|
Jangan Ada Benci 17
Sunday, July 17, 2011 | 9:52 PM | 21 star
SHAHRUL HARRIEZ BERSIUL girang sambil menuruni tangga rumahnya. Kondominum mewahnya sempat dikemaskan serba sedikit, alah bukan berkemas pun setakat membuang sampah sarap yang melimpahi bakul sampah. Itu pun atas ehsan pertolongan dari Adam walau pun temannya itu baru aje keluar hospital tapi bila Shahrul Harriez kata nak ambil Eliza balik ke rumah, dengan senang hati Adam tolong jadi ‘bibik’.Kunci dan dompet dicapai sambil dia memakai topi besbol di kepala, tampak lebih santai dikenakan dengan jeans dan t-shirt berkolar. Semenjak tidak bekerja ni memang rambutnya dah panjang menutupi tengkuk, kalau dulu tak pernah dia bermisai tapi sekarang mukanya dah semak dengan janggut. Tadi pun Adam sempat menegurnya sebab dia dah nampak serabai, tapi senang aje dia jawab, dulu-dulu masa study cam ni laa gaya dia. Ramai jugak awek yang sangkut, ni kalau jumpa Eliza dengan keadaan macam ni, mesti Eliza boleh jatuh cinta kali kedua. Bila Shahrul Harriez dah masuk lif tekan sendiri, Adam tak kuasa nak layan, biarlah. Muka dia, tak handsome pun lagi bagus, nanti senanglah Adam nak tackle Aisyah. Baru saja Shahrul Harriez nak mengunci pintu, panggilan dari nombor yang jarang menghubunginya menjerit kuat. Ni nombor abang Hezriq, dia balik ke Malaysiakah? “Assalamualaikum abang, apa cerita ni? Nak balik sini ke?” Shahrul Harriez bersuara mesra, rindu pada abang sulungnya. “Waalaikumsalam, abang ok je macam biasa. Tapi abang call ni sebab ada hal penting.” Serius bunyi suara abangnya di hujung talian membuatkan Shahrul Harriez berdebar. “Apa dia abang?” Shahrul Harriez tidak jadi menutup pintu, sebaliknya kembali masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan dari abangnya. “Daddy pergi Perth Riez tau tak?” Hezriq bertanya. “Tak tau, alah mana-mana daddy pergi pun bukannya Riez ambil tahu sangat. Mummy pun Riez tak tahu dia kat mana sekarang ni.” Shahrul Harriez mengakui sikap tidak prihatinnya terhadap kedua ibubapanya. “Daddy kena rompak masa keluar dari hotel sewaktu di Perth, bila dah terkejut macam tu dia kena strok.Sekarang ni masih dirawat di hospital. Keadaannya dah stabil tapi teruk jugalah, separuh badannya mati. Riez boleh datang ke sini bawa mummy?” Ringkas tetapi sungguh memeranjatkan sehingga Shahrul Harriez terduduk di sofa. “Astagfirullah..Mummy dah tau ke bang?” “Belum, abang pun tak dapat nak hubungi mummy sejak tadi. Riez tolong bawa mummy datang sini secepat mungkin ya. Tapi ada satu perkara lagi abang nak bagi tau, harap-harap Riez simpanlah jangan bagi tahu mummy pulak.” ”Apa lagi bang? Wah bunyinya macam lagi serius.” Shahrul Harriez lagi cuba menebak. “Memang serius, Daddy datang dengan someone, entah kekasih atau isteri mudanya. So, you how to handle mummy right? ” Hezriq menambah cerita sambil meminta kepastian supaya Shahrul Harriez bijak mengawal keadaan mummy nya nanti. “Hurmm.. macam tu kita jangan bagi tau pasal the other lady tulah, karang tak pasal-pasal mummy pulak yang tumbang. Ni kak Hazreen dah tau ke?” Shahrul Harriez malas nak ambil pusing pasal hubungan daddy dengan mana-mana perempuan. Baginya yang lebih penting adalah keluarga sendiri. “Dah, kak Reen dengan keluarganya akan sampai sekejap lagi, abang pun nak pergi ambil merekalah di airport. Okeylah Riez, nanti dah confirm flight bagi tahu abang. Jaga diri dan mummy elok-elok, assalamulaikum.” “Waalaikumsalam, nanti Riez call lagi.” Shahrul Harriez mematikan talian. Berita yang mengejutkan itu benar-benar membuatkan dia terpana seketika. Pada waktu itu memang fikirannya tertumpu pada cerita yang baru disampaikan oleh abangnya. Pesanan supaya dia membawa mummy ke Australia itu membuatkan dia bergegas menghubungi mummynya. Nombor mummy di dail tapi tiada jawapan. Geram betul dia dengan perangai mummynya, patutah daddy ada perempuan lain, kalau mummy sendiri tak ambil tau di mana daddy berada. Cubaan kali ketiga akhirnya membuahkan hasil bila panggilannya disambut malas oleh Engku Faridah. “Hello mummy, Riez nak jumpa mummy sekarang kat rumah.” ENTAH BERAPA LAMA perjalanan yang diambil untuk sampai ke Melaka pun Eliza tak pasti. Dalam pada dia menunggu-nunggu panggilan dari Shahrul Harriez dia sudah terlelap, tau-tau aje dah sampai. Termangu-mangu dia bila Nurul mengejutkan dia apabila tiba di laman rumah. Sebaik sahaja celik mata terus fikirannya teringat janji Shahrul Harriez yang mahu menjemputnya. Tapi kenapa dah sampai ke sini? Eliza menggosok matanya berkali-kali, telefon masih ditangannya dipandang berkali-kali, sungguh dia tidak silap dengar atau terlepas pandang. Tak ada satu pun panggilan ataupun SMS yang masuk. Betul ke tadi dia dalam perjalanan. Eliza masih tertanya-tanya. Keriuhan suara emak kak Aisyah menyambut kedatangan mereka membuatkan lamunannya terganggu. Mujurlah dia tidak sempat memberi tahu Nurul atau kak Aisyah perihal SMS dari Shahrul Harriez, hanya dia saja yang tahu dan ternanti-nanti. Cepat dia menyumbatkan telefon baru itu ke dalam beg, perihal hadiah terbaru dari Shahrul Harriez ini pun Nurul atak kak Aisyah belum tahu lagi. “Jemputah naik nak oii.. haa Chah hati-hati bawa orang baru bersalin tu naik. Baik-baik jangan sampai terjatuh..pot..pet..pot..pet” Mak cik Tijah bersuara. Eliza menguntumkan senyuman walaupun hatinya terasa sangat sedih. Layanan mak Cik Tijah yang mesra itu dilayan dengan wajah semanis yang mungkin. Mak Cik Tijah yang sudah diberitahu akan situasi Eliza oleh kak Aisyah tidak bertanya lanjut tentang latar belakang Eliza. Kedatangannya disambut dengan begitu mesra sehinggakan Eliza naik segan dibuatnya. Tilam yang siap terhampar di sudut tepi ruang tamu sudah disiapkan oleh Mak Cik Tijah, mau tak mau Eliza dipaksa membaringkan dirinya. Mak Cik Tijah kata, dah lama sangat duduk dalam kereta tu, terhentak sana sini, tak elok nanti bentan. Sudahlah dia dipaksa makan nasi berlauk ikan kering, nasi panas itu hanya berkuahkan lada hitam dicampur bawang putih. Mula-mula memang pelik, maklumlah dua tiga kali makan makanan di hospital segala sayur ayam daging Eliza sebat aje. Bila Mak Cik Tijah dah bagi senarai menu makanan selama berpantang ni, tak ada pilihan langsung. Itu gatal, ini sejuk selama empat puluh hari inilah menu utama. Nurul senyum-senyum sambil gigit paha ayam, siap jilat-jilat jari lagi. Nantilah aku habis pantang esok, seekor ayam aku nak sebat. Eliza hanya ditemankan oleh adik kak Aisyah yang begitu leka menjaga baby Edy, dengan budak tengah tidur tu pun Amani boleh ajak bersembang. Agaknya keluarga kak Aisyah ni penggemar tongkeng ayam, kalau tak tutup mata ada aje idea nak bercakap. Tapi kak Aisyah tak pulak macam Mak Cik Tijah dan Amani, elok aje tak banyak celoteh. Bosan juga bila disuruh berbaring macam ni, macamlah aku ni lumpuh atau tak ada kaki, Mak Cik Tijah dah kasi warning tadi, jangan cuba-cuba nak berjalan-jalan, baring aje sebab kejap lagi nak berurut. Sekarang ni pun Mak Cik Tijah tengah sibuk menyediakan entah apa-apa daun untuk direbus buat mandiannya petang nanti. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya yang mujur diletakkan tak jauh dari tilamnya. Seronok juga ada dua handpohone ni, satu talian untuk Nurul dan kak Aisyah, satu talian lagi hanya dari abang Harriez. Abang Harriez? Eliza teringatkan sesuatu, dia memeriksa telefon itu, masih lagi tiada panggilan masuk atau SMS. Entah-entah ada apa-apa yang tak elok terjadi tak? Tak kanlah abang sengaja nak mungkir janji? Eliza menguatkan hatinya untuk membuat panggilan, tak apalah kali ini aku buang rasa egoku. Speed dial yang tertera muka Shahrul Harriez itu ditekan, terus panggilan masuk ke peti suara. Dua kali Eliza mencuba, tapi masih tiada jawapan. Kecewa yang bukan kepalang dirasakannya membuatkan dia mematikan telefon bimbit itu dan menyumbatnya kembali ke dalam beg. ‘Abang, kenapa abang permain perasaan Eliza? Pada saat hati ini terbuka untuk menerima abang kembali, kenapa abang menghilang? Apa salah Eliza bang, apa yang Eliza buat sampai abang tipu Eliza? Berbulan abang mencuba dengan pelbagai cara, tak kan sengaja berbuat begitu? Apakah abang mahu membalas dendam kerana Eliza juga menghilangkan diri? Apakah abang sebenarnya hanya mahu menyakiti hati Eliza? Mesti abang tahu Eliza tertunggu-tunggukan abang, mesti abang gembira sebab berjaya buat Eliza merana untuk kali kedua. Abang, kenapa sakiti hati Eliza lagi? Tak cukupkah dulu abang tinggalkan Eliza, abang tak pedulikan Eliza malah abang tuduh Eliza perempuan mata duitan. Sekarang, selepas abang berpura-pura nak berbaik dengan Eliza, abang sengaja mendiamkan diri. Abang tahu Eliza mengharapkan abang, menunggu abang sebab itukah abang tak muncul-muncul. Kalau ada aral melintang, takkanlah abang tidak ingat untuk meninggalkan pesan. Ini bila Eliza cuba hubungi abang, langsung tak dapat abang. Abang memang sengajakan, sengaja nak permainkan perasaan Eliza..Abang sengaja nak Eliza merana, menderita kerana rindukan abang, cintakan abang. Kenapa abang masih nak siksa perasaan Eliza.?’ Eliza lekas-lekas menyapu airmatanya yang berlinang, bimbang kalau-kalau dilihat oleh Amani. Suara Mak Cik Tijah bersama Aisyah dan Nurul yang riuh bercerita mematikan lamunannya. Eliza harus bijak menyembunyikan perasaan sedihnya. “Wah, bukan main seronok lagi korang round keliling rumah ya, aku kat sini tinggal terlentang atas tilam tak boleh bergerak.” Sengaja Eliza dulu yang menegur rakan-rakannya, semoga kesedihannya sebentar tadi boleh dilindung. “Eh, awak tu berpantang haaa jadi jangan haraplah nak berjalan-jalan macam orang lain ye, sila baring aje atas tilam ni selama dua bulan.” Nurul pula menyakat. “Ha.. akak dah pastikan dia dapat jururawat yang terbaik, Mak Cik Tijah the pencen nurse akan pastikan dia tak pijak tanah dan berpantang sepantang-pantangnya.” Aisyah yang sudah mengangkat Edy dan meriba turut mengusik. Eliza hanya tertawa kecil, biarlah dukanya kali ini tidak dihidu oleh Nurul dan Aisyah. “Edy, nanti tinggal rumah Nenek Tijah baik-baik tau, jangan banyak ragam, jangan susahkan nenek dan mama..” Nurul mula berjeda tapi dipotong oleh Eliza. “Bukan mamalah. Mak. Aku nak anak aku panggil mak, tak de mama ke mummy ke.” Aisyah, Nurul berpandangan tetapi Amani yang mendengar terus tergelak kuat, apa lagi Aisyah dan Nurul pun turut sama gelakkan Eliza. ”Apa punya panggilan daaa...?” ”Eh, sukalah nak panggil apa pun. Panggilan mak tu memanglah nampak macam kampung, tapi dah memang asal orang kampung. Klasik apa.?” Eliza tak mahu kalah. Aisyah yang terlalu banyak ketawa mengesat pelupuk matanya, Nurul pula siap bertepuk bertampar dengan Amani. Eliza tak faham kenapa mesti diorang ketawa. Lantaklah aku nak dipanggil mak, apa salahnya. Kalau Edy nak panggil bapanya nanti pun aku nak dia panggil ayah, takde papa atau daddy. Ayah..? Bila dan macam mana anak aku boleh panggil ayahnya sendiri kalau ayahnya berjanji nak ambil kami tapi tak muncul-muncul? Sebelum kesedihannya dikesan oleh Nurul dan Aisyah, adalah lebih baik kalau dia cepat-cepat tukar topic. ”Kak Aisyah dan Nurul lama ke kat sini, korang nak balik bila?” Mesti rasa serba canggung kalau mereka berdua tak ada, apa lagi kalau kak Aisyah tak ada. ”Mana boleh lama-lama, esok kan Isnin kami ada tugas masing-masing dah. Ala nanti Mama Yun mesti rundu kat Edy lah.. ” Nurul menyahut cepat. ”Ikutkan hati memang Mama Sasa pun tak nak baliklah, sayang nak tinggalkan Edy dengan Nenek Tijah.” Kak Aisyah pulak buat muka tak cukup gula. ”Sebenarnya korang nak balik bila?” Eliza naik geram, huh masing-masing kisahkan Edy aje, habis aku? ”Kena balik petang nilah mak Eliza oiii..kan hari ni Ahad.” Nurul bersuara kuat sehingga baby Edy menggeliat dek kerana terkejut mendengar suara Nurul, tapi langsung dia tak buka mata juga. “Husshh.. cakap perlan sikitlah, nanti balik rumah kita Nurul jeritlah puas-puas, kan baby dah terkejut tu. Macam ni kena balik cepat-cepatlah, kalau Nurul dekat memang terkejut aje baby Edy ni.” Aisyah menegur, terus dia menepuk-nepuk tubu gebu sikecil Edy yang langsung tak nampak macam nak buka mata pun. “Ehehe.. sorry baby Edy, Mama Yun tarik pitching lebih sikit tadi. Iskkh kak Aisyah ni, asyik dia aje yang pegang, bak sini anak Mama Yun.” “Ahh.. jangan ngada-ngada nak pegang anak Mama Sasa, awak pegi dapur makan kuih yang mak buat tu.” Aisyah tak mau kalah juga. Mak Cik Tijah yang membahasakan dirinya mak sejak tadi turut menyampuk menjemput Nurul untuk menjamah kuih hasil tangannya. “Lija tak boleh makan kuih tu, mak campur telur. Karang luka lambat baik.” Ehh sesedap aje Mak Cik Tijah panggil Lija kat aku, dah lah tak kasi aku maka kuih dia. Nurul dan Aisyah pulak senyum-senyum kambing aje, tu tak ada lainlah, mesti nak sakat aku. Eliza mencebikkan muka. “KAU SABAR DAN banyak rehatkan diri ajelah kat sini yee, ingat sikit awak tu berpantang.” Pesan Nurul untuk kali ke enam puluh lapan. “Iyalah, aku berpantang ni.” Jawab Eliza acuh tak acuh. “Ikut pantang tau, Eliza jangan mengelat.” Tambah Aisyah pula. “Iyalah, tak mengelat.” Dah macam banduan dibuka gari pulak. “Lagi satu, aku tak mahu kau bersedih-sedih ya, Kalau teringat abang Harriez, call aje bagi alamat rumah mak ni, aku gerenti dia sampai dalam masa kurang dua jam.” Nurul mengusik. “Haah, ni pesanan serius dari akak juga, call aje Harriez tu. Tapi akak nak ingatkan yang Eliza tu masih berpantang.” Aisyah pula berpesan senyum-senyum penuh makna. Nurul pula ketawa kuat macam biasa. Diorang ni, kalau aku tak pantang pun aku tak de call abang Harriez ni dah pantang pun nak call juga? Tapi aku memang cadang nak call dia lepas dua mama perasan ni jalan!. “Hah, jalanlah korang. Nanti aku senyap-senyap aje lari ikut abang Harriez baru padan muka korang kehilangan aku. Hahahaha.” Eliza buat lawak yang macam tak berapa nak menjadi. Nurul dan Aisyah berpandangan lalu serentak bersuara.. “Alhamdulillah…!!!!!!!!” “Tak guna, korang berdua betul-betul nak aku lari rupanya.” Giliran Eliza pun menjerit. Tapi suara Mak Cik Tijah pula yang meningkah, “apa ni orang berpantang terjerit-jerit depan muka pintu.” Sergahan dari Mak Cik Tijah itu membuatkan ketiga-tiganya ketawa bersama-sama. Pelukkan demi pelukkan silih berganti sebelum Nurul dan Aisyah hilang dari pandangan mata. Memang Eliza menitiskan airmata, tapi bila kelibat kereta Aisyah hilang dari pandangan mata, makin lebat pula hujan airmatanya. Entah banyak mana stok yang tersimpan dek kerana perasaannya yang tertahan semenjak semalam. Mak Cik Tijah yang mula-mula nak keluarkan aura garang pun berfikir enam kali untuk marah Eliza guna nada A minor, sudahnya hanya mendatar sahaja suaranya apabila dia turut sedih bila memandang Eliza. Mengenangkan nasib Eliza yang tidak ditemani keluarga sendiri membuatkan Mak Cik Tijah menaruh simpati yang amat tinggi. Nampaknya Eliza bukanlah dari kalangan perempuan pernah terlanjur atau yang buruk kelakukannya. Mak Cik Tijah membuang jauh-jauh prasangka yang bersarang dihati. Semoga Tuhan berikan dia kekuatan untuk membantu Eliza yang malang , amin. SHAHRUL HARRIEZ YANG memandu dengan laju tiba diperkarangan villa mewah kediaman keluarganya. Mummy yang menunggu di ruang tamu sudah pun mengongoi bagaikan anak kecil, tentunya berita kemalangan daddy sudad sampai kepengetahunanyalah tu. Cepat Shahrul Harriez melangkah masuk dan terus mearih tangan mummy untuk disalami, tapi mummy pula memeluknya pambil meraung-raung. “Mummy, bawa bertenang. Mengucap Dummy.” Shahrul Harriez cuba menenangkan ibunya yang bagai orang hilang akal. “Daddy dah dalam keadaan stabil, mummy bawa bersabarlah. Jom kita bersiap, Riez datang ni nak bawa mummy ke sanalah tempat abang Hezriq.” Rimas pula jadinya bila mummy bertindak macam orang gila. “Daddy pergi jumpa abang Hezriq kah?” Muka mummy yang kusut masai itu dipandang penuh simpati, tak sampai hati Shahrul Harriez nak bagi tau, daddy sebenarnya pergi honeymoon dengan kekasihnya. “Iyalah agaknya mummy, daddy kan sekarang dalam jagaan abang. Sudahlah menangis tu, mummy dah siap berkemas ke?” Shahrul Harriez bertindak untuk tidak melayan cakap-cakap mummy nya yang dari tadi berceloteh tanpa dipedulikan butirannya. “Sudah, mummy dah siapdah.” Engku Faridah memuncungkan mulutnya mengarah ke sudut di tepi pintu. Tersandar dua buah beg besar menanti. “Mummy bawa apa sampai dua beg besar?” Shahrul Harriez menggeleng kepala. Dia cuma menyumbat beberapa helai pakaian yang hanya dimuatkan ke dalam satu beg kecil. “Alah mummy bawa sikit aje, barang-barang keperluan.” Engku Faridah menjawab malas. Penerbangan yang dijadualkan berlepas lewat malam itu ditempah melalui setiausaha daddy, mujurlah ada yang menguruskan kalau tidak memang Shahrul Harriez buntu juga. Menunggu dibalai berlepas, Shahrul Harriez melepaskan penat melayan kerenah mummy yang mahu berpatah balik kerumah semata-mata kerana tertinggal sesuatu. Shahrul Harriez rasa nak hantuk kepala ke tingkap kereta bila mummy menangis-nangis bagaikan yang tertinggal itu adalah passport atau beg tangannya. Bila terpandangkan yang dijinjit keluar oleh mummy adalah kotak mekapnya, Shahrul Harriez rasa nak pitam. Setengah jam sebelum pesawat berlepas, Shahrul Harriez mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek, patutlah dari tadi tak berbunyi dah habis bateri rupanya. Dia menekan-nekan kekunci telefon itu dengan bateri yang masih bersisa. Ya Tuhan..kenapa boleh terlupa? Aku sepatutnya hubungi Eliza dan bagi tau dia pasal hal kecemasan ini. Ya Allah.. habislah Eliz amerajuk lagi. Shahrul Harriez jadi menggigil, dia cuba mendail nombor Eliza, tetapi handphone yang baterinya nyawa-nyawa ikan itu terus padam meninggalkan warna kelam di screen.! Labels: Jangan Ada Benci |