai. “TAWARAN BAPAK AKU gila betullah, itu bukan tawaran lagi namanya, dah kira kes paksa, geram betul aku. Mummy pulak siap menangis-nangis suruh aku kerja dengan daddy, macamlah aku ni kebuluran sebab tak bekerja.” Shahrul Harriez merungut-rungut bercerita pada Adam sewaktu melawat temannya, walaupun waktu sudad agak lewat petang. “Alah engkau ni, mak bapak mana yang tak mau anaknya senang, dah engkau tu tak kerja tentulah diorang tu risau. Lagi pun kau disuruh kerja dengan syarikat sendiri, susah apanya? Aku kalau ada mak bapak kaya raya macam kau, tak adanya nak kerja makan gaji. Dah tentu kerja ikut suka aku aje. Hahaha.” Adam ketawa seorang dan Shahrul Harriez masih buat muka monyok macam kuih koci tak cukup inti. “Kau cakap senanglah, ingat seronok sangat ke kerja jadi orang korporat ni. Bapak aku tu buat bisnes sana sini, mana ada masa untuk keluarga, sibuk sentiasa. Kalau kerja makan gaji haa.. masuk pukul lapan balik pukul lima kan senang? Cukup bulan terima gaji, sudah habis cerita. Ni kalau nak manage one big company bukannya mudah. Nak cari peluang bisnes lah, entertain client lah, tu belum kira nak kena bagi undertable gift. Hikssh, malas betul aku nak fikir semua tu.” Lagi Shahrul Harriez berhujah. “Tak fahamlah aku, orang lain bersusah payah nak memajukan diri. Rebut segala peluang yang ada, engkau pulak bersusah payah menolak tuah yang melompat-lompat diriba. Susah-susah, kau pujuklah abang kau balik, lepas tu kerja dengan daddy kau, macam mana?” Adam membuat saranan. “Abang aku pun dah ada business sendirilah, tapi iya jugakkan. Kalau aku pujuk dia balik sini kan bagus.” Shahrul Harriez mengangguk-anggukkan kepala. Dalam pada rancak berbual dengan Adam, tiba-tiba telefonnya berlagu tanda masuknya pesanan ringkas. Shahrul Harriez membaca dengan pantas. Salam Encik Shahrul. Doktor dah benarkan saya bawa balik baby ni. Nak jumpa tak? “Ya Allah .. Adam aku terlupa something lah..!” Shahrul Harriez menepuk dahi. ”Aku patut melawat baby tu.” “Anak sapa pulak?” Adam kehairanan. “Anak angkat Aisyah.” “ Aisyah mana pulak ni?” Adam bertambah bingung. Shahrul Harriez buat tak peduli pada kawannya yang makin blur. Pantas dia mendail nombor telefon Aisyah. ”Assalamualaikum Cik Aisyah, boleh tak bawa baby tu ke wad 8-A, saya pun memang tengah melawat kawan saya di sini, dia pun teringin nak tengok baby tu ..? Hmm.. aaa…aa apa? Baby Edy? Hahaha ok, saya tunggu kat kaunter masuk.” Shahrul Harriez mematikan talian. ”Kejap lagi baby Edy datang dengan mak angkat dia, kau tak usah pandang aku macam tu. Nanti-nanti aku ceritalah macam mana aku boleh jumpa. Ni pun aku mintak Aisyah tu datang bawa anak angkatnya ke sini sebab kesiankan kau.” Bersahaja Shahrul Harriez memberi tahu walaupun Adam tak menyahut, jelingan mautnya jelas menunjukkan rasa tak puas hati. Nasib yang nak masuk ke biliknya nanti setakat baby aje, ehh tapi ada perempuan nama Aisyah kan? Adam tak jadi nak rasa geram kat Shahrul Harriez. AISYAH MEMANGKU BAYI itu dengan penuh hati-hati, langkahnya dipercepat macam ada yang mengejar, lagaknya seperti orang bersalah. Hmm apa tak salahnya, curi anak Eliza untuk Shahrul Harriez. Nasib baiklah teman komplotnya si Nurul memang ada banyak idea bling bling . Mudah aje Eliza percaya kalau Nurul yang punya idea, iyalah Nurul tu kan Eliza percaya sepenuh hati. Sudahnya Aisyah masih di hospital bersama baby Edy, Eliza pula dah dibawa pulang ke rumah oleh Nurul. Nampaknya tak bolehlah Shahrul Harriez nak jumpa lama-lama, nanti Eliza perasan pulak. Tak pasal-pasal tidur lokap kalau Aisyah disyaki menculik bayi. Ehh tak mahulah. Mana wad 8-A ni? Hah.. Wad lelaki? Iskkh segannya, macam mana aku boleh tak perasan yang Shahrul Harriez suruh aku pergi wad lelaki ni. Aduh, segannya. Aisyah menundukkan muka dan mempercepatkan langkahnya menuju ke kaunter masuk. “Cik Aisyahkan? Terima kasih sebab sudi bawa baby ni jumpa saya. Marilah, kawan baik saya sebenarnya dirawat di sini. Dia pun nak tengok juga baby comel ni.” Ramah Shahrul Harriez bersuara, senyum meleret-leret bila terpandang aje Aisyah melangkah masuk sambil mengendong bayi. Aisyah hanya mengangguk dan menurut sahaja, segan bila di dikiri kanan semuanya pesakit lelaki. Mereka akhirnya menuju ke arah seseorang yang duduk di atas katil, tak nampak macam sakit pun. Bisik hati Aisyah. Sesampai sahaja di tepi katil Adam, Shahrul Harriez segera meminta untuk memangku baby Edy. “Ello kawan, kut iya pun seronok sangat takkan lupa nak kenalkan aku dengan emak baby ni kut?” Adam bersuara jengkel, tak patut betul lupakan kawanlah si Shahrul ni, sudah hampir lima minit dia leka mengulit bayi itu sampai tak pedulikan Aisyah yang diam menunjukkan wajah. Kalau ni cuma emak angkat, aku nak tahu juga status si emak ni. Available lagi ke tidak? “Ehehe.. lupa pulak, Adam ni Aisyah, emak angkat Edy. Haa Aisyah ni Adam kawan saya. Apa-apa nak tahu pasal dia, jangan malu-malu tanya, Encik Adam sedia membantu.” Shahrul Harriez mengusik. ‘Biarlah mereka berkenal-kenalan, aku sibuk dengan baby Edy ni’, hatinya berdetik dan kemudiannya kembali leka membelai bayi comel itu. Adam hanya mengangguk sedikit bila diperkenalkan, suka betul tengok Aisyah yang lebih banyak tengok lantai daripada memandang sesiapa. Pipinya nampak kemerah-merahan agaknya menahan malu. Tudung putih berbunga kecil yang menutup auratnya dipadankan dengan blaus longgar tetap menyerlahkan keayuannya. Eksotik! Itu komen mata Adam. “Cik Aisyah ibu kepada baby ni? Tak nampak macam orang lepas beranak pun, mana ibu sebenar baby ni?” Adam memulakan bicara. ”Saya emak angkatnya, ibunya kawan baik saya. Kami tinggal serumah.” Tutur Aisyah perlahan. “Begitu? Maaflah saya bertanya lagi, errr..ibu bapa baby ni dah berpisah ke?” Adam pula mengorek rahsia, alah ingat orang lelaki tak tahu gossip ke? “Nampaknya begitulah, saya pun tak berapa pasti apa cerita sebenarnya. Setakat membantu mana yang boleh, itu aje yang mampu saya buat. Ini pun encik Shahrul dah tolong azankan baby ni subuh tadi. Tu sebab saya bawa jumpa dia sebab esok baby dengan ibunya nak balik kampung untuk berpantang.” Aisyah ingat semua butiran yang dia dan Nurul dah plan tanpa pengetahuan Eliza. Lagipun ni semua fakta, bukan bohong pun, dia dan Nurul dah setuju untuk tidak berbohong tapi mereka juga setuju untuk tidak masuk campur. Adam hanya mendengar tapi nalurinya berkata mesti ada sesuatu, kalau tidak takkan Aisyah yang pemalu ni sanggup jumpa Shahrul. “Hmm.. baik sungguh cik Aisyah ni, sudahlah membantu kawan menghadapi saat penting menyambut anak. Ni sanggup pula bersusah payah nak bawa baby ni jumpa Shahrul?” Adam memandang dengan dengan penuh tanda tanya. Berdegup kencang dada Aisyah mendengarnya, iskkhh kawan Shahrul ni inspektor polis atau ahli nujum, boleh teka-teka dengan hampir tepat. “Eh, tak adalah macam tu, encik Shahrul ni dah pesan nak jumpa baby ni lagi. Lepas ni entah bila nak jumpa tak tahulah.” Balas Aisyah dengan sopan. “Kalau Aisyah tak keberatan, tolong bagi tahu ibu bayi ni, saya suka nak jumpa lagi dengan baby Edy, errr… apa nama penuh baby ni dan siapa nama ibunya ?” Tiba-tiba Shahrul Harriez teringat nak bertanya. “Namanya Adrian Harith dan ibunya err..” Kelu lidah Aisyah nak bersuara, mujurlah tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. “Maaf ya, mungkin kawan saya yang menunggu di bawah.” Aisyah meminta izin untuk menjawab panggilan tersebut, mujurlah Shahrul Harriez tidak mendesak, sebaliknya dia Teres dengan keasyikkan membelai baby Edy. “Helo, Nurul akak kat atas lagi ni. Apa..? err .. ya ..ya.. akak turun sekarang, okey bye.” ”Minta maaflah, saya kena minta diri dulu kawan saya dah tunggu di bawah.” Aisyah memohon izin. Shahrul Harriez masih memegang baby Edy. ”Ala, sekejapnya dapat jumpa baby Edy. Nanti boleh ke saya jumpa dengan dia lagi?” Shahrul Harriez meminta sambil mencium pipi baby yang tidur nyenyak itu sepuasnya. ”Insya Allah, nanti bila baby dan ibunya dah habis pantang saya akan beritahu encik Shahrul.” Aisyah menyambut bayi tersebut dengan penuh hati-hati. ”Baik-baik Aisyah, insya Allah nanti kita jumpa lagi ya.” Adam pula yang menyahut sambil menghantar pandangan pada Aisyah penuh makna. Shahrul Harriez menepuk bahu temannya bila dia sedar yang Adam masih memandang ke pintu utama walaupun kelibat Aisyah dan baby Edy dah lama hilang. ”Sudah-sudahlah tu, engkau tu kan sakit perut haa mana boleh tengok perempuan lama-lama.” Shahrul Harriez ketawa mengejek. ”Dah baik dah, ni pun tunggu nurse tu uruskan check-out aje lagi. Pandailah kau tak boleh tengok perempuan konon, engkau tu sebenarnya tengok apa? Entah-entah sebab kau nak jumpa Aisyah lagi, buat-buat nak jumpa baby konon.” Adam pula menyindir, sebenarnya nak pastikan yang Shahrul Harriez tu ada menyimpan rasa pada Aisyah atau tidak. Shahrul Harriez ketawa bersahaja, jarang dia mendengar Adam menunjukkan minat pada perempuan. Kali ni sekali tengok aje dah berkenan? ” Mula-mula aku suka kat anak angkat dia, lepas tu aku angkatlah sekali dengan mak dia.” Akal jahatnya sengaja nak mengusik Adam. ”Ala, kau janganlah tamak. Dah suka anak angkat cukuplah, mak angkatnya biarlah aku yang angkat pulak.” Tanpa berselindung Adam meluahkannya.’edulilah, Shahrul Harriez ni tak boleh diberi peluang, diakan dah kahwin?’Adam berbisik sendiri. ” Eh, kenapa kau nak potong jalan? Aku dah suka anak, haa dengan mak dia sekalilah aku kena suka, senang nanti nak jadi keluarga bahagia.” ”Hmm.. pandailah tu keluarga bahagia konon.” Adam bunyi macam merajuk. ”Shahrul, cakap pasal keluarga bahagia ni, apa cerita Eliza?” Shahrul Harriez yang tengah syok ketawa mengusik jadi terdiam, baru teringat yang dia dia sudah mempunyai bunga-bunga harapan untuk meraih kembali cinta Eliza. Sudahnya dia tersenyum semula, ”Haa.. dah senyum-senyum macam tu, mesti ada berita baik ni. Iyalah, semalam dapat bercakap dengan buah hati. Bila nak bawa Eliza balik ke rumah?” Adam pun hampir terlupa untuk bertanyakan kisah Eliza, yang membuat kawannya itu bertukar mood ceria aje. “Bawa balik tu tak lagilah, tapi sekurang-kurangnya dia mahu bercakap elok-elok dengan aku, siap minta maaf lagi sebab dia dah lama tka pedulikan aku.” Shahrul Harriez bercerita dengan bangga. “Iya? Waah.. berita baik ni. Lagi..? Lagi..?” “Itu ajelah, dia tak mau aku hantar bunga lagi kalau nak bercakap dengan dia melalui telefon.” Shahrul Harriez bercerita seadanya. Keceriaan yang terpancar di mukanya menunjukkan dia yakin Eliza sudad mula menunjukkan kesediaan untuk kembali ke pangkuannya. “Macam tu aje? Habis tu kau tak ajak dia jumpa ke?” Adam masih belum berpuas hati, dia nak tahu sejauh mana erhubungan kedua suami isteri ni sudah kembali pulih. Sekian lama menjadi tempat Shahrul Harriez meluah rasa, tentunya Adam ingin melihat kawannya itu kembali gembira. “Mestilah aku nak jumpa dia lagi, tapi aku rasa.. aku tak mahu paksa dialah. Nanti dibuatnya dia lari lagi kan susah?” “Shahrul, ada benda yang kau boleh tunggu, tapi ada perkara yang kau kena bertindak cepat. Contohnya sekarang, Eliza dah ok kan, maknanya kau kena cuba untuk suruh dia balik ke rumah kau. Dalam hal ni aku rasa tak salah kalau memaksa, kau ada hak bro. Tak kan dia masih nak menjauhkan diri dari kau?” Adam meluahkan apa yang dia sudah lama terfikir. “Kalau aku, memang aku dah heret isteri aku balik rumah, apa guna jadi suami kalau isteri tak mahu menurut kata.” Adam terus bersuara. Shahrul Harriez jadi terpana, betul juga kata-kata Adam tu, agaknya Eliza ni nak kena paksa kut. Kalau cakap dia tak mahu ikut, nanti aku culik aje dia bawa balik ke rumah. Hihihihihi.. dia berfikiran nakal. “Hmm. Iyalah, nanti aku kidnap aje dia bawa balik. Time tu kalau aku tak layan kau jangan marah aa..Eh lama betul nurse ni nak uruskan kau punya check-out, ntah-ntah nurse ni tak kasi kau balik tak?” Shahrul Harriez mengingatkan. “Entahlah, kalau nurse comel-comel macam Aisyah tu, pindah terus dalam wad ni pun aku sanggup.” Adam tak mahu kalah, sempat juga dia teringatkan Aisyah. Lima belas minit kemudian mereka berdua meninggalkan kawasan hospital dan menuju pulang ke rumah Adam. SEMUA BARANG-BARANG sudah dimuatkan ke dalam kereta Aisyah, hanya menunggu masa sahaja untuk bertolak ke Melaka. Nurul menyudah kerja-kerja memunggah barang-barang ke dalam bonet kereta lalu masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di bahagian depan. Semua barang diangkut sehingga habis kain baju Eliza, lagaknya macam nak pindah terus. Eliza yang tidak dibenarkan bergerak tak boleh nak kata apa bila Nurul punggah semua pakaiannya dan disumbat masuk ke dalam beg. Dah memang dia tak banyak pakaian pun, apa lagi angkut ajelah semua. Sementara Aisyah pula sibuk mengunci semua tingkap dan pintu sebelum melangkah masuk dan duduk di tempat pemandu, yang duduk tersandar macam mem besar cuma Eliza sahaja yang memangku bayinya. “Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kita bertolak sekaranglah, nanti tak adalah lama sangat atas jalan. Hujung minggu macam ni highway ke Melaka tu boleh tahan juga sesaknya.” Aisyah bersuara seraya memasukkan gear kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Eliza memandang sepi perkarangan rumah sewa mereka. Seingatnya, sejak kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, ini kali kedua dia meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama. Mula-mula dulu pun setakat balik ke rumah emak Nurul di Melaka, tapi itu cuma dua hari. Kali ini nak ‘bercuti’ panjang, sekurang-kurangnya dua bulan kata kak Aisyah. Sedih pula nak tinggalkan rumah, macamlah ada sesiapa yang akan mencari. Tak ada orang nak cari? Eliza tiba-tiba teringatkan Shahrul Harriez, ‘abang di mana sekarang? Eliza nak bawa anak kita sementara untuk berpantang. Abang, izinkan saya pergi.’ Hatinya merintih sendiri. Telefon pemberian Shahrul Harriez dikeluarkan dari beg tangannya setelah baby Edy diletakkan di sebelahnya. Selepas bercakap dengan Shahrul Harriez malam kelmarin, telefon itu dia dah terlupa nak menghidupkan semula. Eliza menunggu telefon itu untuk berfungsi semula, sebaik sahaja ia berfungsi terus telefon itu berlagu tanda pesanan yang masuk bertalu-talu. Dua puluh enam panggilan tak dijawab.! Semuanya dari Shahrul Harriez, wahh.. berapa lama dia dah cuba menghubungi aku? Enam belas panggilan ringkas tidak dibaca. Hahaha, Shahrul Harriez bukan seorang yang mudah berputus asa. Eliza membuka satu persatu pesanan tersebut. Assalamualaikum sayang.. I miss you..! Sayang kenapa off hp ni? On pls..luv you. Sayang pls answer my call. Eliza pergi mana? Kenapa tak jawab panggilan abang? Pesanan dengan soalan kenapa tak jawab panggilan dibuka satu persatu. Hanya yang terakhir buat jantung Eliza bagai disentap. Sayang, I am coming to your house. Get ready, abang nak sayang balik rumah abang kita tak kira apa yang jadi sekali pun. Love you so much. Eliza memeriksa tarikh dan waktu pesanan itu dihantar, lapan minit yang lalu!. Maksudnya Shahrul Harriez sudah dalam perjalanan ke rumah. Oh Tuhan..! Eliza tidak tahu apa perasaan yang terbit dari hatinya. Kalau benar Shahrul Harriez datang mahu mengambil dan membawanya pulang ke rumah, dia akan akur, dia akan ikut Shahrul Harriez balik kalau suaminya sudi menerima dia dan Edy. Airmata hangat tumpah dari kolam matanya, terasa sungguh gembira bila Shahrul Harriez mahu menjemputnya pulang. Betul kah abang benar-benar mahukan aku kembali? Dapatkah abang menerima kehadiran anak ini juga.? Bertalu-talu soalan terbit dimindanya, perasaan gusar yang menyelubungi hati kerana bimbang Shahrul Harriez tidak menerima keadaanya yang sudah melahirkan zuriat mereka berbaur dengan perasaan gembira bila suaminya inginkan dia kembali kepangkuan. Abang.. Eliza rindu abang. Eliza nak kembali pada abang. Hatinya terus berbisik. Eliza memandang telefon yang dirintik oleh airmatanya. Kalau betul abang nak datang ambil, mesti sekejap lagi dia akan telefon. Masa tu aku akan suruh kak Aisyah pusing balik ke rumah, biar mulut Nurul ternganga, biar kak Aisyah jadi panik. Hatinya berlagu gembira. Masih lagi telefon itu digenggam sambil dia mengusap tubuh kecil yang hanya tidur lena itu. ‘Edy, kejap lagi ayah datang nak ambil kita balik ke rumah. Mak pun tak tau kat mana rumah ayah, tapi tak kisahlah. Kat mana pun rumah ayah kita ikut ajelah ye..?’ Eliza berbisik kepada anak kecilnya. Senyuman gembira terpancar diwajahnya sambil dia berdoa semoga Shahrul Harriez cepat-cepat menelefonnya kembali. Abang, Eliza tunggu abang datang ambil kami. Labels: Jangan Ada Benci |