|
Jangan Ada Benci 13
Monday, June 20, 2011 | 8:42 AM | 8 star
Eliza mencengkam kuat hujung selendang yang membalut tubuhnya. Geram betul bila terpaksa menahan kedudukan badannya yang terpaksa dibongkokkan sedikit. Bukan sekejap, tapi dah lebih setengah jam dia duduk begitu. Shahrul Harriez masih lagi dengan ayat gula batunya sampai Eliza rasa nak cair isi telinga mendengarnya. Kak Aisyah ni menghantar barang ke kereta atau hantar balik ke rumah? Dari tadi tak nampak batang hidung!. “Eliza, bila abang boleh bawa Eliza balik ke rumah kita? Maksud abang balik ke rumah kita berdualah bukannya balik ke rumah mummy.” Pertanyaan Shahrul Harriez itu buat Eliza tergamam. Dia ni tak nampak ke aku marah rasa macam nak telan orang? Boleh pulak dia terfikir nak ajak aku balik ke rumah? Eliza memalingkan muka ke tepi, membuang pandangan ke luar melihat orang ramai yang berjalan melewati kedai-kedai yang berderet. “Sayang, jom balik rumah kita ya?” Shahrul Harriez masih bersuara memujuk. “Apa balik ke rumah? Eeii.. awak ni jangankan nak ikut awak balik, nak duduk dekat ni pun saya dah tak lalu tau.” Eliza dah tahap mencemuh, ayat-ayat yang keluar dari mulut pun dah tahap isi neraka aje bunyinya. Lagi dia memalingkan muka ke luar. Terpandangkan seorang perempuan muda berjalan memeluk lengan seoran gperempuan separuh umur, lenggok tubuh badannya yang manja jelas kelihatan bila tangannya memaut mesra bahu siperempuan yang lebih tua. Tapi, wahh… ini sudah betul-betul tak disangka. Perempuan yang berumur itu Engku Faridah. Apa mereka ni anak-beranak memang pakat nak berkumpul di restoran Secret Recipe ni kah? Siapa perempuan muda yang berlagak manja tu? Aku tak pernah tahu Shahrul Harriez ada adik beradik perempuan pun. Eliza tiba-tiba tersenyum lebar. Shahrul Harriez kehairanan dengan sikap Eliza yang tiba-tiba menjadi tenang itu. Takkan tiba-tiba boleh tersenyum pulak? Baru aje tadi dia tarik muka masam, ni boleh pulak dia tersenyum. Hati berbunga-bunga riang, macam ada rama-rama terbang!. Shahrul Harriez turut membuang pandangan ke luar, manalah tau kut Eliza nampak pelangi berwarna-warni, sampaikan yang muncung panjang sedepa tiba-tiba boleh bertukar menjadi senyuman lebar macam bunga kembang pagi. Bagai nak terkeluar biji matanya, pun bagai nak tercabut jantungnya bila yang dipandang itu adalah mummy dan Amanda! Aduhai, banyak-banyak tempat kenapa pasaraya ini juga diorang nak datang? Tolong-tolonglah, tolonglah jangan masuk ke sini. Kalau mummy seorang tak mengapalah, tapi yang mengikut mummy tu yang Shahrul Harriez paling tak berkenan. Segera wajah Eliza yang masih tersenyum dipandang, tak mungkin Eliza kenal Amanda. “Haa.. mummy kesayangan awak tu pun ada? Apa pula rancangan awak sekeluarga selepas ni?” Eliza berkata dalam senyuman mengejek. “Abang tak ada kena-mengena dengan apa-apa rancangan mummy saying. Ini pun abang tak sangka yang mummy berada disekitar kawasan ni.” Shahrul Harriez bagaikan merayu. Amanda sudahpun terpandang Shahrul Harriez yang duduk di meja tepi itu, segera Engku Faridah dicuit sambil telunjuk tirusnya menunding ke arah Shahrul Harriez. Berderau rasa darah Engku Faridah naik kekepala, tak sangka rupanya diam-diam Shahrul Harriez bertemu Eliza. Kalau ikutkan hati tak ingin ENgku Faridah memandang Eliza, bimbang benar kalau Amanda bertanya yang bukan-bukan. Segera dia menarik tangan Amanda untuk cepat-cepat beredar, tapi Amanda terlebih dulu mendorongnya supaya masuk ke restoran tersebut. “Abang Riezzzz..!” Jerit Amanda dari jauh. Amboi, boleh satu restoran ni dengar dia memanggil Shahrul Harriez. Mustahil ini adik-beradiknya, takkan kakak atau adik perempuan akan memanggil saudara lelakinya segedik itu? Eliza memandang tepat kepada Shahrul Harriezz. “Saya tak mahu keadaan jadi lebih buruk, baru sekejap tadi saya dengar pujuk rayu awak, baru juga saya hampir percaya apa yang awak cakapkan itu semuanya benar. Tapi apa yang baru aje saya dengar ni dah padamkan semua tunas-tunas rasa percaya saya. Sebelum saya lebih terluka lagi, lebih baik awak pergi. Jangan bagi saya tengok atau dekat dengan mummy atau kekasih awak tu.” Perlahan tap itegas Eliza bersuara. “Sayang… dia bukan kekasih abang, percayalah.. dia..” “Tak kira siapa pun dia, tolonglah jangan bawa dia dekat dengan saya. Atau mungkin peluang awak untuk mendekati saya hilang buat selama-lamanya. Cepatlah, pergi dari sini. Lain kali aje kita bercakap lagi.” Eliza seakan memujuk. Shahrul Harriez akur dengan kehendak Eliza, perlahan dia menolak kerusi dan bangun dengan perasaan penuh sebal. Dia faham, dalam keadaan begini amatlah tidak bijak jika mummy dan Amanda yang terkinja-kinja itu dekat dengan Eliza. Entah apa yang akan diucapkan oleh mereka nanti, mungkin saja bias mencetuskan perang yang tak disangka. “Abang pergi dulu, tapi nanti abang call sayang ya?” Bagai memohon izin, dia berlalu. Eliza hanya mengangguk perlahan dan memandang dengan pandangan penuh makna. Shahrul Harriez yang berlalu tidak pula menuju ke arah mummynya dan perempuan itu, sebaliknya melencong kea rah yang bertentangan dengan langkah yang panjang-panjang. Tersenyum Eliza memerhatikan bila perempuan yang bersama Engku Faridah itu terjerit-jerit memanggil dan cuba menurut jejak langkah suaminya yang semakin menghilang di celah kesibukkan pengunjung yang semakin ramai. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor Aisyah didail. Cepat benar talian disambut tanda Aisyah sentiasa bersedia. “Kak Aisyah, drama dah habis. Jomlah kita balik.” Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 12
| 6:24 AM | 4 star
Dua hari berturut-turut jambangan bunga dengan puluhan kuntuman bunga ros merah tiba ke rumah. Hari pertama kiriman bunga disertakan dengan teddy bear besar, hari kedua pula dengan cokelat di dalam kotak berbentuk hati. Hari ni kalau bunga datang lagi memang Eliza tak boleh nak sabar, apa Shahrul Harriez tu ingat aku boleh dibeli dengan kiriman bunga-bunga ni? Ingat hati aku boleh cair bila dapat bunga-bunga yang banyak ni? Tahulah dia banyak duit, tapi tak payahlah nak menunjuk-nunjuk yang dia tu boleh beli kedai bunga untuk aku. Eliza mendengus geram, jambangan bunga dikuis dengan bantal kecil yang dikepit dari dalam bilik. Nak rehat pun tak senang, buat sakit mata aje memandang bunga-bunga ni. Kalau ikutkan hati usahkan nak memandang, bawa masuk ke rumah pun Eliza tak ingin, memang dah dihumbannya ke dalam tong sampah di depan rumah tu. Tapi sebab dua-dua teman serumah ni perempuan sejati, sehinggakan kertas pembalut dan reben pengikat pun Nurul dan Kak Aisyah kutip, tak mau dibuang. Iskkh geram betul. Pandangannya ke kaca televisyen betul-betul terganggu dengan sejambak bunga ros merah yang kembang cantik menghiasi sisi televisyen itu. Betul-betul menyakitkan mata.! Tengok tu, selagi ada ruang atas almari hiasan tu, berderet-deret gubahan kecil hasil tangan kak Aisyah. Botol mineral besar yang digunting sebagai pasu bunga tu memang hasil tangan Nurul. Sampai lewat malam tadi diorang berdua sanggup bersengkang mata nak menggubah. Eliza betul-betul berbulu biji mata dibuatnya. Ting tong.. ting tong.. loceng pagar rumah berbunyi. Alah siapa pulak ni..? Dengan payah Eliza bangun dan menuju ke pintu rumah tanpa menjenguk siapa tetamunya. Ting tong.. ting tong. Loceng berbunyi lagi. Kejaplah, ingat bawa perut besar ni boleh jalan laju-laju ke.? Eliza membuka sebelah daun pintu rumahnya dan menjenguk keluar. Shahrul Harriez berdiri di depan pagar. Aduh nak apa lagi? Eliza jadi kalut tak menentu, tergopoh-gapah dia cuba menyembunyikan diri di balik pintu. “Assalamualaikum .. Eliza..! Eliza. Abang datang ni..” Shahrul menjerit dari pintu pagar. Ehh dia ni tak kerjakan, pukul sepuluh setengah pagi boleh pulak berdiri depan rumah? “Nak apa..?” Eliza menjerit dari pintu rumah, hanya kepalanya sahaja yang menjenguk di balik pintu. Mana boleh nampak badan, habislah Shahrul Harriez tahu. “Eliza, abang nak jumpa sayang keluarlah.” “Tak mahu.” Eliza membalas. “Ok, macam tu abang masuk ke dalam?” Shahrul Harriez mencuba nasib. Ahh..? Betul le? Gila.! “Jangan, jangan masuk tak ada sesiapa di dalam. Siapa suruh awak datang?” Eliza bersuara garang. Dibuatnya betul-betul Shahrul Harriez masuk memang cari masalah. “Abang nak jumpa sayanglah, cepat keluar kalau tidak abang masuk ke dalam.” Shahrul Harriez menggertak. “Jangan.. jangan... err nanti.. nanti kita jumpa, tapi sekarang tak boleh.” Eliza ligat memikirkan alasan. Aduhai.. tolonglah, aku tak boleh jumpa dia sekarang, Tuhan tolong bukakan pintu hati dia supaya pergi. Shahrul Harriez kehampaan, sudahlah waktu terluang sekembalinya dari mesyuarat di Cheras tadi sanggup dia melencong ke Pandan Indah, padahal pejabatnya di Subang Jaya. Mujurlah jalan tak begitu sesak tapi Eliza pula yang keras hati sangat. Sampai hati dia tak mahu jemput aku masuk, dahlah cakap pun main jerit dari muka pintu aje. ”Ok kita keluar, sayang cakap bila, kat mana?” ”Nanti call ajelah.” Eliza mencari alasan sambil dengan cepat menutup pintu dengan rapat. Celahan langsir di kuak sedikit untuk melihat apakah Shahrul Harriez masih berdiri di depan rumahnya. Seketika terdengar deruman enjin kereta berlalu. Fuhh.. lega. Lima belas minit berlalu, sekali lagi loceng pagar itu berbunyi. Aduh, takkan dia datang balik kut? Eliza kembali mengintip di balik tabir, kali ini budak penghantar bunga yang datang. Arrghh… bunga lagi.! HARI Sabtu yang cerah, Aisyah sudah pun menghidupkan enfin kereta Kancilnya. Persetujuan Eliza malam tadi untuk keluar membeli belah barangan keperluan bayi membuatkan dia dan Nurul tersenyum lebar. Terasa berdebar-debar kerana rancangannya untuk menemukan dua insan yang tak berapa cinta ni. Kalau Eliza tahu ni memang dah dirancang mau dia mengamuk sakan macam dia baling jambangan bunga yang sampai semalam. Dua hari sebelum tu, bunga-bunga dapat diselamatkan, cuma hari ketiga Nurul dan Aisyah tak dapat nak selamatkan nasib bunga tu lagi bila jambangan tu dah duduk dalam longkang. “Nurul, jomlah ikut sekali bukannya kau ada kelas pun hari ni.” Eliza memujuk Nurul supaya ikut serta sambil membetulkan baju yang dipakai. Aisyah yang beria-ia menyuruhnya menyarung cardigan konon nanti sejuk kat shopping complex tu. Tapi elok juga, takdelah nampak sangat perut yang besar ni. “Aku malaslah nak keluar. Hari-hari aku keluar pergi kuliah awal-awal pagi tau, hari ni aku ‘cuti’ dari keluar rumah. Biar aku tinggal, nanti korang balik aku sediakan makan tengah hari.” Nurul menawarkan servis percuma sambil mengenyitkan mata pada Aisyah. “Alah Nurul tak payah masaklah untuk kami, tahulah nanti kita makan di luarkan Eliza?” Aisyah menambahkan perisa lakonan. “Iyalah Eliza, makan aje di luar. Kau tu asyik memerap aje di rumah. Sesekali keluar ni pergilah enjoy sikit. Nanti jangan lupa shopping barang-barang keperluan baby tu, ni ambil kad bank kau.” Nurul menghulurkan kad ATM dan bukunya kepada Eliza. “Lepas ni aku tak mahu dah pegang duit kau, pandai-pandailah belanja sendiri tau.” Kata Nurul sambil tersenyum. Minta-minta Eliza perasanlah yang jumlahnya sudah bertambah, minta-minta Eliza bertanyalah dari mana datangnya duit itu. “Alah, kenapa pulak kau nak bersara ni? Nah simpanlah.” Eliza mengunjukkan kembali buku banknya. “Tak mau, tak mau.. jaga sendiri.” Nurul pantas melarikan diri ke dapur. Eliza dengan muncungnya menyumbatkan buku bank ke dalam beg tangannya yang lusuh itu. Kad ATM diselitkan pada dompet yang juga lusuh itu. “ Jomlah kita gerak sekarang.” Aisyah pantas menamatkan suasana. Eliza dipimpin masuk ke perut kereta dan mereka menuju ke pusat membeli belah seperti yang sudah dijanjikan pada Shahrul Harriez. “PUKUL BERAPA kau janji nak jumpa Eliza ni ?” Adam bertanya pada Shahrul Harriez yang dari tadi tak senang duduk. “Pukul tiga Penang kat Secret Recepi tu” Jawabnya sambil mengerling jam tangan yang baru menunjukkan pukul satu empat puluh lima. “Alah lambat sangat lagi, jomlah makan dulu.” Adam mempelawa dengan harapan Shahrul Harriez akan menemaninya. “Aku tak seleralah Adam, kau pergi ájalah.” Shahrul Harrul Harriez pula menolak. “Iskkh… tak kanlah Eliza tu tak makan-makan lagi kalau nak jumpa pukul tiga, haa nanti dibuatnya kau orang bergaduh ke apa, memang langsung kau tak menjamah apa-apalah jawabnya. Apa kata kau makan minum dulu, bawa bertenang. Lepas makan kita solat Zohor, haa barulah kau tak terasa menunggu pukul tiga tu lama.” Adam yang memahami gelisah di hati kawannya memujuk. “Oklah, kalau pengsan karang cemana pulak aku nak pujuk Eliza ye tak.? “ Shahrul menurut langkah Adam menuju ke kafe yang menyediakan makanan barat. ELIZA berhenti seketika di hadapan butik yang terletak di tingkat tiga pusat membeli belah yang besar itu. Damia World of Fashion memukau pandangannya bila patung yang disaluti baju cantik menghiasi ruang pameran butik itu. ‘Damia .. ehh macam nama aku aje. Hmm.. kan seronok kalau aku ada butik sendiri macam ni, tapi tuan punya ni dah ambil nama aku pulak. Isskkh’ bisik hatinya sendiri. Eliza menghayun langkah memasuki ruang dalam butik tersebut, deretan pakaian berwarna-warni benar-benar menambat perasaanya. Iyalah, dah berbulan-bulan dia tak pedulikan tentang dunia luar. Semenjak berkahwin dan melalui pengalaman pahit itu, segala-galanya bagai terputus hubungan dengan dunia luar. Lihat sájala betapa jakunnya dia membelek deretan pakaian tu. Puas menyelak satu Demi satu baju yang tersangkut, Eliza beralih pula ke deretan pakaian yang tergantung. Aduhai cantiknya dress ungu tu. Potongan yang berbentuk empat segi dibahagian leher dengan ditaburi batu-batu dibahagian dada betul-betul menarik perhatian. Seketika Eliza ditemani oleh jurujual berwajah manis yang dibuat-buat. Tahulah penat tapi pelanggan kena layan juga. “Ya puan, boleh saya bantu. Puan mencari baju untuk majlis apa?” Jurujual itu bertanya dengan endah tak endah. Menilik Eliza dari atas ke bawah,mengukur darjat barang kali. “Haa..? err.. tak . tak cari apa-apa.” Eliza kelam-kabut bila keasyikannya bagai diganggu oleh jurujual tak berapa mesra itu. “Hmm.. dah tau tak berapa berduit tak páyahlah nak masuk-masuk butik, pergi aje shopping kat pasar malam.” Jururual itu bersuara jengkel. “Nora..! What have you done? Patutlah pelanggan tak mahu masuk rupa-rupanya begini cara awak layan pelanggan! Get inside and you’ll see me after this!.” Kedengaran suara perempuan bertempik dari dalam. Eliza jadi terkejut dengan insiden di depannya, Huh memang padan pun jurujual nama Nora tu kena marah. Lagi bagus kalau kena berhenti kerja. Eliza berkira-kira untuk meninggalkan butik mewah itu. “Er.. puan.. tunggu dulu.” Perempuan separuh usia tu memanggil, agaknya dia ni pemilik butik kot. Eliza menelah. Langkah dihentikan seraya dia menoleh kearah wanita itu. Huikk, baru Eliza perasan, bergaya sungguh wanita ni. Nampak macam dah berumur tapi sekali pandang kalau kata umur tiga puluh pun boleh percaya juga. “Maaflah, saya cuma tengok-tengok aje, tak nak beli pun.” Eliza mencipta alasan. Mana kak Aisyah ni, kata nak pergi toilet sekejap, tengok ni dah tak pasal-pasal termasuk ke butik mewah ni. “Tak apalah kalau tengok-tengok pun. Adik ni datang dengan siapa? Dengan suami?” Ramah dia bersuara. Suami? Err.. Eliza telan air liur. “Tak.. saya datang dengan kawan, tapi dia pergi tandas sekejap. Itu yang saya masuk ke dalam butik tadi.” Bagai orang bersalah Eliza berterung terang. “ Nama saya Datin Umi Sarah, ahh panggil Auntie Sarah ajelah. Anak ni siapa namanya?” Wanita yang bernama Datin Umi Sarah itu mula menunjukkan keramahannya. “Eliza.” Jawabnya perlahan. Sengaja tidak mahu memberitahu nama penuhnya. “Eliza, cantik nama tu. Macam nama yang auntie nak bagi pada anak perempuan auntie dulu.” Datin Umi Sarah bersuara agak sayu. “Mana anak datin?” Eliza mula menunjukkan minat untruk bercerita. Wajah mendung wanita itu membuatkan hatinya yang kebelakangan ini keras macam batu menjadi lembut. Iyalah, perempuan mesti cepat tersentuh kalau pasal sedih-sedih ni, pasal Shahrul Harriez saja yang buatkan hati Eliza tak mahu cair lagi. “Dah tak ada, Eliza.” Dia menjawab dengan sayu. “Oh,, maafkan saya datin.” Eliza masih berbahasa, Bimbang juga akan mengguris perasaan wanita itu, sebab dia nampak macam baik aje. Eliza tak tahu kenapa dia boleh lembut hati aje, padahal sebelum ni bukan mudah untuk berbual-bual dengan orang asing. “Ahh.. tak apalah. Ehh.. apa kata Eliza masuk dalam dulu, penat berdiri di luar. Tadi kata tunggu kawan kan.? Mari masuk kita duduk dulu.” Tangan Eliza dipimpin masuk dan Eliza hanya membiarkan wanita itu mambawanya ke ruang dalam yang lebih selesa. Sofa empuk yang menghiasi ruang dalam butik itu sungguh selesa untuk menunggu. “Eliza ni dah mengandung berapa bulan? Nampak macam dah sarat juga, anak keberapa ni?” Datin Umi Sarah berminat untuk ambil tahu. “Tujuh bulan setengah, ini yang pertama datin.” Eliza cuba tersenyum dengan harapan dapat menyembunyikan perasaannya yang berkecamuk bila menyentuh soal anak yang dikandungkan. “Wah.. tak lama lagilah, mesti seronok nak sambut anak pertamakan? Siapa yang pilih nama nanti? Mama atau papa? “ Datin Umi Sarah tersenyum lebar sambil menghulurkan air oren sejuk pada Eliza yang dilayan bagai tetamu istimewa. Eliza cuma menunduk memikirkan jawapan yang sesuai. “Sebenarnya saya dan suami saya sedang berpisah datin.” “Sedang berpisah? Maknanya belum bercerailah tapi berpisah?” Dati Umi Sarah meneka. “Lagi satu jangan panggil Auntie Sarah, tak payah datin-datin. Auntie lebih suka Eliza panggil begitu.” Wanita itu duduk rapat dengan Eliza sambil mengelus-elus rambutnya. Eliza bagai dibuai seketika, layanan Datin Umi Sarah yang mesra tak ubah macam Mak Long. Eliza rindukan sentuhan seorang ibu, Eliza rindu Mak Long. Sebab itulah bila Datin Umi Sarah menyentuhnya Eliza terasa sungguh sayu. Tak disangka-sangka airmatanya menitik. Lekas-lekas dia menyeka air matanya lalu memohon diri untuk berlalu. “Maafkan saya da.. eh auntie. Agaknya kawan saya tengah tunggu saya diluar tu, mesti dia tak perasan yang saya masuk sini.“ Sambil menyeka airmata yang masih bersisa Eliza memohon diri. “ Eliza, auntie suka nak jumpa Eliza lagi. Senang-senang datanglah lagi ya.“ Datin Umi Sarah mempelawa penuh harapan sambil menghulurkan kad perniagaannya. “Kalau Eliza sudi, telefonlah auntie selalu. Auntie teringin nak berbual-bual dengan Eliza lagi.“ “Insya Allah auntie, saya pergi dulu ya.“ Persis seperti anak memohon diri, Eliza mencapai tangan Datin Umi Sarah menyalami dan mencium tangan wanita itu. Datin Umi Sarah terpempan dengan perbuatan Eliza dan tanpa sedar air mata bertakung ditubir mata. ‘Kalaulah Mia masih ada agaknya dia sudah sebesar ini’. Desis hatinya sambil menghantar Eliza dengan pandangan matanya. “Eliza tunggu dulu..” Jerit Datin Umi Sarah. Bagai tidak puas berbual dengan Eliza. Pantas tangannya mencapai sehelai selendang yang terpamer di butiknya. “Ini auntie hadiahkan pada Eliza, jangan lupa datang lagi tau.” Kali ini Datin Umi Sarah membalutkan selendang berwarna kelabu itu ke bahu Eliza, seraya dia memeluk Eliza bagai tak mahu dilepas pergi. Eliza yang terpempan hanya membalas pelukan wanita itu dengan penuh rasa terharu. Selendang yang membalut bahunya dipegang tanda menghargai pemberian wanita yang baik hati itu. AISYAH TERCARI-CARI akan kelibat Eliza, iskh mana pulak mak buyung ni? Sudahlah aku menjinjit beg-beg plastik ni bagai nak putus jari. Tadi sebelum ke tandas dia ada di depan kedai jam, ini ke mana pulak. Melilau Aisyah mencari kelibat Eliza, mujur tak lama selepas itu Eliza sudah memanggil namanya. “Eliza, isskhh ingat dah hilang tadi, akak baru nak panggil pengawal keselamatan.” Aisyah cuba berseloroh, ehh kenapa pulak mata dia basah? Menangis? Alamak.. dia dah terjumpa Shahrul Harriez ke? Habis lah macam ni. “Iskh kak Aisyah ni, dia yang tinggalkan orang. Saya ingat, saya yang nak panggil pengawal keselamatan kut-kutlah kak Aisyah yang cantik molek ni kena culik dek orang.” Eliza pula mengusik sambil menyeka airmata yang bersisa. Aisyah mengurut nafas lega. Nasib belum jumpa Shahrul Harriez lagi, kalau dah jumpa mesti mood dia dah macam pau kena kukus. “Dah hampir pukul satu setengah ni, kita solat dulu sebelum makan nak? Nanti perut dah kenyang malas pulak nak jalan lagi.” “Oklah kak Aisyah, surau pun tak jauh tu.” Eliza membantu Aisyah yang bersusah payah menjinjing beg-beg yang berisi pakaian dan keperluan bayi. Seusai solat Zohor, Aisyah mencadangkan untuk mereka makan di Secret Recipe, mujurlah Eliza tak banyak soal. Dibuatnya dia nak makan burger pulak nanti dah terpaksa tukar plan. Sengaja Aisyah ajak Eliza cepat-cepat masuk dan makan dulu. Janji dengan Shahrul Harriez pukul tiga petang, dibuatnya Eliza mengamuk nanti dah sah-sah tak jadi nak makan. Ligat otaknya berfikir sebarang kemungkinan. Sesekali Aisyah mengerling jam ditangan, dua empat puluh lima. Iskhh kenapa pulak aku yang terlebih berdebar ni. Aisyah cuba menenangkan perasaan, bimbang lakonan tak menjadi. Eliza yang baru sudah menghabiskan stew nya tersandar kekenyangan. “Sedap juga makan kat sini ya kak Aisyah?” Eliza tersenyum puas hati. “Lepas ni kita jalan lagi nak?” Aisyah mula memancing minat Eliza, nampak macam mood baik aje. “Ok juga, tapi macam mana nak angkut beg-beg yang banyak ni, kesian kak Aisyah nak bawa semua.?” “Ohh.. macam tu, apa kata Eliza tunggu dulu kat sini? Akak pegi hantar barang-barang ni kat kereta, senanglah kita nak sambung jalan nanti.” Aisyah konon-konon buat rancangan. Sebenarnya, takut juga bila Shahrul Harriez sampai nanti nampak pula barang-barang bayi, lain pulak cerita. Aisyah bangun meninggalkan Eliza di kedai makan itu, Shahrul Harriez mana kau the drama is now over to you. Aisyah tersenyum sendiri menjinjit beg-beg yang sarat ditangannya. SHAHRUL HARRIEZ melajukan langkahnya ke tingkat satu pasaraya besar itu, tepat pukul tiga petang jam di tangan menunjukkan waktu. Terpandangkan papan tanda restoran francais itu pun dah buat Shahrul Harriez senyum lebar. Nak jumpa Elizalah katakan. Dari jauh ternampak Eliza yang tunduk menyedut minuman seorang diri. Shahrul Harriez tersengeh lagi. Tanpa dipelawa Shahrul Harriez terus menarik kerusi dan duduk di hadapan Eliza. Terkejut bukan kepalang Eliza bila yang tersergam di hadapannya ialah Shahrul Harriez. Mana kak Aisyah? Mujur tak tersembut aur yang baru disedut, tapi tersedak kecil jugalah dibuatnya. Pantas Eliza membetulkan bajunya. Mujur juga Datin Umi Sarah tadi menghadiahkannya sehelai selendang panjang. Segera dia membetulkan pakaian dan seboleh-bolehnya mahu menutup perutnya yang besar. Ya Tuhan, nak bangun dan lari pun tak boleh, dah tentu Shahrul Harriez akan nampak perut yang tak boleh nak sorok lagi ni. Dalam kelam kabut cuba menutup tubuhnya, Eliza langsung tak ingat nak memarahi lelaki di hadapannya. Eliza lebih bimbang kalau-kalau Shahrul Harriez bertanyakan soal kandungan itu. Mujur sewaktu Shahrul Harriez sampai dia leka menyedut minuman sambil membongkokkan badannya. Harap-harap Shahrul Harriez tak perasan.! “Sayang, sudah habis makan ke?” Shahrul Harriez tersenyum sampai telinga. Dapat duduk semeja dengan Eliza buat dia rasa tak senang duduk, serba gelisah dek terlampau seronok. Isteri pujaan hati di depan mata. Eliza yang masih gugup jadi tak tentu hala, fikirannya lebih tertumpu untuk menyembunyikan tubuhnya dari penglihatan Shahrul Harriez. Soalan dari suaminya tidak dijawab, jarinya kejap memegang hujung selendang melindungi perut yang besar macam belon itu. Mujurlah dia bertubuh kecil, jadi perubahan saiznya badannya tidak begitu ketara, hanya perutnya sahaja sejak akhir-akhir ini membesar bagai dibubuh baja. “Apa buat di sini? Pergilah jangan kacau.” Marah Eliza, lagaknya macam menghalau orang gila, tapi sebenarnya Eliza yang tak tentu hala. “Abang ternampak sayang tengah duduk sorang-sorang, apa lagi abang pun datanglah. Nak harapkan sayang jumpa abang tak adalah. Kita datang rumah pun orang tu cuma jenguk balik pintu aje.” Rajuk bunyi suaranya. Eliza yang mula berang menahan rasa marah yang meluap-luap. Bergetar kedua belah tangannya menahan marah. Kalau tidak kerana mahu melindungi perutnya dari pandangan Shahrul Harriez memang Eliza dah lama angkat kaki. Shahrul Harriez dengan selamba menarik gelas minuman yang masih berisi separuh air epal itu. Tanpa dipelawa, selamba dia menyedutnya. Eliza ketap gigi menahan geram. “Sayang buat apa tadi? Shopping ke? Tak nampak beg pun? Apa kata lepas ni jalan-jalan dengan abang? Dah lama abang tak dekat dengan sayang. Abang rindu tau.” Shahrul Harriez buat-buat suara gatal, bukan Eliza nak tergoda, buat dia rasa nak muntah adalah.“ Ke sayang dah puas jalan? Jomlah kita balik rumah nak?“ Lagi Shahrul Harriez terus menggoda. Eliza rasa nak simbah lebihan air minum ni ke muka Shahrul Harriez, baki air batu yang sejuk tu mungkin boleh sedarkan dia dari merapu-rapu macam orang mabuk. Susah betul kalau berdepan dengan orang yang tak peduli kiri kanan ni. Mujurlah aku kena pegang selendang ni, kalau tidak memang sah mangkuk sup labu ni dah terlangkup atas kepala. Shahrul Harriez buat-buat tak perasan dengan muka Eliza yang merah macam cili giling. Lagi dia seronok nak mengusik adalah, alah kat depan orang ramai ni , takkan Eliza nak terkam dia pulak kut, kalau Eliza terkam pun apa salahnya. Lagi bagus, Shahrul Harriez lagi suka. “Eh awak, jangan cakap macam orang mabuk boleh tak?” Soal Eliza sambil mengetap bibir menahan marah. “Laa sayang tahu ke abang mabuk?” Soal Shahrul Harriez seperti orang bingung. Eliza bertambah berang dibuatnya, dah tau awak tu mabuk ada hati nak dekat dengan orang, patutlah cakap macam orang tak cukup akal. “Memanglah abang tengah mabuk sekarang ni, mabuk rindu kat sayanglah. Sayang tak sikit pun teringat kat abang ke?” Shahrul Harriez bagai mencuba nasib. “Rindu? Teringat kat awak? Sorry, salah orang kut. Encik Shahrul Harriez, kalau rasa awak tu tak cukup makan ubat lebih baik awak balik sekarang sebelum semua perempuan kat sini awak goda. Saya tak lalu nak tengok drama mengayat awak tu. Loya tekak saya dengar tau tak?” Separuh menjerit Eliza menahan suaranya. Ikutkan hati memang mahu dia memekik biar semua orang dengar, biar sekuriti datang tangkap orang gila ni bawak pegi. Shahrul Harriez menarik nafas panjang. “Eliza, abang tak main-main, memang abang rindukan sayang dan abang menyesal sangat-sangat dengan apa yang jadi dulu. Abang minta maaf sangat-sangat sebab tinggalkan sayang. Abang sungguh-sungguh menyesal.” Tak jemu-jemu Shahrul Harriez mahu meyakinkan kekesalannya. Sudah berbakul kata maaf, sayang, rindu. Cinta apatah lagi. Kiriman kad ucapan yang disertakan bersama jambangan-jambangan bunga tu buat Eliza rasa nak korek segala isi perutnya. Kad ucapan yang hampir selebar meja makan yang sampai ke rumah tempoh hari sarat dengan ucapan cinta tulisan Shahrul Harriez sendiri. Macam mana Eliza tak lemas dibuatnya. Ini bila dah jumpa depan mata, boleh pulak Shahrul Harriez ulang perkataan yang sama? “Awak, sebelum saya menjerit panggil sekuriti lebih baik awak pergi dari sini. Saya tak hingin tengok muka awak tu tau. Lagi satu, tolong jangan hantar lagi bunga atau hadiah ke rumah. Tak payah nak membazir duit, kalau rasa dah banyak sangat pun tak usahlah nak dibuang begitu saja. Sebab semua bunga awak tu saya buang masuk tong sampah.” Keras Eliza bersuara. “Sayang, benci betul kat abang?” Shahrul Harriez buat muka sedih. Dah tau lagi mau tanya. “Ya! Benci sangat-sangat. Mudah aje awak ucap sayang, semudah itu juga awak tinggalkan sayakan? Dulu bolehlah awak tipu saya sebab saya bodoh sangat percayakan cakap awak yang manis dari gula tu. Konon sayang, berapa lama sayang awak bertahan masa tu? Dua hari. Dua hari aje kan? Dalam masa dua hari tu berapa bakul ucapan sayang awak? Bukan main pandai awak berlakon. Mula-mula saya jumpa awak, awak kata tak mahu bertunang. Alih-alih pulak awak setuju bila kita nikah terus. Dua hari lepas tu apa yang dah jadi ? Awak tinggalkan saya ! ” bertambah keras Eliza bersuara. Shahrul Harriez tertunduk lemah. “Memang abang akui semua tu sayang, dulu abang tak fikir panjang lalu abang tinggalkan sayang. Memang pendirian abang berubah-ubah dari awal kita jumpa sampailah kita bernikah. Sayang tahu tak kenapa tiba-tiba abang kata setuju untuk terus nikah pada mummy selepas kali pertama abang jumpa sayang? Abang jatuh cinta pandang pertama tau. Kali pertama nak jumpa sayang abang plan nak bagi sayang benci pada abang, bila kita jumpa lagi kat rumah Mak Tok pun abang rasa nak buat sayang benci pada abang. Tapi sebenarnya abang dah jatuh cinta pada sayang. Lepas tu abang tekad, abang nak sayang pun sayangkan abang macam mana abang sudah jatuh hati pada sayang. Sayang ingat tak masa kita sama-sama pergi kursus perkahwinan dulu? Masa tu abang nak sangat bagi tahu sayang yang abang dah jatuh cinta pada tunang abang masa tu. Yelah kita tak bercinta sebelum kahwin, bila nak bernikah perasaan abang sungguh-sungguh melimpah ruah pada isteri abang ni tau.” Shahrul Harriez berkata penuh yakin, Eliza bagai terpegun mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Shahrul Harriez. Bagai mahu menitik airmatanya mendengar luahan Shahrul Harriez. Marah yang membara bagai disiram air batu, entah tak tahu. Apakah ais dikutub utara dan selatan mahu cair? Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 11
Sunday, June 19, 2011 | 8:59 PM | 4 star
Eliza membelek-belek telefon bimbitnya yang jarang berbunyi. Sudah dua kali panggil dari nombor yang tak dikenali tu masuk, tapi sebab tak kenal maka tak jawablah jadinya. Cuma Nurul dan Kak Aisyah sahaja yang tahu nombor ni, siapa pulak lagi yang tau? Salah nombor kot. Aku bukannya ada bagi tahu siapa-siapa nombor baru ni, Mak Long dikampung tak pernah dihubungi. Nombor yang lama agaknya sudah tak boleh digunakan lagi, yang baru ni pun sebab Nurul paksa juga untuk aku pakai telefon, kalau tidak memang Eliza tak Nampak apa perlunya dia mempunyai alat perhubungan kalau setakat nak berhubung dengan Nurul aje. Sambil berfikir siapakah gerangan pemanggil misteri itu, Eliza dikejutkan lagi dengan panggilan yang sama, angkat ajelah. Mana tahu orang ni tersalah nombor, lepas ni tak adalah nak kacau lagi. “Hello..” “Assalamualaikum sayang.” Lembut suara garau dihujung talian bersuara. Bagai direnjat kuasa elektrik, jantung yang berdegup menambah kelajuan mengepam darah keseluruh arteri darah, bekerja keras menghantar oksigen kesegenap pelusuk tubuh. Eliza kenal suara itu, suara yang berbulan-bulan menghilang, suara yang pernah selama dua hari menghamburkan kata-kata sayang. Diam dan tergamam dia jadinya. Mulut bagai terkunci untuk bersuara, hanya bibir bergetar bagai menyatakan betapa banyaknya perkataaan harus dikeluarkan. Aduhai, kenapa tak boleh keluar suara ni, tersekat langsung tak berbunyi. Hanya esak tangis yang memecah kebisuan. Salam tidak berjawab, suara tak mampu keluar yang rajin bertindak waktu ini cuma airmata yang meleleh-leleh bagai empangan pecah. Sengaja juga Shahrul Harriez membiarkan Eliza mengumpul ketenangan dan membiarkan salamnya diam tak dijawab. Mendengarkan esakan di hujung talian, dia juga menjadi kelu tidak berkata. Seminit dua minit talian masih bersambung tanpa suara, Shahrul Harriez menarik nafas panjang mengumpul kekuatan kembali untuk terus bersuara. “Sayang apa kabar? Abang harap sayang sihat, abang rindukan sayang, rindu sangat-sangat.” Shahrul Harriez melepaskan bebenan perasaan yang lama ditanggung dek rasa. Biarlah Eliza tak mahu menjawab salam rindunya asalkan Eliza tahu betapa dia sungguh rindu. Luahan dari Shahrul Harriez betul-betul buat Eliza bertambah kuat tangisannya, perasaan geram, marah dan kecewa meluap-luap menguasai perasaannya. Rasa amarah yang membuak di dalam hati bagaikan lahar gunung berapi yang menggelegak, kalau dapat dizahirkan mahu agaknya keluar api dari mulut atau sekurang-kurangnya asap dihidung dan telinga. Tapi Eliza tak mampu nak keluarkan apilah, keluar suara pun tak ada bunyi. Macam mana nak bagi tahu Shahrul Harriez yang ssesungguhnya Eliza Damia sangat marah! . Hanya tubuhnya menggigil menahan rasa yang ditanggung. "Eliza sayang, abang minta maaf sebabkan tinggalkan sayang. Abang sungguh-sungguh kesal. Maafkan abang, maafkan abang sayang. Abang sungguh menyesal tinggalkan sayang, sungguh abang tak patut buat begitu dan abang mengaku kesalahan abang. Sepatutnya abang tak mengikut perasaan dan sepatutnya abang mesti bersama sayang tak kira apa pun yang terjadi. Abang menyesal, menyesal kerana tinggalkan sayang. Sebenarnya abang pergi ke Dubai, abang pergi kerja. Tapi yalah, abang tak patut tinggalkan sayang begitu lama dan pergi begitu saja. Abang pergi jauh pun sudahnya abang pasti yang hati abang sangat sayang pada Eliza. Abang sangat cintakan Eliza, sayang sebenarnya dah lama abang cari sayang. Syukurlah Tuhan makbulkan doa abang, rindu abang pada Eliza Tuhan saja yang tahu, sayang dengarlah abang rindukan sayang, rindu sangat-sangat.” Penuh emosi Shahrul Harriez melafazkannya, dengan harapan Eliza menerima kemaafan dan mengubat rindunya, moga-moga Eliza berlembut hati menerimanya kembali. ”Pergi jahanam dengan kau punya rindu...!” Eliza tiba-tiba mendapat kekuatan bersuara bila telinganya panas mendengar luahan rindu, sayang, maaf dan entah apa-apa dari Shahrul Harriez. Serentak dengan itu juga talian dimatikan, tak cukup dengan itu telefon di off kan supaya tiada lagi panggilan masuk. Eliza menghempaskan dirinya ke atas tilam sambil menangis semahu-mahunya. Selama ini Eliza tidak pernah menangis sebegini hebat, ya dia mengurung diri dengan berteman airmata tapi tidaklah sampai menangis mengongoi semahu-mahunya. Panggilan dan luahan perasaan itu sebenarnya bagai menjawab persoalan yang selama ini Eliza ingin tahu, bencikah Shahrul Harriez padanya sehinggakan sanggup meninggalkan dia begitu sahaja? Tapi bila Shahrul Harriez menyatakan kekesalannya kenapa Eliza tidak gembira ? Sebaliknya timbul rasa geram dan marah yang tak terhingga. Sungguh, datang perasaan benci yang meluap-luap. Kalau mahu cair tahi telinga, agaknya dah meleleh keluar dek kerana pujuk rayu Shahrul Harriez yang asyik cakap rindu dan sayang. Eeiiii.. tak malu, tak sedar diri, dah buat salah boleh senang-senang nak cakap rindu pulak. Eliza menumbuk-numbuk bantal melepaskan geram. Anggap aje ni muka Shahrul Harriez.. nak ambik lagi.. Buk.. buk.. buk.. bantal dipukul tanpa belas kasihan. Tiba-tiba Eliza terasa dinding perutnya bagai ditendang-tendang. Ohh. Baby pun sama lepas geram juga? Baby geram pada mak atau pada ayah yang tinggalkan kita. Eliza duduk tersandar dikepala katil sambil mengusap perutnya. “Baby, ayah call tadi. Ayah kata, ayah minta maaf pada mak tapi ayah tak tahu pasal baby. Ayah tak minta maaf pun sebab tinggalkan baby juga.” Eliza mengadu pada anaknya, tangannya yang mengusap perut yang membukit terasa bagai disentuh dari dalam, pergerakkan bayi itu terasa seperti menyentuh tangan yang mengusap seperti memberi tahu supaya siibu bertenang. Betul ke baby dalam perut dapat dengar apa yang ibu bapa cakap? Tapi kalau perasaan ibunya mesti baby dapat rasakan. “Baby, mak minta maaf, mak tak boleh bagi tahu ayah pasal baby lagi. Nanti baby keluar lihat dunia mak akan beri tahu ayah juga. Sekarang ni, baby dengan mak dulu ya? Mak sayang baby.” Usap Eliza penuhkasih sayang. Selama hampir tujuh bulan mengandung, tak pernah Eliza ambil peduli tentang kandungannya. Tak pernah dia nak bercakap-cakap dengan baby, apa lagi nak berkomunikasi tentang kasih sayang. Biasanya Nurul aje yang ambil peduli pasal babynya, pastikan Eliza mendapat rawatan dan pemeriksaan bulanan. Kalau harapkan Eliza sahaja entahlah, asyik melayan perasaan, bila perasaan tu dah jelas bukan jadi makin reda. Tapi dah jadi bertambah kalut pula. AISYAH melangkah masuk ke rumah dalam, sunyi sahaja dengan televisyen atau radio tidak dipasang. Aduhai, susahnya nak faham perasaan si Eliza ni, boleh dia duduk dalam rumah senyap sunyi macam dalam bilik kurungan ni, kalau aku mesti nak ada bunyi memekak. Eh, agaknya dia tidur kut, tu pasal tak pasang apa-apa. Tapi aku tidur pun pasang radio jugak. Aisyah menjenguk kesegenap ruang, melewati pintu bilik Eliza, terpandang siibu muda itu menangis sambil mengusap perut. Alahai.. dia dah buat dah.. “Eliza.. kenapa ni? Apa yang tak kena?” Aisyah merapati temannya yang nampak sungguh murung bagai hujan lebat selepas tsunami, iyalah tu mana nak sama muka orang dengan hari hujan. “Kak Aisyah..! Dia.. dia..!” Eliza menerpa dan memeluknya kejap, airmata pun kembali mencurah-curah. “Bawa bertenang, sabar dan ingat Tuhan, mengucap Eliza.. mengucap.” Aisyah cuba berdiplomasi. “Cuba Eliza tenang dulu, lepas tu cerita satu persatu-satu.” Aisyah mengusap-usap bahu Eliza. ‘Ni mesti pasal suami dialah ni’ telahnya di dalam hati. “ Tadi.. tadi abang Harriez telefon”. Kata Eliza bila tangisannya sudah reda sedikit walup masih di dalam sendu. ‘Oh telefon rupanya, ingat dah masuk dalam rumah.’ Aisyah bagai berbisik sendiri. “Alhamdulillah... mesti Harriez minta maafkan? Takkan dia nak marah-marah pada Eliza?” Jawab Aisyah dengan tenang, alah Nurul dah sms dia awal-awal pagi tadi, bertanya apa patut Nurul bagi Shahrul Harriez nombor telefon Eliza atau tidak. Kata Aisyah, bagi aja. Jangan pulak kita menjadi sebab bila hubungan suami isteri tu tak mau berbaik-baik. “Memanglah dia merayu-rayu minta maaf, rindulah sayanglah. Tapi meluat betul saya dengar.” Marah Eliza tiba-tiba berapi-api kembali. “Kalau kak Aisyah ditempat saya, apa kak Aisyah akan senang-senang jawab ‘iyalah bang saya maafkan’ selepas ditinggalkan begitu aje? Konon dia cari saya, kenapa dah dekat tujuh bulan baru nak telefon? Apa dia tak boleh report polis aje kalau saya betul-betul hilang?” Aisyah cuma mengurut-urut belakang Aliza, tak guna dia menyampuk atau memintas kata-kata orang tengah marah, bukan boleh menjernihkan keadaan, silap-silap bagai mencurah minyah keapi. Dibiarkan aje Eliza membebel-bebel tanpa sedikit pun Aisyah ambil kira butir bicaranya. Teringat perbualannya dengan Nurul malam tadi, memang tepat sekali Eliza akan mengamuk kalau Shahrul Harriez berlembut. Habis, nak diapakan kalau tuan yang punya badan bertindak begitu? Sebagai kawan, Aisyah dan Nurul berpendapat masalah Eliza dan Shahrul Harriez biarlah mereka yang putuskan. Kalau Eliza kata benci, bencilah. Tapi kalau Shahrul Harriez kata sayang, sayanglah apa mareka boleh buat?. Setakat bagi nombor telefon dan kunci rumah apa sangatlah kot. Aisyah terus melayan Eliza yang membebel tak tahu biji butir kata-katanya itu. Biarlah, kejap lagi reda berhentilah tu. SHAHRUL HARRIEZ menggenggam erat telefon bimbitnya, sungguh bagai ditelah Eliza akan marah-marah. Sikit pun dia tidak terasa, malah tersenyum, melebar sampai telinga. Nurul dah ingatkan, apa lagi terima ajelah. Mula-mula bila Eliza langsung tak bersuara Shahrul Harriez ingat Eliza dah tak ada perasaan padanya, tapi bila dengar esak tangis dan jeritan yang buat bergegar gegendang telinganya, dia yakin Eliza masih ada perasaan padanya, yang pasti perasaan marahlah. Apa nak dihairankan kalau Eliza marah, memang sepatutnya pun. Siapa yang tak menjangka tentang kemarahan Eliza? Nurul dah berkali-kali mengingatkan, Adam yang selalu dihubungi melalui email dan chatting tu pun bagi pendapat yang sama. Kalau buat undian seratus peratus akan kata Eliza pasti marah dan itu adalah normal. Seterusnya Shahrul Harriez kena pasang strategi nak memikat Eliza lah, apa lagi. Tak kan nak tunggu Eliza pujuk pulak, usahkan tunggu kucing bertanduk, tunggu gajah jadi slim sekali pun Eliza akan marah juga. Kata Adam lagi, pakai aje perumpamaan ‘keras-keras kerak nasi, lama-lama mesti lembut jugak’. Tang tu Shahrul Harriez setuju sangatlah, jadi kalau Eliza menjerit sekuat hati tu baru mukaddimah aje. Langkah seterusnya ialah telefon Eliza lagi, pujuk sehabis boleh biar sampai lembut gigi dari lidah. Ada ke macam tu? Tak kisahlah. Nombor telefon pemberian Nurul didail lagi, tapi malangnya masuk ke peti simpanan suara. Dah agak dah. Tak dapat mendail nombor keramat Eliza, nombot telefon Adam dipanggil. Belum pun sampai lima saat nada dail berbunyi, salam dari hujung talian dah kedengaran. “Apa cerita terbaru ni Shahrul?” Begitulah Adam yang memanggilnya Shahrul seperti rakan-rakan kerja yang lain. “Hm.. biasa aje.” Shahrul Harriez belum mahu membuka cerita. “Dah dua minggu kau balik ke KL kan? Mesti dah puas jumpa keluarga, bila pulak kau ada masa nak jumpa aku ni?” ”Anytime, sekarang pun aku free. Flamingo, Ok?” Adam menawarkan masa. “Setengah jam lagi aku sampai, jumpa kat sana. Assalamualaikum.” Tak menunggu salam dijawab Shahrul Harriez dah tertekan butang merah, pantas kunci kereta dicapai dan rumah dikunci seadanya. NURUL menyudahkan kerja-kerja mencuci pinggan mangkuk selepas makan malam. Eliza awal-awal lagi dah masuk ke bilik selepas menghabiskan beberapa suap nasi. Aisyah dan Nurul cuma memandang sepi membiarkan Eliza melayan perasaan, biarkanlah dia mengambil masa untuk bertenang. “Kak Aisyah, macam mana mak buyung tu tadi?” Nurul perlahankan suaranya yang selalu tak reti nak cakap pakai frekuansi rendah. “Balik aje tadi dia tengah menagis, mengamuk-ngamuk tumbuk bantal. Pandai pulak dia pukul objek lembut je, ingat dia nak tumbuk dinding atau sepak katil jugak.” Aisyah mengomel dan Nurul ketawa kecil, kak Aisyah ni kalau pasal cakap merapu-rapu memang boleh tahan sangat. “Dia pun tak cerita apa yang diorang tu bualkan, alah tapi boleh agaklah. Mesti Harriez tu pujuk-pujuk dia cakap sayang, rindu intan payung gunung meletup. Itu yang mak buyung mengamuk kot.”. “Hahaha.. memang dah agakkan? Tapi saya susah hati jugak kalau Eliza bertambah moody ni. Iyalah kata orang emosi ibu mengandung ni boleh mempengaruhi bayi, betul ke kak Aisyah?” “Entah, iyalah kot. Dulu mak kak Aisyah masa mengandungkan akak memang baik sangat kot, selalu tolong orang tu pasal kak Aisyah ni pun baik jugak.” Kata Aisyah sambil senyum meleret. “ Haahlah kak Aisyah, mak Nurul dulu pun sama baik hati jugak, masa ayah Nurul kata nak kawin dua, dia sabar dan bertenang aje. Sebab tu Nurul pun penyabar jugak orangnya. Nurul pun tak mau kalah dengan cerita maksuk lif tekan sendiri ni, walaupun kisah ayah nak kawin dua sengaja diada-adakan. Beraninya ayah buka mulut nak minta kawin lagi? Kalau nak kena kejar keliling kampung dengan mak cubalah. Sudahnya Aisyah dan Nurul sama-sama ketawa bila sedar masing-masing nak menunjuk diri tu baik. “Lepas ni Nurul, apa lagi peranan kita nak tolong si Eliza tu ya?” “Ada kak Aisyah, tapi rasanya kak Aisyah kena tolong kali ni kot”. “Kalau tak de halangan, apa salahnya.” “Sabtu petang ni boleh ke kak Aisyah ajak Eliza tu keluar? Pergilah mana-mana Shopping kompleks pun asalkan dia keluar dari rumah ni sekejap. Si Harriez tu dah buat plan konon-konon nak terjumpa isterinya tak sengajalah. Nak harapkan Eliza setuju kalau dia ajak keluar agaknya tahun depan pun belum tentu jadi.” Panjang lebar Nurul membuat perancangan. “Ni si Harriez tu lah yang minta kita tolong bawa Eliza keluar?” “Iyalah ,siapa lagi. Boleh ya kak Aiyah? Kalau Nurul yang bawa dia keluar nanti nampak sangat yang kita dah berpakat.” “Oklah, akak boleh aje, lagi pun akak rasa Eliza tu patut keluar membeli barang keperluan untuk bayi dia nanti. Nurul, akak nak tanya terus terang ni. Eliza tu ada duit ke? Bukan apa, akak tak kisah dan akak ikhlas jugak kalau dia perlukan pertolongan.” Nurul cuma ketawa kecil. “Kak Aisyah, pasal duit Eliza tu memang tak ada masalah. Ni dulu masa kami mula-mula pindah ke rumah ni, semua duit Eliza tau. Sebenarnya Nurul ni yang sengkek, haa kalau kak Aisyah nak tolong, tolong Nurul ajelah yea..” Kata Nurul lagi sambil ketawa kecil. “Iskk… bukannya akak ni banyak sangat duit pun, tapi kalau Nurul betul-betul perlu apa salahnya. Mana yang akak boleh tolong, akak tolonglah” Aisyah berkata dengan ikhlas. “Ehh kak Aisyah ni, orang main-main ajelah. Tapi lain kali Nurul taulah mana nak cari bank bergerak.. hahaha. Kak Aisyah tahu tak? Masa Nurul jumpa Harriez tu, ada Nurul terlajak cakap pasal Eliza selalu pergi hospital. Nasib baik Nurul tak terlajak kata dia mengandung, apa lagi Nurul pun pusing cerita laa kata dia selalu tak sihat sebab tak jaga makan minum, konon sedih pada kejadian diorang tu. Terus aje si Harriez tu suruh Nurul bawa Eliza jumpa doktor yang terbaik. Lepas tu dia minta nombor akaun bank Eliza. Nasib baiklah Nurul ni PA tak bertauliah si Eliza, memang pun Eliza tak ambil peduli berapa duit yang keluar, semuanya Nurul yang uruskan. Esoknya bila Nurul check online banking dah masuk sepuluh ribu ringgit tau.” “Sepuluh ribu..! Wah banyaknya, kaya sangat ke suami Eliza tu?” Bulat mata Aisyah mendengar, apalah si Eliza ni dapat suami orang senang, hati pulak tak senang. “Kaya sangat kak Aisyah, apa nak dihairan dengan duit sebanyak tu. Tapi iyalah kak, manusia ni Tuhan nak duga dengan macam-macam cara. Duit banyak mana pun tak janjikan kebahagiaan nak buat apa?” Nurul bersuara datar, menginsafi akan keadaan sedia ada. “Kalau macam tu, Eliza ni sepatutnya kena fikir lebih rasional lagilah. Bagi akak, masalah dia dengan suaminya tu tak lah berat mana asalkan diorang tu bersemuka. Dulu akak ingat ada masalah lain, minta maaflah akak banyak juga salah sangka. Lama-lama akak makin faham, Eliza dan suaminya berpisah semata-mata kerana salah sangka.” Aisyah membuat kesimpulan sendiri. “Iyalah tu kak Aisyah, sekarnag dah dapat penyakit baru, ego setinggi Gunung Everest. Eh.. cerita-cerita juga, nanti kak Aisyah keluar dengan Eliza tu jangan lupa bawa dia pegi shopping barang-barang baby sekali ya.” “Oklah, nanti akak pujuk dia keluar hujung minggu ni, jangan risau pasal shopping tu, tahulah akak menguruskannya nanti.” MELIAR matanya kesegenap ruang coffeehouse itu mencari kelibat Adam. Cukup setengah jam di atiba di tempat yang dijanjikan, Adam yang dia kenal pun jenis tak mungkir kanji dan menepati masa. Tiba-tiba terasa bahunya ditepuk dari belakang sambil kedengaran suara Adam memberi salam. Erat dia memeluk Adam sementelahan sudah berbulan tak berjumpa. Sejak Adam menjadi pendengar setia masa mula-mula Shahrul Harriez membawa diri ke tengah laut, rasa macam dah tak ada kawan lain yang rapat lagi. Bukan langsung tak ada kawan lain, tapi pada Adam segala rahsia hati dikongsi. Betul kata orang, kawan memang beribu, tapi yang setia mungkin hanya satu. “Dah puas jumpa family? Bila kau balik dari kampung? “ “Penang semalam aku sampai, ni ada lagi tiga hari cuti. Ingat nak kemas rumah apa yang patut, maklumlah dah lama ditinggalkan tapi ada pulak orang tu call ajak dating. Terpaksalah aku tak kemas rumah.“ Ujar Adam sambil berseloroh. Tak ada dalam kamus hidupnya nak kemas rumah, nanti panggil aja orang datang tolong cuci. „Amboi , ni ikhlas ke tak nak jumpa aku? Ke kau nak dating dengan minah Indon yang datang cuci rumah tu? ” Shahrul Harriez pula mengusik. ”Kalau cantik apa salahnya, minah Indon pun orang apa.?” Adam pula tak mahu kalah. ”Kau dah dapat telefon Eliza ke?” ”Sudah.” Jawabnya pendek sambil membelek menu. “Macam ni punya jawab mesti Eliza marahkan kau kan? Kalau Eliza sudi berbaik-baik semula tak kan kau ajak aku keluar.” “Iyalah tu, kalau kami dah berbaik usahkan keluar rumah, keluar pintu bilik pun aku tak hingin. Jadi kalau aku jumpa kau sekarang kau tahulah apa yang jadi?” “Sabarlah Shahrul, masih terlalu awal lagi. Mungkin Eliza perlu lebih banyak masa? Kau beralah ajelah, pujuk dia lama-lama nanti sejuklah tu.” “Ni tengah beralah lah ni, lepas ni aku ikut semua rancangan kau tu. Harap-harap dia berlembut hati akhirnya.” “InsyaAllah, lambat-laun kau akan bahagia juga. Eh mana waiter ni, dari tadi tak datang-datang.” Adam melambai pada pelayan kedai untuk memesan minum untuk mereka. Perbualan petang itu tetap berkisar tentang strategi nak memenangi hati Eliza, tak kiralah idea bernas atau tidak, Shahrul Harriez tak peduli asalkan Eliza menerima kemaafan darinya. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 10
Tuesday, June 14, 2011 | 1:03 AM | 4 star
“Jemputlah masuk Kak Aisyah, jangan malu-malu, jangan segan-segan. Ni pun dah jadi rumah sendiri.” Pelawa Nurul dengan ramah pada penghuni baru rumah teres setingkat nombor 7 Jalan 3 Taman Chempaka itu. “Mana Eliza? Senyap aje. Dia memang selalu duduk di rumah aja ke? Hari tu masa mula-mula akak datang pun dia ada, apa dia memang selalu ada di rumahkah?” Aisyah yang ramah- tamah menunjukkan kemesraan. “Entahlah Kak Aisyah, macam yang saya dah ceritakan sebelum ni, Eliza memang agak pemurung sikit. Harap-harap kita dapatlah sesuaikan keadaan nanti ya.” “Iyalah, akak harap pun macam tu, insya Allah akak pegang janji. Soal Eliza tu nanti perlahan-lahanlah kita cerita.” Aisyah pun tak mahu panjang cerita, sementelahan dia orang baru yang hadir dalam hidup Eliza dan Nurul. Kerjaya Aisyah sebagai guru Matematik memang menarik perhatian Nurul sewaktu menerimanya menjadi penghuni baru rumah sewa mereka. Eliza pun tak banyak soal, janji jangan campur urusan dia sudahlah. Eliza yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi juadah minum petang menyambut penuh mesra rakan serumah yang mula berkongsi bumbung itu. Perkenalan ringkas sewaktu Aisyah mula-mula datang melihat-lihat rumah mereka cukup meyakinkan Eliza bahawasanya Aisyah boleh dipercayai. “Apa khabar Kak Aisyah? Duduklah kita minum-minum dulu, tak kan nak terus berkemas kut?”. Eliza menegur dengan ramah, iyalah bukan jumpa kali pertama, kali ni memang Kak Aisyah tu akan jadi sebahagian dari penghuni rumah ni, jadi kenalah berbaik-baik.Manalah tau boleh dibuat teman, Nurul ni pun sekarang ni bukannya ada masa sangat nak bual, sentiasa sibuk dengan study aje. “Iskh. Eliza ni kenapa susah-susah sediakan makanan, larat lagi ke nak memasak itu ini.?” Aisyah menunjukkan keperihatinan, bukan nak membodek tapi sungguh dia kasihan dengan nasib Eliza walaupun cerita Nurul sebelum ni nampak macam banyak yang dah ditapis. “Haah lah Eliza.. larat ke kau buat kerja rumah ni? Kau dah siap masak untuk makan malam? Kain baju aku dalam bilik tu dah kutip, dah basuh? Kalau ada masa lebih lagi, tolonglah gosokkan baju untuk aku pakai esok.” Selamba Nurul menokok sambil menyumbat cucur udang ke mulut. Aisyah mendengar dengan mulut terbuka, biar betul budak ni, mendera kawan ke? Eliza yang memang pantang diusik bertindak pantas, bantal kecil melayang menuju sasaran tapi dapat dielak pantas oleh Nurul, dah tau sangat taktik membaling bantal tu. “Uwekkk.... tak kena. Usaha lagi.! “ Nurul ketawa mengikik sambil Eliza menarik muka masam. “Jaga kau, malam ni kau tidur, aku siram dengan air.” Ugutan dari Eliza yang langsung tak memberi kesan. Aisyah hanya menggeleng-geleng kepala, fahamlah dia bahawasanya kedua sahabat ini bergurau senda sampai tahap nak siram air. Heh diorang belum tau lagi aku macam mana, tunggulah esok lusa. Ini Aisyah juara buli orang kat asrama dulu tau. Dengan tawa yang masih bersisa Nurul meneguk air teh yang terhidang. “Kak Aisyah, macam tak banyak barang aje, ada lagi ke nanti?” Nurul menukar topik perbualan bila mana mereka bagaikan terleka dengan penghuni baru itu. “Setakat ni bawa pakaian aje dulu, nanti bila senang akak nak pegi beli kelengkapan biliklah, ni semata-mata baju, bantal dengan selimut aje yang akak bawa.” “Kalau macam tu, sementara Kak Aisyah tak beli katil dan tilam , tidur aje dengan kami kat luar ni. Kami ni nama aje ada katil dalam bilik tapi sejak kebelakangan ni asyik bentang tilam di luar aje sebab siburung hantu ni asyik berjaga malam sibuk dengan study. Biasanya bila siang dah tinggal sorang-sorang baru saya masuk ke bilik .” Panjang lebar Eliza bersuara, macam dah lupa dendam pada Nurul, tapi bantal kecil sentiasa ditangannya itu menanti peluang untuk dilemparkan ke arah musuh yang tengah sedap makan cucur udang. “Akak tak kisah, kalau Eliza dengan Nurul sudi tidur sekali dengan akak lagilah akak suka. Kalau di kampung pun akak dengan adik beradik yang lain memang tidur bergelimpangan atas lantai, maklumlah semua perempuan aje di rumah. Ayah akak dah lama meninggal.” “Kampung Kak Aisyah di mana? Hari tu lupa pulak nak tanya. Iyalah asyik cakap pasal nak masuk rumah aje, tak de kita kenal-kenal lebih dekat kan.?” Nurul memulakan sesi temuduga. “Jasin, nanti senang-senang ikutlah akak balik ke kampung. Mak akak tinggal dengan dua orang adik perempuan, masing-masing sekolah lagi. Tahun ni seorang ambil SPM, seorang lagi ambil PMR. Akak anak sulung, yang nombor dua dah kahwin tahun lepas, yang nombor tiga pula belajar lagi di UPM. Jadi anak sulung tanggungjawab lebihlah sikit, dahlah kami ni semua perempuan.” “Kak Aisyah orang Melaka rupanya, emak saya baru aje berpindah ke Alor Gajah tapi itulah, saya tak tahu langsung tempat-tempat di Melaka tu. Dari kecil sampai besar tinggal di Kuala Selangor, bila sambung belajar dah tinggal sendiri pula. Nanti kalau ke Melaka memang Kak Aisyah kena jadi pemandu pelancong kitalah kan Eliza?”. “Haah lah Kak Aisyah, saya ni pun pernah sekali aje ikut Nurul ke Melaka. Samalah juga dari kecil sampai besar tinggal di Kuala Selangor tu. Ni pun kalau tak ditinggalkan dek laki takdelah agaknya saya keluar dari kampung tu.” Selamba Eliza menokok, tapi Aisyah dan Nurul pula yang tak sedap nak duduk. Alahai mak buyung ni..berangin tak habis-habis. “ Eh Kak Aisyah nak solat Asar dululah, macam nak habis waktu aje. Akak masuk bilik yang tepi ni ya?” Aisyah bijak menukar suasana. Bimbang waktu-waktu mesra begini ada pula banjir satu Malaya, lebih baik mengundur diri buat sementara. “Ya Kak Aisyah, kalau nak pakai telekung saya dulu pun pakailah.” Eliza menyahut dengan mood yang masih selamba. Nurul merenung Eliza dengan mata bagai nak terkeluar. “Dia dah tau keadaan aku kan?” Eliza bersuara perlahan tetapi jelas. “Aku minta maaf, sikit pun aku tak ada niat nak memburuk-burukkan kau apa lagi bercerita untuk mengaibkan kau. Tapi memang aku terangkan keadaan engkau sekarang, supaya tak timbul salah faham.” “Nurul, tak ada apa yang kau perlu minta maaf pun. Betullah apa yang kau buat tu, supaya tak timbul syak wasangka, aku tak marah pun. Aku tau kau sentiasa buat yang terbaik untuk aku. Apa saja yang kau buat sikit pun tak ambil hati, apa lagi nak marah. Jadi kau jangan rasa serba salah pula.” “Kau memang baik Eliza, aku pun sangat menghargai kawan seperti kau, terima kasih sangat-sangat sebab jadi kawan baik aku.” “Aku yang patut berterima kasih pada kau Nurul, aku yang banyak susahkan kau. Dalam keadaan aku sekarang ni engkau kan yang banyak tolong aku.? Sepatutnya kau tinggal di kampus supaya kau senang nak ke kuliah, ini tidak. Kau pilih untuk tinggal di sini dengan aku.” Dua sahabat dah bertukar mood sedih, boleh pulak petang-petang begini layan drama bilamana dua-dua dah kesat airmata. Aisyah yang memasang telinga di balik dinding turut sama terasa hiba, rupa-rupanya persahabatan dua-dua teman barunya itu bukan ikatan sehari dua, tapi teman sejati yang sudah lama kenal hati budi. Semoga aku pun diterima sebagai teman sejati juga, doa Aisyah di dalam hati. SHAHRUL HARRIEZ mematikan enjin kereta dalam melangkah lambat-lambat menuju ke muka pintu. Malas sungguh nak menjejakkan kaki ke vila mewah ini. Kalau tidak kerana ini hari ulang tahun mummy, tak kuasa rasanya nak balik ke rumah kedua orang tuanya. Majlis hari jadi mummy ini nampaknya begitu meriah, cuma Shahrul Harriez yang tak begitu berkenan dengan sambutannya. Tak tahu kenapa hatinya langsung tak teringin nak berpesta, malah terasa jijik pula bila perempuan-perempuan tua kawan-kawan mummy meliuk-lentok macam sotong kena rebus itu menegurnya. Aduhai makcik-makcik, kalau kat kampung umur baya-baya ini semuanya berkain batik dengan berbaju kurung kedah. Pakai bedak sejuk dengan kepala dilitupi selendang atau tudung. Tapi yang di depan mata sekarang ni? Tak kuasa nak difikirkan, selagi boleh Shahrul Harriez tak mahu memandang. Terjengah-jengah dia mencari kelibat mummy, tentu tengah sibuk melayan tetamu agaknya. ‘Huh, mana mummy ni, cepat jumpa cepat jugalah aku boleh angkat kaki’. Shahrul Harriez mendengus kecil. Dari jauh dia terpandang kelibat daddy bersama rakan perniagaan. Daddy, kalau sehari tak bercerita pasal juta-juta memang tak sah, jadi memang sesuai sangatlah dengan rakan-rakannya yang sentiasa bercerita pasal projek mega atau projek gergasi. Kerana tak sebulu dengan daddy, Shahrul Harriez lebih suka bekerja makan gaji. Kerana tak mahu mengikut kata daddy supaya dia menceburi bidang korporat maka hubungannya dengan daddy jadi suam-suam kuku. Malas untuk mencari mummy yang entah di mana, Shahrul Harriez mengambil segelas air buah dan dibawa ke meja sudut. Malas juga nak bercampur gaul dengan tetamu yang datang, semua tu bukan urusannya. Apa ada dalam fikirannya, cuma mahu lekas menyerahkan hadiah buat mummy, nanti kalau tak ada hadiah langsung lagilah berkecil hati. Lepas bagi hadiah ni nanti sudah dirangka di dalam kepala, Taman Chempaka menjadi destinasi, tak dapat jumpa Eliza, dapat tengok bumbung rumah pun jadilah. “Riez, bila sampai? Laa duduk di sini pulak. Mummy dan daddy tengah sibuk kat sana. Dah makan ke?” Engku Faridah menunjukkan kemesraan yang tak ada tolok bandingnya. Tangan mummy diraih dan salam seperti biasa, tetapi Shahrul Harriez tak ada niat untuk menjawab segala pertanyaan. Sekadar mengambil hati, hadiah dalam bungkusan kecil dihukurkan. “Happy birthday mummy. Semoga Allah bukakan pintu hati mummy untuk melihat yang mana baik dan buruk.” Doa Shahrul Harriez jelas kedengaran di telinga Engku Faridah. Terpempan seketika mendengar doa sianak, tapi Engku Faridah lekas-lekas menyembunyikan rasa terkejutnya. “Riez, mari mummy kenalkan dengan tetamu lain. Dari tadi diorang tunggu nak jumpa Riez. Ingat lagi tak Amanda anak Datin Julie? Alah yang dulu pernah datang melawat Riez di UK? Amanda sekarang bertambah cantik tau, mari mummy bawa Riez jumpa Amanda dan Datin Julie.” “Mummy, tak payahlah. Riez pun tak boleh lama ni, dah ada temu janji. Lain kalilah jumpa ya.” Bohong terpaksa untuk melepaskan diri takkan tak boleh, ni kalau dah jumpa memang susahlah nak keluar dari rumah nanti. “Alah Riez ni, mereka tukan tetamu kita. Dah lama tau tunggu Riez tak datang-datang, ni boleh pulak Riez mengelak tak mahu juma. Malulah mummy macam ni.” Engku Faridah memujuk. Belum pun sempat Shahrul Harriez menangkis alasan mummy, terdengar suara nyaring menjerit namanya. “Rieezzzz….Kat sini rupanya you. Auntie kenapa Riez sembunyi kat sini?”. Amanda dengan dengan liuk lentoknya menuju ke arah mereka berdiri. Nampaknya Shahrul Harriez dah tak boleh nak selamatkan diri dah. Datin Julie yang terkedek-kedek mengikuti dari belakang sambil tersenyum lebar menuruti jejak anaknya.Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling Amanda merapati Shahrul Harriez sambil terus memeluknya. Kus semangat, memang Shahrul Harriez tergamam, budak ni berani betul. Depan mummy dan Datin Julie pun selamba nak peluk aku, siap cium pipi lagi, yaikks..! Spontan Shahrul Harriez menolak tubuh Amanda, serta-merta darah menyirap naik kemukanya, terasa dimalukan walaupun terang-terang Amanda yang bertindak luar batasan. “Alah Riez, you ni sombong pulak ya? You dah lupa I ke?” Amanda seakan merajuk tapi masih dengan tak malunya memeluk lengan Shahrul Harriez dengan kuat. Mahu saja Shahrul Harriez merentap tangannya dan berlalu dari situ, mengenangkan Engku Faridah yang memandang seolah-olah mahu dia meminta dia menjaga airmukanya, Shahrul Harriez cuma mengetap bibir, tak kuasa nak menjawab pertanyaan Amanda. Kalau tidak kerana mummy memang Shahrul Harriez rasa nak tolak perempuan ngada-ngada ni biar jatuh masuk kolam renang, biar dia menangis meraung-raung sekali pun Shahrul Harriiez tak mau peduli. “Riez, you makan apa, jom lah temankan I makan pulak, dari tadi I tak makan sebab tunggu you tau.” Shahrul Harriez tetap mengeraskan badan, Amanda yang menarik-narik lengannya minta diberi perhatian langsung tak dipeduli. “Hai Riez, takkan masam macam tu jee muka, dah tak kenal Auntie lagi ke?” Datin Julie pula bersuara. “Riez sekarang makin handsome lah, betul ke Auntie dengar Riez dah kahwin?” Tambahnya lagi. Amanda rasa terkejut bagai disimbah air batu. “Betul ke you dah kahwin? Auntie Faridah bila Riez kahwin?” Bagai anak kecil Amanda merengek meminta kepastian, jelas kecewa bila Datin Julie bertanya kebenaran Shahrul Harriez sudah berkahwin. Shahrul Harriez pulak rasa macam baru dikejut dari tidur, tiba-tiba tersenyum riang. “Betul Auntie, saya memang dah kahwin apa Auntie tak tahu lagi ke? Itulah mummy ni, Riez dah cakap kita patut buat majlis besar-besaran dulu, tapi mummy ni berkira sangat Auntie. Tapi tak apalah, Riez pun dah selamat jadi suami orang, terima kasihlah kerana bertanya Auntie.” Shahrul Harriez akhirnya berjaya meleraikan pelukan Amanda. Kesempatan yang tak perlu ditunggu lebih lama, Shahrul Harriez melajukan langkahnya keluar dari rumah ibubapanya. Daddy yang melambai dari jauh pun cuma dibalas dengan anggukkan sahaja, sorrrylah daddy esok-esok Riez datang lagi. Buat masa ni Riez mesti pergi dulu. Tak tahan. Sempat Shahrul Harriez mendengar Amanda terjerit-jerit memanggil, tapi dia buat tak peduli. Mummy yang pandai-pandai menjemput, biarlah mummy yang uruskan. Deruman kereta meluncur terus menuju ke destinasi utama, Taman Chempaka!. “Sekarang ni, susah betul aku nak jumpa engkau Nurul, hari Sabtu pun sibuk. Ini nasib aku baik sangatlah dapat jumpa engkau pagi-pagi begini.” Eliza meluahkan rasa kecewanya. “Ala, sorrylah kawan baikku yang manja macam tuan puteri. Minggu depan aku mula cuti dua bulan lebih, masa tu aku akan layan kau macam permaisuri. Lagi pun Kak Aisyah kan sekarang dah ada temankan kau. Cikgu macam dia tu, pukul empat petang dah ada di rumah, mana ada kau sunyi sangat.” Nurul cuba menenangkan perasaan Eliza, memang betul pun semenjak sebulan dua ni timbunan kerja-kerja dan tugasan menuntut setiap ruang waktu. Usahkan nak beri perhatian pada Eliza, diri sendiri pun tak berapa terurus. “Nurul, ada benda yang aku nak cakap pada kau ni. Dah berapa hari aku nak cakap tapi kau selalu tak ada masa aje.” Separuh merajuk bunyi suara Eliza. “Penting sangat ke? Kenapa kau tak paksa aku dengar?” Nurul menaruh minat. “Aku rasa dia dah tau lah..” “Dia? Tahu? Tahu apa?” Nurul kebingungan. “Dialah, sapa lagi. Aku rasa dia dah tau yang kita tinggal di sini.” Eliza mula menegangkan suara. Kadang-kadang Nurul ni bijak macam ahli nujum, tapi kalau kena masa slow nya, susah betul nak faham. Tapi nak buat macam mana, Nurul masih buat muka blur. “Cuba kau cakap tak payah belok kanan kiri, siapa dan tahu apa.?” Nurul dah mula rasa tak sabar. “Laki akulah.!” Eliza merengus kasar, geram pulak rasanya. “Errr.. maksud kau?” Lah tak faham lagi rupanya?. “Dah seminggu dia ulang-alik depan rumah kita ni. Dua hari lepas siap berdiri depan pagar, bagi salam tapi aku tak keluar. Sudahnya abang Malik jiran kita ni yang keluar.” “Hah..? betul ke ni?” terbeliak mata Nurul yang sepet tu, eleh tak besar mana pun, nampak comel aje. “Betullah, tak kan aku nak tipu pulak. Nasib baik abang Malik buat pura-pura tak kenal kita, agaknya abang Malik tu risau kalau-kalau orang jahat ke yang datang. Itulah, dalam pada miang-miang abang Malik tu, mahu juga dia cover line . Aku rasa nak minta maaf aje kat abang Malik tu sebab hari tu aku tuduh dia mengintai kita.” “Amboi, banyak betul info yang aku tak tahu ni. Daripada abang Harriez yang mencari kau di rumah ni, sampailah pasal abang Malik yang mengintai. Apa lagi yang aku tak tahu?” “Alah lain-lain tu semua tak penting ni yang aku nak tahu macam mana abang Harriez boleh sampai depan rumah kita?”. Eliza kembali memuncung bila Nurul tergelak-gelak kecil mendengar rungutannya. “Eh kau ni macam tak serius aje, aku tengah risau tau tak?.” Sambung Eliza lagi. Iyalah, orang tengah susah hati Nurul ni boleh ketawa pula. “Tak sangka, dlam banyak-banyak masalah, Shahrul Harriez jugak dicarta teratas.” Nurul cuba membuat jenaka, tetapi wajah Eliza dah bertukar menjadi keruh macam teh tarik tak cukup susu. “Eliza, kalau kau tak mahu terus risau, tak mahu terus susah hati, kenapa tak bersemuka aje dengan suami kau tu? Apa saja yang kau rasa, hah luahkan. Kalau rasa nak marah, masa tu kau marah dia puas-puas, jerit kat telinga dia kuat-kuat cakap kau marah kat dia. Lagi best kalau tumbuk-tumbuk dia, tampar ke cubit ke, haa belasah dia cukup-cukup. Kasi peluang kat diri kau untuk maki hamun sepuas hati. Lepas tu kau pulak dengar apa dia nak kata, tapi kalau kau pukul dia lepas tu dia balas balik susahlah.” Idea Nurul yang berapa betul ni buat Eliza rasa nak cekik aje kawan baik ni. Eliza membatukan diri sambil menundukkan muka memandang lantai. “Aku tak berani nak jumpa dialah, masa dia lalu pun aku sembunyi balik langsir.” Mengakui apa yang dia lakukan sepanjang minggu ini amatlah memalukan, mesti Nurul ketawakan dia nanti. Tapi rupanya Nurul tak tercuit sikit pun, malah Nurul tiba-tiba jadi serius juga. “Kau ingat dengan mengurung diri, tak nak jumpa dan menyorok balik langsir ni boleh selesaikan keadaan? Dibuatnya masa aku dan Kak Aisyah tak ada, masa tulah dia datang dan culik kau bawa lari kan aku juga yang susah? Lagi satu, engkau memanglah berkurung aje dalam rumah, habis aku yang keluar masuk hari-hari berjalan ke stesen LRT ni kau fikir abang Harriez tak kan terjumpa? Cuba kau bagi tahu aku, apa yang aku patut jawab kalau dia tanya kat mana aku sorokkan isteri dia?” “Errr.. aku..” Eliza kehilangan kata-kata. “Apa kau fikir dengan menyorok dalam rumah ni akan buat abang Harriez bosan mencari kau? Lepas tu dia pun akan lupakan kau macam itu aje? Ni perut yang makin besar ni, tak lama lagi zuriat abang Harriez akan keluar tengok dunia. Masa tu kau nak kurung budak tu jugak tak mahu keluar rumah.? Sampai bila? Eliza, cubalah fikir dan kali ini cari kekuatan untuk kau berdepan dengan dia. Tak guna kau bersembunyi, kalau betul kau marah atau benci bagi tahu dia, apa yang buat kau marah dan benci pada dia. Lepas tu tolonglah bagi peluang pada dia, sekurang-kurangnya kau bagi dia peluang bercakap.” Panjang lebar Nurul berhujah, dan seperti biasa Eliza akan termenung panjang dengan leteran Nurul. “Nurul, kan aku dah kata aku tak mahu dia tahu aku mengandung.” “Apa masalahnya kalau dia tahu kau mangandung? Kau tak mahu dituduh gilakan harta dengan mengaku ini anakknya, tapi mana kau tahu yang dia suka atau tidak kau mengandungkan zuriatnya? Kau belum bagi peluang pun untuk dia tahu, ini dah pandai-pandai membuat telahan sendiri.” Makin lantang Nurul bercakap, selalunya Nurul akan mengiakan apa sahaja alasan Eliza, tapi tak tahu kenapa Nurul beria-ia mahu Eliza bersemuka pula. Eliza jadi bingung. “Jadi kau sarankan aku berjumpa dengan dia?” Eliza memberanikan diri bertanya, tahu sangat memang itulah yang Nurul cadangkan. “Iyalah apa lagi? Aku tak mahu kau menyorok balik langsir tu lagi kalau abang Harriez datang ke rumah ni bila kami tak ada di rumah. Ajak dia masuk, kalau kena cekup pun sijil nikah masih ada dalam simpanan kau kan? Apa nak ditakutkan, bukannya kau tak kenal suami sendiri. Terus terang, kalau abang Harriez terjumpa aku dan minta nak cari kau, aku tak teragak-agak nak bagi kunci pendua rumah ni kat dia.” Walaupun Nurul sekadar mengacah, tapi Eliza nampak macam risau juga. Gila, dibuatnya abang Harriez masuk rumah ni tiba-tiba macam mana? Nurul tak mahu berterus terang dengan Eliza bahawasanya Shahrul Harriez telah menunggunya di stesen LRT awal-awal pagi semalam. Memang Nurul tak boleh nak mengelak lagi bila Shahrul Harriez berdiri tercegat di depan pintu masuk ke stesen. Sudahnya dia dihantar oleh Shahrul Harriez sampai ke UM kerana Shahrul Harriez nak korek segala rahsia. Bersusah payah dia cuba mengelak dari diasak pelbagai soalan, bimbang juga nanti dituduh keterlaluan oleh Eliza. Walau macam mana sekali pun, Nurul tetap mahu menjaga privasi kawan baiknya itu. Tak henti-henti Nurul berdoa di dalam hati agar dia tak terlepas cakap banyak sangat informasi pasal Eliza. Perkara yang betul-betul penting, biarlah Eliza putuskan sendiri. Sekadar bertanya khabar Eliza, Nurul terus terang mengatakan Eliza tak berapa sihat. Kerana itulah Eliza banyak menghabis masa di rumah sahaja. Cukuplah dia memberi alasan Eliza berkeadaan begitu kerana tertekan dengan peristiwa yang berlaku antara mereka suami isteri. Syukurlah Nurul langsung tak tersilap cakap pasal Eliza dan kandungannya walaupun Nurul hampir terjerat bila Shahrul Harriez bertanyakan klinik manakah yang selalu dilawati kalau Eliza sakit. Nasib baik Nurul cuma terlepas cakap ‘hospital Pantai’ kalau tersebut gynae siap dengan nama doktor sekali, memang harus Nurul jahit mulutnya sendiri. Pasal kesihatan dan Eliza, Nurul memang berhati-hati dan boleh diberi empat bintang setengah, kandungan Eliza memang belum diketahui oleh Shahrul Harriez lagi. Cerita pasal bagaimana mulanya mereka berdua boleh menyewa di rumah tu sehinggalah dengan bertambahnya rakan rumah yang baru memang Nurul cerita langsung tak ada brek. Shahrul Harriez nak tahu segala-galanya pasal Eliza, biarlah. Biarlah dia rasa isterinya selamat bila dikelilingin oleh orang-orang berhati mulia sepertinya, seperti kak Aisyah. Sedar tak sedar hampir ke tengah hari Nurul berbual dengan Shahrul Harriez, dua kuliah pagi itu dengan tak sengaja Nurul dah ponteng, nasib baik bukan hari ujian. Sempat juga Shahrul Harriez juga menelefon pejabatnya dan mengambil cuti kecemasan, semuanya kerana nak mendapat kan cerita dari Nurul. “Nurul, aku .. aku betul-betul tak tahu apa sebenarnya aku nak buat kalau berhadapan dengan dia.” Eliza sudah menangis teresak-esak. Nurul yang rupanya mengelamun baru tersedar bila terdengar Eliza menangis. Lantas bahu teman yang bersedih itu digosok perlahan. “Aku faham, kau tentu kelirukan? Tak apalah, bukannya kau mesti jumpa dia hari ini. Esok-esok bila kau dah tenang sikit, buatlah keputusan yang bijak.” Nurul memujuk perlahan sambil menarik nafas ketat. Alamak abang Riez, sorrylah tak berjaya pujuk perempuan hati batu ni... Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 9
Wednesday, June 8, 2011 | 10:32 PM | 7 star
Pagi-pagi lagi Shahrul Harriez dah duduk di meja makan, setiap langkah Mak Long diperhatikan sampaikan Mak Long naik rimas. Puas ditanya kenapa Shahrul Harriez awal-awal pagi lagi dah masuk ke dapur, apa dia nak ambil tugas Mak Long sediakan sarapankah? Tapi Shahrul Harriez tetap diam dan senyum aje sambil perati Mak Long, sudahnya Mak Long pun kata, suka hati kamulah. Siap nasi goreng terhidang di atas meja dan disendukkan kepinggan pun Shahrul Harriez masih belum buka mulut. Tekun membiarkan Mak Long duduk dengan selesa untuk mengadap rezeki. “Apa kamu nak aku suapkan kemulut pulak ke?” Jerkah Mak Long dengan tiba-tiba, rimas bila sedari awal diperhatikan oleh Shahrul Harriez. “Mak Long, makanlah dulu. Nanti saya makanlah”. “Habis tu yang kamu pandang aku dari tadi kenapa? Apa yang kamu nak sebenarnya?” “ Mak Long, lepas makan nanti saya cakaplah.” Shahrul Harriez cuba memujuk, takut-takut kalau Mak Long betul-betul suapkan nasi goreng ke mulut, dibuatnya disuap sekali dengan pinggan sudu tak ke naya.Angin Mak Long ni pun kadang-kadang bukan boleh dibaca. “Baik kamu cakap sekarang, aku tak senang nak makanlah kalau kamu asyik perhatikan aku sambil senyum-senyum macam tu. Kamu ni sakit ke apa?” “Iyalah, memang saya ada benda nak cakap, tapi biarkan Mak Long makan dulu. Kesian nasi goreng tu dibiarkan, apa kata Mak Long makan dulu.” “ Hmm. Kamu pun makanlah juga, jangan dipandang aje.” Jawab Mak Long sambil memulakan suapan demi suapan. Shahrul Harriez hanya menurut dan menyuap makanan kemulut perlahan-lahan. Sejak dari awal pagi sudah merancang untuk meminta pertolongan Mak Long, sebab tulah kena pandai-pandai cari mood Mak Long ni. Silap cakap nanti mau mengamuk Mak Long dibuatnya. “Mak Long, Riez betul-betul nak cari Eliza. Mak Long boleh tolong tak?” Penuh sopan-santun Shahrul Harriez memulakan kata, seusai menghabiskan sarapan. “Apa pula tak bolehnya, dah memang Mak Long sendiri pun nak sangat jumpa Eliza. Tak pernah Mak Long berjauhan selama ni. Cakaplah, Riez nak Mak Long tolong apa?” “Boleh tak kita pergi jumpa makcik yang datang semalam tu? Itu emak kawan baik Eliza kan?” “Oooh… Zaleha.. Mak Cik Leha tu emak Nurul tu ke yang kamu nak jumpa? “Kawan Eliza tu namanya Nurul ye Mak Long?” Shahrul Harriez mengutip satu persatu maklumat yang berkait dengan Eliza. “Mak Cik Leha tu balik ke kampung ni sekejap aje, agaknya dah balik ke Melaka dah pun. Kenapa semalam kamu tak tanya aje terus? Bertangguh-tangguh, sudahnya kamu jugak yang rugi.” Mak Long bersuara sebal. Sebenarnya, dia pun tak terfikir nak bertanya lebih lanjut semalam, tak sangka pulak Shahrul Harriez berniat nak bertanya macam-macam.Lain kali cakap biar terang, sekarang kan dah melepas. Shahrul Harriez terdiam, kecewa benar bila hajat tak kesampaian. Tapi mana boleh putus asa selagi hajat tak tercapai? Segara idea bling bling berlegar dikepala. “Nombor telefon Mak Cik Leha tu ada Mak Long?”. “Ada, alamat rumah Mak Cik Leha di Melaka tu pun ada ditinggalkannya jugak.” Mak Long bersuara sambil menghulurkan cebisan kertas yang diselit pada lapik meja makan. Iskk.. Mak Long ni maklumat macam ni punya berharga boleh dia selit macam tu aje, pantas Shahrul Harriez menyambut. Nombor telefon Mak Cik Leha pun jadilah, ini pun dah seribu rahmat tau. Kalaulah dari tadi dia tau yang nombor telefon dan alamat Mak Cik Leha cuma diselitkan bawah lapik meja, tak payah nak tunggu macam ni punya lama. “Saya minta diri dululah Mak Long, ada kerja sikit.” Bukan main teruja lagi rasanya, terus aje Shahrul Harriez minta diri. “Iyalah, nanti senang-senang datanglah lagi. Kalau kamu ada berita pasal Eliza bagitaulah Mak Long jugak. “Baik Mak Long, terima kasih banyak-banyak.” Shahrul Harriez tak boleh tunggu lama lagi, misi harus dijalankan segera. (Tak tau apa pasal aku nak tulis ni tapi aku rasa.. bukan Shahrul aje yg tak sabar nak jumpa Eliza.. pembaca sumer pun dah tak sabar jugak kan..?ehhehehehe gelak jahat ) Enjin kereta dihidupkan walaupun sebenarnya jari ni dah gatal sangat nak mendail nombor Mak Cik Leha, mahu dituju ke rumah Mak Tok, malas pulak rasanya dah tentu Mak Tok akan meleter pasal Eliza. Sampai di jalan besar, kereta dihala menuju ke Kuala Lumpur. Bukannya kerana nak balik ke rumah, jumpa mummy pun sama juga telahannya, berleter itu ini. Ear phone disumbat ketelinga dan nombor Mak Cik Leha didail. Cepat aje talian disambungkan. “Assalamualaikum, boleh cakap dengan Mak Cik Leha.” “Waalaikumsalam, mak tak ada pergi pasar. Siapa ni?” Suara macam budak-budak aje. “ Ooh… ni Abang Riez, panggil dari Kuala Selangor”. Sengaja memperkenalkan diri macam orang kampung. “Ini abang yang cucu Mak Tok tu ya..?” Aik.. glamour nya aku? Sampai budak ni pun boleh kenal. “Iya… adik ni siapa nama?” Buat- baik ajelah, mana tau boleh mendatangkan hasil. “Saya Hanim, adik kak Nurul.” Yes.. yes.. Shahrul Harriez dah tersenyum lebar. “Ooh Hanim, hm. Hanim sekolah lagi ke?” “ Tingkatan tiga, kenapa abang nak cari mak?”. Ahh.. agaknya budak ni ingat aku nak ngorat dia ke? Suara macam dah cuak aje. Isk.. iskk.. “ Abang nak tanya nombor telefon kak Nurul, Hanim tau tak? ”. “ Ada, alamat rumahnya pun ada sekali saya simpan, hari tu Kak Nurul kasi sebab suruh poskan surat dia. Nanti saya sms kat nombor abang ni ya.? ” Aduh.. pucuk dicita ulam mendatang, rasa bagai nak melompat keluar dari kereta dibuatnya. “Ok dik, sms cepat ya, abang tunggu. Terima kasih banyak-banyak, nanti kirim salam kat Mak Cik Leha ya. Assalamualaikum.” Talian dimatikan dengan senyuman melerat tak mati-mati lagi. Tak sampai seminit telefon bergegar menandakan isyarat mesej masuk. Sekilas maklumat dijeling, alamat yang tertera dibaca laju. No: 7 Lorong 3 Taman Chempaka, Pandah Indah. Tak susah langsung nak ingat, terus masuk dan disimpan kemas dalam kotak memori. Pedal minyak kereta ditekan rapat, laju yang langsung tak terasa dek perasaan yang dibuai gembira. Andai aku pandai menyanyi. Tua muda miskin dan kaya.. Tentu suasana gembira, mendengar suara merdu bagai buluh perindu.. banyak orang rindu.. oohh.ohh..ooh... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Eliza tertinjau-tinjau memandang keluar tingkap bilik. Sejak dua tiga hari lepas memang dia pasti kereta yang sama melintas di depan pagar rumahnya berkali-kali. ‘BMW 3 series tu macam pernah tengok, rasa-rasanya macam.. tak mungkin. Tak mungkin dia, bukankah dia ke Dubai? Tapi mana tau kalau dia balik bercutikan? Aduh susahlah macam ni. Entah-entah dia dah tau kot aku tinggal kat sini.’ Pelbagai andaian berlegar-legar dikepala. Semenjak Eliza perasan kereta biru itu berulang-ulang kali melintasi pagar rumahnya, tak pernah sekali pun dia cuba menjengukkan muka. Habis semua pintu dan tingkap di tutup rapat sehinggakan pagar pun dirantai mengalahkan rumah kena sita. Nurul pada awalnya tak berapa kisah, tapi bila Eliza beria-ia memesan supaya mengunci dan merantai pagar rumah, dia dah mula pelik. Tak kan sebab mengandung Eliza boleh suruh buat benda pelik kut, takat nak makan pelik-pelik tu biasalah. Eliza macam biasa buat muka seposen, alasan tak mahu ada salesman ketuk pintu rumah. Oklah kalau sebab keselamatan, usahkan ikat pagar dengan rantai, tambat dua ekor singa pun tak apa. Masuk kali ni, dah empat kali kereta tu lalu. Selalunya kereta tu akan perlahankan kelajuaan tapi tak pernah pulak berhenti. Nak intai pemandunya pun, cermin berwarna gelap itu lansung tak kasi peluang untuk Eliza mengecam siapa. Rasa nak aja telefon polis, tapi kalau orang itu adalah... tak ke kesian nanti dia? Tak pasal-pasal buat hal kat balai. Lagi pun Eliza tak mau dia tahu yang sebenarnya Eliza betul-betul tinggal si disin. Biarlah dia nak ulang-alik sampai kering minyak kereta pun, lantaklah. Biarkan dia bosan, biarkan lenguh leher orang tu nak memandang, nama dia nak buka pintu atau menjenguk ke tingkap tak adalah. Serta-merta Eliza teringatkan Nurul, manalah tau kalau-kalau kereta tu lalu lagi waktu Nurul ada di rumah, ntah-ntah Nurul akan pelawa dia masuk ke rumah pulak. Iskkh.. tak boleh jadi ni, dengan segera nombor telefon Nurul didail tapi panggilan masuk ke peti simpanan suara, alah tengah ada kelaslah tu. Eliza melepaskan nafas mengeluh, sambil duduk di tepi tingkap mengintai dibalik kaca yang dibuka sedikit. Langir dikuak sedikit untuk memberi pandangan, eh kereta tu betul-betul berhanti depan rumah dah. Cepat Eliza menarik langsir dan meloloskan diri ke atas tilam. Mintak-mintak janganlah orang tu perasan.! SHAHRUL HARRIEZ masih berdiri di depan pagar rumah yang berkunci dan berantai kemas, huh macam nak tambat kapal. Dah masuk hari ketiga tak sebarang kelibat manusia pun yang tinggal di rumah ni. Alamatnya dah betul dah, tapi kenapa nampak macam rumah kosong aje. Puas dia ulang-alik dengan kereta, hah sekarang dia memberanikan diri pulak berdiri depan pagar. Harap-harap adalah orang di rumah. “Assalamualaikum... Assalamualaikum..” Shahrul Harriez memberi salam. Seminit dua masa berjalan masih tak ada jawapan. “Assalamualaikum...” Kali ni lebih lantang, kalau launkan azan memang boleh dengar seluruh kariah Taman Chempaka ni. “Waaalaikumsalam..Encik ni cari orang sebelah ni ka..?” Tiba-tiba muncul seorang lelaki jiran di sebelah rumah. Hai.. lain yang ditunggu lain pulak yang keluar, tulah jerit macam tu punya kuat agaknya dah ganggu ketenteraman orang lain kot. “Minta maaf laa encik, saya cari orang yang tinggal kat sini, nama saya Shahrul”. Pantas Shahrul Harriez menghulurkan salam, bimbang nanti tersalah anggap. Manalah tau jiran ni terlebih perihatin, tak pasal-pasal pulak lebam biji mata. “ Saya Malik, kalau Encik Shahrul cari orang sebelah ni, saya pun tak berapa kenal, isteri saya kenallah kut, maklumlah masing-masing bekerja. Kebetulan hari ni saya ada di rumah.” “Encik Malik tau tak sapa yang tinggal kat rumah ni? Sebab alamat yang saya ada ni sepatutnya alamat rumah sepupu saya.” Minta maaflah Encik Malik, terpaksa bohong. Takkan nak kata ni rumah isteri saya, karang Encik Malik suruh pecakkan aje pulak pintu ni. “Kalau tak salah memang perempuan tinggal kat rumah ni, entah seorang ke berdua. Sorang tu adalah selalu nampak awal pagi keluar ambil LRT, tapi ada satu lagi tu jarang nampak. Tak tau dia memang duduk sini atau tidak. Itulah, memang isteri saya je la yang tau. Kalau saya ambil tau memang cari nahas lah jawabnya.” Encik Malik tertawa kecil. Memang pun, kalau kau beria ambil tau pasal isteri aku, sekarang jugak kau merasa penumbuk aku Encik Malik ooi.. “Kalau macam tu, betullah kut ni rumah sepupu saya. Tapi kalau dah keluar awal pagi memanglah saya tak sempat jumpa. Terima kasih banyaklah Encik Malik, tengoklah petang-petang nanti atau hujung minggu saya datang lagi.” Shahrul Harriez menghulur tangan untuk bersalam dan meminta diri. Malik hanya memandang sambil tersenyum-senyum, ‘suka hati hanglah nak mai bila, aku peduli apa? Asalkan mamat ni tak cari Eliza yang cun tu sudahlah.’ Sengaja Malik tak mahu bercerita panjang perihal jiran sebelah rumahnya tu. Manalah tau kut-kut orang jahat, suka-suka nak mengaku sepupu. Shahrul Harriez melangkah masuk ke dalam kereta dan berlalu pergi dengan perlahan. Huh Malik tu senyum-senyum macam sorokkan sesuatu dari aku aje, kalau aku tau dia cuba kacau Eliza siaplah. Sempat dia menoleh ke tingkap sebelah kiri rumah itu, walaupun rumah berkunci rapat tapi dia pasti ada sesuatu yang mengintai dicelah langsir tingkap. Memang Shahrul Harriez dah perasan ada sesuatu. Sepantas itu juga Shahrul Harriez perasan ada kelibat yang melintas dibalik tabir. Nalurinya kuat mengatakan itu Eliza, sambil tersenyum Shahrul Harriez berlalu pergi. Labels: Jangan Ada Benci |