![]() ![]() ![]() ![]() |
Impian Seorang Lara 3
Wednesday, December 28, 2011 | 6:13 PM | 1 star
Pukul empat setengah, berbaki lagi satu jam sebelum tamat waktu pejabat adalah waktu yang amat lama untuk dihabiskan. Keseluruhan waktu yang betul-betul aku bekerja? Tak lebih dari setengah jam, itu pun sebab aku gantikan Sheila jawab panggilan telefon tengah hari tadi, yang menyebabkan aku tak buat kerja lain dah sehingga ke saat ini. Apa perasaan aku sekarang? Entah, tak ada perasaan kut. Aku tak la menangis walaupun kes tengah hari tadi buat jiwa aku sentap. Buat organ-organ dalaman aku berehat seminit dua dari berfungsi secara normal, kalau orang kata masa tu terhenti, aku pulak otak yang terhenti berfungsi, pun begitu masih lagi aku boleh bernafas walau dalam lumpur. Sheila datang menjenguk aku , alah dia ingat aku nak bunuh diri sengan stapler ke? Tak payah nak risaulah. Aku masih boleh mengawal diri aku dari bertukar menjadi peti ais, tak adanya aku nak mencederakan diri aku sendiri hatta dengan mencalarkan kulit dengan pembaris. Tidak sekali-kali aku nak mendatangkan kemudaratan pada diri aku. Cukup-cukuplah orang lain nak buat aku susah, yang aku nak susahkan diri aku sendiri kenapa? “ Lara, kau okey ke..?” Sheila menghampiriku. Dah agak dah, mesti tanya aku okey k etidak. Tanyalah kalau aku memerlukan insuran atau pinjaman peribadi ke. Aku cuma senyum je sambil geleng-geleng kepala . “ Ni geleng sebab tak okey ke, atau kau memang kau tak okey?” Confuse pulak Sheila ni. Apa-apalah yang dia nak fikir pun. Aku senyum lagi.. “Kau ni pelik lah Lara. Nampak macam susah hati tapi muka kau tak la pulak macam orang susah hati. Kau tahu tak orang kata jenis muka keras?” “Muka keras?” Pelik pulak aku dengar, peribahasa apa ni? “Muka keras tu muka tak ada ekspresi. Nak kata sedih pun entah, suka pun entah. Cuba kau cermin muka kau sekejap.” Sheila mengusul supaya aku melihat muka aku sendiri. Cermin di atas meja aku capai dan muka keras aku ku pandang. Keras ke lembut ke sama je. Itu yang boleh aku cakap. Apa beza? “Tak ada apa-apa pun yang lain?” Aku soal Sheila. “Itulah maksud aku, kau tengah sedih dan susah hati pun muka kau nampak biasa je. Kalau kau happy pun muka nampak macam ni tau.” Sheila akhirnya membuat kesimpulan. Ohh.. begitu namanya muka keras yang Sheila maksudkan. Hmm baguslah kut, tak adalah orang nampak sangat apa yang aku rasa. Bukan ke lebih mudah kalau perassan kita yang bergelora macam Laut China Selatan itu tidak boleh dijangka atau dibaca oleh sesiapa? “Lara, kalau kau ada apa-apa yang kau nak luahkan cakaplah. Aku sedia jadi pendengar. Tak bagus juga kalau kau memendam segala perasaan yang bersarang dalam kepala, dalam hati, dalam badan...dalam.. dalam mana-manalah. Kau taukan, meluahkan apa yang terbuku tu satu terapi yang baik untuk hilangkan stress? Kalau kau tak mau luahkan pada aku pun, kau cubalah kongsi apa yang kau rasa tu dengan sesiapa yang kau percaya. “ Sheila bercakap penuh perasaan sambil dia memegang bahuku. Pandai betul Sheila memancing mood sedih aku. Tiba-tiba pulak aku rasa nak menangis, tiba-tiba pulak muka keras aku rasa macam panas je. Aiseyy... tak keras mana pun rupanya muka aku ni. “Sheila.. aku..aku..” Tak terasa nak keluar suara aku bila muka keras aku jadi muka basah dek air mata. Cepat Sheila memelukku dan menenagkan aku. Tu lah suruh sangat aku luahkan apa yang aku rasa. Aku bukan boleh disuruh atau diberi peluang untuk menangis. Entah berapa minit pulak aku menangis didalam pelukkan Sheila, langsung sepatah perkataan pun aku tak bercakap, mana taknya kalau air mata aku mengalir macam empangan pecah. Sungguh aku betul-betul meluahkan apa yang selama ni keras dalam diri aku. Selama ni segala-gala masalah yang keras dalam perasaan dah jadi cair dan mengalir laju, sama macam air mata aku jugak la. Agaknya kalau aku takung air mata mau penuh secawan, lagilah melimpah kalau disukat sekali dengan hingus yang keluar.. hehehehe. “Okey, released kan? Kan aku kata kau kena luahkan apa yang kau rasa, lepaskan apa yang terbuku. Sekarang lega?” Aku mengangguk-angguk setuju. Macam mana pulak semuanya aku lepaskan? Aku baru menangis je tadi, belum lagi cakap apa-apa barang sepatah pun? Lucu pulak kalau aku fikirkan. “Lara, meluahkan apa yang dirasa bukan semestinya kau bercerita segala-galanya dengan terperinci. Aku faham kalau apa yang kau rasa itu adalah peribadi untuk kau kongsi dengan orang lain, menangis pun sebenarnya melepaskan apa yang terbuku tau. Haa, ni kau dah puas menangiskan? Lega?” Sheila bertanya sambil tersenyum, ehh nak perli aku ke dia ni? “Thanks Sheila, sorry kau kena tadah airmata aku.” Aku cuba nak buat lawak walaupun tak berapa nak menjadi. Sebenarnya, aku mengakui memang terasa lega, lain kali aku ada masalah je aku menangis jelah. Sheila tinggalkan aku kembali termangu sendiri. Pesanan terakhirnya supaya aku berkemas dan pulang saja ke rumah. Hmm. Patut pun lagi sepuluh minit lagi lima setengah. Sambil aku airmata yang bersisa, beg tangan aku keluarkan selepas suis komputer kumatikan. Balik ke rumah? Hmm.. balik ajelah panas semacam aje aku rasa kat office ni. Entah apa yang tak cukup pun aku tak tau sampai boleh rasa panas semacam je ni. Aku melangkah keluar dari pejabat dengan longlai, tak kuasa nak menoleh lagi walaupun aku perasan sok-sek sok-sek staff pejabat. Tak mustahil kalau berita aku dipanggil mengadap Encik Husin dah heboh diperkataan satu pejabat ni. Lantaklah, Sheila pun aku toleh sekilas dan dia mengangguk tanda faham situasi aku yang tak kuasa nak mengangkat muka lebih lama di pejabat. Jarak tempat pakir kereta yang hanya lima minit dari pintu lobi terasa begitu jauh, sebabnya aku berjalan tanpa ada perasaan nak balik ke rumah, entah aku pun tak tau apa sebab aku tak terasa nak balik ke rumah pun. Satu-satunya sebab kenapa aku balik ke rumah ialah Boy. Kunci CLK ku yang berangkai dengan kunci rumah aku seluk dari beg tangan, mudah aje aku mendapatkannya. Kunci yang hanya sebatang tetapi dirangkai dengan keychain berkepala kartun imej game terkini, Angry Bird berada dalam genggamanku. Remote cute little kelisa aku tekan sebelum membuka pintu kereta dan enjin kereta kuhidupkan. Sepuluh minit kemudian, aku masih termangu di dalam kereta. Kenapalah aku jadi tak bertindak apa-apa pun ni, nak gerak balik rumah pun aku tak rasa ada perasaan. Radio yang terpasang pun haram aku tak dengar butir kata deejaynya. Serta merta aku bagai tersentak, Boy.! Okey aku balik sekarang. Sesampai aku di rumah, Boy pun tak nampak batang hidung. Seorang lagi tu? Hmm..lagilah. Tak pernah aku tau jadual masa dia nak balik ke rumah, kadang-kadang ikut masa waktu pejabat, kadang-kadang tak balik langsung. Haikss sebut pasal dia aka si Count Dracula ni teringat pulak pesanan dia tadi, sain surat yang ditinggalkannya dalam bilik bacaan. Nanti ajelah aku sain, sekarang nak tengok apa yang perlu aku sedia makan untuk makan malam. Boy mana Boy? Labels: Impian Seorang Lara, Jangan Ada Benci |