![]() ![]() ![]() ![]() |
Jangan Ada Benci 18
Thursday, July 21, 2011 | 6:21 PM | 9 star
Semalaman di rumah Mak Cik Tijah, bosannya macam dah tinggal lama. Layanan first class dari orang tua tu memang tak dapat nak dinafikan, Eliza pun dah tak kuasa nak melarang, melainkan dia perlu ke tandas sahaja barulah dibenarkan bergerak. Setakat nak makan atau basuh tangan sebut saja semuanya sampai ke hujung kaki. Dahlah rimas disuruh bersarung kaki siang malam. Entah segala bedak campur garam kunyit Mak Cik Tijah dah sapu seluruh badan. Sekali pandang dah macam tepung bungkus, dua kali pandang macam aci kerja kilang tepung. Bukan setakat makan pakai aje yang Mak Cik Tijah jaga, tidur malam tadi pun dia dikerah pejamkan mata bila jam menunjukkan pukul sepuluh. Macamlah esok aku nak pergi sekolah. Tengok televisyen lama-lama pun mak Cik Tijah kata tak elok, nanti rosak matalah, rabunlah, entah orang tua ni kedekut tak bagi aku on tv plasma dia tu agaknya, hihihihihi tak baik betullah. Nasib baiklah dua-dua handphone ni tak kena rampas, dapat jugalah nak main game, tak sangka iPhone ni banyak game boleh download, nayalah abang Harriez nak bayar bil nanti.. abang Harriez..? Abang kat mana..???? ‘Kalau teringat pasal abang Harriez ni buat aku rasa geram-geram sayang, eh ada ke perasaan macam tu? Tak kiralah. Geram sebab dia kata nak ambil aku nak bawa balik ke rumah, geram sebab rasa kena tipu bulat-bulat, lonjong-lonjong eii.. memang double double geram kalau teringat. Sayang sebab.. sayang sebab.. sebab sayanglah. Laki aku.!’ Eliza garu kepala yang memang gatal, mana tidaknya Mak Cik Tijah dah buat sanggul tinggi siap cucuk dengan paku enam inci lagi. Habis tegang kulit kepala sampai nak garu pun susah. Hisk.. teringat kat abang Harriez ni buat aku geram lagi. Kalau sekarang dia ada depan mata, memang aku cucuk dengan paku panjang ni, biar dia jadi pontianak .. hahahaha.. mana ada pontianak lelaki.’ Baby Edy tidur dengan dua-dua tangannya terbuka luas, panas agaknya. Masa Mak Cik Tijah tak nampak ni, Eliza dah longgarkan ikatan selimut yang membedung erat kaki tangan budak tu, terus aje Edy menggeliat dan mendepangkan tangan. Teruk kita kena ragging dengan Nenek Tijah kan Edy? Eliza mengusap pipi lembut yang kemerahan. Dalam usia tiga hari kulitnya dah mula menggelupas, cepat Eliza teringat untuk menyapu losyen bayi. Kalau ikut Mak Cik Tijah tak bagi sapu losyen biar lumur dengan minyak kelapa aje, tak elok letak bahan kimia katanya. Tapi Eliza diam-diam sapu juga losyen bayi ni, mestilah nak kasi wangi. ”Edy, bangunlah Edy.. jom teman mak pegi KLCC.” Eliza ajak Edy yang tidur nyenyak tu berbual. “Jom kita pegi coffeehause tempat mak mula-mula jumpa ayah, kat situ boleh nampak taman permainan tau. Nanti Edy dah boleh jalan, mak bawa Edy main-main kat situ.” Tiada sahutan, hanya nafas Edy yang menderu dalam lena yang tenang. Eliza terus mengusap rambut bayinya yang jarang, ‘Nanti macam manalah rupa anak aku ni ya?’. Eliza tak pernah tahu macam mana rupa kedua ibubapanya, nak kata mengikut rupanya tak juga. Muka Edy tak bulat macam mukanya, hidung tak comel macam dia. Bentuk muka agak bujur dan hidung yang mancung tu mengingatkan dia pada Shahrul Harriez. Keningnya lebat bagai nak bertaut tu dengan dahi yang luas, alahai sebijik!. Ni sebab kulit Edy mula menggelupas, jadi tak tahulah apa warna kulitnya. Aku tak berapa cerah, orang kata putih kuning, tapi aku rasa macam warna cokelat aje kulit aku ni. Cerah kulit orang melayu, macam tu lah. Tak macam abang Harriez, dia tu agaknya mandi clorox sebab kulit dia jauh lebih cerah dari aku, yang ada persamaan cuma Edy ada lesung pipit sebelah pipi kiri, itu aje. Uwaaa.. Edy, mak yang mengandung, apasal nak cop muka ayah aje? Tak aci betul. Puas menilik bayinya, Eliza teringat untuk menghubungi Datin Umi Sarah, terasa lama pula tak berbual dengan wanita itu, kali terakhir mereka berhubung sehari sebelum dia bersalin, alahai macam mana boleh lupa nak bagi tahu Auntie Sarah dia dah bersalin. Nombor dari telefonnya di salin dan didail dengan menggunakan telofon yang lagi canggih tu, hehehe bilkan abang Harriez bayar, tulah sapa suruh mungkir janji. Lama dia menunggu panggilannya disambut. “Assalamualaikum Auntie Sarah, ni Eliza.” Dia memulakan bicara. “Waalaikumsalam, eh Eliza dah tukar nombor ke? Nombor lama tu dah tak tak aktif ke? Ni pun dah berapa hari tak call auntie.” Separuh merajuk bunyinya. “Minta maaflah auntie, ni pun saya dah sampai Melaka, dah tiga hari saya bersalin.” “Hah..? Amboi sampai hati tak bagi tau bila Eliza masuk hospital.” Memang sah merajuk!. “Tulah auntie, dah sakit mana nak ingat handphone, err Eliza minta maaf ya?” Aduhai, kalau Datin Umi Sarah dah bunyi macam kucing kena pijak ekor ni entah apalah katanya nanti. “Hmm.. bagi alamat kat Melaka tu, auntie datang sekarang. Sms sekarang tau. Kalau tak auntie merajuk sampai bila-bila” Arahnya tegas, tapi Eliza tau Datin Umi Sarah baik, takkan nak merajuk betul-betul kut. “Ok..ok. Eliza hantar sekarang, err betul ke auntie nak datang?” Seronoknya..! “Betullah, sekarang juga auntie nak gerak, biarkan budak-budak ni aje yang jaga kedai. Eliza bagi tahulah dengan mak cik yang jaga kamu tu ya, err siapa namanya?” “Mak Cik Tijah.” “Haa.. kirim salam Mak Cik Tijah, bagi tau auntie nak datang, mana tahu nanti dia ingat auntie datang nak merompak ke..” “Insya Allah, auntie drive baik-baik ya?” Eliza pula memesan, tahu sangat Datin Umi Sarah tu jenis tak suka pakai pemandu, kemana-mana pun dia suka memandu sendiri. Senang katanya. ‘Edy, Nenek Sarah nak datang,’ Eliza berbisik sambil tersenyum sendiri. Kelakar pulak sebut nama Nenek Sarah, bunyi macam tak kena aje, biarlah dah memang pangkat nenek pun tak kan nak panggil kakak pulak. Handphone yang di letak hi hujung kepala bayinya tiba-tiba berbunyi lagu Celine Dion. Hah... ada pun, baru ingat nak call? “Assalamualaikum sayang.. apa kabar.” Suara di hujung talian yang dirindu, sayu benar bunyinya. Eleh, tu nak cover sebab dah mungkir janjilah tu. “Waalaikumsalam, ingat pun nak call. Dah janji-janji tapi tak datang, haa sekarang macam mana? Seronok main-mainkan perasaan orang?” Perlahan tapi bergetar suara Eliza. Cakap kuat-kuat karang Edy bangun kan susah, dibuatnya Mak Cik Tijah pun dengar lagi bertambah kecoh. “Abang tak main-main bila abang kata nak ambil sayang, tapi abang ada hal kecemasan. Daddy kena serangan angin ahmar kat Australia, kebetulan abang dapat panggilan sama masa bila abang nak pergi ambil sayang. Abang minta maaf sebab tak bagi tau sayang awal-awal, sampai kat airport bateri dah flat ni pun baru jumpa charger. Abang minta maaf ya?” “Hmm.. apa-apa jelah.” Eliza menjawab acuh tak acuh. Eleh, bateri kong konon, tak de public phone ke, nak seribu daya abang ooi. Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, biasanya dia merayu-rayu kalau cakap minta maaf tapi kali ni layu benar bunyi suaranya. Agaknya dah bosan nak merajuk kut? Eliza menelah sendirian. Sepi. Dua-dua tak bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri. “Abang.” “Sayang.” Dah dua-dua bersuara serentak. “Okey sayang cakap dulu.” Shahrul Harriez mengalah. “Betul ke abang nak ambil saya hari tu?” “Eh mestilah, kalau sekarang ni abang kat KL, memang dah sampai depan rumah tau, tak kira sayang suka atau tidak abang mesti bawa sayang balik ke rumah.” Serius bunyinya. “Oh..” Itu aje Eliza mampu menjawab. Diam lagi. “Hmm.. tadi nak cakap apa?” Giliran Eliza pula memecah kesunyian. “I miss you.” “Hah..?” “I love you” “Eh.. apa ni?” Eliza pandang telefon kemudian kembali melekapkan ketelinga. “Itulah yang abang nak cakap tadi, sayang ingat apa?” “Hmm.. macam pelik pulak.” “Pelik ke cakap sayang rindu kat isteri sendiri?” ”Entah.” ”Kalau tak faham juga, nanti balik abang kasi faham.” ”Bila nak balik?” ”Err.. dua tiga hari lagi kut, tapi abang janji. Sampai aje KL abang terus pergi rumah sayang. Jangan pergi mana-mana tau. Nanti dah confirm flight abang call.” “Ehh.. jangan-jangan. Jangan datang rumah, saya tak ada.” “Lah pergi mana pulak?” “Err.. ada kursus.” Aduh, macam mana ni? Tiba-tiba rasa tak sedia nak cakap pulak. “Berapa lama?” “Dua bulan.” Ahahaha, ye lah tu kursus dua bulan. “Kursus apa sampai dua bulan, sambung belajar ke?” Shahrul Harriez menyoal. Banyak perkara yang dia perlu tahu mengenai Eliza. Mood tengah elok ni, sikit-sikit kena ambil tahulah. “Adalah kursus orang perempuan. Kalau awak balik nanti call aje, insya Allah saya akan jawab.” Eliza berjanji, tapi sebenarnya masih mengelak untuk berterus terang. Kalau Shahrul Harriez nak tahu tentang kebenaran, biarlah disaksikan dengan matanya sendiri. “Okey, nanti abang cari, kat mana sayang kursus ni?” “Kat Melaka aje, hmm awak call saya dulu tau bila dah balik nanti.” Eliza mencari akal untuk mengelak. “Hmm.. yalah yalah, sayang sorry ye I need to go. Kat sini kelam kabut sikitlah sebab daddy tengah sakit, mummy pulak macam-macam hal. Tapi abang tak lupa sayang tau. Let me know should anything happen.” “Okey.” Sepatah aje Eliza menjawab. Let you know if anything happen? Kalau aku cakap balik sekarang juga macam mana? “ Lagi satu, I love you so much”. Shahrul Harriez membiarkan ayatnya mati disitu, menanti jawapan dari Eliza. “Laa apasal tak jawab?” Shahrul Harriez bertanya dengan kecewa. “Orang jawablah, dalam hati.!” “Ala tak dengar, cakaplah kuat-kuat.” Shahrul Harriez kemudiannya menjawab manja. Baru aje nak cakap lovey dovey dengan Eliza, tiba-tiba suara Engku Faridah melaung memanggilnya. Kacau betullah mummy ni. “Sayang, take care tau. Abang balik nanti tak ada alasan kenapa sayang tak mau ikut abang lagi. Love you muuahhhh..! ” Eliza hanya tertawa kecil, gembira kerana Shahrul Harriez tak lupakan dia. “Sudahlah abang, pergi cepat mummy dah panggil tu, bye assalamualaikum.” Panggilan diputuskan bila Shahrul Harriez menjawab salamnya beserta muah..muah lapan bakul. Seronoknya..! Muah..muah juga untuk abang, tulah seronok punya pasal Eliza sendiri pun tak sedar bila dia terpanggil ‘abang’ semula, gasaklah. Muah..muah lagi untuk abang sebab Eliza tak ada keberanian nak balas balik, cuma berani bersuara dalam hati aje. “Edy, ayah kirim muah..muah kat Edy”. Eliza mencium bayinya yang nyenyak dibuai mimpi. SERONOKNYA DAPAT BERCAKAP dengan Eliza kali ni, tak pernah Eliza nak berbual-bual mesra. Selalunya suara dia separuh menjerit, tapi gelak-gelak manjanya, intonasi suaranya berubah seratus lapan puluh darjah. Walaupun dia tak menjawab bila aku kata ‘I love you’ , tapi dari nada suaranya aku tau dia pun sama. Eliza, tunggulah nanti abang balik. Abang nak dengar Eliza cakap yang sayang cintakan abang juga, lepas tu sayang muah..muah kat abang.. Telefon yang berlatar belakang gambar mereka berdua sewaktu lepas nikah menjadi pilihan, selalu benar dia menukar wallpaper tapi semua gambar Eliza lah. “Aku tak peduli kau siapa, berambus kau dari sini! Berani kau datang ke mari hah..? Perempuan sial, tak tau malu ..“ Cot-cet..cot cet ..lagi Engku Faridah menyumpah seranah perempuan seksi yang tiba-tiba datang menerpa ke bilik yang menempatkan Engku Mukhzani. Emylin artis yang suam-suam kuku tu dah meraung-raung nak memeluk kekasihnya, tapi jangan harap Engku Faridah nak tengok aje, sudahnya dua-dua berbalas-balas pekik dan jeritan. 'Alah, apa pulak bala yang datang ni, macam mana boleh mummy terjumpa dengan kekasih daddy ni? Eh tu bukan ke artis yang banyak gossip tu?’ Shahrul Harriez menghela nafas panjang. Malas betul nak melayan kerenah mummy dengan entah sapa ke nama artis tu. Rasa nak biarkan aje Kak Hazreen menghalang mummy nya dari bertindak keterlaluan, tapi kesian pulak kak Hazreen yang mengandung anak ketiganya tu, entah diorang nak bergomol ke nanti tak pasal-pasal Kak Hazreen yang jadi mangsa. Shahrul Harriez mengatur langkah mendekati kedua-dua perempuan yang terjerit-jerit tak mengira kawasan hospital ke apa. “ Mummy sudahlah, mummy janganlah macam ni. Kawasan hospital mana boleh buat bising lagi pun daddy kan sakit tu. Sudah mummy, sudah.“ Hazreen memujuk sambil memeluk ibunya dari cuba menerpa ke arah Emylin. “ Aku tak peduli kalau ini kawasan kubur sekali pun. Tak guna punya perempuan sundal, dah lah kacau laki orang, berani pulak nak tunjuk muka kat sini. Lepaskan mummy Reen, biar mummy ganyang perempuan murah ni“ . Engku Faridah terus bertempik. Emylin juga tak mahu kalah, lantas dia cuba untuk menerpa ke arah Engku Faridah, mujurlah Shahrul Harriez cepat menangkapnya. “Hei perempuan tua, kau tu yang bodoh tak tahu jaga laki. Kalau kau bagus sangat tak kan laki kau boleh sujud dikaki aku.” Bentaknya kasar, begitu marah dia bila Shahrul Harriez dah menjauhkan dia dari menerkam Engku Faridah. Shahrul Harriez tidak berniat untuk mengasari perempuan itu, tapi bila mummy dicerca sesuka hati, apatah lagi bila mengenangkan Emylin itu memang terkenal dengan skandal dan gossip-gossip panas, terpaksa dia merentap kuat tangan Emylin dan menariknya keluar dari bilik pesakit. "Darling.. !! Auuww sakitlah bodoh, kenapa kau tarik tangan aku.” Marahnya lagi. ”Darling, tengoklah anak you ni dia berkasar dengan I, I datang nak jumpa dengan you darling, I risau dengan keadaan you. Darlingg..!” Emylin menjerit terus. Bingit telinga Shahrul Harriez bila perempuan itu memekik-mekik dekat dengan telinganya, memang bergegar gegendang telinga kalau dia ni menjerit macam pontianak kena paku. Emylin yang berjaya ditarik keluar dibawanya ke kawasan luar dari hospital, lapang. Kawasan yang dikhaskan untuk pesakit dan pengunjung untuk mengambil angin di luar. ”Apa kau nak sebenarnya hah?” Shahrul Harriez bertanya garang. Emylin yang sudah berhenti menjerit itu mengusap-usap pergelangan tangannya yang dicengkam kuat. Sakitlah. ”Aku nak kekasih aku, Engku Mukhzani.” Jawabnya berani. Hah apa nak takut, tak kan aku nak lepaskan orang tua lubuk emas tu. ”Jangan nak bohong, aku tau kau bukan sukakan bapak aku. Sekarang cakap berapa kau nak?” Kalau profil penuh skandal macam Emylin ni tak lain tak bukan duitlah tujuannya. ”Aku tak mahu duit, aku nak kekasih aku, aku nak kawin dengan dia. Kau faham tak?” Emylin kembali meninggikan suaranya. Biarkan mamat ni ingat aku serius nak kawin dengan orang tua tu, iskkh sapa nak kawin dengan orang tua gendut tu, aku nak kawin dengan duitnya aje. Kalau mamat ni yang ajak aku kawin lainlah. Emylin tersenyum mengejek. ”Aku tahu bukan itu yang kau mahukan sebenarnya, sudahlah sekarang aku offer seratus ribu. Kau ambil dan jangan ganggu keluarga aku lagi.” Shahrul Harriez membuat tawaran, setakat seratus ribu tu bila-bila mummy boleh bayar. ”Make it five hundred, I’ll sign the cheque and you will leave this place immediately.” Tiba-tiba Hezriq muncul dan bersuara tegas. Sebaik sahaja dia sampai ke bilik daddy, suasana masih hingar bingar dengan raungan Engku Faridah. Adiknya Hazreen yang memberi tahu serba sedikit keadaan yang terjadi, terus dia menurut jejak adiknya Shahrul Harriez. Emylin memandang kedua-dua lelaki di hadapannya. Wah, handsome handsome belaka anak-anak Engku Mukhzani ni, kenapa aku langsung tak kenal mereka? Lelaki yang baru muncul ni nampak lebih segak dari yang muda sikit tu, tapi yang tarik aku tadi lagi sweet. Emylin masih tersenyum penuh makna. Pertanyaan dari Hezriq tidak terus dijawabnya dek kerana terleka memandang kedua-dua lelaki ini. “Take it or leave it, I won't offer you twice, no matter what’s your answer I will ensure you suffer. Lebih baik you ambil sebab lepas ni I tak mau you dekat dengan my father.” Bertambah garang suara Hezriq menggertak Emylin yang terlalu asyik membandingkan kedua-dua anak lelaki Engku Mukhzani. “Hmm.. you all ingat nak beli cinta I pada father you dengan duitlah? Okey I tak kan ganggu dia lagi but not with that five hundred, I want one million.” Emylin berkata angkuh, alah sejuta tu mesti celah gigi diorang aje, apa sangatlah. “Seven hundreds, final. Take it or you leave with zero.” Hezriq bersuara lebih keras.“Okey, deal.” Emylin tersenyum senang. Tujuh ratus ribu, wah lepas ni tak payah aku terhegeh-hegeh nak minta kontrak sana-sini, setahun tak payah kerja!. “And no more disturbing my father.” Shahrul Harriez pula menyampuk, saja nak mengingatkan perempuan pisau cukur ni. “Yes, no more disturbing your father.” Emylin menjawab sambil mengenyitkan mata, penuh makna. Yelah aku tak kacau si tua tu lagi, tapi kau yang muda ni, hmm tak tau lah. “Cepat bagi butiran you, I nak you cepat-cepat berambus dari sini.” Hezriq memang dah tahan dengan nak tengok Emylin, kenapalah daddy boleh tersangkut dengan perempuan jenis Gillette Mach5 ni. Emylin mengeluarkan cebisan kertas dari beg tangannya, menulis nama dan nombor akaun banknya. “Nah, ambil ni. Aku tahu kau masukkan duit dengan segera, hari ni juga aku akan check online banking.” Sebaik sahaja cebisan kertas itu bertukar tangan, Emylin memusingkan badannya untuk berlalu pergi. Berjalan penuh megah membayangkan tujuh ratus ribu dalam akaun bank, orang kaya baru beb. Shahrul Harriez menghela nafas lega, lepas satu masalah. Abang Hezriq ni laa, tak sayang duit langsung, senang-senang aje nak kasi duit banyak tu kat orang. Belum ada jaminan lagi yang dia tak kacau daddy. Entah-entah bila daddy sembuh nanti dia datang balik. “Riez kenal ke sapa perempuan tu?” Hezriq masih memandang cebisan kertas yang tertera nama dan nombor akaun bank Emylin itu. “Hmm.. artis yang berskandal tu, entah apa ke namanya, Emy..Emila..hmm. Emylin kut, gitulah.” Dia menjawab acuh tak acuh. “Hai, betul ke nama dia Emylin?” “Iyalah, satu Malaysia kenal dia dengan nama tu. Kenapa?” “Habis yang nama Rosnah binti Abdul Kuki ni siapa?” Soal Hezriq sambil menghulurkan kertas tersebut. Shahrul Harriez yang memandang sekilas menjawab dengan gelak yang tersembur. “Dah..dah tak payah nak gelakkan nama orang, jom masuk dalam tengok daddy. Mummy tu kalau asyik nak terjerit-jerit aje, Riez bawa balik cepat-cepatlah. Rimas betul abang melayan dia.” Hezriq memutuskan bila Shahrul Harriez masih ketawa tak habis-habis. Labels: Jangan Ada Benci |