Warning ! You have stepped onto Twinkling star.Follow me and leave a tag │FollowDashboard
Twinkling Star.

Labels: ,

Impian Seorang Lara 1
Monday, November 21, 2011 | 1:12 AM | 4 comments
Cinta, sayang, rindu. Bukan ke itu terlalu janggal untuk aku ke? Kenapa janggal? Heh.. nak kena buat senarai kenapa aku tak boleh ada rasa cinta, sayang dan rindu tu ke? Macam pelik pulak untuk perempuan tahap umur lewat petang macam aku. Tak apalah kalau tak ada senarai panjang, senarai pendek pun cukup. Kalau tak lalu nak senaraikan, fikir-fikir dan ketuk-ketuk papan kekunci ni pun jadilah.


Aku tunduk menekan kekunci komputer yang berbunyi macam ayam patuk jagung ni. Huikkh. Bising betul! Tapi tak apalah, sebab ada bunyi maka aku kelihatan seperti seorang setiausaha sedang menaip surat rasmi untuk big boss tandatangan. Huaa.. nampak busy sungguh aku. Tapi kenyataannya aku menulis sesuatu yang berlegar-legar dimindaku. Tentang apa aku rasa, aku fikir dan aku inginkan. Ala, senang cakap apa yang aku angan-angankan.

Cakap pasal angan-angan ni buat aku tersenyum macam kambing dapat bunga. Mak kata, budak-budak remaja memang kuat berangan. Statement tak sayang mulut dari mak tu sebenarnya merujuk kepada dua orang anak saudara aku yang memang sedang muda remaja, bukan untuk aku. Tapi aku terperasan sikit sebab aku pun sebenarnya kuat berangan juga. Jadi berangan itu bukan diatas faktor umur, orang macam aku berangan sebab masih ada banyak lagi impian yang belum tercapai. Huhuhu.. banyak laa impian aku.

Apa korang tau pasal angan-angan? Ehh tak sedap la sebut angan-angan, nampak sangat bunyi macam Mat Jenin dan tentunya bunyi sesuatu yang tak boleh nak jadi nyata, jadinya aku nak tukar perkataan angan-angan tu menjadi impian. Haa impian, barulah kelas. Kelassss kau Maria ..! Ahakks..
So, aku ulang semula soalan aku,’apa yang korang tau pasal impian?’ Aku terfikir nak cari maksud perkataan ’impian’ dalam Kamus Dewan, tapi disebabkan aku tak jumpa maknanya dalam internet, jadi aku padamkan aje niat nak kasi maksud perkataan tu, biar aje aku bagi makna impian atas kefahaman aku sendiri. Bagi aku impian adalah sesuatu objektif untuk aku capai tak kira objektif itu aku boleh jadikan kenyataan atau tidak. Selagi aku boleh terfikir apa aku nak, aku boleh senaraikan apa yang aku mahu, semua tu adalah impian aku. No limitation. Fuhh..

Dua hari lepas, masa aku tengah sedap-sedap makan keropok lekor cicah sos cili, anak saudara aku yang umur lima belas tahun tu tanya, ’Apa impian Nyah masa remaja?’ Ceh, apa punya soalan laa, tanya time aku tengah syok layan kenikmatan keropok lekor ni, potong selera aku betul Tapi sebab tak mau hampakan peminat, eh anak saudara aku ni maka aku pun jawablah dengan penuh confidence. ”Impian Nyah dulu nak jadi Engineer.” Tu dia, penuh bersemangat aku menjawab, sambil senyum-senyum dan fikir ’ mesti budak ni respect abih kat aku sebab pernah bercita-cita nak jadi Engineer’ehhehehe. Masih lagi aku tersenyum-senyum, keropok lekor yang tinggal lagi sebatang tu aku ngap, masuk mulut. Hmm yummy..yummy...Impian aku buat masa tu ialah nak menikmati keenakkan keropok lekor.

”Habis, apa dah jadi dengan impian Nyah? Kenapa tak jadi Engineer?” Errkk…. Soalan cepu emas yang aku rasa nak cepuk je mulut budak bertuah ni. Sebab aku masih lagi layan kesedapan keropok lekor yang terakhir tu, cepat aje aku jawab, ‘kau orang mana tau apa-apa pasal impian.’ Lepas tu terus aje aku bangun bawa pingan keropok yang dah kosong tu ke dapur, sebenarnya aku lari dari terus menjawab soalan anak saudara aku tu. Sebabnya, aku tak ada jawapan kenapa aku tidak merealisasikan impian aku. Aku tak ada jawapan kenapa aku tak jadi Engineer. Disebabkab aku tak ada jawapan itu semua, aku kembali bertanya kepada diriku sendiri, apa impian aku?

Rutin biasa aku pada hari Isnin, bangun pukul enam pagi. Mandi dan solat lepas tu terjah dapur, selongkar apa yang patut untuk anak aku makan. Alah apa sangat yang nak dimakan pagi-pagi buta ni melainkan roti dan jem. Aku bancuh air milo dan letak atas meja bersama roti dan jem. Dah siap. Siapa nak makan silakan, tak mau makan tak pe.

Mengejutkan Boy tak susah, panggil sekali dua aje dia dah bangun. Boy satu-satunya anak lelakiku yang berumur lima belas tahun, time cuti sekolah macam ni Boy cuma mampu celikkan matanya pada waktu pagi untuk aku paksa dia solat. Alhamdulillah, setakat ni Boy tak ponteng solat lagi, yang aku nampaklah. Mudah-mudahan Tuhan terus bukakan hati Boy supaya tak tinggal solat. Bila Boy dah siap solat, dia pun terus panjat katil dan sempatlah aku jerit kat dia yang aku dah nak pergi kerja. Bukan aku suka-suka jerit, tapi dengan mata yang tertutup tu, aku pasti telinga Boy juga tak berapa nak terbuka kalau aku cakap perlahan-perlahan. Jadi dengan kekuatan decimal tertinggi yang boleh aku lontarkan di pagi hari, pesanan padat dan ringkas aku tinggalkan ‘ Boy, sarapan atas meja. Nanti lunch makan kat café, mama dah tinggal duit atas meja tu. Bye Darling, I love you’. Boy dengar ke tidak? Alah, tak dengar punya tu, tapi dia taulah nanti.

Selesai tugas aku pada anak tersayang. Seterusnya pada dia. Hmm.. dia yang membuat aku sentiasa tersentap, yang buat jiwa raga aku ranap. Dia juga yang buat aku .. buat aku.. macam ni la.
“Awak.. awak.. saya pergi kerja dulu ya.” Tanganya yang masih dalam bungkus selimut aku gapai dan cium. Rutin biasa aku meminta izin sebelum pergi kerja. Usahkan membalas, kalau aku nampak kelopak matanya bergerak pun cukup baik tanda dia sedar aku nak pergi kerja. Rutin biasa jug, dia akan mengeraskan tubuhnya dan cepat-cepat menyentap tangannya dari pautanku. Ala, tu tanda dia sedarlah tu.

Kunci kereta dan rumah aku ambil dari penyangkut, laungan terakhir untuk Boy, ‘mama pergi dulu’ disahut dengan sunyi sepi. Okey rutin biasa dah selesai. Sekarang rutin untuk aku ke pejabat pula.

Sebut nak ke pejabat bunyinya macam gah aje, macam akauntan yang nak memeriksa buku kira-kira, macam lawyer yang mencari fakta sebelum masuk ke mahkamah, macam..macam-macamlah. Orang pergi pejabat buat apa?

Aku pergi pejabat sebab aku kerja, dan kerja aku bukanlah seperti impian aku dulu, aku cuma pembantu am yang kadang-kadang akan duduk di kerusi penyambut tetamu kalau Sheila yang sengal tu MC atau EL. Hah ni hari Isnin, aku berani bertaruhlah Sheila tak kan datang ke pejabat, kalau dia mampu heret kakinya pun nanti nampak lah kelibatnya selepas lunch hour. Ada ajelah alasan janda muda tu, tertinggal itu ini kereta tak boleh start, sakit yang macam-macam sakit dari kepala sampailah ke hujung kaki. Cuma aku perasan, sakit atau alasan Sheila hanya pada hari Isnin, hari lain dia memang ok, tak ada masalah.

Jarak pejabat dan rumah aku yang tak berapa jauh ni sebenarnya hanya sepuluh minit perjalanan kalau tak jam, tapi sebab KL ni asalkan pagi aje mesti jam, maka perjalan sepuluh minit tu pun jadi setengah jam. Tak apalah, waktu kerja yang bermula lapan setengah tu masih berbaki tiga puluh minit untuk aku bersedia sebelum memulakan tugas rasmiku. Hahahaha, bunyi macam wakil rakyat je, walau sebenarnya aku sendiri pun tak pasti apa tugas rasmi aku, yang rasminya setiap hari Isnin, aku akan ke bangku receptionist untuk menjawab telefon sementara menunggu kedatangan Sheila.

Sempat aku membancuh kopi o untuk diriku sendiri, cawan yang masih berasap nipis aku bawa ke meja penyambut tetamu. Suis komputer kuhidupkan untuk memulakan kerja. Seawal pagi ni, tak berapa kerat yang dah sampai ke pejabat, penyelia di bahagian pentadbiran Kak Mai pun tak sampai lagi. Begitulah lazimnya, selagi jarum jam tak rapat ke angka lapan setengah, keadaan senyap sunyi sampai bunyi jarum jam pun boleh dengar.

Korang fikir kalau tak ada sesiapa yang membuat panggilan pagi-pagi hari ni apa yang nak dibuat bila dah duduk di meja penyambut tetamu? Berus gigi atau bagi ayam makan adalah jawapan yang boleh diterima sama sekali. Cuba lagi, hehehehe.

Sebenarnya, aku cuma pandang skrin komputer yang sedang bergelut nak hidup ni, mánalah tau kut dengan renungan aku ni komputer ni jadi takut dan dengan pantas menyala dan sedia untuk diguna.. Hahaha.. banyak laa aku punya renungan, tapi aku tetap pandang skrin hitam yang memunculkan tulisan-tulisan yang haram aku tak tau apa maksudnya, tapi aku tetap jugak nak pandang.

Tengah sedap-sedap aku memandang skrin hitam biru ni bunyi telefon bimbit pulak mengganggu konsentrasiku, iskhh sapa punya punya handphone yang bunyi zaman dulu kala ni? Tak sedap langsung. Suara garau yang menyahut panggilan tu buat aku tergamam, ehh siapa yang masuk office ni? Kenapa aku tak perasan?
Betul tetamu tu aku tak perasan bila dia menjejakkan kaki di ruang menunggu ni. Aisey, kalau dibuatnya perompak atau pembunuh bersiri agaknya dah lama aku jadi sayur kangkung rebus, tak pun jadi ayam penyet cili. Tetamu yang masih berbual dalam telefon tu aku pandang takut-takut. Bukan sebab dia nampak macam orang jahat, tak. Sebab dia nampak macam orang penting, segak bergaya dengan sut korporatnya. Ehh.. kalau orang jahat pun boleh jadi juga nampak bergaya macam ni. Hah, mana tau kut ini orang jahat? Tiba-tiba lutut aku jadi menggigil, mak… ampun mak.. Lara tak mau mati lagi. Sambil tangan aku pun terketar-ketar menahan rasa yang buat aku separuh nak tumbang, boleh pulak aku berfikir nak cari senjata untuk selamatkan diri. Yes, senjata untuk selamatkan diri. Perlahan laci sisi meja aku tarik sambil tanganku meraba-raba mencari satu objek yang boleh digukankan.

Tetamu pelik yang membelakangkanku itu masih bercakap melalui telefon bimbitnya, peluang untuk aku bersiap sedia. Ya, aku mesti mempertahankan diri, dalam keadaan seawal pagi begini tak mustahil aku akan menjadi mangsanya dalam masa lima minit lagi. Ahh lima minit mungkin terlalu lama, lagi dua minit bila dia menoleh aje entah pisau atau parang atau mungkin peluru pistol sudah melayang menembusi dadaku, eh mungkin kepala aku sehinggakan nyawaku diragut dalam masa kosong perpuluhan tiga saat. Ehh .. iya ke secepat tu? Bila masa aku nak mengucap?

Aku masih lagi meraba-raba mencari sesuatu di dalam laci, dan dia.. dia sudah mematikan talian telefon dan mula memalingkan badannya menghadap aku, ahh habislah. Sesuatu yang licin aku lurut dengan jari dan . “Aduuhhhh……!!!!!!!!!”

Cepat aku menarik tangan dari laci dan bukan saja tanganku yang menggeletar, terus lembik rasanya lututku nak menampung badan bilamana darah merah memancut keluar macam air sungai mengalir. Aku kalau tengok darah? Entah bila masa mata aku tertutup rapat, Black out.!



“Lara…Lara.. Woii bangunlah, Lara.. bangun janganlah pengsan! Tolong ke tepi sikit, bagi ruang. Lara.. Lara..!” Ehh tu macam suara Sheila, dia buat apa kat sini? Kan hari ni Isnin, Sheila tak masuk office pagi-pagi macam ni.? Aku cuba celikkan mata, kabur sikit tapi memang Sheila, aku cam suara dan kelibat dia walau pun mataku belum berapa nak terbuka. Tak apalah, aku buka juga mataku ni yang tak tau kenapa susah sangat nak celik.

Bila aku berjaya membuka kedua-dua mata dengan lebih jelas terus aku terpandang dia yang rapat disisi kananku.. Oh my..my.. kenapa orang jahat tu ada lagi? Dan aku pulak sedap-sedap landing dalam pangkuan orang jahat tu.. eemmmaaaakk.. Lara nak pengsan lagi. Aku tak ingat apa dah, mata shut down sekali lagi bila tengok muka orang jahat tu. Last yang aku dengar suara Sheila menjerit.. “Lara.. laa kenapa kau pengsan lagi?”
Kali ni rasanya aku pengsan, ye laa aku pengsan. Yahooo... bukan senang nak pengsan sebab pengsan bukan boleh dibuat-buat. Hahaha.. dulu masa sekolah waktu perbarisan ada je budak perempuan pengsan kononnya tak tahan berjemur panas. Tapi aku tak pernah pulak pengsan, dan tak mau pulak pengsan. Oklah, penat dah aku pengsan, sebab rasa macam haus pulak, kering tekak sebab pengsan hehehe.


Terasa sikit berpinar bila aku mencelik kan mata. Macam ni rasanya pengsan..? Tak best langsung! Kalau dalam cerita tu, bangkit aje dari pengsan hero boleh bangun kejar penjahat, lompat bangunan, lintas highway bagai, ni aku nak tegakkan badan pun payah. Aduiii... sakit kelapa aku.. ehh kepala aku.


“ Hah sedar pun, ingat kau dah koma tadi. Celik dua saat lepas tu pejam semula, wooi Lara kau dah kenapa hah..? ” Adoi.. lagi sakit telinga pulak Sheila ni cakap bukan main kuat.

“Otak aku belum boleh nak memproses input yang berat-berat tau, ni suara kau yang lemak berkrim tak disukai ramai membuatkan aku rasa nak pengsan semula.” Aku picit-picit pelipis sendiri, kenapalah dalam ramai-ramai orang Sheila adalah orang pertama yang aku nampak. Kalau nampak Angelina Jolie ke.. Nicole Kidmann ke.. bagus juga, ini balik-balik muka Sheila.. uhh Sheila on Seven pun bukan.


“Amboi, tak disukai ramai kau kata, ehh semalam aku ada new secret admirer tau.. hikhikhik.. tapi aku malas nak cerita sebab otak kau tak berapa betul pagi ni. Baru aku bersemangat nak masuk office hari ni, boleh pulak kau buat aksi pejam-celik-pejam-celik kat depan tu. Kalau iya pun nak tarik perhatian boss besar yang baru masuk tu, tak payahlah sampai nak hiris-hiris jari.”

Boss besar? Hiris jari..? Baru aku teringat tadi aku pengsan sebab tengok darah. Tangan kanan aku angkat tinggi separas muka, betullah tangan aku berbalut!. Teruk sangat ke luka aku sampai dibalut macam mumia ni? Kenapa aku tak rasa sakit langsung? Dan balutan ni, kenapa berbungkus macam patah tangan je?

“Sheila, teruk sangat ke aku luka? Rasa macam tak sakit je? ”
Muka Sheila berubah pucat, alamak.. ahh sudah.. sudah. Ni mesti.. ni mesti.. Tidak. Tidak.. Aku tak sanggup nak hadapi kenyataan. Oh tolonglah, aku masih perlukan jari-jariku.


“ Sheila cakaplah apa yang dah terjadi? Bagitaulah aku walaupun kenyataannya perit.. ohh huhuhuhuhuhu....” Tak dapat aku tahan perasaan lagi, memang ..Memang aku tak boleh terima kenyataan itu. Tapi aku tetap mahukan penjelasan, Sheila katakanlah. Aku sanggup mendengar walaupun pedih, katakanlah walaupun ianya perit. Hilang sakit kepala aku, sekarang aku lebih sakit hati. Sakit hati bila terfikir yang aku dah tak ada jari lagi. Mesti aku dah terpotong jari aku tadi, entah senjata apa yang Sheila simpan dalam laci tu sehingga boleh mencederakan aku dengan begitu parah.
“ Lara. Apa kau meraung ni? Mana ada jari kau kena potong, isskhh mengarut betul. Jari kau tu cuma luka sikit je, tak jadi cacat apa pun.”


“ Be..be. betul ke Sheila? Oh syukurlah, ingat jari-jari aku sudah menjadi busuk lalu dipotng hingga ke pangkal siku!” Aku mengurut dada, fuhh nasib baik jari aku cukup lagi, mesti cukup lima batang jari kan? Kalau tak cukup siaplah Sheila.Eh tapi tadi Sheila nampak sedih sangat kenapa?
“ Sheila, kenapa muka lain je tadi? Aku naik suspend la bila tengok muka kau berubah macam tu.” Betullah, tadi muka Sheila nampak lain, nampak sedih sangat, nampak dia .. nampak dia sedihlah, tu sebab aku risau kut-kut dia ada berita yang tak mampu nak diucapkan oelh kata-kata? Manalah tau kan.
“ Sedihlah, sebab kau buat apa tah kat meja aku, selongkar laci aku, lepas tu entah macam mana engkau boleh terhiris jari sendiri, tak pasal-pasal boss besar tau yang aku simpan pisau dalam laci. Padahal pisau tu kecil je, aku selalu buat potong buah. Alah kau pun selalu juga pinjam pisau aku kalau nak makan buah. Bukan kau aje yang pinjam satu department ni pun pernah pinjam pisau aku masa buat jamuan hari tu. Alih-alih bila kau dah luka sikit, sampai hati boss besar tegur aku. Dia cakap aku tak patut simpan barang yang berbahaya atau objek tajam dalam laci. Sedih aku tau, dah lah aku sejak minggu lepas exicted nak sambut dia pagi ni, ni hari nilah. Awal-awal aku bangun sebab nak sambut boss besar, tapi kau pulak boleh pengsan-pengsan pagi ni”

Ooo.. itu kisahnya. Aku cuba buat muka seposen sambil mulut buat bentuk ‘O’. Harap-harap Sheila boleh kesian tengok muka comel aku ni. Iskkhh.. kira aku dah spoiled rancangan Sheila lah ye?

“ Kalau aku tau dia sampai awal pagi macam kau, subuh-subuh lagi aku dah terpacak kat depan office tau. Tapi sebenarnya hari ni aku tak lambat pun, aku sampai lapan suku. Cuma kau aje yang sampai pukul lapan dan pengsan pada pukul lapan sepuluh minit. Ehh kenapa kau pengsan hah? Kau terkejut tengok boss besar ye?”
Oo.. macam tu ke chronicle of pengsan-pengsan aku..? Hehehe entah aku pun tak tau.

“ Mana ada aku terkejut tengok boss besar, aku terkejut sebab..ermmm ”. Sebab apa aku pengsan tadi hah..? “ Hah, aku pengsan sebab tengok darah.”


Hehehehe.. betullah tu, memang aku terkejut tengok darah pun tadi kan? Itu aku tak tipu, tapi aku tak sanggup laa nak cakap kat Sheila yang aku terkejut campur takut sebab ingat boss besar tu orang jahat. Hurmm. Mampus aku kena gelak dengan Sheila. Sumpah aku tak kan cakap.
“ Sudahlah, tak kan nak lepak kat surau ni sampai balik, Kak Mai bising nanti. Dah lah dia kena cover front desk.” Sheila dah mula angkat punggung. Ehh kat mana aku ni? Oo.. kat surau, patutlah senyap sunyi. Aku pun ikut je la Sheila bangun, tak kan nak tunggu masuk waktu Zohor pulak.



“ Sheila sapa yang balut tangan aku macam ni? ” Tangan yang berbungkus ketat aku suakan ke muka Sheila. Berapa ela kain yang membalut tangan aku ni sampai besar dan berat macam ni. Naik berdenyut rasanya sebab terlalu ketat, patutlah aku pun suspend dibuatnya. Ingat cedera parah sangat, paling tidak lapan inci punya luka sedalam sembilan sentimeter. Ehh, tu dah tahap kena jahit tu.
“ Boss besar tu lah, ingat pandai sangat nak handle sekali macam mumia dia balut. Kalau ikut aku, tak payah tampal plaster pun tak apa. Aku tengok adalah tiga empat orang staff Akaun dengan Development tutup mulut tahan ketawa. Aku pun nak sangat elak, tapi aku kasi chance laa tak gelak depan muka dia sebab dia handsome.”
“ Masa dia balut tangan aku tu, aku buat apa? ” Eh, ni bukan sebab aku amnesia atau apa, tapi aku tak perasan bila masa kena balut tau. Jadi aku berhak tau apa yang dah jadi.
“ Masa kau pengsan tadilah. Lagi nak tanya.” Sheila dah mula melangkah keluar.
Kalau aku pengsan pun dah kena balut sebesar ni, agaknya kalau koma mau orang siap-siap gali lubang kubur untuk aku. Iskkhh.. aku belum mau mati lah. Baik aku masuk office sekarang. Tangan yang berbalut aku angkat sebab nak tengok jam, laaa boss besar balut sekali dengan jam ke ???

Labels: ,

JAB dalam proses manuskrip
Monday, October 10, 2011 | 6:45 AM | 3 comments
Assalamulaikum..

Tak adil rasanya kalau aku terus diam.. tanpa memberitahu korang apa dah jadi kat Eliza & Shahrul Harriez.. apa lagi kalau dah ada baby Edy tu.. muahahahahha (gelak style jahat).. alhamdulillah.. cerita merapu aku tu dah dilamar penerbit.. ehekss..(ayat bangga pulak ni...) jadinya.. akak tengah mengasam garam..merempah ratus.. digaul sebati .. diuli...dilenyek.. di..di.. apa-apa lah..(cakap orang tegnah sewel memang macam ni..)

Korang nak tau.. apa cerita seterusnya pasal JAB tu..? Okies.. sekarang Eliza dah jumpa mak dia.. Datin Umi Sarah.. & Shahrul Harriez juga ala-ala macam dah baik gitu.. Ada tak korang perasan yang aku timbulkan watak Emilyn..Amanda & Husna..? Woaa.. kompius ehh..? (aku pun kekadang kompius gak..) Agak-agak mampu ke Shahrul harriez menahan godaan dari gadis-gadis seksi..? Atau tergugatkah Shahrul Harriez kalau kekasih lama yang bagai bidadari.. cukup serba serbi tiba-tiba muncul kembali..?

Dan si Eliza.. yang mendapat segala-galanya .. ibu yang lama hilang.. ayah yang bernama Ahmad Danial tiba-tiba muncul..siapa..? siapa..? Bilamana Eliza pula dimercu kejayaan.. seorang pereka fesyen yang terkemuka.. huhuhuhuhuhu..gilerrr..

Muahahahahahha.. korang tunggu lah yea..


Labels:

Jangan Ada Benci 19
Wednesday, July 27, 2011 | 2:24 AM | 18 comments
Mak Long mengesat pelupuk matanya yang berair, dah tua-tua begini memang cepat benar perasaannya terusik. Teringatkan segala perbuatannya yang lampau betul-betul buat Mak Long rasa sungguh bersalah.


Kehilangan Eliza selama hampir setahun buat Mak Long jadi cepat aje nak bersedih, asal nama Eliza yang disebut mesti dia nak mengalirkan airmata.
“Kamu janganlah nak salahkan diri kamu sangat Hasnah, budak tu pergi bukan sebab kamu halau atau kamu marah. Dah dia merajuk dengan si Harriez tu, bukan kamu yang suruh dia merajuk pun.”

“Memanglah saya tak halau dia Mak Engku, tapi saya juga yang bodoh setuju dengan Faridah nak kawinkan dia, dah tentunya kawin paksa dia tak suka.” Mak Long menjawab dalam sedu sedan.
“Mana kamu tahu dia tak suka? Aku tengok cucu aku Harriez tu senyum aje sepanjang majlis kahwin ari tu? Tak nampak pula gaya orang tak mau kawin. Eliza pun nampak elok aje kan. Tapi yang aku dengar si Faridah tu buat kacau lepas diorang kahwin.”

Mak Tok membetul-betulkan selendang yang tersangkut dikepala. Tua-tua pun Mak Tok tetap boleh beza orang kahwin suka dengan tak suka. Sepatutnya perkiaraannya memang tak silap, Mak Tok pasti sangat Harriez dan Eliza tu pun suka sama suka, sama sepadan macam pinang kena kapak.

“Tapi saya ada masa tu, saya tak buat apa-apa pun bila Harriez pergi tinggalkan Eliza. Dah tu Eliza pergi pun saya boleh tak perasan bila hilangnya. Emak apa saya ni Mak Engku?” Tambah kuat Mak Long punya lagu sedih, iskhh Mak Long ni memang ratu air mata sungguh.

“Sekurang-kurangnya Harriez ada juga hubungi kamukan?” Mak Long cuma menganggukkan kepala. “ Aku ni hah, neneknya sendiri pun si Harriez haram tak peduli. Dia dah marahkan emaknya, sampai aku ni pun tak diherankannya lagi.” Mak Tok pula bersuara bagai berjauh hati.

“Dia cari saya pun sebab Eliza je Mak Engku.”

“Hmm.. dah macam tu takkan tak nampak lagi macam mana si Harriez tu suka kat Eliza?” Mak Tok masih membela cucunya itu. Apa dia ingat Eliza seorang sajalah yang salah sekarang ni?

Mak Long mengangkat muka memandang Mak Tok, kalau orang tu ni fikir aku yang jadi punca, memang nak kenalah. Tak kiralah tua ke apa pun. Mak Long berfikir sendiri, tapi Mak Tok takde pulak nampak macam nak menyalahkan Eliza ataupun dirinya.

“Hasnah, kalau Harriez ada hubungi kamu lagi cakaplah pada dia yang aku minta maaf. Bagi taulah dia yang aku sendiri nak jumpa dia, kalau dia tak mahu pijak rumah aku lagi, biar aku aje yang pergi jumpa dia. Ada perkara penting yang aku nak dia tahu.” Mak Tok pula mengesat airmata yang mula menitik.

“Mak Engku, kalau Harriez hubungi saya lagi, saya mesti suruh dia jumpa Mak Engku juga. Saya janji.” Mak Long memberi harapan pada Mak Tok, tak sampai hati pula bila tengok warga tua bersedih.
“Aku rasa bersalah pada mereka Hasnah.”

“Kita sama-sama salah pada Harriez dan Eliza Mak Engku.”

“Bukan pada mereka berdua aje Hasnah, aku tetap rasa bersalah pada Sarah adik kamu juga.”

Mak Long tersentak bila nama adiknya pula disebut. Mata yang berkaca kembali lemas dek airmata yang turun macam empangan pecah. Bahu Mak Tok yang terhinjut-hinjut dek tangisan yang dah lama berlagu dipeluk penuh sayu.

“Mak Engku, saya pun rasa bersalah pada Sarah.”

Dua-dua dah menangis sepenuh perasaan bila nama Shahrul Harriez dan Eliza disebut, tambah pilu bila terkenang pula pada Umi Sarah.

AISYAH MENYUSUN PAKAIAN yang hendak dibawa pulang ke kampung ke dalam beg kecil. Tak payah nak bawa banyak-banyak pun, kat rumah mak ada banyak pakaian, kalau tak bawa pun tak apa.

Sedang asyik mengisi muatan ke dalam beg, telefonnya berlagu selawat ke atas nabi. Cepat Aisyah menekan butang hijau bila pemanggilnya adalah Adam. Salam yang diberi disambut dengan mesra. Lupa dah nak kemas baju.

Nurul yang sudah siap berkemas menjenguk ke dalam bilik Aisyah. Pelik betul bila melihat kelakuan cikgu Aisyah yang bercakap perlahan dalam telefon. Biasa kalau Mak Cik Tijah yang call bukan main lagi kuat suara. Kalau Eliza pun yang call kak Aisyah cakap pakai vplume nombot lima juga. Ni slow semacam aje, mesti lelaki. Nurul meneka sendiri.

Nurul duduk di atas katil sambil mengadap Aisyah yang masih asyik berbisik. Kain batik yang dipegang dari tadi tak masuk juga ke dalam beg, hujung kain itu pula yang dipintal-pintal. Ini mesti cakap dengan boyfriend ni, kut tak takkan boleh hanyut sampai tak sedar aku duduk depan dia pun. Huh jiwang karatlah tu, sampai kawan kat depan pun tak perasan. Nak kena ni.

Aisyah mematikan talian sesudah membiarkan Nurul duduk di hadapannya selama lebih sepuluh minit. Padan muka duduk seorang, siapa suruh kacau orang tengah bergayut.

“Ehem.. ehem… tak nak cerita ke?” Nurul dah mula nak jadi Cik Sri Siantan.

“Cerita apa? Tak ada apa-apalah” Aisyah pura-pura tak faham. Kain batik yang sudah terburai lipatannya disumbat terus ke dalam beg. Tak ada perasaan dah, biasanya Aisyahlah yang paling teliti.

“Ala, nak sorok-sorok pulak, Adam kan? Bila nak kenalkan kat Nurul?”

”Hussh, mana boleh kenalkan kat Nurul, nanti abang Adam tak mahu pandang akak dah , terus je sangkut kat Nurul pulak.” Aisyah menjeling sambil melarikan pandangannya dari Nurul. Pipinya yang merona merah tu cuba disorokkan dari pandangan Nurul.

“Sebab tulah akak kena kenalkan orang dengan Adam tu, manalah tau kut-kut orang ter’tackle’ dia pulak nanti. Haa sapa yang rugi?” Sengaja Nurul menduga begitu.

“Hmm.. kalau dia nak sangkut dengan Nurul pun, akak redha aje. Dah tak de rezeki, lagi pun kalau dia betul-betul serius datanglah sepuluh Nurul pun, patutnya dia tak tergoda tau.”

“Waaa... ni betul-betul serius. Hahahahha, tahniah kak Aisyah. Hihihi tak lama lagi dapat lah Nurul merasa nasi minyak kat Melaka ye?”

“Apa Nurul ni? Mana ada cerita nak makan nasi minyak pulak. Iskkkh budak ni, kami baru kawan-kawanlah tak ada cerita sampai ke situ lagi. Nak sangat rasa nasi minyak, hah karang kita singgah kedai makan dulu nasi minyak puas-puas.” Aisyah masih malu-malu. “Ehh, Nurul tau tak sekarang ni Harriez kat Australia, bapak dia sakit kat sana.”

“Iya? Manalah Nurul tau, sejak bila pula dia ke sana? Patutlah tak ada orang hantar bunga ke rumah kita ni lagi, Mat Bunga dah ke Australia. Eliza tau ke? ”. Nurul bertanya penuh minat.

“ Haa nilah akak nak cerita ni, Adam kata Shahrul nak datang ambil Eliza balik ke rumah diorang, alih-alih dapat berita dari abang dia yang tinggal kat Perth tu yang bapak dia kena serangan angin ahmar. Ehh akak pun naik confuse laa dengan nama Mat Bunga tu, Adam panggil dia Shahrul korang pulak panggil dia Harriez”. Aisyah menggaru kepala sendiri.

“Biarlah nama apa pun, dah nama panjang berjela sapa suruh. Eh tadi akak kata Harriez nak ambil Eliza? Suka-suka aje nak angkut tebuan tanah tu? Hahahaha rugi pulak sebab kita dah hantar Eliza balik kampung, tak taulah macam mana jadinya kalau betul-betul jadikan kak Aisyah?”.

“Itulah, kalau ikut cerita Adam, memang takde rezeki diorang nak berbaik hari tu, tak sangka pulak bapak dia tiba-tiba sakit. Tapi bagi akaklah, cerita yang ni lagi best.”
“Apa?” Nurul semakin tak sabar, kak Aisyah ni saja pulak sibuk nak berkemas bagai, cerita tu jangan tergantung.

“Adam kata, hubungan Eliza dengan Harriez tu baik. Diorang dah selalu calling-calling, Harriez siap belikan Eliza handphone baru lagi tau.” Aisyah rancak bercerita dengan senyum meleret.

“Hah..? Betul ke? Kenapa kita tak tau?” Nurul bukan setakat menjerit, tapi siap melompat di atas katil, buruk perangai betul.

“Itulah, akak macam tak percata aje, tapi tak kan abang Adam nak bohong pulak, diorang tukan best friend.”

“Apa lagi yang Adam cerita?”

“Tak ada apa dah, alah orang lelaki bukan tau bergossip macam kita, ehehe lagi pun akak seganlah nak tanya lebih-lebih, kang dia kata akak ni kaki kepochi lah pulak. Jatuh saham I..” Aisyah buat muka ala-ala sotong kena rebus tu.

“Hahaha.. lawaklah kak Aisyah ni, dengan orang bukan main lagi kepochi nya, tapi bila cakap dengan Adam bukan main lagi kawalan keayuannya, main bisik-bisik pulak tu.” Nurul tak lepaskan peluang mengusik.

Aisyah menerkam hendak mencubit Nurul, tapi Nurul dengan pantas dah lari keliling bilik. “Aiiyooo kak Aisyah Nurul tak mau main kejar-kejar, tolongg. Elizaaa..!!”

ELIZA TERSEDAK KETIKA meneguk air halia buatan Mak Cik Tijah. Uweekkk, tak sedapnya kenapa tak rasa macam air Ribena ke? Berkerut-kerut muka menahan rasa halia yang pedas tu. Mak Cik Tijah yang macam pengawal penjara tetap menunggu depan Eliza, memastikan Eliza tak sembur air halia ni keluar.

“Pelan-pelanlah teguk air tu, tak payah nak tergopoh-gapah. Banyak lagi air halia kat dapur tu, tak payah kamu nak minum dengan gelojoh.” Apa? Ada banyak lagi kat dapur? Alahai Mak Cik Tijah, Eliza tak sanggup nak teguk dah. Sejak semalam kena paksa minum air halia, buang angin kata Mak Cik Tijah. Sudahnya sambil tidur pun Eliza terbuang angin jugak. Nasib tak de orang lain, baby Edy pun tak heran dengar bunyi yang menggelodak keluar. Tapi hari ni kalau kena minum lagi malulah, Auntie Sarah ada ni, karang semua orang dengar Eliza kentut.!

“Mak Cik Tijah, dah banyaklah saya minum dari semalam asyik terbuang angin aje.” Eliza mengadu.

“Hah, dah memang itu pun tujuannya, untuk buang angin. Kamu tak usah nak malulah, buang angin aje, bukan keluar bom pun.” Selamba Mak Cik Tijah menjawab sambil membawa gelas kosong ke dapur.

Datin Umi Sarah hanya ketawa terkekeh-kekeh melihat Eliza yang bermuka herot mengajuk cakap Mak Cik Tijah. “Eliza, masa pantang ni lah nak minum ubat-ubatan kampung, lepas ni tak adanya Eliza saja-saja nak minum air halia tu.” Datin Umi Sarah memujuk dengan tawa yang masih bersisa.

“Auntie tau tak macam rasanya? Eiii.. pedas sungguh, dah tu asyik terbuang angin je, semalam iyalah saya seorang diri aje baring kat depan ni, habis sekarang kalau depan Auntie pun Eliza asyik terbuang angin aje macam mana? Malulah..” Eliza memuncungkan mulutnya. Eiii kentut depan orang malu tau, dah lah kalau nak keluar tu tak bolah nak tahan-tahan.

“Alah, setakat terbuang angin apa sangatlah. Bukan meletup pun.” Datin Umi Sarah masih mahu mengusik. “Eliza, janganlah nak malu-malu pulak, auntie dah anggap Eliza macam anak auntie sendiri. Nak terbuang angin ke apa ke, sekurang-kurangnya dapat juga auntie ada rasa macam menjaga anak sendiri yang dalam pantang. Ni tengok Edy ni, auntie bayangkan dia ni betul-betul cucu auntie tau.” Edy yang baru membuka mata itu menggeliat bila tidur lenanya diganggu oleh Datin Umi Sarah. Elok pula tak melalak, biasa kalau celik mata aje mesti mulut pun terbuka juga.

“Err auntie, kalau Eliza tanya sikit pasal auntie boleh tak?” Takut-takut pula nak tanya hal peribadi Datin Umi Sarah ni, yalah dia memang nampak ramah dan mesra tapi hal-hal terlindung ni bukan suka-suka boleh tanya sesedap rasa.

“Eliza, tanya ajelah apa pun kamu nak tahu, auntie tak kisah.” Datin Umi Sarah menjawab sambil membuka pakaian Edy untuk diganti.

“Eliza sayang auntie macam emak sendiri, yalah Elizakan tak pernah jumpa emak kandung. Dulu Mak Long yang besarkan Eliza.”

Datin Umi Sarah tersentak, dalam banyak-banyak perkara yang ditanya pada Eliza dia lupa untuk membuka mulut tentang siapa penjaga Eliza selama ini, yang selalu menjadi topik perbualannya hanyalah berkisar tentang kandungannya dan perihal semasa.

“Auntie, siapa lagi ahli keluarga auntie? Maksuh Eliza, siapa suami auntie dan anak-anak auntie?” Eliza memberanikan diri bersuara.

Helaan nafas panjang dan Datin Umi Sarah mengambil sedikit masa untuk menjawab. Disudahkannya kerja menukar lampin Edy dan diletakkan kembali bayi yang sudah pun meguap luas dan menutup mata itu. Pipi comel Edy dikucup penuh kasih sayang.

“Suami auntie dah meninggal tiga tahun lepas kerana kanser hati.” Sedih Datin Umi Sarah bersuara.

“Oh, maafkan saya auntie. Tak apalah kalau auntie tak mau cerita.” Cepat Eliza memegang tangan Datin Umi Sarah, risau juga kalau soalannya membuatkan wanita yang disanjunginya itu tersentuh.

“Tak apa sayang, elok juga auntie luahkan perasaan rindu auntie pada dia. Dulu arwah seorang doktor psikiatrik, dia yang merawat auntie sewaktu auntie sakit..........” Datin Umi Sarah melanjutkan ceritanya.

“KAK LONG, SAMPAI hati kak long buat Sarah macam ni? Sarah tak gila kak long Sarah masih waras. Kak Long jangan tinggalkan Sarah kat sini. Kak Longggg....”. Jeritan Umi Sarah bergema disegenap penjuru bilik. Empat orang jururawat memaut erat kaki dan tangannya membuatkan dia tidak mampu bergerak. Pantas seorang lagi jururawat mengetatkan ikatan yang membelenggu pegerakkannya. Doktor Azlan membenamkan jarum berisi cairan membuatkan Umi Sarah terus lemah.

Hasnah mengesat airmatanya sambil memangku bayi kecil yang baru berusia dua hari itu. ‘Maafkan kakak dik, keadaan yang memaksa supaya Sarah di sini.’ Hasnah berlalu membawa pergi bayi itu keluar dari bilik.

Umi Sarah memandang sayu melihat kakaknya berlalu pergi. ‘Kenapa kak long tinggalkan Sarah di sini?’ Rintihnya terus. ‘Kak Long, itu anak Sarah kan, bagilah Sarah pegang dia. Kak Long, Sarah tak sengaja, Sarah tak sengaja. Sarah... Sarah bukan nak apa-apakan bayi tu, dia tetap anak Sarah. Mia.. Mia..ibu sayang Mia, Ibu tak berniat nak cederakan Mia.’ Mata Umi Sarah semakin berat dan pandangannya semakin kabur bersama hilangnya kak long Hasnah yang membawa Mia bayi kecilnya.

Enam bulan berlalu...

“Sarah apa khabar hari ni? Makan ubat yang saya suruh tu tak?” Doktor Azlan menyapa penuh lembut. Lembaran kertas dicoret pantas dengan nota yang hanya dia memahaminya.

Umi Sarah hanya mengangguk sedikit, malas mahu melayan doktor itu. Fikirannya lebih tertumpu pada ingatan lain. Ahmad Danial! Suami yang meninggalkannya sejurus selepas dia melahirkan bayi mereka. Bukan setakat dia ditinggalkan dalam keadaan tidak berdaya, Ahmad Danial sudah melafazkan cerai talak tiga khas untuknya yang selama ini mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan ikatan perkahwinan mereka. Ternyata Ahmad Danial lebih percayakan Engku Faridah kekasih lamanya itu, dan sudahnya tohmahan yang dilemparkan kepadanya dipercayai seratus peratus oleh lelaki dayus itu.

Doktor Azlan masih mencatatkan pelbagai nota ringkas di atas kertasnya. Umi Sarah malas mahu memperdulikan doktor yang terlebih rajin melawatnya itu. Fikirannya masih penuh dengan kata-kata cercaan dari Ahmad Danial. Sangkanya, menerima Ahmad Danial adalah sesuatu yang terindah berlaku dalam hidup, rupa-rupanya lelaki pengecut itu lebih mudah terpedaya dari yang disangkanya.

Mencintai Ahmad Danial, kekasih lama Engku Faridah adalah sesuatu yang amat bodoh yang pernah dilakukannya. Engku Faridah yang tamak itu memang sungguh tidak berhati perut. Berkasih dengan Ahmad Danial tetapi memilih orang lain sebagai suami dek kerana pangkat dan harta. Entah apa makna cinta pada Engku Faridah, Umi Sarah pun tidak tahu.

Ahmad Danial yang kecewa terus menanti Engku Faridah yang sudah pun mengandungkan anak ketiganya, bodoh sungguh lelaki itu. Menanti pada yang sudah berpunya. Tapi aku lagi bodoh kerana mencintai lelaki yang terang-terang mengakui dia tidak dapat melupakan Engku Faridah tak berguna tu.

Kerana kekhilafan, atau kerana butanya cintaku pada Ahmad Danial, aku terima lamaran dari Mak Tok yang juga sayangkan Ahmad Danial seperti anaknya sendiri. Sesudah Engku Faridah tiba-tiba mahu berkahwin dengan Engku Mukhzani, Mak Tok pula menjodohkan aku dengan Ahmad Danial senagi galang ganti.

“Sarah, apa kata petang ni saya bawa Sarah ambil angin di luar?” Tiba-tiba Doktor Azlan mematikan lamunanku.

“Tak apalah, saya lebih suka di sini.” Aku malas nak memandang mukanya. Wahai doktor yang baik hati, tak perlulah nak melayan aku lebih dari yang secukupnya. Aku bukan tak tahu tugas doktor untuk merawat pesakit, tapi membawa keluar bersiar-siar itu memang dah bukan tugas dia lagi. Doktor Azlan yang tersenyum itu tiba-tiba mencempung dan meletakkan aku di atas kerusi roda, dan begitulah hari-hari seterusnya Doktor Azlan tak jemu-jemu memujuk perasaanku walaupun perhatian yang diberikannya lebih dari pesakit-pesakit yang lain.

“SARAH DAH PULIH sepenuhnya, saya percaya sekarang Sarah lebih kuat dan tenang dari dulu.” Doktor Azlan memulakan bicaranya dengan wajah yang manis. Aku cuma mengangguk perlahan. Betul kata Doktor Azlan, aku memang sudah dapat menahan perasaan sedihku, untuk apa aku ingat lagi perihal Ahmad Danial yang menyakitkan hati itu?

“Lepas ni Sarah akan balik ke kampung ke?” tepat anak mata Doktor Azlan memandangku. Aku tak ada jawapan untuk itu. Balik ke kampung bermakna aku akan kembali kepada kenangan hitam itu. Berjumpa mak tok, kak long atau Engku Faridah, semuanya akan menyakitkan hati aku.

“Hmm.. rasanya saya akan menumpang di rumah saudara aje di sini.” Kataku berbohong.
“Oh.. saya ingat Sarah cuma ada kakak sahaja, sebab tak pernah pula ada mana-mana pelawat yang datang.” Doktor Azlan bukan bodoh untuk ditipu sembarangan. Senyuman sinisnya jelas menunjukkan yang dia tak percaya dengan kata-kataku.
“Sa..saya nak cari kerja di sini doktor.” Tergagap-gagap aku cuba mereka cerita. Pandangan tajam Doktor Azlan buat aku gugup.
“Sarah, kalau Sarah tak ada tempat nak dituju, lebih baik Sarah berterus terang. Saya tak mahu Sarah pergi ke tempat yang tak tentu hala tuju.” Serius wajah Umi Sarah dipandang. Sarah tak dapatkah kau faham perasaanku, Doktor Azlan merintih sendiri.

“ Okey, memang saya tak ada tempat nak dituju, tapi untuk balik ke kampung jumpa mereka semua tu, saya tak mahu doktor. Saya lebih sanggup hidup seorang diri, lebih sanggup merempat di kaki lima.” Airmata tak dapat ditahan lagi. Umi Sarah menangis semahu-mahunya.

Doktor Azlan bangun dari kerusi empuknya dah memegang bahu Umi Sarah yang terhinjut-hinjut menahan tangis. “Sarah, dengar sini. Nanti pukul lima setengah saya habis kerja, Sarah ikut saya balik.”

“CUP. CUP.. CUP. Auntie.. auntie.. kejap..kejap. Sebelum auntie sambung cerita sedih ni Eliza nak tanya auntie dulu. Err.. siapa nama suami auntie tu Ahmad Danial? Eliza terlupa yang dia baru berpantang seminggu, rasa nak melompat bangun, tapi dek kerana bengkung yang letat melilit separuh badan buat pergerakkannya jadi terbatas.

“Iya, Ahmad Danial bin Mustaffa.” Datin Umi Sarah menjawab sambil mengesat airmata yang turut mengalir. Sudah lama tidak menyebut nama itu, dan memang dia sudah padam sampai tak tinggal bekas nama yang membuat hidupnya

Eliza menekup mulutnya sendiri. “Kakak auntie tu pulak nama apa?”

“Kak Long tu nama Hasnah. Hasnah binti Jamaluddin. Auntie pula Umi Sarah binti Jamaluddin. Kenapa?” Datin Umi Sarah mula kehairanan bila Eliza dah seperti nak menjerit, siap mata terbelik besar lagi.

“Aun..auntie.. ni siapa sebenarnya?” Tergagap-gagap Eliza menuturkan kata-katanya. Entah kenapa suaranya bagai tersekat dikerongkong, juraian airmatanya membayangkan kejutan yang amat sangat. Eliza mencapai dompetnya, kad pengenalannya dihulurkan lepada Datin Umi Sarah.

Datin Umi Sarah menyambar dengan penuh rasa berdebar. Matanya yang kabur dek airmata digosok berkali-kali. Tak percaya dengan nama yang tertera. Eliza Damia binti Ahmad Danial. Eliza anak Danial eh anak aku?

“Miaaaaaaaa…. Mia anak ibu.” Raungnya sekuat hati sambil memeluk Eliza yang tersedu-sedu. Datin Umi Sarah bagaikan lupa diri bila mengetahui Eliza adalah anaknya yang selama ini bagai dilupakan.

Baby Edy yang terkejut dengan jerit pekik kedua-dua beranak itu turut menjerit kerena terkejut. Mak Cik Tijah yang dari tadi di dagur juga turuta menerpa naik ke ruang atas bila drama anak-beranak itu semakin semakin hangat. Mulanya Mak Cik Tijah hanya memasang telinga, malas kononnya nak masuk campur. Tapi bila sesi bercerita bertukar menjadi jerit pekik, Mak Cik Tijah pun tak boleh tahan juga, dia pun nak menangis sama. Dari tadi dok tahan je mendengar orang bercerita.

“Syukur alhamdulillah, doa ibu dimakbulkan Tuhan, anak ibu yang ibu rindu selama ini rupa-rupanya sudah dekat di depan mata. Eliza rupanya anak ibu.” Datin Umi Sarah masih dalam tangisan.

“Ibu, Eliza.. Eliza tak sangka dapat jumpa ibu sekarang.. huhuhuhuu” Eliza turut melagukan tangis walaupun gembira.

Mak Cik Tijah mendodoikan baby Edy yang terkejut dek kerana ibu dan neneknya yang masih mengongoi entah gembira atau sedih, makin kuat menangis adalah.

Dalam pada keriuhan dua beranak yang berpelukkan itu, kedengaran salam dilaungkan dari luar rumah. Nurul dan Aisyah yang menyerbu masuk sebenarnya kehairanan bila salam berkali-kali itu disahut sambil suara orang menangis bertingkah-tingkah memenuhi ruang. Manalah tahu entah-entah kemalangan apa yang terjadi selepas seminggu Eliza ditinggalkan di kampung.

“Kak Aisyah… Nurul… Ini.. ini auntie Sarah ni.. ibu aku..!” Eliza memberitahu dalam sedu sedan yang masih bertali arus. Pelukkan Datin Umi Sarah dileraikan dan tangisan mereka sudad sekikit reda.

“Masya Allah…” iti sahaja yang termampu diluahkan oleh kedua-dua temannya.

“Sudahlah. Aisyah Nurul masuk dulu. Eliza dan Sarah pula, apa lagi yang kamu nak tangiskan. Ini semu
berita gembira.” Mak Cik Tijah menyuraikan keadaan.

Ketawa sambil menyeka airmatanya Datin Umi Sarah menjawab, “ Kak Tijah, seronoknya saya ni bukan kepalang. Selama ni saya sangka dah tak akan jumpa anak saya lagi, tapi Tuhan tu Maha Berkuasa, bila saya jumpa anak saya, sekali dah ada cucu.”

Nurul dan Aisyah yang baru saja tiba tambah terkejut dengan penerangan Datin Umi Sarah, mereka berpandangan dengan mata berkaca-kaca.

“Aku tahu kau pun tak percayakan?” Eliza menepuk bahu Nurul. Sekali lagi mereka bercucuran airmata gembira.

Labels:

Jangan Ada Benci 18
Thursday, July 21, 2011 | 6:21 PM | 9 comments
Semalaman di rumah Mak Cik Tijah, bosannya macam dah tinggal lama. Layanan first class dari orang tua tu memang tak dapat nak dinafikan, Eliza pun dah tak kuasa nak melarang, melainkan dia perlu ke tandas sahaja barulah dibenarkan bergerak. Setakat nak makan atau basuh tangan sebut saja semuanya sampai ke hujung kaki. Dahlah rimas disuruh bersarung kaki siang malam. Entah segala bedak campur garam kunyit Mak Cik Tijah dah sapu seluruh badan. Sekali pandang dah macam tepung bungkus, dua kali pandang macam aci kerja kilang tepung.
Bukan setakat makan pakai aje yang Mak Cik Tijah jaga, tidur malam tadi pun dia dikerah pejamkan mata bila jam menunjukkan pukul sepuluh. Macamlah esok aku nak pergi sekolah. Tengok televisyen lama-lama pun mak Cik Tijah kata tak elok, nanti rosak matalah, rabunlah, entah orang tua ni kedekut tak bagi aku on tv plasma dia tu agaknya, hihihihihi tak baik betullah.

Nasib baiklah dua-dua handphone ni tak kena rampas, dapat jugalah nak main game, tak sangka iPhone ni banyak game boleh download, nayalah abang Harriez nak bayar bil nanti.. abang Harriez..? Abang kat mana..????

‘Kalau teringat pasal abang Harriez ni buat aku rasa geram-geram sayang, eh ada ke perasaan macam tu? Tak kiralah. Geram sebab dia kata nak ambil aku nak bawa balik ke rumah, geram sebab rasa kena tipu bulat-bulat, lonjong-lonjong eii.. memang double double geram kalau teringat. Sayang sebab.. sayang sebab.. sebab sayanglah. Laki aku.!’ Eliza garu kepala yang memang gatal, mana tidaknya Mak Cik Tijah dah buat sanggul tinggi siap cucuk dengan paku enam inci lagi. Habis tegang kulit kepala sampai nak garu pun susah. Hisk.. teringat kat abang Harriez ni buat aku geram lagi. Kalau sekarang dia ada depan mata, memang aku cucuk dengan paku panjang ni, biar dia jadi pontianak .. hahahaha.. mana ada pontianak lelaki.’

Baby Edy tidur dengan dua-dua tangannya terbuka luas, panas agaknya. Masa Mak Cik Tijah tak nampak ni, Eliza dah longgarkan ikatan selimut yang membedung erat kaki tangan budak tu, terus aje Edy menggeliat dan mendepangkan tangan. Teruk kita kena ragging dengan Nenek Tijah kan Edy? Eliza mengusap pipi lembut yang kemerahan. Dalam usia tiga hari kulitnya dah mula menggelupas, cepat Eliza teringat untuk menyapu losyen bayi. Kalau ikut Mak Cik Tijah tak bagi sapu losyen biar lumur dengan minyak kelapa aje, tak elok letak bahan kimia katanya. Tapi Eliza diam-diam sapu juga losyen bayi ni, mestilah nak kasi wangi.

”Edy, bangunlah Edy.. jom teman mak pegi KLCC.” Eliza ajak Edy yang tidur nyenyak tu berbual. “Jom kita pegi coffeehause tempat mak mula-mula jumpa ayah, kat situ boleh nampak taman permainan tau. Nanti Edy dah boleh jalan, mak bawa Edy main-main kat situ.”

Tiada sahutan, hanya nafas Edy yang menderu dalam lena yang tenang. Eliza terus mengusap rambut bayinya yang jarang, ‘Nanti macam manalah rupa anak aku ni ya?’. Eliza tak pernah tahu macam mana rupa kedua ibubapanya, nak kata mengikut rupanya tak juga. Muka Edy tak bulat macam mukanya, hidung tak comel macam dia. Bentuk muka agak bujur dan hidung yang mancung tu mengingatkan dia pada Shahrul Harriez. Keningnya lebat bagai nak bertaut tu dengan dahi yang luas, alahai sebijik!. Ni sebab kulit Edy mula menggelupas, jadi tak tahulah apa warna kulitnya. Aku tak berapa cerah, orang kata putih kuning, tapi aku rasa macam warna cokelat aje kulit aku ni. Cerah kulit orang melayu, macam tu lah. Tak macam abang Harriez, dia tu agaknya mandi clorox sebab kulit dia jauh lebih cerah dari aku, yang ada persamaan cuma Edy ada lesung pipit sebelah pipi kiri, itu aje. Uwaaa.. Edy, mak yang mengandung, apasal nak cop muka ayah aje? Tak aci betul.

Puas menilik bayinya, Eliza teringat untuk menghubungi Datin Umi Sarah, terasa lama pula tak berbual dengan wanita itu, kali terakhir mereka berhubung sehari sebelum dia bersalin, alahai macam mana boleh lupa nak bagi tahu Auntie Sarah dia dah bersalin. Nombor dari telefonnya di salin dan didail dengan menggunakan telofon yang lagi canggih tu, hehehe bilkan abang Harriez bayar, tulah sapa suruh mungkir janji. Lama dia menunggu panggilannya disambut.

“Assalamualaikum Auntie Sarah, ni Eliza.” Dia memulakan bicara.

“Waalaikumsalam, eh Eliza dah tukar nombor ke? Nombor lama tu dah tak tak aktif ke? Ni pun dah berapa hari tak call auntie.” Separuh merajuk bunyinya.

“Minta maaflah auntie, ni pun saya dah sampai Melaka, dah tiga hari saya bersalin.”

“Hah..? Amboi sampai hati tak bagi tau bila Eliza masuk hospital.” Memang sah merajuk!.

“Tulah auntie, dah sakit mana nak ingat handphone, err Eliza minta maaf ya?” Aduhai, kalau Datin Umi Sarah dah bunyi macam kucing kena pijak ekor ni entah apalah katanya nanti.

“Hmm.. bagi alamat kat Melaka tu, auntie datang sekarang. Sms sekarang tau. Kalau tak auntie merajuk sampai bila-bila” Arahnya tegas, tapi Eliza tau Datin Umi Sarah baik, takkan nak merajuk betul-betul kut.

“Ok..ok. Eliza hantar sekarang, err betul ke auntie nak datang?” Seronoknya..!

“Betullah, sekarang juga auntie nak gerak, biarkan budak-budak ni aje yang jaga kedai. Eliza bagi tahulah dengan mak cik yang jaga kamu tu ya, err siapa namanya?”

“Mak Cik Tijah.”

“Haa.. kirim salam Mak Cik Tijah, bagi tau auntie nak datang, mana tahu nanti dia ingat auntie datang nak merompak ke..”

“Insya Allah, auntie drive baik-baik ya?” Eliza pula memesan, tahu sangat Datin Umi Sarah tu jenis tak suka pakai pemandu, kemana-mana pun dia suka memandu sendiri. Senang katanya.

‘Edy, Nenek Sarah nak datang,’ Eliza berbisik sambil tersenyum sendiri. Kelakar pulak sebut nama Nenek Sarah, bunyi macam tak kena aje, biarlah dah memang pangkat nenek pun tak kan nak panggil kakak pulak.

Handphone yang di letak hi hujung kepala bayinya tiba-tiba berbunyi lagu Celine Dion. Hah... ada pun, baru ingat nak call?

“Assalamualaikum sayang.. apa kabar.” Suara di hujung talian yang dirindu, sayu benar bunyinya. Eleh, tu nak cover sebab dah mungkir janjilah tu.

“Waalaikumsalam, ingat pun nak call. Dah janji-janji tapi tak datang, haa sekarang macam mana? Seronok main-mainkan perasaan orang?” Perlahan tapi bergetar suara Eliza. Cakap kuat-kuat karang Edy bangun kan susah, dibuatnya Mak Cik Tijah pun dengar lagi bertambah kecoh.

“Abang tak main-main bila abang kata nak ambil sayang, tapi abang ada hal kecemasan. Daddy kena serangan angin ahmar kat Australia, kebetulan abang dapat panggilan sama masa bila abang nak pergi ambil sayang. Abang minta maaf sebab tak bagi tau sayang awal-awal, sampai kat airport bateri dah flat ni pun baru jumpa charger. Abang minta maaf ya?”

“Hmm.. apa-apa jelah.” Eliza menjawab acuh tak acuh. Eleh, bateri kong konon, tak de public phone ke, nak seribu daya abang ooi.

Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, biasanya dia merayu-rayu kalau cakap minta maaf tapi kali ni layu benar bunyi suaranya. Agaknya dah bosan nak merajuk kut? Eliza menelah sendirian.

Sepi. Dua-dua tak bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri.

“Abang.”

“Sayang.”

Dah dua-dua bersuara serentak.

“Okey sayang cakap dulu.” Shahrul Harriez mengalah.

“Betul ke abang nak ambil saya hari tu?”

“Eh mestilah, kalau sekarang ni abang kat KL, memang dah sampai depan rumah tau, tak kira sayang suka atau tidak abang mesti bawa sayang balik ke rumah.” Serius bunyinya.

“Oh..” Itu aje Eliza mampu menjawab. Diam lagi.

“Hmm.. tadi nak cakap apa?” Giliran Eliza pula memecah kesunyian.

“I miss you.”

“Hah..?”

“I love you”

“Eh.. apa ni?” Eliza pandang telefon kemudian kembali melekapkan ketelinga.

“Itulah yang abang nak cakap tadi, sayang ingat apa?”

“Hmm.. macam pelik pulak.”

“Pelik ke cakap sayang rindu kat isteri sendiri?”

”Entah.”

”Kalau tak faham juga, nanti balik abang kasi faham.”

”Bila nak balik?”

”Err.. dua tiga hari lagi kut, tapi abang janji. Sampai aje KL abang terus pergi rumah sayang. Jangan pergi mana-mana tau. Nanti dah confirm flight abang call.”

“Ehh.. jangan-jangan. Jangan datang rumah, saya tak ada.”

“Lah pergi mana pulak?”

“Err.. ada kursus.” Aduh, macam mana ni? Tiba-tiba rasa tak sedia nak cakap pulak.

“Berapa lama?”

“Dua bulan.” Ahahaha, ye lah tu kursus dua bulan.

“Kursus apa sampai dua bulan, sambung belajar ke?” Shahrul Harriez menyoal. Banyak perkara yang dia perlu tahu mengenai Eliza. Mood tengah elok ni, sikit-sikit kena ambil tahulah.

“Adalah kursus orang perempuan. Kalau awak balik nanti call aje, insya Allah saya akan jawab.” Eliza berjanji, tapi sebenarnya masih mengelak untuk berterus terang. Kalau Shahrul Harriez nak tahu tentang kebenaran, biarlah disaksikan dengan matanya sendiri.

“Okey, nanti abang cari, kat mana sayang kursus ni?”

“Kat Melaka aje, hmm awak call saya dulu tau bila dah balik nanti.” Eliza mencari akal untuk mengelak.

“Hmm.. yalah yalah, sayang sorry ye I need to go. Kat sini kelam kabut sikitlah sebab daddy tengah sakit, mummy pulak macam-macam hal. Tapi abang tak lupa sayang tau. Let me know should anything happen.”

“Okey.” Sepatah aje Eliza menjawab. Let you know if anything happen? Kalau aku cakap balik sekarang juga macam mana?
“ Lagi satu, I love you so much”. Shahrul Harriez membiarkan ayatnya mati disitu, menanti jawapan dari Eliza.

“Laa apasal tak jawab?” Shahrul Harriez bertanya dengan kecewa.

“Orang jawablah, dalam hati.!”

“Ala tak dengar, cakaplah kuat-kuat.” Shahrul Harriez kemudiannya menjawab manja. Baru aje nak cakap lovey dovey dengan Eliza, tiba-tiba suara Engku Faridah melaung memanggilnya. Kacau betullah mummy ni.

“Sayang, take care tau. Abang balik nanti tak ada alasan kenapa sayang tak mau ikut abang lagi. Love you muuahhhh..! ”

Eliza hanya tertawa kecil, gembira kerana Shahrul Harriez tak lupakan dia. “Sudahlah abang, pergi cepat mummy dah panggil tu, bye assalamualaikum.”

Panggilan diputuskan bila Shahrul Harriez menjawab salamnya beserta muah..muah lapan bakul. Seronoknya..! Muah..muah juga untuk abang, tulah seronok punya pasal Eliza sendiri pun tak sedar bila dia terpanggil ‘abang’ semula, gasaklah. Muah..muah lagi untuk abang sebab Eliza tak ada keberanian nak balas balik, cuma berani bersuara dalam hati aje. “Edy, ayah kirim muah..muah kat Edy”. Eliza mencium bayinya yang nyenyak dibuai mimpi.

SERONOKNYA DAPAT BERCAKAP dengan Eliza kali ni, tak pernah Eliza nak berbual-bual mesra. Selalunya suara dia separuh menjerit, tapi gelak-gelak manjanya, intonasi suaranya berubah seratus lapan puluh darjah. Walaupun dia tak menjawab bila aku kata ‘I love you’ , tapi dari nada suaranya aku tau dia pun sama. Eliza, tunggulah nanti abang balik. Abang nak dengar Eliza cakap yang sayang cintakan abang juga, lepas tu sayang muah..muah kat abang..

Telefon yang berlatar belakang gambar mereka berdua sewaktu lepas nikah menjadi pilihan, selalu benar dia menukar wallpaper tapi semua gambar Eliza lah.

“Aku tak peduli kau siapa, berambus kau dari sini! Berani kau datang ke mari hah..? Perempuan sial, tak tau malu ..“ Cot-cet..cot cet ..lagi Engku Faridah menyumpah seranah perempuan seksi yang tiba-tiba datang menerpa ke bilik yang menempatkan Engku Mukhzani. Emylin artis yang suam-suam kuku tu dah meraung-raung nak memeluk kekasihnya, tapi jangan harap Engku Faridah nak tengok aje, sudahnya dua-dua berbalas-balas pekik dan jeritan.

'Alah, apa pulak bala yang datang ni, macam mana boleh mummy terjumpa dengan kekasih daddy ni? Eh tu bukan ke artis yang banyak gossip tu?’ Shahrul Harriez menghela nafas panjang. Malas betul nak melayan kerenah mummy dengan entah sapa ke nama artis tu. Rasa nak biarkan aje Kak Hazreen menghalang mummy nya dari bertindak keterlaluan, tapi kesian pulak kak Hazreen yang mengandung anak ketiganya tu, entah diorang nak bergomol ke nanti tak pasal-pasal Kak Hazreen yang jadi mangsa. Shahrul Harriez mengatur langkah mendekati kedua-dua perempuan yang terjerit-jerit tak mengira kawasan hospital ke apa.

“ Mummy sudahlah, mummy janganlah macam ni. Kawasan hospital mana boleh buat bising lagi pun daddy kan sakit tu. Sudah mummy, sudah.“ Hazreen memujuk sambil memeluk ibunya dari cuba menerpa ke arah Emylin.
“ Aku tak peduli kalau ini kawasan kubur sekali pun. Tak guna punya perempuan sundal, dah lah kacau laki orang, berani pulak nak tunjuk muka kat sini. Lepaskan mummy Reen, biar mummy ganyang perempuan murah ni“ . Engku Faridah terus bertempik.

Emylin juga tak mahu kalah, lantas dia cuba untuk menerpa ke arah Engku Faridah, mujurlah Shahrul Harriez cepat menangkapnya. “Hei perempuan tua, kau tu yang bodoh tak tahu jaga laki. Kalau kau bagus sangat tak kan laki kau boleh sujud dikaki aku.” Bentaknya kasar, begitu marah dia bila Shahrul Harriez dah menjauhkan dia dari menerkam Engku Faridah.

Shahrul Harriez tidak berniat untuk mengasari perempuan itu, tapi bila mummy dicerca sesuka hati, apatah lagi bila mengenangkan Emylin itu memang terkenal dengan skandal dan gossip-gossip panas, terpaksa dia merentap kuat tangan Emylin dan menariknya keluar dari bilik pesakit.

"Darling.. !! Auuww sakitlah bodoh, kenapa kau tarik tangan aku.” Marahnya lagi. ”Darling, tengoklah anak you ni dia berkasar dengan I, I datang nak jumpa dengan you darling, I risau dengan keadaan you. Darlingg..!” Emylin menjerit terus.

Bingit telinga Shahrul Harriez bila perempuan itu memekik-mekik dekat dengan telinganya, memang bergegar gegendang telinga kalau dia ni menjerit macam pontianak kena paku. Emylin yang berjaya ditarik keluar dibawanya ke kawasan luar dari hospital, lapang. Kawasan yang dikhaskan untuk pesakit dan pengunjung untuk mengambil angin di luar.

”Apa kau nak sebenarnya hah?” Shahrul Harriez bertanya garang. Emylin yang sudah berhenti menjerit itu mengusap-usap pergelangan tangannya yang dicengkam kuat. Sakitlah.

”Aku nak kekasih aku, Engku Mukhzani.” Jawabnya berani. Hah apa nak takut, tak kan aku nak lepaskan orang tua lubuk emas tu.

”Jangan nak bohong, aku tau kau bukan sukakan bapak aku. Sekarang cakap berapa kau nak?” Kalau profil penuh skandal macam Emylin ni tak lain tak bukan duitlah tujuannya.

”Aku tak mahu duit, aku nak kekasih aku, aku nak kawin dengan dia. Kau faham tak?” Emylin kembali meninggikan suaranya. Biarkan mamat ni ingat aku serius nak kawin dengan orang tua tu, iskkh sapa nak kawin dengan orang tua gendut tu, aku nak kawin dengan duitnya aje. Kalau mamat ni yang ajak aku kawin lainlah. Emylin tersenyum mengejek.

”Aku tahu bukan itu yang kau mahukan sebenarnya, sudahlah sekarang aku offer seratus ribu. Kau ambil dan jangan ganggu keluarga aku lagi.” Shahrul Harriez membuat tawaran, setakat seratus ribu tu bila-bila mummy boleh bayar.

Make it five hundred, I’ll sign the cheque and you will leave this place immediately.” Tiba-tiba Hezriq muncul dan bersuara tegas. Sebaik sahaja dia sampai ke bilik daddy, suasana masih hingar bingar dengan raungan Engku Faridah. Adiknya Hazreen yang memberi tahu serba sedikit keadaan yang terjadi, terus dia menurut jejak adiknya Shahrul Harriez.


Emylin memandang kedua-dua lelaki di hadapannya. Wah, handsome handsome belaka anak-anak Engku Mukhzani ni, kenapa aku langsung tak kenal mereka? Lelaki yang baru muncul ni nampak lebih segak dari yang muda sikit tu, tapi yang tarik aku tadi lagi sweet. Emylin masih tersenyum penuh makna. Pertanyaan dari Hezriq tidak terus dijawabnya dek kerana terleka memandang kedua-dua lelaki ini.
“Take it or leave it, I won't offer you twice, no matter what’s your answer I will ensure you suffer. Lebih baik you ambil sebab lepas ni I tak mau you dekat dengan my father.” Bertambah garang suara Hezriq menggertak Emylin yang terlalu asyik membandingkan kedua-dua anak lelaki Engku Mukhzani.

“Hmm.. you all ingat nak beli cinta I pada father you dengan duitlah? Okey I tak kan ganggu dia lagi but not with that five hundred, I want one million.” Emylin berkata angkuh, alah sejuta tu mesti celah gigi diorang aje, apa sangatlah.
Seven hundreds, final. Take it or you leave with zero.” Hezriq bersuara lebih keras.
“Okey, deal.” Emylin tersenyum senang. Tujuh ratus ribu, wah lepas ni tak payah aku terhegeh-hegeh nak minta kontrak sana-sini, setahun tak payah kerja!.

And no more disturbing my father.” Shahrul Harriez pula menyampuk, saja nak mengingatkan perempuan pisau cukur ni.
“Yes, no more disturbing your father.” Emylin menjawab sambil mengenyitkan mata, penuh makna. Yelah aku tak kacau si tua tu lagi, tapi kau yang muda ni, hmm tak tau lah.

“Cepat bagi butiran you, I nak you cepat-cepat berambus dari sini.” Hezriq memang dah tahan dengan nak tengok Emylin, kenapalah daddy boleh tersangkut dengan perempuan jenis Gillette Mach5 ni.

Emylin mengeluarkan cebisan kertas dari beg tangannya, menulis nama dan nombor akaun banknya. “Nah, ambil ni. Aku tahu kau masukkan duit dengan segera, hari ni juga aku akan check online banking.” Sebaik sahaja cebisan kertas itu bertukar tangan, Emylin memusingkan badannya untuk berlalu pergi. Berjalan penuh megah membayangkan tujuh ratus ribu dalam akaun bank, orang kaya baru beb.

Shahrul Harriez menghela nafas lega, lepas satu masalah. Abang Hezriq ni laa, tak sayang duit langsung, senang-senang aje nak kasi duit banyak tu kat orang. Belum ada jaminan lagi yang dia tak kacau daddy. Entah-entah bila daddy sembuh nanti dia datang balik.

“Riez kenal ke sapa perempuan tu?” Hezriq masih memandang cebisan kertas yang tertera nama dan nombor akaun bank Emylin itu.

“Hmm.. artis yang berskandal tu, entah apa ke namanya, Emy..Emila..hmm. Emylin kut, gitulah.” Dia menjawab acuh tak acuh.

“Hai, betul ke nama dia Emylin?”

“Iyalah, satu Malaysia kenal dia dengan nama tu. Kenapa?”

“Habis yang nama Rosnah binti Abdul Kuki ni siapa?” Soal Hezriq sambil menghulurkan kertas tersebut. Shahrul Harriez yang memandang sekilas menjawab dengan gelak yang tersembur.

“Dah..dah tak payah nak gelakkan nama orang, jom masuk dalam tengok daddy. Mummy tu kalau asyik nak terjerit-jerit aje, Riez bawa balik cepat-cepatlah. Rimas betul abang melayan dia.” Hezriq memutuskan bila Shahrul Harriez masih ketawa tak habis-habis.









Labels:


OLD