![]() ![]() ![]() ![]() |
Impian Seorang Lara 2
Thursday, November 24, 2011 | 7:20 PM | 0 star
Sedar tak sedar jam menunjukkan hampir dua belas setengah tengah hari. Walaupun tempoh masa aku pengsan tak sampai pun dua puluh minit keseluruhannya, aku pun tak tau kenapa aku duduk termenung memandang skrin bisu begitu lama. Tadi Kak Mai offer suruh ambil MC aku kata tak payah, konon nak jadi pekerja mithali, sudahnya tak ada satu kerja pun yang aku buat melainkan duduk melangut di meja ni. Sheila meneruskan kerja-kerja biasanya di meja tetamu sementara aku di ruang kecil bersama kotak-kotak kertas, alatulis dan fail-fail kosong yang mengisi setiap ruang bilik yang sepatutnya dipanggil stor simpanan barang. Telefon bimbitku berbunyi berirama Donald Duck mengilai, memang buruk dan lucu sungguh, sesuai dengan pemanggilnya yang aku set kan kepada nada dering ini, Saiful Azlan aka Count Drakula yang menjadi suami aku semenjak tiga belas tahun dulu. Ahaha.. mesti korang ingat aku ni jenis isteri derhaka yang bagi gelaran terbaek untuk suami terchenta, sukalah korang nak kata apa. Tapi gelaran Count Drakula tu lagi sedap daripada gelaran Mak Lampir yang aku patut kasi kat dia. Agaknya hampir lima minit Donald Duck terjerit-jerit baru aku rasa nak jawab panggilan tu, missed call tak payah cakaplah. Butang hijau aku tekan dengan malas sambil mode loud speaker turut aku tekan. “Engkau saja nak buat aku marahkan Lara? Sengaja tak mau jawab panggilan aku? Apa kau memang berani sangat nak lawan aku ke?”Tempik Sang Drakula di hujung talian. Haa, kan aku dah kata, memang sesuai. “Tak dengarlah, handphone dalam beg.” Alasan biasa setiap kali aku rasa malas nak jawab panggilan. “Memang jenis perempuan dungu, sekarang dah jadi pekak pulak? Hei Lara, aku paling pantang kalau nak bercakap dengan engkau, lepas tu kau buat alasan itu ini. Ingat aku tak tau yang kau saja tak mau angkat?” Tau pun aku memang tak hingin nak angkat, siapa suruh telefon? “Ya, saya minta maaf, lain kali saya akan cepat-cepat jawab telefon.” Malas aku nak lawan dah, Saiful ni sampai petang nanti pun dia sanggup memekik melolong dalam telefon kalau dia rasa nak marah aku. ”Itulah jawapan engkau, maaf-maaf esok-esok pun kau buat lagi.” Lagi suaranya memetir. Haikkss.. apa yang dia nak? Aku tak mau menjawab apa lagi. Silent is golden.. hehehe lagi pun aku tau dah, penat dia menjerit nanti, taulah dia berhenti. Lawan pun bukan boleh menang, buat sakit hati aku adalah. Saiful bukan boleh diajak lawan bercakap, dia aje yang nak menang. Itupun kalau dia lawan bercakap dengan akulah, lawan cakap dengan orang lain aku tak tau. Sebab aku tak ambil tau dengan siapa Saiful nak bercakap atau berkawan. Pelik ke aku tak ambil tau hal suami sendiri? Suami ke? Aku patut kata, housemate aje la. Jadi sebagai housemate, kalau aku tak ambil kisah pasal dia pun kira tak apalah. ”Lara, kau bisu ke? Dengar tak apa yang aku tanya? Ke aku bercakap dengan tunggul?” Kali ni aku tersentak, aisey.. dia tanya apa tadi..? Aku tak perasan. ”Aaa.. iyalah.. iyalah, saya menurut aje apa yang awak rasa baik. Ya.. ya betul, apa awak cakap tu saya setuju.” Hehehe apa yang aku setuju? Belasah jelah janji dia diam. ”Bagus, aku tau kau tak kan berani nak lawan aku.. Hahahaha.. baiklah nanti kau sain semua surat yang aku dah siap tandakan ni. Aku letak atas meja tulis dalam bilik bacaan, aku tau bila aku balik malam nanti semua dah siap kau sain. Bye Lara.. Bagus, bagus kali ni kau memang betul-betul ikut cakap aku.Hahhaha...” Talian terus dimatikan. Apa yang malaun tu seronok sangat sampai cakap bagus-bagus sebanyak dua belas kali? Aku cakap apa sampai dia jadi gumbira bagai mendapat bulan? Lantaklah, dia bahagia pun bukannya aku boleh tumpang suka. Sebaik sahaja aku selesai bercakap dengan Saiful, telefon berbunyi lagi. Kali ni ummi pula yang memanggil, salam ku sahut dengan senyuman. Bukan ke senyum itu sedekah? Senyum sebelum meneruskan perbualan telefon akan menghantar ekspresi perasaan kita yang ceria kepada pihak di sebelah sana. Intonasi yang terhasil jika kita senyum sebelum memulakan perbualan ternyata lebih santai dan relaks. Senyum, tak perlu kata apa-apa.. cewahhh.. ”Lara, persiapan untuk Boy macam mana? Semua dah sedia?” Lembut suara Ummi bertanya dan ooh.. Pasal Boy rupanya, mood senyum aku dah jadi mood sedih. Memang tak syok la. “Sudah Ummi, Boy pun tak sabar-sabar nak pergi. Rasanya semua dah lengkap, tak ada apa lagi yang tinggal.” “Baguslah macam tu, lega Ummi dengar. Lepas ni Lara jangan sedih pulak ya, alah Boy tu pergi masuk asrama je, bukan pergi mana pun. Haa. Okeylah, Ummi cuma nak pastikan yang semuanya dah sedia. Hmm.. Lara jaga diri baik-baik ya, assalamualaikum.” “Waalaikumsalam.” Entah sempat Ummi dengar atau tidak, aku tak tau. Rasanya dia dah matikan talian dulu. Telefon aku campak ke atas meja, hmm tak rasa nak senyum dah. Teringat Boy nak pergi masuk asrama, terasa sedih pulak. Betul kata Ummi, Boy masuk asrama je, bukan pergi jauh pun. Kuala Kangsar dengan Kuala Lumpur dua tiga jam perjalanan sampai la. Lagi aku sambung termenung, mula-mula Saiful yang memanggil dan meminta aku sain.. sain apa ya? Surat apa yang dia cakap tadi, aku tak dengar. Lepas tu pulak Ummi yang tanya persiapan Boy nak masuk asrama. Benda mudah macam tu pun tak tau kepala aku berat sangat nak memikirkannya. Tadi aku pengsan sebab tengok darah luka kat jari aku kan? Bukannya kepala terhantuk kat dinding atau bucu meja kan? Sebab aku rasa macam tak betul je kalau terus duduk sunyi seorang diri, lebih baik aku pergi cari Sheila memandangkan waktu untuk makan tengah hari dah lama bermula untuk aku. Sepatutnya aku keluar dulu pukul dua belas dan masuk pukul satu untuk menggantikan Sheila yang akan keluar pada pukul satu sehingga pukul dua. Tak best langsung sebab kami tak boleh keuar sama-sama, yelah siapa pulak nak tunggu meja tetamu tu kalau dua-dua tak ada, jadi kena bergilirlah. Jadi kami pun sepakat, salah seorang akan keluar dan tapau makanan, lepas tu kami akan berehat dan makan sama-sama dari pukul dua belas sampai pukul dua petang. Haa adilkan? Setakat ni Kak Mai tak cakap apa-apa, pesannya jangan sampai kerusi tu kosong tak ada orang bila ada tetamu datang, macam mana kami nak uruskan, pandai-pandailah. Aku pun keluar mendapatkan Sheila di bahagian hadapan, kesian makcik tu kena layan tetamu yang datang sambil bergelut menjawab panggilan telefon yang tak putus-putus. Siapa kata kerja jadi penyambut tetamu tak penat, banyak goyang kaki? Dahlah kena maintain senyum, kerenah tetamu pun tak kurang juga hebatnya. Ada yang datang berbudi bahasa, ada yang tak pakai otak kalau bercakap, atau ada yang datang nak menggatal pun tak kurang juga. “Lara, kau dah ok ke?” Sheila dah perasan aku ada di sebelahnya, lincah jari-jemarinya mengetuk papan kekunci sambil menyambungkan talian pemanggil ke sambungan yang diminta. “Ok laa, bukannya aku sakit jantung pun.” Selamba aku menjawab sambil turut mengemaskan visitor pass yang bertabur. Kesian Sheila kena handle seorang. “Engkau .. mulut tak sayang. Ha siapa nak tapau lunch kita ni?” Pun aku buat diam tak tahu. Ala Sheila.. please.. please.. say you will go. Aku tenung Sheila dengan muka sedih dibuat-buat, rasanya tak susah kut sebab muka aku memang tengah nampak blur. “ Yelah, tak payah buat muka macam tu, aku pergi tapau. Tolong jawab call”. Sheila berlalu setelah mengeluarkan dompetnya. Yeayy.. sayang Sheila. Aku duduk di kerusi dan memakai fon kepala. Alah, dah tengah hari ni bukan ada banyak panggilan pun, ni pakai pun buat syarat je, nanti Sheila balik takde lah makcik tu kata aku tak buat kerja. Tapi tak sampai lima minit pun keyphone dah berbunyi, aiseyy.. memang kena kerja. “Syed Rahman Holdings, good afternoon. May I assist you?” Fuhh.. penuh gaya aku bersuara, kalau buat audition iklan mesti boleh dapat jadi pelakon utama sebab orang tak nampak rupa aku macam mana, janji suara sedap merdu macam Hetty Koes Endang. Silap-silap lagi sedap dari suara Kak Ros dalam kartun Upin Ipin tu. Ahaha.. “Yes, Hasrul please.” Erkk..? Hasrul mana pulak ni? Aku tak pernah dengar pun nama tu? Siapa pemanggil ni? Salah nombor kut. Walaupun aku tak secekap Sheila, tapi aku pun ingat setiap nama staff kat sini tau. Setakat bagi nama manja pun aku boleh tau department mana dan siapa orangnya. Ni Hasrul.. Hasrul who? “I am sorry Mam, Which Hasrul and which department are you referring to?” Haa.. malu bertanya sesat jalan, baik aku tanya je siapa. Ni mesti salah nombor ni. hehehe “What..? How many Hasrul do you have there?” Makk aii tingginya suara. Pecah gegendang telinga aku macam ni, kalau gegendang dah pecah kau ingat boleh ganti dengan kulit lembu ke? Ni bukan gendang nak buat kompang, gegendang telinga tau. Very sensitive organ. Tu belum kira lagi bulu telinga yang tumbang dek decimal suara tinggi melangsing pemanggil tu. Huikk, dah silap nombor nak jerit-jerit pulak. Aku kenal laa seratus lapan puluh tiga pekerja di Syed Rahman Holdings ni, semua nama dalam hard disk kepala aku. Walaupun aku tau pemanggil tu dah tersilap dail, hehehe pandai je aku buat andaian sendiri, tapi demi tahap keprofesional aku yang tinggi dan mantap, aku sabarkan juga daripada melawan jeritan langsuir di sebelah sana. “There is no one name Hasrul here, I am afraid you dialed a wrong number Mam.” Haa.. macam tu laa kalau nak berbudi bahasa cik kak ooi.. Aku senyum senang hati, ni kalau Kak Mai dengar macam mana cara aku handle difficult customer, mesti dia bangga tahap gaban. Hehehhee.. aku tersengeh lagi. “You.. jangan buat I pergi sana dan sepak muka you. You tak kenal siapa I lagi” Laa minah ni nak gertak aku pulak? Okey, mari kita tengok siapa yang kena.. “I am truly sorry and sympathized for your condition, I am afraid the person that you are looking for is not working here. Let me say this company’s name once again, this is Syed Rahman Holding and we are located at ..” Belum sempat aku nak habiskan skrip tiba-tiba suara sebelah sana dah menjerit. Adeiii.. bingit telinga aku. “ And I am Syed Rahman’s daughter for your information moron, you know who is Hasrul then? He is the new Managing Director and he is my husband!” Teriaknya lagi. Langsung aku jadi keras macam batu, kalau jantung boleh berhenti, memang mungkin dah berhenti sekejap, mungkin segala sistem dalam badan pun berhenti juga. Mati laa aku.! Matilah aku, mana Sheila ni.. waaaa.. Sheila….! Yang perempuan ni pun satu, kenapa tak cakap Mr Hasrul ke.. Tuan Hasrul ke, at least aku tau la orang yang dimaksudkan tu somebody sikt, ni mintak Hasrul please.. dah aku tak pernah dengar nama tu. Hmm. Apa-apa pun alasan aku, nampaknya macam nak cari nahas je. “You tunggu apa lagi? Sambungkan I pada Hasrul..!” Wah, dah makin kuat suara dia melalak. Dengan jari yang menggeletar aku tekan papan kekunci sambil mencari nombor sambungan ke bilik MD. Eh, ni pass kat secretary ke nak pass terus kepada boss besar. Er.. boss besar tu nama Hasrul? Sempat lagi aku terfikir, dan pada masa aku berfikir tu juga sambungan ke talian setiausaha MD aku tekan, haikss.. bukan ke aku masih nak fikir lagi ke tadi. Ahh… tak apalah. Aku bukannya ada terima arahan dari sesiapa yang panggilan untuk MD tak perlu melalui setiausahanya. Kira oklah tu. Lega aku bila talian dah senyap, tapi keyphone yang berkelip-kelip menandakan talian yang aku sambung tadi tak berjawab buat jantung aku kembali bergedup laju, alamak! Macam mana aku boleh tak terfikir, sekarang ni lunch hour, tentulah setiausaha MD tu keluar makan. Cepat-cepat panggilan itu aku ambil semula. Tenang.. tenang.. “ I am sorry Mam, there is no one picking up.” Perlahan nafas aku lepaskan, pun aku masih lagi berbahasa. “ What??? I just spoke to him in past 5 minutes, you kata dia tak ada? He is expecting my call.” Lagi perempuan ni menjerit. Adoi.. tak tahan betul. Malas aku nak cakap sorry dah, sambungan ke bilik MD aku tekan segera, dan betullah boss besar sedang menanti panggilan tu. Tak sempat berkelip pun isyarat pada keyphone di hadapan aku ni, panggilan tu dah dijawab. Alamak… nanti boss besar marah ke? Aku garu-garu kepala dengan pensel, dua puluh minit berlalu dengan senyap sunyi. Telefon pun tak berbunyi, jadi tak perlulah aku nak pakai headphone ni lagi. Sheila pun tak menunjukkan bayang, pergi tapau ke pergi masak sendiri dia ni. Masa tu jugak perut aku berbunyi, rasanya tak ada apa yang masuk sejak pagi tadi. Cawan kopi yang aku bancuh pagi tadi pun dah tak ada lagi, mesti Sheila dah kemas. Risau juga aku, manalah tau sebab aku tersalah layan mem besar tu, tiba-tiba boss besar pecat aku, tak pun marah aku dan bagi surat amaran. Waduh.. habislah karier aku yang bertahun-tahun aku pegang ni. Atau aku terus dibuang kerja sebab tak menjalankan tanggungjawab dengan betul, waaaa nahaslah aku nanti. Sambil-sambil aku pandang ruang menunggu tu dengan pandangan kosong, tiba-tiba pintu yang menghubungkan ruang pejabat dan ruang menunggu dibuka dengan laju, boss besar berjalan pantas dengan muka yang serius. Mana aku tau itu boss besar? Ehh aku taulah, tak ada orang lain lagi yang aku tak kenal. Bukan ke aku dah cam kelibat dia yang aku sangka orang jahat pagi tadi? Hehehe.. Patut ke aku ambil kesempatan ni untuk perkenalkan diri aku? Ye la, boss besar patut kenal siapa pembantu pentadbiran di pejabat ni, yang tukang angkat telefon atau menyelenggarakan tugas-tugas am? Haa.. pentingkan kerja aku? Boss besar mesti la wajib kenal aku. “Tuan Hasrul.!” Aku kuatkan suara memanggil, dan agaknya suara aku terlebih kuat sebab tu berjaya buat langkahnya terhenti dan menoleh seketika. “Saya minta maaf atas panggilan telefon tadi. Saya tak tahu dengan siapa saya..” “It’s ok Lara, next time just pass the call direct to my line, I tak mahu dia kacau you lagi.” Boss besar jawab dengan tenang dan kembali melangkah laju meninggalkan ruang pejabat. Wah..baiknya boss besar..! Dia tak marah pun kat aku, siap senyum lagi kat aku.. waaaa….. leganya, jadi tak adalah aku kena marah, tak adalah aku kena surat amaran atau kena buang kerja. Leganya.. aku bersandar pada kerusi sambil menarik nafas lega. Sheila masuk dari pintu utama sambil menjinjit sebungkus makanan, Satu aje? “Sorry, aku dah makan dengan staff office, ni nasi ayam aku tapau untuk kau, makanlah cepat dah sejuk dah nasi tu.” Aku pun tak banyak kisah kalau nasi tu sejuk atau tidak, dah biasa macam tu. Tapi terkilan juga bila Sheila tak makan dengan aku, sampai hati dia biar aku makan seorang. Aku beredar ke ruang belakang, tempat aku sendiri yang tentunya tersorok dari pandangan sesiapa. Dulu pernah juga Kak Mai tegur sebab makan di ruang pejabat, aku dan Sheila kena teruk bila kami makan sayur pucuk rebung, habis satu bilik tu sehingga ke ruang depan boleh terbau rebung. Lepas tu kami dah ingat dah, mesti sembur pewangi lepas makan. Dalam pada aku asyik melayan nasi ayam yang hampir separuh aku makan, tiba-tiba Sheila datang menjengah ke tempatku, kenapa pula dia nak tinggalkan meja reception tu.? “Lara, cepat makan. Encik Husin nak jumpa.” Serius dan mendatar bunyi suara Sheila. Hah..? Encik Husin, err alamak, kenapa pengurus kanan sumber manusia nak jumpa aku? Serta merta seleraku mati. “Kenapa Sheila?” “Entah, Encik Husin tak cakap kenapa, tapi suara dia lain macam je. Aku pun hairan, tak kan sebab kau pengsan bila ternampak boss besar pun nak jadi isu?” Berkerut muka Sheila, bagaikan berfikir sesuatu yang berat. Maunya tak berat, kalau Encik Husin yang nak jumpa mesti ada sesuatu yang besar. Tak kan Encik Husin nak naikkan pangkat aku? Tak mungkin.. tak mungkin. Atau Encik Husin dah tau pasal panggilan telefon tadi? Serta merta aku rasa menggigil, suapan aku terhenti dan aku dapat rasa lagi yang jantung aku bergedup kencang. Mesti pasal tu, kalau tak pasal apa lagi? “Lara, apa yang dah jadi?” Sheila pun panik dengan kelakuan aku yang pelik, atau muka aku yang agaknya bertukar menjadi biru atau kelabu. Aku letak sudu dan garfu, memang aku tak lalu nak makan dah. Tak payah disuruh lagi, aku ceritakan pada Sheila tentang pemanggil yang mengaku isteri boss besar tanpa terkurang sikit pun. Terus aku menangis sambil bercerita, tak tau kenapa aku jadi risau sangat, pada hal belum tentu lagi apa yang Encik Husin nak cakap pada aku. “Sudahlah, pergi basuh muka kau sebelum jumpa Encik Husin. Rileks, aku faham bukan salah kau tak kenal siapa Tuan Hasrul. Alah, lagi pun boss besar sendiri tak marahkan?” “Memanglah boss besar tak ada marah, tapi kalau sampai ke telinga Encik Husin tu dah kira perkara besar yang berlakukan?” Aku menyoal Sheila, bukan aku nak dia jawab pun sebenarnya. Sheila cuma diam tak berkata. “Jangan fikir yang bukan-bukanlah. Kau pergi jumpa Encik Husin dulu. Kalau Encik Husin marah, nanti kau cakaplah yang kau dah minta maaf pada Tuan Hasrul dan dia pun okey je. Sudah, pergi cepat.” Sheila memujuk lagi. Betul kata Sheila, kalau Encik Husin marah aku cakaplah yang aku dah minta maaf kat boss besar. Kan tadi boss besar kata ’It’s ok Lara..’ haa ok tu ok laa. Apa aku nak risaukan lagi? Sambil perasaan aku bergelodak, berperang dan bersilat dalam hati, aku gagahkan juga melangkah masuk ke bilik Encik Husin. Mak tolong Lara...! Labels: Impian Seorang Lara, Jangan Ada Benci |
![]() |
Selalu aku merenung malam dan bertanya.. kenapa aku selalu bernasib malang..? Rupa-rupanya aku sering terlupa untuk bersykur.. kerana diberikan waktu untuk berfikir setiap malam. |
Labels: Impian Seorang Lara, Jangan Ada Benci