
![]() |
Jangan Ada Benci 17
Sunday, July 17, 2011 | 9:52 PM | 21 star
SHAHRUL HARRIEZ BERSIUL girang sambil menuruni tangga rumahnya. Kondominum mewahnya sempat dikemaskan serba sedikit, alah bukan berkemas pun setakat membuang sampah sarap yang melimpahi bakul sampah. Itu pun atas ehsan pertolongan dari Adam walau pun temannya itu baru aje keluar hospital tapi bila Shahrul Harriez kata nak ambil Eliza balik ke rumah, dengan senang hati Adam tolong jadi ‘bibik’.Kunci dan dompet dicapai sambil dia memakai topi besbol di kepala, tampak lebih santai dikenakan dengan jeans dan t-shirt berkolar. Semenjak tidak bekerja ni memang rambutnya dah panjang menutupi tengkuk, kalau dulu tak pernah dia bermisai tapi sekarang mukanya dah semak dengan janggut. Tadi pun Adam sempat menegurnya sebab dia dah nampak serabai, tapi senang aje dia jawab, dulu-dulu masa study cam ni laa gaya dia. Ramai jugak awek yang sangkut, ni kalau jumpa Eliza dengan keadaan macam ni, mesti Eliza boleh jatuh cinta kali kedua. Bila Shahrul Harriez dah masuk lif tekan sendiri, Adam tak kuasa nak layan, biarlah. Muka dia, tak handsome pun lagi bagus, nanti senanglah Adam nak tackle Aisyah. Baru saja Shahrul Harriez nak mengunci pintu, panggilan dari nombor yang jarang menghubunginya menjerit kuat. Ni nombor abang Hezriq, dia balik ke Malaysiakah? “Assalamualaikum abang, apa cerita ni? Nak balik sini ke?” Shahrul Harriez bersuara mesra, rindu pada abang sulungnya. “Waalaikumsalam, abang ok je macam biasa. Tapi abang call ni sebab ada hal penting.” Serius bunyi suara abangnya di hujung talian membuatkan Shahrul Harriez berdebar. “Apa dia abang?” Shahrul Harriez tidak jadi menutup pintu, sebaliknya kembali masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan dari abangnya. “Daddy pergi Perth Riez tau tak?” Hezriq bertanya. “Tak tau, alah mana-mana daddy pergi pun bukannya Riez ambil tahu sangat. Mummy pun Riez tak tahu dia kat mana sekarang ni.” Shahrul Harriez mengakui sikap tidak prihatinnya terhadap kedua ibubapanya. “Daddy kena rompak masa keluar dari hotel sewaktu di Perth, bila dah terkejut macam tu dia kena strok.Sekarang ni masih dirawat di hospital. Keadaannya dah stabil tapi teruk jugalah, separuh badannya mati. Riez boleh datang ke sini bawa mummy?” Ringkas tetapi sungguh memeranjatkan sehingga Shahrul Harriez terduduk di sofa. “Astagfirullah..Mummy dah tau ke bang?” “Belum, abang pun tak dapat nak hubungi mummy sejak tadi. Riez tolong bawa mummy datang sini secepat mungkin ya. Tapi ada satu perkara lagi abang nak bagi tau, harap-harap Riez simpanlah jangan bagi tahu mummy pulak.” ”Apa lagi bang? Wah bunyinya macam lagi serius.” Shahrul Harriez lagi cuba menebak. “Memang serius, Daddy datang dengan someone, entah kekasih atau isteri mudanya. So, you how to handle mummy right? ” Hezriq menambah cerita sambil meminta kepastian supaya Shahrul Harriez bijak mengawal keadaan mummy nya nanti. “Hurmm.. macam tu kita jangan bagi tau pasal the other lady tulah, karang tak pasal-pasal mummy pulak yang tumbang. Ni kak Hazreen dah tau ke?” Shahrul Harriez malas nak ambil pusing pasal hubungan daddy dengan mana-mana perempuan. Baginya yang lebih penting adalah keluarga sendiri. “Dah, kak Reen dengan keluarganya akan sampai sekejap lagi, abang pun nak pergi ambil merekalah di airport. Okeylah Riez, nanti dah confirm flight bagi tahu abang. Jaga diri dan mummy elok-elok, assalamulaikum.” “Waalaikumsalam, nanti Riez call lagi.” Shahrul Harriez mematikan talian. Berita yang mengejutkan itu benar-benar membuatkan dia terpana seketika. Pada waktu itu memang fikirannya tertumpu pada cerita yang baru disampaikan oleh abangnya. Pesanan supaya dia membawa mummy ke Australia itu membuatkan dia bergegas menghubungi mummynya. Nombor mummy di dail tapi tiada jawapan. Geram betul dia dengan perangai mummynya, patutah daddy ada perempuan lain, kalau mummy sendiri tak ambil tau di mana daddy berada. Cubaan kali ketiga akhirnya membuahkan hasil bila panggilannya disambut malas oleh Engku Faridah. “Hello mummy, Riez nak jumpa mummy sekarang kat rumah.” ENTAH BERAPA LAMA perjalanan yang diambil untuk sampai ke Melaka pun Eliza tak pasti. Dalam pada dia menunggu-nunggu panggilan dari Shahrul Harriez dia sudah terlelap, tau-tau aje dah sampai. Termangu-mangu dia bila Nurul mengejutkan dia apabila tiba di laman rumah. Sebaik sahaja celik mata terus fikirannya teringat janji Shahrul Harriez yang mahu menjemputnya. Tapi kenapa dah sampai ke sini? Eliza menggosok matanya berkali-kali, telefon masih ditangannya dipandang berkali-kali, sungguh dia tidak silap dengar atau terlepas pandang. Tak ada satu pun panggilan ataupun SMS yang masuk. Betul ke tadi dia dalam perjalanan. Eliza masih tertanya-tanya. Keriuhan suara emak kak Aisyah menyambut kedatangan mereka membuatkan lamunannya terganggu. Mujurlah dia tidak sempat memberi tahu Nurul atau kak Aisyah perihal SMS dari Shahrul Harriez, hanya dia saja yang tahu dan ternanti-nanti. Cepat dia menyumbatkan telefon baru itu ke dalam beg, perihal hadiah terbaru dari Shahrul Harriez ini pun Nurul atak kak Aisyah belum tahu lagi. “Jemputah naik nak oii.. haa Chah hati-hati bawa orang baru bersalin tu naik. Baik-baik jangan sampai terjatuh..pot..pet..pot..pet” Mak cik Tijah bersuara. Eliza menguntumkan senyuman walaupun hatinya terasa sangat sedih. Layanan mak Cik Tijah yang mesra itu dilayan dengan wajah semanis yang mungkin. Mak Cik Tijah yang sudah diberitahu akan situasi Eliza oleh kak Aisyah tidak bertanya lanjut tentang latar belakang Eliza. Kedatangannya disambut dengan begitu mesra sehinggakan Eliza naik segan dibuatnya. Tilam yang siap terhampar di sudut tepi ruang tamu sudah disiapkan oleh Mak Cik Tijah, mau tak mau Eliza dipaksa membaringkan dirinya. Mak Cik Tijah kata, dah lama sangat duduk dalam kereta tu, terhentak sana sini, tak elok nanti bentan. Sudahlah dia dipaksa makan nasi berlauk ikan kering, nasi panas itu hanya berkuahkan lada hitam dicampur bawang putih. Mula-mula memang pelik, maklumlah dua tiga kali makan makanan di hospital segala sayur ayam daging Eliza sebat aje. Bila Mak Cik Tijah dah bagi senarai menu makanan selama berpantang ni, tak ada pilihan langsung. Itu gatal, ini sejuk selama empat puluh hari inilah menu utama. Nurul senyum-senyum sambil gigit paha ayam, siap jilat-jilat jari lagi. Nantilah aku habis pantang esok, seekor ayam aku nak sebat. Eliza hanya ditemankan oleh adik kak Aisyah yang begitu leka menjaga baby Edy, dengan budak tengah tidur tu pun Amani boleh ajak bersembang. Agaknya keluarga kak Aisyah ni penggemar tongkeng ayam, kalau tak tutup mata ada aje idea nak bercakap. Tapi kak Aisyah tak pulak macam Mak Cik Tijah dan Amani, elok aje tak banyak celoteh. Bosan juga bila disuruh berbaring macam ni, macamlah aku ni lumpuh atau tak ada kaki, Mak Cik Tijah dah kasi warning tadi, jangan cuba-cuba nak berjalan-jalan, baring aje sebab kejap lagi nak berurut. Sekarang ni pun Mak Cik Tijah tengah sibuk menyediakan entah apa-apa daun untuk direbus buat mandiannya petang nanti. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya yang mujur diletakkan tak jauh dari tilamnya. Seronok juga ada dua handpohone ni, satu talian untuk Nurul dan kak Aisyah, satu talian lagi hanya dari abang Harriez. Abang Harriez? Eliza teringatkan sesuatu, dia memeriksa telefon itu, masih lagi tiada panggilan masuk atau SMS. Entah-entah ada apa-apa yang tak elok terjadi tak? Tak kanlah abang sengaja nak mungkir janji? Eliza menguatkan hatinya untuk membuat panggilan, tak apalah kali ini aku buang rasa egoku. Speed dial yang tertera muka Shahrul Harriez itu ditekan, terus panggilan masuk ke peti suara. Dua kali Eliza mencuba, tapi masih tiada jawapan. Kecewa yang bukan kepalang dirasakannya membuatkan dia mematikan telefon bimbit itu dan menyumbatnya kembali ke dalam beg. ‘Abang, kenapa abang permain perasaan Eliza? Pada saat hati ini terbuka untuk menerima abang kembali, kenapa abang menghilang? Apa salah Eliza bang, apa yang Eliza buat sampai abang tipu Eliza? Berbulan abang mencuba dengan pelbagai cara, tak kan sengaja berbuat begitu? Apakah abang mahu membalas dendam kerana Eliza juga menghilangkan diri? Apakah abang sebenarnya hanya mahu menyakiti hati Eliza? Mesti abang tahu Eliza tertunggu-tunggukan abang, mesti abang gembira sebab berjaya buat Eliza merana untuk kali kedua. Abang, kenapa sakiti hati Eliza lagi? Tak cukupkah dulu abang tinggalkan Eliza, abang tak pedulikan Eliza malah abang tuduh Eliza perempuan mata duitan. Sekarang, selepas abang berpura-pura nak berbaik dengan Eliza, abang sengaja mendiamkan diri. Abang tahu Eliza mengharapkan abang, menunggu abang sebab itukah abang tak muncul-muncul. Kalau ada aral melintang, takkanlah abang tidak ingat untuk meninggalkan pesan. Ini bila Eliza cuba hubungi abang, langsung tak dapat abang. Abang memang sengajakan, sengaja nak permainkan perasaan Eliza..Abang sengaja nak Eliza merana, menderita kerana rindukan abang, cintakan abang. Kenapa abang masih nak siksa perasaan Eliza.?’ Eliza lekas-lekas menyapu airmatanya yang berlinang, bimbang kalau-kalau dilihat oleh Amani. Suara Mak Cik Tijah bersama Aisyah dan Nurul yang riuh bercerita mematikan lamunannya. Eliza harus bijak menyembunyikan perasaan sedihnya. “Wah, bukan main seronok lagi korang round keliling rumah ya, aku kat sini tinggal terlentang atas tilam tak boleh bergerak.” Sengaja Eliza dulu yang menegur rakan-rakannya, semoga kesedihannya sebentar tadi boleh dilindung. “Eh, awak tu berpantang haaa jadi jangan haraplah nak berjalan-jalan macam orang lain ye, sila baring aje atas tilam ni selama dua bulan.” Nurul pula menyakat. “Ha.. akak dah pastikan dia dapat jururawat yang terbaik, Mak Cik Tijah the pencen nurse akan pastikan dia tak pijak tanah dan berpantang sepantang-pantangnya.” Aisyah yang sudah mengangkat Edy dan meriba turut mengusik. Eliza hanya tertawa kecil, biarlah dukanya kali ini tidak dihidu oleh Nurul dan Aisyah. “Edy, nanti tinggal rumah Nenek Tijah baik-baik tau, jangan banyak ragam, jangan susahkan nenek dan mama..” Nurul mula berjeda tapi dipotong oleh Eliza. “Bukan mamalah. Mak. Aku nak anak aku panggil mak, tak de mama ke mummy ke.” Aisyah, Nurul berpandangan tetapi Amani yang mendengar terus tergelak kuat, apa lagi Aisyah dan Nurul pun turut sama gelakkan Eliza. ”Apa punya panggilan daaa...?” ”Eh, sukalah nak panggil apa pun. Panggilan mak tu memanglah nampak macam kampung, tapi dah memang asal orang kampung. Klasik apa.?” Eliza tak mahu kalah. Aisyah yang terlalu banyak ketawa mengesat pelupuk matanya, Nurul pula siap bertepuk bertampar dengan Amani. Eliza tak faham kenapa mesti diorang ketawa. Lantaklah aku nak dipanggil mak, apa salahnya. Kalau Edy nak panggil bapanya nanti pun aku nak dia panggil ayah, takde papa atau daddy. Ayah..? Bila dan macam mana anak aku boleh panggil ayahnya sendiri kalau ayahnya berjanji nak ambil kami tapi tak muncul-muncul? Sebelum kesedihannya dikesan oleh Nurul dan Aisyah, adalah lebih baik kalau dia cepat-cepat tukar topic. ”Kak Aisyah dan Nurul lama ke kat sini, korang nak balik bila?” Mesti rasa serba canggung kalau mereka berdua tak ada, apa lagi kalau kak Aisyah tak ada. ”Mana boleh lama-lama, esok kan Isnin kami ada tugas masing-masing dah. Ala nanti Mama Yun mesti rundu kat Edy lah.. ” Nurul menyahut cepat. ”Ikutkan hati memang Mama Sasa pun tak nak baliklah, sayang nak tinggalkan Edy dengan Nenek Tijah.” Kak Aisyah pulak buat muka tak cukup gula. ”Sebenarnya korang nak balik bila?” Eliza naik geram, huh masing-masing kisahkan Edy aje, habis aku? ”Kena balik petang nilah mak Eliza oiii..kan hari ni Ahad.” Nurul bersuara kuat sehingga baby Edy menggeliat dek kerana terkejut mendengar suara Nurul, tapi langsung dia tak buka mata juga. “Husshh.. cakap perlan sikitlah, nanti balik rumah kita Nurul jeritlah puas-puas, kan baby dah terkejut tu. Macam ni kena balik cepat-cepatlah, kalau Nurul dekat memang terkejut aje baby Edy ni.” Aisyah menegur, terus dia menepuk-nepuk tubu gebu sikecil Edy yang langsung tak nampak macam nak buka mata pun. “Ehehe.. sorry baby Edy, Mama Yun tarik pitching lebih sikit tadi. Iskkh kak Aisyah ni, asyik dia aje yang pegang, bak sini anak Mama Yun.” “Ahh.. jangan ngada-ngada nak pegang anak Mama Sasa, awak pegi dapur makan kuih yang mak buat tu.” Aisyah tak mau kalah juga. Mak Cik Tijah yang membahasakan dirinya mak sejak tadi turut menyampuk menjemput Nurul untuk menjamah kuih hasil tangannya. “Lija tak boleh makan kuih tu, mak campur telur. Karang luka lambat baik.” Ehh sesedap aje Mak Cik Tijah panggil Lija kat aku, dah lah tak kasi aku maka kuih dia. Nurul dan Aisyah pulak senyum-senyum kambing aje, tu tak ada lainlah, mesti nak sakat aku. Eliza mencebikkan muka. “KAU SABAR DAN banyak rehatkan diri ajelah kat sini yee, ingat sikit awak tu berpantang.” Pesan Nurul untuk kali ke enam puluh lapan. “Iyalah, aku berpantang ni.” Jawab Eliza acuh tak acuh. “Ikut pantang tau, Eliza jangan mengelat.” Tambah Aisyah pula. “Iyalah, tak mengelat.” Dah macam banduan dibuka gari pulak. “Lagi satu, aku tak mahu kau bersedih-sedih ya, Kalau teringat abang Harriez, call aje bagi alamat rumah mak ni, aku gerenti dia sampai dalam masa kurang dua jam.” Nurul mengusik. “Haah, ni pesanan serius dari akak juga, call aje Harriez tu. Tapi akak nak ingatkan yang Eliza tu masih berpantang.” Aisyah pula berpesan senyum-senyum penuh makna. Nurul pula ketawa kuat macam biasa. Diorang ni, kalau aku tak pantang pun aku tak de call abang Harriez ni dah pantang pun nak call juga? Tapi aku memang cadang nak call dia lepas dua mama perasan ni jalan!. “Hah, jalanlah korang. Nanti aku senyap-senyap aje lari ikut abang Harriez baru padan muka korang kehilangan aku. Hahahaha.” Eliza buat lawak yang macam tak berapa nak menjadi. Nurul dan Aisyah berpandangan lalu serentak bersuara.. “Alhamdulillah…!!!!!!!!” “Tak guna, korang berdua betul-betul nak aku lari rupanya.” Giliran Eliza pun menjerit. Tapi suara Mak Cik Tijah pula yang meningkah, “apa ni orang berpantang terjerit-jerit depan muka pintu.” Sergahan dari Mak Cik Tijah itu membuatkan ketiga-tiganya ketawa bersama-sama. Pelukkan demi pelukkan silih berganti sebelum Nurul dan Aisyah hilang dari pandangan mata. Memang Eliza menitiskan airmata, tapi bila kelibat kereta Aisyah hilang dari pandangan mata, makin lebat pula hujan airmatanya. Entah banyak mana stok yang tersimpan dek kerana perasaannya yang tertahan semenjak semalam. Mak Cik Tijah yang mula-mula nak keluarkan aura garang pun berfikir enam kali untuk marah Eliza guna nada A minor, sudahnya hanya mendatar sahaja suaranya apabila dia turut sedih bila memandang Eliza. Mengenangkan nasib Eliza yang tidak ditemani keluarga sendiri membuatkan Mak Cik Tijah menaruh simpati yang amat tinggi. Nampaknya Eliza bukanlah dari kalangan perempuan pernah terlanjur atau yang buruk kelakukannya. Mak Cik Tijah membuang jauh-jauh prasangka yang bersarang dihati. Semoga Tuhan berikan dia kekuatan untuk membantu Eliza yang malang , amin. SHAHRUL HARRIEZ YANG memandu dengan laju tiba diperkarangan villa mewah kediaman keluarganya. Mummy yang menunggu di ruang tamu sudah pun mengongoi bagaikan anak kecil, tentunya berita kemalangan daddy sudad sampai kepengetahunanyalah tu. Cepat Shahrul Harriez melangkah masuk dan terus mearih tangan mummy untuk disalami, tapi mummy pula memeluknya pambil meraung-raung. “Mummy, bawa bertenang. Mengucap Dummy.” Shahrul Harriez cuba menenangkan ibunya yang bagai orang hilang akal. “Daddy dah dalam keadaan stabil, mummy bawa bersabarlah. Jom kita bersiap, Riez datang ni nak bawa mummy ke sanalah tempat abang Hezriq.” Rimas pula jadinya bila mummy bertindak macam orang gila. “Daddy pergi jumpa abang Hezriq kah?” Muka mummy yang kusut masai itu dipandang penuh simpati, tak sampai hati Shahrul Harriez nak bagi tau, daddy sebenarnya pergi honeymoon dengan kekasihnya. “Iyalah agaknya mummy, daddy kan sekarang dalam jagaan abang. Sudahlah menangis tu, mummy dah siap berkemas ke?” Shahrul Harriez bertindak untuk tidak melayan cakap-cakap mummy nya yang dari tadi berceloteh tanpa dipedulikan butirannya. “Sudah, mummy dah siapdah.” Engku Faridah memuncungkan mulutnya mengarah ke sudut di tepi pintu. Tersandar dua buah beg besar menanti. “Mummy bawa apa sampai dua beg besar?” Shahrul Harriez menggeleng kepala. Dia cuma menyumbat beberapa helai pakaian yang hanya dimuatkan ke dalam satu beg kecil. “Alah mummy bawa sikit aje, barang-barang keperluan.” Engku Faridah menjawab malas. Penerbangan yang dijadualkan berlepas lewat malam itu ditempah melalui setiausaha daddy, mujurlah ada yang menguruskan kalau tidak memang Shahrul Harriez buntu juga. Menunggu dibalai berlepas, Shahrul Harriez melepaskan penat melayan kerenah mummy yang mahu berpatah balik kerumah semata-mata kerana tertinggal sesuatu. Shahrul Harriez rasa nak hantuk kepala ke tingkap kereta bila mummy menangis-nangis bagaikan yang tertinggal itu adalah passport atau beg tangannya. Bila terpandangkan yang dijinjit keluar oleh mummy adalah kotak mekapnya, Shahrul Harriez rasa nak pitam. Setengah jam sebelum pesawat berlepas, Shahrul Harriez mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek, patutlah dari tadi tak berbunyi dah habis bateri rupanya. Dia menekan-nekan kekunci telefon itu dengan bateri yang masih bersisa. Ya Tuhan..kenapa boleh terlupa? Aku sepatutnya hubungi Eliza dan bagi tau dia pasal hal kecemasan ini. Ya Allah.. habislah Eliz amerajuk lagi. Shahrul Harriez jadi menggigil, dia cuba mendail nombor Eliza, tetapi handphone yang baterinya nyawa-nyawa ikan itu terus padam meninggalkan warna kelam di screen.! Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 16
Sunday, July 10, 2011 | 8:03 PM | 12 star
Aisyah membetul-betulkan selimut bayi yang baru sahaja disusukan oleh Eliza. Kelakar betul bila pertama kali nak menyuakan susu ke mulut baby ni bila tiga-tiga kelam kabut dengar baby menjerit sekuat-kuat hati. Nurul yang paling panik sampai terlanggar meja kecil dalam wad bersalin tu, sudahnya makanan Eliza di atas meja tu habis bertabur ke lantai. Aisyah yang kononnya cool pun turut sama mengalirkan airmata bila dah lebih setengah jam baby melalak tak dapat minum susu lagi. Yang betul-betul tenang ialah Eliza, setelah dia menepuk-tepuk baby tu barulah berjaya mulutnya disumbat dan meneguk air susunya. Eliza tersandar kemas sementara Nurul sibuk membuka buku panduan nama-nama bayi. Masing-masing melayan perasan selepas penat nak menyusukan baby untuk kali pertama. Baru tahu betapa susahnya nak jaga baby, time ni lah terasa perlunya ada orang tua membantu. “Err.. Eliza, mana nama yang kau dah shortlistedkan ni? Hari ni aku dah boleh daftarkan nama baby ni tau.” Nurul masih tak lepas dari membaca buku tersebut. “Yalah, semua nama kena reject, habis nak bubuh nama apa?” Aisyah pula menambah. “Nama baby tu Adrian, sebab nanti nak panggil dia Edy. Okey tak?” Eliza akhirnya bersuara. “Adrian, sedap juga nama tu, tapi seketul tu aje? Nama emak dan ayah punyalah panjang, tetiba nama anak sepatah tu aje.” Nurul menokok. “Ye laa Eliza, err takde nama lain lagi ke yang boleh combine Akak fikir bubuhlah nama yang dekat-dekat sikit dengan nama ayah dia kut.?”Aisyah pula menambah. “Isskhh..tak maulah, dah berbulan-bulan kita bincang nama baby, tengok sampai dah keluar pun takde kata putus lagi. Akak letaklah nama apa-apa pun asalkan sedap sudahlah.” Eliza dah naik bosan bila sebut pasal nama. “ Okey, macam tu akak ada idea. Kalau Nurul setuju Eliza dah tak boleh bantah lagi. Macam mana?” Aisyah mengenyit mata pada Nurul. Sebenarnya mereka berdua memang dah berpakat. “Haah.. Eliza, kalau kitorang pilih nama kau jangan bantah lagi dah ye.?” Nurul pula bersuara. “Iyalah.. iyalah.. nama apa yang korang nak kasi ni?” Eliza menanti dengan penuh tak sabar. “Engku Adrian Harith.!” Aisyah dan Nurul bersuara serentak. Terbeliak mata Eliza mendengar. “Ehh.. tak mau lahh hujung sama dengan nama ‘orang tu’.” Eliza menolak sambil memuncungkan mulutnya. “Tak. Tak sama ejaannya lain, aku dah check surah nikah korang.” Nurul tersengeh-sengeh macam kerang busuk. “So, aku dengan kak Aisyah dah setuju. Kau tak boleh bantah ok? Kejap lagi aku pegi pejabat pendaftaran, sebelum tu aku nak check dengan nurse. Tengok bila kau boleh keluar. Tata titi tutu..” Nurul mula mengatur langkah pambil mengepit dokumen-dokumen untuk pendaftaran baby Edy, meningalkan Aisyah yang masih menemani Eliza. “Wah baby dah ada nama sekarang, Engku Adrian Harith, ni Mama Sasa..” Aisyah berbual dengan bayi yang tidur lena itu. Tergelak Eliza mendengarnya, “apa kak Aisyah? Mama Sasa? Nasib tak sasau.” “Eh biarlah, kitorang bukan setakat bincang nama apa nak bagi kat baby ni tau, siap pilih apa panggilan budak ni nanti kat kami, haaa Edy panggil Mama Sasa ye sayang? Nanti panggil auntie sorang lagi tu Mama Yun.” Aisyah terus berbual-bual dengan sikecil yang tak faham apa-apa. Eliza pun memegang perut menahan geli hati. “Hah gelaklah.. gelaklah kuat-kuat, nanti terbuka jahitan tu, doktor jahit semula tak pakai bius baru tau.” Aisyah memberi amaran pada Eliza, amboi bukan main lagi suka, apa kelakar sangat ke panggilan Mama Sasa dan Mama Yun tu. “Kak Aisyah ni, tak sangka betul korang berdua boleh terfikir panggilan macam tu. Alah, bukan saya tak suka, suka sangat. Lebih-lebih lagi saya rasa terhutang budi sangat pada kak Aisyah dan Nurul.” Kendur bunyi suara Eliza. Aisyah duduk dibirai katil dan memegang bahu Eliza, “Dik, sebagai kakak, akak rasakan Eliza patut berterus terang dengan Harriez lah. Tak baik sembunyikan perkara ni dari pengetahuan dia. Kalau sebelum ni Eliza fikir mungkin Harriez tak terima baby ni, akak rasa Eliza mungkin silap besar.” Penuh berlapik Aisyah menyusun kata-kata, niatnya nak memujuk supaya Eliza memberitahu perihal sebenarnya pada Shahrul Harriez. “Apa maksud kak Aisyah?” Eliza bertanya kehairanan. Berdebar rasa dalam dada dengan pelbagai andaian tiba-tiba menerjah mindanya, entah-entah Shahrul Harriez sudah tahu. Aisyah merenung tepat keanak matanya, “Sebenarnya Shahrul Harriez yang mengazankan bayi ni subuh tadi. Dik, sikit pun akak tak nampak kebencian pada muka dia. Dia nampak gembira walaupun tak tahu bayi yang dikendongnya ádalah darah sendiri. Cubalah Eliza bayangkan kalau dia tahu dia sudah memiliki zuriat sendiri?” Aisyah menceritakan segala-galanya dengan terperinci tanpa tentang apa yang sudah berlaku subuh tadi. Tidak berkurang walau sedikit pun cerita yang disampaikan. Berharap benar dia agar Eliza akan berlembut hati untuk memberi tahu Shahrul Harriez. Eliza mengesat pelupuk mata, cerita Aisyah begitu menyentuh perasaannya. Terasa dia bersalah kerana menyembunyikan perihal sebenar. Selama ini dia bersangka buruk terhadap suami sendiri, membayangkan bahawa Shahrul Harriez tidak akan menerima kehadiran anak mereka. Kalaulah benar bagai dikata, alahkah gembira jika dia dan Shahrul Harriez kembali bersama? “Kak Aisyah, terima kasih sebab bagi tau saya perkara ni. Saya sedar, saya silap kerana sembunyikan hal ni. Tapi biarlah saya fikirkan bagaimana caranya nak bagi tahu abang Harriez ya?” Eliza nampak mengalah dan jawapan Eliza tu betul-betul buat hati Aisyah lapang. Midah-mudahan kekusutan ini terlerai. “TAWARAN BAPAK AKU gila betullah, itu bukan tawaran lagi namanya, dah kira kes paksa, geram betul aku. Mummy pulak siap menangis-nangis suruh aku kerja dengan daddy, macamlah aku ni kebuluran sebab tak bekerja.” Shahrul Harriez merungut-rungut bercerita pada Adam sewaktu melawat temannya, walaupun waktu sudad agak lewat petang. “Alah engkau ni, mak bapak mana yang tak mau anaknya senang, dah engkau tu tak kerja tentulah diorang tu risau. Lagi pun kau disuruh kerja dengan syarikat sendiri, susah apanya? Aku kalau ada mak bapak kaya raya macam kau, tak adanya nak kerja makan gaji. Dah tentu kerja ikut suka aku aje. Hahaha.” Adam ketawa seorang dan Shahrul Harriez masih buat muka monyok macam kuih koci tak cukup inti. “Kau cakap senanglah, ingat seronok sangat ke kerja jadi orang korporat ni. Bapak aku tu buat bisnes sana sini, mana ada masa untuk keluarga, sibuk sentiasa. Kalau kerja makan gaji haa.. masuk pukul lapan balik pukul lima kan senang? Cukup bulan terima gaji, sudah habis cerita. Ni kalau nak manage one big company bukannya mudah. Nak cari peluang bisnes lah, entertain client lah, tu belum kira nak kena bagi undertable gift. Hikssh, malas betul aku nak fikir semua tu.” Lagi Shahrul Harriez berhujah. “Tak fahamlah aku, orang lain bersusah payah nak memajukan diri. Rebut segala peluang yang ada, engkau pulak bersusah payah menolak tuah yang melompat-lompat diriba. Susah-susah, kau pujuklah abang kau balik, lepas tu kerja dengan daddy kau, macam mana?” Adam membuat saranan. “Abang aku pun dah ada business sendirilah, tapi iya jugakkan. Kalau aku pujuk dia balik sini kan bagus.” Shahrul Harriez mengangguk-anggukkan kepala. Dalam pada rancak berbual dengan Adam, tiba-tiba telefonnya berlagu tanda masuknya pesanan ringkas. Shahrul Harriez membaca dengan pantas. Salam Encik Shahrul. Doktor dah benarkan saya bawa balik baby ni. Nak jumpa tak? “Ya Allah .. Adam aku terlupa something lah..!” Shahrul Harriez menepuk dahi. ”Aku patut melawat baby tu.” “Anak sapa pulak?” Adam kehairanan. “Anak angkat Aisyah.” “ Aisyah mana pulak ni?” Adam bertambah bingung. Shahrul Harriez buat tak peduli pada kawannya yang makin blur. Pantas dia mendail nombor telefon Aisyah. ”Assalamualaikum Cik Aisyah, boleh tak bawa baby tu ke wad 8-A, saya pun memang tengah melawat kawan saya di sini, dia pun teringin nak tengok baby tu ..? Hmm.. aaa…aa apa? Baby Edy? Hahaha ok, saya tunggu kat kaunter masuk.” Shahrul Harriez mematikan talian. ”Kejap lagi baby Edy datang dengan mak angkat dia, kau tak usah pandang aku macam tu. Nanti-nanti aku ceritalah macam mana aku boleh jumpa. Ni pun aku mintak Aisyah tu datang bawa anak angkatnya ke sini sebab kesiankan kau.” Bersahaja Shahrul Harriez memberi tahu walaupun Adam tak menyahut, jelingan mautnya jelas menunjukkan rasa tak puas hati. Nasib yang nak masuk ke biliknya nanti setakat baby aje, ehh tapi ada perempuan nama Aisyah kan? Adam tak jadi nak rasa geram kat Shahrul Harriez. AISYAH MEMANGKU BAYI itu dengan penuh hati-hati, langkahnya dipercepat macam ada yang mengejar, lagaknya seperti orang bersalah. Hmm apa tak salahnya, curi anak Eliza untuk Shahrul Harriez. Nasib baiklah teman komplotnya si Nurul memang ada banyak idea bling bling . Mudah aje Eliza percaya kalau Nurul yang punya idea, iyalah Nurul tu kan Eliza percaya sepenuh hati. Sudahnya Aisyah masih di hospital bersama baby Edy, Eliza pula dah dibawa pulang ke rumah oleh Nurul. Nampaknya tak bolehlah Shahrul Harriez nak jumpa lama-lama, nanti Eliza perasan pulak. Tak pasal-pasal tidur lokap kalau Aisyah disyaki menculik bayi. Ehh tak mahulah. Mana wad 8-A ni? Hah.. Wad lelaki? Iskkh segannya, macam mana aku boleh tak perasan yang Shahrul Harriez suruh aku pergi wad lelaki ni. Aduh, segannya. Aisyah menundukkan muka dan mempercepatkan langkahnya menuju ke kaunter masuk. “Cik Aisyahkan? Terima kasih sebab sudi bawa baby ni jumpa saya. Marilah, kawan baik saya sebenarnya dirawat di sini. Dia pun nak tengok juga baby comel ni.” Ramah Shahrul Harriez bersuara, senyum meleret-leret bila terpandang aje Aisyah melangkah masuk sambil mengendong bayi. Aisyah hanya mengangguk dan menurut sahaja, segan bila di dikiri kanan semuanya pesakit lelaki. Mereka akhirnya menuju ke arah seseorang yang duduk di atas katil, tak nampak macam sakit pun. Bisik hati Aisyah. Sesampai sahaja di tepi katil Adam, Shahrul Harriez segera meminta untuk memangku baby Edy. “Ello kawan, kut iya pun seronok sangat takkan lupa nak kenalkan aku dengan emak baby ni kut?” Adam bersuara jengkel, tak patut betul lupakan kawanlah si Shahrul ni, sudah hampir lima minit dia leka mengulit bayi itu sampai tak pedulikan Aisyah yang diam menunjukkan wajah. Kalau ni cuma emak angkat, aku nak tahu juga status si emak ni. Available lagi ke tidak? “Ehehe.. lupa pulak, Adam ni Aisyah, emak angkat Edy. Haa Aisyah ni Adam kawan saya. Apa-apa nak tahu pasal dia, jangan malu-malu tanya, Encik Adam sedia membantu.” Shahrul Harriez mengusik. ‘Biarlah mereka berkenal-kenalan, aku sibuk dengan baby Edy ni’, hatinya berdetik dan kemudiannya kembali leka membelai bayi comel itu. Adam hanya mengangguk sedikit bila diperkenalkan, suka betul tengok Aisyah yang lebih banyak tengok lantai daripada memandang sesiapa. Pipinya nampak kemerah-merahan agaknya menahan malu. Tudung putih berbunga kecil yang menutup auratnya dipadankan dengan blaus longgar tetap menyerlahkan keayuannya. Eksotik! Itu komen mata Adam. “Cik Aisyah ibu kepada baby ni? Tak nampak macam orang lepas beranak pun, mana ibu sebenar baby ni?” Adam memulakan bicara. ”Saya emak angkatnya, ibunya kawan baik saya. Kami tinggal serumah.” Tutur Aisyah perlahan. “Begitu? Maaflah saya bertanya lagi, errr..ibu bapa baby ni dah berpisah ke?” Adam pula mengorek rahsia, alah ingat orang lelaki tak tahu gossip ke? “Nampaknya begitulah, saya pun tak berapa pasti apa cerita sebenarnya. Setakat membantu mana yang boleh, itu aje yang mampu saya buat. Ini pun encik Shahrul dah tolong azankan baby ni subuh tadi. Tu sebab saya bawa jumpa dia sebab esok baby dengan ibunya nak balik kampung untuk berpantang.” Aisyah ingat semua butiran yang dia dan Nurul dah plan tanpa pengetahuan Eliza. Lagipun ni semua fakta, bukan bohong pun, dia dan Nurul dah setuju untuk tidak berbohong tapi mereka juga setuju untuk tidak masuk campur. Adam hanya mendengar tapi nalurinya berkata mesti ada sesuatu, kalau tidak takkan Aisyah yang pemalu ni sanggup jumpa Shahrul. “Hmm.. baik sungguh cik Aisyah ni, sudahlah membantu kawan menghadapi saat penting menyambut anak. Ni sanggup pula bersusah payah nak bawa baby ni jumpa Shahrul?” Adam memandang dengan dengan penuh tanda tanya. Berdegup kencang dada Aisyah mendengarnya, iskkhh kawan Shahrul ni inspektor polis atau ahli nujum, boleh teka-teka dengan hampir tepat. “Eh, tak adalah macam tu, encik Shahrul ni dah pesan nak jumpa baby ni lagi. Lepas ni entah bila nak jumpa tak tahulah.” Balas Aisyah dengan sopan. “Kalau Aisyah tak keberatan, tolong bagi tahu ibu bayi ni, saya suka nak jumpa lagi dengan baby Edy, errr… apa nama penuh baby ni dan siapa nama ibunya ?” Tiba-tiba Shahrul Harriez teringat nak bertanya. “Namanya Adrian Harith dan ibunya err..” Kelu lidah Aisyah nak bersuara, mujurlah tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. “Maaf ya, mungkin kawan saya yang menunggu di bawah.” Aisyah meminta izin untuk menjawab panggilan tersebut, mujurlah Shahrul Harriez tidak mendesak, sebaliknya dia Teres dengan keasyikkan membelai baby Edy. “Helo, Nurul akak kat atas lagi ni. Apa..? err .. ya ..ya.. akak turun sekarang, okey bye.” ”Minta maaflah, saya kena minta diri dulu kawan saya dah tunggu di bawah.” Aisyah memohon izin. Shahrul Harriez masih memegang baby Edy. ”Ala, sekejapnya dapat jumpa baby Edy. Nanti boleh ke saya jumpa dengan dia lagi?” Shahrul Harriez meminta sambil mencium pipi baby yang tidur nyenyak itu sepuasnya. ”Insya Allah, nanti bila baby dan ibunya dah habis pantang saya akan beritahu encik Shahrul.” Aisyah menyambut bayi tersebut dengan penuh hati-hati. ”Baik-baik Aisyah, insya Allah nanti kita jumpa lagi ya.” Adam pula yang menyahut sambil menghantar pandangan pada Aisyah penuh makna. Shahrul Harriez menepuk bahu temannya bila dia sedar yang Adam masih memandang ke pintu utama walaupun kelibat Aisyah dan baby Edy dah lama hilang. ”Sudah-sudahlah tu, engkau tu kan sakit perut haa mana boleh tengok perempuan lama-lama.” Shahrul Harriez ketawa mengejek. ”Dah baik dah, ni pun tunggu nurse tu uruskan check-out aje lagi. Pandailah kau tak boleh tengok perempuan konon, engkau tu sebenarnya tengok apa? Entah-entah sebab kau nak jumpa Aisyah lagi, buat-buat nak jumpa baby konon.” Adam pula menyindir, sebenarnya nak pastikan yang Shahrul Harriez tu ada menyimpan rasa pada Aisyah atau tidak. Shahrul Harriez ketawa bersahaja, jarang dia mendengar Adam menunjukkan minat pada perempuan. Kali ni sekali tengok aje dah berkenan? ” Mula-mula aku suka kat anak angkat dia, lepas tu aku angkatlah sekali dengan mak dia.” Akal jahatnya sengaja nak mengusik Adam. ”Ala, kau janganlah tamak. Dah suka anak angkat cukuplah, mak angkatnya biarlah aku yang angkat pulak.” Tanpa berselindung Adam meluahkannya.’edulilah, Shahrul Harriez ni tak boleh diberi peluang, diakan dah kahwin?’Adam berbisik sendiri. ” Eh, kenapa kau nak potong jalan? Aku dah suka anak, haa dengan mak dia sekalilah aku kena suka, senang nanti nak jadi keluarga bahagia.” ”Hmm.. pandailah tu keluarga bahagia konon.” Adam bunyi macam merajuk. ”Shahrul, cakap pasal keluarga bahagia ni, apa cerita Eliza?” Shahrul Harriez yang tengah syok ketawa mengusik jadi terdiam, baru teringat yang dia dia sudah mempunyai bunga-bunga harapan untuk meraih kembali cinta Eliza. Sudahnya dia tersenyum semula, ”Haa.. dah senyum-senyum macam tu, mesti ada berita baik ni. Iyalah, semalam dapat bercakap dengan buah hati. Bila nak bawa Eliza balik ke rumah?” Adam pun hampir terlupa untuk bertanyakan kisah Eliza, yang membuat kawannya itu bertukar mood ceria aje. “Bawa balik tu tak lagilah, tapi sekurang-kurangnya dia mahu bercakap elok-elok dengan aku, siap minta maaf lagi sebab dia dah lama tka pedulikan aku.” Shahrul Harriez bercerita dengan bangga. “Iya? Waah.. berita baik ni. Lagi..? Lagi..?” “Itu ajelah, dia tak mau aku hantar bunga lagi kalau nak bercakap dengan dia melalui telefon.” Shahrul Harriez bercerita seadanya. Keceriaan yang terpancar di mukanya menunjukkan dia yakin Eliza sudad mula menunjukkan kesediaan untuk kembali ke pangkuannya. “Macam tu aje? Habis tu kau tak ajak dia jumpa ke?” Adam masih belum berpuas hati, dia nak tahu sejauh mana erhubungan kedua suami isteri ni sudah kembali pulih. Sekian lama menjadi tempat Shahrul Harriez meluah rasa, tentunya Adam ingin melihat kawannya itu kembali gembira. “Mestilah aku nak jumpa dia lagi, tapi aku rasa.. aku tak mahu paksa dialah. Nanti dibuatnya dia lari lagi kan susah?” “Shahrul, ada benda yang kau boleh tunggu, tapi ada perkara yang kau kena bertindak cepat. Contohnya sekarang, Eliza dah ok kan, maknanya kau kena cuba untuk suruh dia balik ke rumah kau. Dalam hal ni aku rasa tak salah kalau memaksa, kau ada hak bro. Tak kan dia masih nak menjauhkan diri dari kau?” Adam meluahkan apa yang dia sudah lama terfikir. “Kalau aku, memang aku dah heret isteri aku balik rumah, apa guna jadi suami kalau isteri tak mahu menurut kata.” Adam terus bersuara. Shahrul Harriez jadi terpana, betul juga kata-kata Adam tu, agaknya Eliza ni nak kena paksa kut. Kalau cakap dia tak mahu ikut, nanti aku culik aje dia bawa balik ke rumah. Hihihihihi.. dia berfikiran nakal. “Hmm. Iyalah, nanti aku kidnap aje dia bawa balik. Time tu kalau aku tak layan kau jangan marah aa..Eh lama betul nurse ni nak uruskan kau punya check-out, ntah-ntah nurse ni tak kasi kau balik tak?” Shahrul Harriez mengingatkan. “Entahlah, kalau nurse comel-comel macam Aisyah tu, pindah terus dalam wad ni pun aku sanggup.” Adam tak mahu kalah, sempat juga dia teringatkan Aisyah. Lima belas minit kemudian mereka berdua meninggalkan kawasan hospital dan menuju pulang ke rumah Adam. SEMUA BARANG-BARANG sudah dimuatkan ke dalam kereta Aisyah, hanya menunggu masa sahaja untuk bertolak ke Melaka. Nurul menyudah kerja-kerja memunggah barang-barang ke dalam bonet kereta lalu masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di bahagian depan. Semua barang diangkut sehingga habis kain baju Eliza, lagaknya macam nak pindah terus. Eliza yang tidak dibenarkan bergerak tak boleh nak kata apa bila Nurul punggah semua pakaiannya dan disumbat masuk ke dalam beg. Dah memang dia tak banyak pakaian pun, apa lagi angkut ajelah semua. Sementara Aisyah pula sibuk mengunci semua tingkap dan pintu sebelum melangkah masuk dan duduk di tempat pemandu, yang duduk tersandar macam mem besar cuma Eliza sahaja yang memangku bayinya. “Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kita bertolak sekaranglah, nanti tak adalah lama sangat atas jalan. Hujung minggu macam ni highway ke Melaka tu boleh tahan juga sesaknya.” Aisyah bersuara seraya memasukkan gear kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Eliza memandang sepi perkarangan rumah sewa mereka. Seingatnya, sejak kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, ini kali kedua dia meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama. Mula-mula dulu pun setakat balik ke rumah emak Nurul di Melaka, tapi itu cuma dua hari. Kali ini nak ‘bercuti’ panjang, sekurang-kurangnya dua bulan kata kak Aisyah. Sedih pula nak tinggalkan rumah, macamlah ada sesiapa yang akan mencari. Tak ada orang nak cari? Eliza tiba-tiba teringatkan Shahrul Harriez, ‘abang di mana sekarang? Eliza nak bawa anak kita sementara untuk berpantang. Abang, izinkan saya pergi.’ Hatinya merintih sendiri. Telefon pemberian Shahrul Harriez dikeluarkan dari beg tangannya setelah baby Edy diletakkan di sebelahnya. Selepas bercakap dengan Shahrul Harriez malam kelmarin, telefon itu dia dah terlupa nak menghidupkan semula. Eliza menunggu telefon itu untuk berfungsi semula, sebaik sahaja ia berfungsi terus telefon itu berlagu tanda pesanan yang masuk bertalu-talu. Dua puluh enam panggilan tak dijawab.! Semuanya dari Shahrul Harriez, wahh.. berapa lama dia dah cuba menghubungi aku? Enam belas panggilan ringkas tidak dibaca. Hahaha, Shahrul Harriez bukan seorang yang mudah berputus asa. Eliza membuka satu persatu pesanan tersebut. Assalamualaikum sayang.. I miss you..! Sayang kenapa off hp ni? On pls..luv you. Sayang pls answer my call. Eliza pergi mana? Kenapa tak jawab panggilan abang? Pesanan dengan soalan kenapa tak jawab panggilan dibuka satu persatu. Hanya yang terakhir buat jantung Eliza bagai disentap. Sayang, I am coming to your house. Get ready, abang nak sayang balik rumah abang kita tak kira apa yang jadi sekali pun. Love you so much. Eliza memeriksa tarikh dan waktu pesanan itu dihantar, lapan minit yang lalu!. Maksudnya Shahrul Harriez sudah dalam perjalanan ke rumah. Oh Tuhan..! Eliza tidak tahu apa perasaan yang terbit dari hatinya. Kalau benar Shahrul Harriez datang mahu mengambil dan membawanya pulang ke rumah, dia akan akur, dia akan ikut Shahrul Harriez balik kalau suaminya sudi menerima dia dan Edy. Airmata hangat tumpah dari kolam matanya, terasa sungguh gembira bila Shahrul Harriez mahu menjemputnya pulang. Betul kah abang benar-benar mahukan aku kembali? Dapatkah abang menerima kehadiran anak ini juga.? Bertalu-talu soalan terbit dimindanya, perasaan gusar yang menyelubungi hati kerana bimbang Shahrul Harriez tidak menerima keadaanya yang sudah melahirkan zuriat mereka berbaur dengan perasaan gembira bila suaminya inginkan dia kembali kepangkuan. Abang.. Eliza rindu abang. Eliza nak kembali pada abang. Hatinya terus berbisik. Eliza memandang telefon yang dirintik oleh airmatanya. Kalau betul abang nak datang ambil, mesti sekejap lagi dia akan telefon. Masa tu aku akan suruh kak Aisyah pusing balik ke rumah, biar mulut Nurul ternganga, biar kak Aisyah jadi panik. Hatinya berlagu gembira. Masih lagi telefon itu digenggam sambil dia mengusap tubuh kecil yang hanya tidur lena itu. ‘Edy, kejap lagi ayah datang nak ambil kita balik ke rumah. Mak pun tak tau kat mana rumah ayah, tapi tak kisahlah. Kat mana pun rumah ayah kita ikut ajelah ye..?’ Eliza berbisik kepada anak kecilnya. Senyuman gembira terpancar diwajahnya sambil dia berdoa semoga Shahrul Harriez cepat-cepat menelefonnya kembali. Abang, Eliza tunggu abang datang ambil kami. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 15
Tuesday, July 5, 2011 | 6:52 PM | 12 star
“Mengada-ngada betullah kau ni Adam, subuh-subuh macam ni barulah nak sakit perut. Pergi ambil minyak angin tu haa sapu.” Shahrul Harriez bersuara malas. “Adui, kalau aku tak rasa nak mati tak adanya aku nak kejutkan kau tidur. Kalau aku keras kat sini karang tak ke engkau jugak yang susah nak jawab kat polis kenapa ada orang tiba-tiba mati kat rumah kau?” Huh dalam pada sakit pun Adam sempat lagi nak buat lawak. “Yelah.. yelah aku bangun ni.” Shahrul Harriez bangun dengan malas, sudahlah dia baru aje lelapkan mata, jam di atas meja dikerling sekilas. Pukul empat setengah pagi? Adam ni tak ada ke waktu lain nak sakit? “Kau nak bawa aku ke klinik mana ni? Bukan main jauh lagi, dah dekat setengah jam tak sampai-sampai.” Adam bersuara sambil mukanya berkerut menahan senak yang menyiksakan. ”Laa kan kau sakit sangat aku bawa pergi hospitallah ni.” Shahrul Harriez menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia sendiri pun tak tau kenapa menuju ke Hospital Pantai. Padahal sakit Adam bukanlah kronik sangat pun, setakat dibawa ke klinik berhampiran dengan rumahnya pun dah cukup. ”Alah Adam, ni dah nak sampai pun hah, kau turun dulu kat sini. Aku pergi parking kereta.” Itulah orang tengah sedap-sedap tidur kena kejut, mana tak melalut sampai pergi hospital yang jauh dari rumah. AISYAH DAN NURUL menunggu dengan penuh debaran, penyaman udara waktu subuh-subuh ni sepatutnya rasa sangat sejuk, jururawat-jururawat di sini pun kebanyakkannya menyarung baju tebal. Tapi Nurul rasa kejap-kejap macam berpeluh, kejap-kejap macam menggigil. Aisyah pulak berulang-alik ke tandas, gelisahnya dia membuatkan perutnya rasa tak selesa. Hampir tiga jam Eliza disorong masuk ke dewan bedah. Mereka berdua tak dibenarkan masuk, kata jururawat hanya suaminya sahaja yang dibenarkan. Maka terpaksalah mereka berdua menunggu di ruang yang disediakan, ”Nurul, akak rasa Nurul patut call suami Eliza la.” Aisyah tiba-tiba bersuara. “ Err.. patut ke kak Aisyah? Hmm. Nurul risaulah takut-takut nanti Eliza mengamuk. Kita pun tak tahu lagikan Eliza dah boleh terima abang Harriez tu atau tidak.? Lepas diorang jumpa bulan lepas ada nampak Eliza macam dah suka kat abang Harriez tak?“ “ Rasanya tak de pulak dia nampak macam dia nak berbaik-baik, macam biasa aje, semua bunga dan hadiah kena campak. ” Aisyah bersuara. “ Macam tu kak Aisyah rasa kita patut panggil ke suami dia? ” Nurul cuba menduga. “ Tak payahlah kut. Kita berserah ajelah pada takdir.” Aisyah akhirnya memutuskan. Susah betul nak buat keputusan, kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut pula nanti haa tak pasal-pasal bermasam muka. Perkara yang melibatkan masa depan dan peribadi orang ni bukan boleh dibuat main, nanti kita pula yang dituduh penyibuk menjaga tepi kain orang. Aisyah tak mahu ambil risiko macam tu, sudahnya dia mengambil keputusan untuk mendiam diri sahaja. “ Lama betul orang nak beranak ni ya kak Aisyah? Ingat sejam dua aje dah selesai.” Nurul menukar topik perbualan. “ Eh mana ada sejam, ada kawan akak tu malam ni dia masuk dewan bersalin, esok petang baru baby keluar tau. Tak tahulah macam mana dia tahan sakit. Tengok Eliza tadi bukan main berkerut lagi muka dia, panggil pun dah tak dengar dah. Nasib baik dia tak menjerit melolong macam yang lagi satu tu. ” “ Haah lah kak Aisyah, kira Eliza tu cool lagi lah ye, tak de menjerit melolong macam nak kena sembelih. Hihihihihihi..” Nurul tak tahan geli hati bila teringat ada seorang ibu muda yang memekik-mekik dek kerana menahan sakit. Tak cukup dengan menjerit, suaminya pula menjadi tempat dia melepaskan rasa. Kesian pun ada tengok si suami yang turut sama tak tentu arah tu. Agaknya memang begitu ragam orang nak beranak ni. Sambil menunggu berita dari dewan bedah, Nurul dan Eliza berbual kosong bagi menghilangkan rasa gelisah, seketika kemudian jururawat muncul dari pintu dewan bedah itu sambil membawa katil kecil yang disorong keluar. “ Siapa keluarga Puan Eliza Damia?” Juruwarat itu bersuara sementelahan tidak kelihatan kelibat lelaki yang boleh dipanggil suaminya. Pantas Nurul dan Aisyah berteriak serentak,“ Saya..!” Kedua-dua sahabat itu meluru mendapatkan bayi yang baru sahaja dilahirkan. Wajah mulus itu tampak lena dibalut dengan kain selimut sehingga menampakkan muka bulatnya sahaja. Dalam cahaya yang diterangi lampu itu jelas kelihatan bentuk muka yang langsung tak serupa Eliza. “Macam muka abang Harriezlah. Nurse, ni bayi lelaki ke perempuan? ”Nurul bertanya dengan muka bercahaya. “ Lelaki, tak ada saudara lelakikah yang datang? Seeloknya bayi lelaki diazankan secepat mungkin.” Jawab juruwarat itu dengan ramah. Nurul dan Aisyah berpandangan sesama sendiri, melihat keadaan mereka yang kelu tidak berkata, jururawat itu menambah lagi, “Tak apalah kalau tidak sekarang, nanti siang bila ada yang datang melawat boleh diazankan juga, hmm marilah saya nak bawa baby ni ke bilik bayi.” “Kami dah boleh melawat ibunya cik?” Aisyah bertanya, terlupa pulak pasal Eliza bila dah melihat bayi comel itu. “Belum boleh lagi, doktor sedang menjahit kat dalam tu.” Jururawat itu berkata pambil tersenyum. Menjahit? Aisyah menelan air liur, ngerinya. “APA YANG KAU makan tadi Adam? Aku pun makan pizza juga tadi, tak ada pulak sakit perut macam kau, meracau-racau macam kena rasuk. ” Shahrul Harriez berteleku pada katil tempat Adam berbaring. Tak pasal-pasal Adam ditahan di wad selepas doktor siap memeriksanya. “ Tadi sebelum tidur aku makan jeruk kat dapur kau tu. Agaknya itu yang buat aku sakit perut. Entah-entah dah expired sebab tu lah aku dapat keracunan makanan.” Adam bersuara jengkel. Itulah Shahrul ni, tak pernah ambil tahu apa yang ada di rumahnya, yang aku ni pulak main telan aje sapa suruh. “Jeruk? Aku tak pernah simpan jeruk dalam rumah? ” Shahrul Harriez bersuara. Pelik betul. Aku sendiri tak pernah beli barang makanan untuk stok di rumah, usahkan mee maggie, sebiji beras pun tak pernah beli. “ Nak buat macam mana, kalau kau letak racun tikus atas meja agaknya sekarang ni aku dah jadi arwah dah.” “Ala kawan, sorry lah aku tak tau pun kat dapur aku tu ada makanan yang tak boleh dimakan lagi. Lain kali kau jangan makan apa-apa barang kat dapur tu selain lain air sejuk. Aku tak pernah ada stok makanan pun.” “ Tak apalah benda dah nak jadi, anyway thanks for sending me here. Kau pergilah balik rehat ke tidur ke, aku tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Tak payahlah tunggu aku pulak. ” Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, “ Tak sangka aku bangun pagi-pagi hantar hantar kau ke hospital, kalau hantar bini beranak lain lah. Aku nak solat dululah. Okey bro take care, aku chow dulu errk. Nanti waktu melawat tengah hari aku datang lagi. ” Shahrul Harriez bangun dan berlalu menuju ke surau yang disediakan setelah bersalam dengan Adam dan meninggalkan kawnnya itu untuk berehat. “KAK AISYAH.. tengok tu.. tengok tu..” Nurul memuncungkan mulutnya mengarah ke susuk tubuh yang datang dari arah bertentangan. “Siapa tu?” Aisyah bersuara bagai berbisik. “Itulah Shahrul Harriez, suami Eliza. Akak tak kenal ke?” Nurul seakan berbisik. “Hah..? Iya ke, mana akak kenal. Tadi Nurul kata tak mahu call dia, macam mana dia boleh datang sini?” Aisyah pula bersuara kalut, “Mana ada Nurul call dia, ni kebetulan aje terserempak dia kat sini. Takkan Eliza pulak yang call dia, isskkhh.. Tapi agaknya Tuhan dah nak kasi rezeki kat baby ni kut?..Haa.. macam ni, akak tak kenal diakan? Mesti dia pun tak kenal akak juga, apa kata akak minta dia tolong azankan baby ni? Mudah-mudahan berkat sebab diazankan oleh ayahnya sendirikan?” Nurul tiba-tiba dapat idea. Tak kiralah janji idea tu bernas dan bling-bling . “Tapi akak jangan pulak pecah rahsia tau.” “Hah..? ehh idea Nurul memang bernas, macam padi Bernas tapi akak eh.. Nurul..!” Aisyah jadi kelam kabut bila Nurul dah tolak dia ke depan. “Nurse, kami nak minta tolong orang tu untuk azankan baby ni, boleh kan?” Nurul pantas bersuara. “Hmm.. bolehlah, tapi dibilik bayi ya, sekurang-kurangnya di bawah pengawasan nurse sebab baby ni tak ada bapanya yang menunggu. Adik faham ya? Ini peraturan, ye lah benda tak elok ni macam-macam cara boleh jadi,” Jururawat itu memberi persetujuan. “Ya,,ya kak kami faham sangat, err kawan saya ni akan temankan. Saya pergi jenguk ibunyalah.Kak Aisyah, please ..” Nurul dah pusing badan. Lambat-lambat karang Shahrul Harriez nampak habis laaa. Aisyah jadi serba salah, ‘iskkh Nurul ni pandai betul buat rancangan, sudahnya aku jugak yang disorongkan.’ Antara segan dan menggelabah, Aisyah memberanikan diri menegur sewaktu mereka berselisih. “Assalamualaikum encik, minta maaf mengganggu.” Aisyah bersuara sopan, manalah tau subuh-subuh macam ni Shahrul Harriez punya mood tak bagus. “Waalaikum salam, ada apa cik?” Sedikit terkejut bila disapa oleh perempuan yang menolak katil bayi itu. Jururawat di sebelahnya hanya tersenyum. “Saya nak minta tolong encik azankan bayi ni, sebab tak ada saudara lelaki yang menunggu. Ini anak angkat saya. “ Belasah ajelah, memang baby ni pun nanti akan jadi anak angkat aku dan Nurul apa. Detik hati Aisyah, jangan dia tanya lagi siapa emaknya sudah, aku tak sanggup nak menipu. “Oh begitu, boleh apa salahnya. Saya pun baru aje selesai solat.” Shahrul Harriez menerima dengan senang. “Kalau begitu encik boleh ikut saya ke bilik bayi, kat sana ada ruang untuk mengazankan baby.” Jururawat itu pula menokok. Kesian sungguh dia, sudahlah ibunya bersalin dengan tidak diteman oleh suami, hanya dua orang teman perempuan yang menunggu. Mudah-mudahan bayi ini hasil dari hubungan yang halal. Aisyah hanya memandang dengan sayu bila melihat si ayah mengangkat bayinya dengan penuh hati-hati. Kalaulah Shahrul Harriez tahu itu anaknya, entah macam mánala agaknya perasaannya ya? Berat sungguh untuk Aisyah menyimpan rasa di dalam dadanya bila menyimpan perkara yang sebenar, perasaan yang membuak-buak memaksa dia untuk memberitahu perkara yang sebenar, cuma mulutnya yang terkunci kaku tak mampu nak bersuara. Airmata terharu dikesatnya perlahan. Shahrul Harriez mengucup kedua belah pipi bayi itu dengan penuh rasa terharu. Entah kenapa hatinya begitu terusik bila memangku tubuh gebu itu. Bayi itu tenang sahaja walaupun tubuh kecilnya dipeluk kemas. Langsung tak berkutik walaupun Shahrul Harriez menciumnya berkali-kali. Bayi yang tidur lena itu diletakkan kembali di atas katil kecilnya walaupun Shahrul Harriez rasa tak puas-puas nak cium pipinya yang gebu. Nampak begitu berisi badannya, entah berapalah beratnya. Shahrul Harriez tercari-cari mana tanda pengenalan bayi ni, bukankah patutnya setiap bayi baru lahir mesti ada kepingan kertas tu? “Terima kasih encik, budi encik tak dapat saya balas. Kalau encik tak ada, tak tahulah dengan siapa saya nak minta tolong.” Aisyah berbahasa tanda mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Sambil itu cepat tangannya menyelitkan tanda nama bayi Eliza di celah bantal. “Ah .. tak ada apalah. Err..cik betul ke ni anak angkat cik?”Shahrul Harriez pula bertanya. “Ya, anak angkat saya.” Cepat Aisyah menjawab, minta-minta janganlah dia tanya siapa ibunya. “Oh begitu, kalau cik tak keberatan, nanti boleh saya datang jenguk baby ni lagi? Err.. baby lelakikan? Dah ada nama?” Shahrul Harriez menunjukkan minat. Sungguh tak sampai lima belas minit memeluk bayi itu terasa sayang pula nak meninggalkan. “Hmm. Tak jadi masalah, datanglah melawat lagi. Err.. sebenarnya belum ada nama lagi.” Aisyah sudad berpeluh sendiri. Aduhai… Nurul akak tak ada idea nak kelentong mamat ni. “Kalau macam tu tak apalah, hmm nama saya Shahrul. Cik ni siapa?” “Aisyah,” “Hmm .. saya minta diri dululah, kalau ada rezeki nanti saya teringin nak melawat baby ni lagi. Oh ya, tadi tak nampak pulak tag nama baby ni, siapa nama ibunya?” Alamak…. Macam mana ni..??? Ligat otaknya memikirkan alasan yang patut. “Hmm.. macam ni lah, kalau encik Shahrul nak melawat call ajelah.” Huh tak pasal-pasal aku kena bagi nombor telefon pada suami orang, kawan baik sendiri pulak tu. Shahrul Harriez menyalin nombor Aisyah dengan senyum gembira dan berlalu setelah kembali menjenguk bayi comel itu dan menciumnya berkali-kali. “Nanti uncle datang lagi ya.” Janjinya pada sikecil itu dan disambut dengan helaan nafas panjang seolah-olah memahami kata-kata siayah. Aisyah menarik nafas lega. Syukurlah, ayahnya sendiri yang mengazankan. Setelah puas dia membelek sibayi comel itu, baru Aisyah teringat untuk menjenguk Nurul dan Eliza. Alamak macam mana boleh lupa. Lepas ni si Nurul mesti nak tau apa yang dah jadi. Aisyah melangkah menuju ke wad yang menempatkan pesakit wanita dengan perasaan penuh terharu. SHAHRUL HARRIEZ membaringkan tubuhnya, terasa lesu bila. Cadangnya nak sambung tidur tapi dari tadi bergolek-golek mata tak mau lelap. Otaknya tak berhenti-henti berfikir dan teringat baby di hospital tadi. Entah apa yang membuatkan dia asyik teringat-ingat. Kalaulah baby tu anak aku? Mesti sekarang ni aku tengah berdiri tepi katil dia, usap jari jemarinya yang comel, cium pipi montel tu puas-puas. Aku nak tunggu dia celikkan mata lepas tu menangis minta susu, lepas tu aku nak susukan dia dan dodoikan supaya tidur semula. Lepas tu.. lepas tu.. Kepala yang tak gatal digaru-garu, mukanya diraup dengan tangan berkali-kali, jauh benar aku berimaginasi dengan baby tu. Shahrul Harriez mula tersedar dari angannya, tapi itulah yang difikirkannya sejak memandu pulang dari hospital tadi. Baby tu tak buka mata pun tapi bila baby tu tidur lena dalam pangkuannya tadi walau pun sekejap, Shahrul Harriez tak tau apa perasaan yang patut digambarkan sewaktu memeluk dan menciumnya. Sedih? Terharu atau gembira? Tapi atas sebab apa? Mungkinkah kerana harapan atau angan-angan yang baby itu anaknya sendiri? Hmm, nak berangan ada anak? Ada isteri pun tak boleh nak jaga, setakat dua hari aje betul-betul jadi suami, masakan boleh berangan nak ada baby? Tapi ada ke kemungkinan Eliza mengandungkan anaknya? Hmm…tak mungkin kut. Kalau ada kenapa Eliza perlu lari? Bunyi Donald Duck berdendang dari handphone membuatkan angannya terbantut, kacau betullah, kalau mummy tak apa, tapi kalau yang lagi satu tu, minta maaf. Shahrul Harriez mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya, mujurlah mummy. “ Yes, mummy..” Dia bersuara malas, entah kemana salamnya. “Riez, Oh My God..! Mummy call berpuluh-puluh kali ni baru Riez nak jawab. What happen to you?” Suara nyaring dari Engku Faridah membuatkan Shahrul Harriez menjarakkan telefon itu dari telinga. “Ada.” Sepatah jawapannya. “Riez, mummy and daddy nak Riez balik ke rumah sekarang juga. Daddy free hari ni, so that’s a lot of things that we need you to explain.” Engku Faridah bersuara memberi arahan. “Hmm.. Riez busy lah mummy, kirim salam aje kat daddy tu. Nanti weekend lah kut Riez balik rumah.” Cepat dia memberi alasan. “Harriez, daddy ni. Balik sekarang we need to talk.” Tan Sri Engku Mukhzani bersuara tegas. “Hmm. Yelah. Yelah..Sejam lagi Riez sampai, nak mandi dulu.” “Alah, macam kamu tak boleh mandi di sini, cepat balik daddy ada perkara penting nak bincang dengan Riez.” Shahrul Harriez mengeluh bila mendengar arahan daddynya, walaupun antara dia tidak begitu rapat dengan daddynya tetapi dia tetap hormat akan arahan orang tuanya itu. Antara dia tiga beradik, hanya dia sahaja yang boleh bertoleransi dengan kedua ibubapanya, abang dan kakaknya sudah bertahun-tahun membawa diri ke luar negara dek kerana tidak tahan dengan kerenah mummy dan daddy. Oleh itu dia selalu dianggap sebagai anak tunggal sementelahan sudah bertahun-tahun abang dan kakaknya tidak pulang ke Malaysia. Kunci kereta dicapai dengan penuh malas, daddy ni entah apa-apalah yang nak dicakapnya. Tu tak lain sebab dia dah tau aku berhenti kerja. “MANA ABANG TAHU Harriez dah berhenti kerja?” Terkejut besar Engku Faridah mendengar berita dari suaminya. Sungguh tak disangka Shahrul Harriez yang serius pasal kerja tu boleh berhenti dengan tiba-tiba. Apa yang merasuk fikiran anak bongsunya itu? “Mr Tan, boss dialah, jumpa abang kat club, tiba-tiba tanya apa business future plan anak kita tu. Abang pun terkejut juga, mau tak mau abang jawablah Shahrul Harriez will join Putra Berhad.” “Wah, abang dah bagi tahu orang yang Riez akan kerja dengan syarikat keluarga ya? Hahahaha.. pandai-pandai abang buat cerita, pandai-pandai jugalah abang bagi tau Riez sendiri ya? “ Engku Faridah bagai mengejek suami ni. Manakan tidak, sebagai ibubapa mereka berdua memang kenal benar dengan perangai Shahrul Harriez yang keras kepala, kalau katanya hitam, maka hitamlah. Awal-awal lagi Shahrul Harriez menetang apa saja keputusan yang dibuat untuknya, dulu bila disuruh belajar Business Study, dia ambil jurusan Engineering. Hidup-hidup mereka berdua percaya yang Shahrul Harriez ke London untuk belajar bidang perniagaan, dah tahun ketiga baru mereka sedar yang sebenarnya Shahrul Harriez belajar bidang kejuruteraan. “Itulah abang nak minta tolong Idah ni, tolonglah pujukkan Riez supaya dia betul-betul kerja dengan kita. Malulah abang kalau orang tau yang Riez masih lagi bekerja dengan syarikat lain.” “Abang bukan tak tahu perangai Riez tu macam mana? Idah sendiri pun dia tak peduli, masakan cakap kita dia nak dengar?” Engku Faridah membantah. “Alah, Riez tu sedegil-degil dia pun, dia tetap patuh pada kita. Tengok ajalah dulu, Idah suruh dia kahwin dengan budak kampung tu, takde pun dia menolak? Boleh pula Idah pujuk dia tinggal kekasihnya dan kahwin dengan perempuan kampung tu?” Tan Sri Engku Muhkzani memujuk isterinya lagi. “Itu lain bang, ingat tak mula-mula Idah suruh dia kahwin, bukan main melenting lagi dia. Tapi iyalahkan, kucing mana nak tolak ikan, jumpa aje budak tu terus setuju nak kahwin. Entah apa yang buat dia setuju Idah pun tak tau. Tapi kali ni kalau abang nak Idah pujuk dia, Idah tak boleh nak gerenti yang dia akan dengar.” Masih lagi Engku Faridah berdalih. “Idah, cubalah cakap elok-elok dengan dia. Ini pun untuk kebaikkan kita dan kebaikkan Riez juga, siapa lagi yang nak diharapkan? Anak kita yang lagi dua orang tu entah mana tak nampak bayang. Hezriq dah tak tahu mana tinggalnya, entah apa untung nasib pun tak tahu. Hazreen tu mengikut suami pun langsung tak balik-balik juga. Ni Harriez sajalah yang tinggal, satu-satunya peluang untuk kita harapkan menyambung perniagaan keluarga. Takkan Idah tak terfikir semua tu?” Lagi suaminya menambah. “Kalau Idah berjaya pujuk Riez, apa kata abang bawa Idah honeymoon? Mana Idah nak pegi Venice? Rome? Shopping kat Harrods?” Sambil tersenyum Tan Sri Engku Muhkzani memancing minat Engku Faridah. Agak lama Engku Faridah termenung memikirkan tawaran si suami.“Hmm.. Idah usahakanlah.” Jawab isterinya sambil tersenyum penuh makna. Tan Sri Engku Muhkzani juga turut tersenyum puas, alah macam tu lah orang perempuan, umpan sedikit dengan kebendaan, apa pun boleh. Terbayang Emylin si artis seksi itu akan menemaninya ke Rome, nanti bila Engku Faridah sibuk shopping peluang itu akan dipastikan untuk dia bersama dengan kekasihnya. Tan Sri Engku Muhkzani melayan perasaannya lagi. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 14
Monday, July 4, 2011 | 9:20 PM | 10 star
Eliza melangkah masuk ke dalam rumah sambil menjinjing beg-beg plastik yang sarat dengan keperluan bayi. Semuanya berwarna putih kerana itu yang difikirkannya sesuai untuk anaknya nanti. Warna putih lambang suci, tapi sebenarnya Eliza tak tahu pun apa jantina bayinya. Sengaja dia meminta doktor tidak memberitahu akan jantina bayi itu sebab Nurul dan kak Aisyah sibuk sangat nak memilih nama yang sesuai. Biarlah, sampai masanya baby keluar nanti adalah nama untuk dia. Aisyah yang menurut langkahnya dari belakang juga sarat membawa barangan bayi. Tilam, bantal serta bakul juga tak lupa dibeli. Kalau boleh Aisyah nak beli potty tapi rasanya barang tu lain kali aje boleh beli. Seronok betul dia memilih macam dia pula yang nak bersalin. Semua barangan dilonggokkan di atas lantai ruang tamu,dan kemudian dia berpatah balik menuju ke kereta untuk memunggah sebahagian barang yang masih belum dibawa masuk. “Wah banyaknya.. ada lagi ke kak Aisyah yang nak dibawa masuk?” Nurul menjerit kesukaan. “Tak de dah, ini sikit aje lagi.” Aisyah pula membalas jeritan dari luar. Kemudian kedua-duanya duduk bersila mengadap beg-beg yang bertaburan. Eliza yang pada mulanya menuju masuk ke bilik kemudiannya menyertai kedua-dua teman yang seronok membuka plastik. Beg-beg yang berisi pakaian kecil turut dilonggokkan sehingga menjadi bukit kecil di tengah-tengah rumah. ”Aduii... lenguh betul kaki berjalan, tapi seronok tau Nurul pilih barangan bayi ni. Akak yang belum kahwin ni pun teruja bila memilih, agaknya kalau akak yang mengandung nanti memang akak shopping sakanlah. Mahu setiap hari pergi beli barang-barang.” Aisyah bersuara sambil melunjurkan kakinya. ”Penat sangat ke? Wah. Macam ni punya banyak mana tak lenguh kaki. Eliza, kau macam mana? Aku tengok kau steady aje.. kak Aisyah pulak yang lebih-lebih penatnya?” Nurul menambah bila Eliza kelihatan tenang duduk tersandar disofa. ”Steady kata kau, rasa nak tercabut urat kaki aku ni berjalan. Nasib baik dengan jantung aku ni pun tak ikut tercabut sekali tau.” Eliza bersuara seakan merungut. Nurul membulatkan matanya memandang Aisyah, apa maksud Eliza jantung nak tercabut tu? Alahai, mintak-mintak takde la kejadian buruk yang berlaku. Aisyah menggeleng kecil sambil membuat isyarat tidak usah bertanya apa-apa. Tapi Nurul buat tak faham aje. ”Sapa pula yang cuba nak cabung jantung kau? Ada vampire ke kat shopping complex tu?” Nurul buat soalan tak pergi sekolah. Sebenarnya dia sendiri pun gelisah menunggu nak tahu cerita orang lepas balik dating terpaksa ni. Kak Aisyah pula yang gigil satu badan rasa macam bersalah pulak bila drama di restoran makan tadi dia jadi saksi. “Err.. akak buat air kejaplah, rasa hauslah pulak.” Dia mencipta alasan untuk meminta diri. “Tak payah kak Aisyah, Nurul dah buat pun ada atas meja ni. Minum ajelah.” Nurul sebenarnya mahu Aisyah turut serta dalam perbualan itu. “Entahnya kak Aisyah, saya dah minum dua gelas dah. Macamlah akak tu tak penat shopping. Duduk ajelah sini, tolong buka plastik barang-barang ni ha.” Eliza bersuara selamba. Aisyah membantutkan hasratnya untuk berlalu, lalu mula membuka plastik yang berisi pakaian bayi. “Nurul, aku terjumpa abang Harriez tadi.” Eliza mula bersuara, Nampak macam cool aje. Mana mood marahnya tadi. Aisyah mengerling mukanya. “Iye? Kau dah basuh dia cukup-cukup?” Nurul bertanya penuh minat. “Basuh? Apa kau ingat dia tu kain ke aku nak basuh. Alah apa lagi yang dicakapnya kalau bukan dia nak minta maaf, kali siap nak ajak ak balik rumah dia pulak. Eiii... tak kuasa aku nak ikut dia balik. Tapi yang aku paling tak sangka, bila mummy dia datang juga. Siap bawa girlfriend sekali.” Sikit berubah suara Eliza bila menyebut ‘girlfriend’ tu, ada nada jengkel berbaur cemburu terhambur keluar. “Hahh..? mummy Harriez ada girlfriend? Lesbo apa dia tu?” Soal Nurul pula. “Iskhh.. engkau ni Nurul ke situ pulak. Engku Faridah tu datang bawa kekasih abang Harriez sekali. Faham?” “Betul ke..? Abang Harriez ada kekasih lain? Mana kau tahu? Entah-entah adik dia ke atau kenalan mummy dia ke. Kau pandai-pandai je tuduh itu kekasih abang Harriez. “Akak rasa bukan kekasih dialah Eliza, nampak macam Harriez tak peduli pun perempuan tu, dia aje yang lebih-lebih.” Aisyah bagai cuba membetulkan suasana. Nurul memandang dengan penuh makna. Wahh.. ini cerita menarik ni, ingatkan setakat jumpa Shahrul Harriez, tapi extra pulak dengan Engku Faridah dan sapa? Girlfiriend Shahrul Harriez? “Hmm.. nanti-nantilah aku cerita. Tak pun kalau kau tak sabar, kak Aisyah boleh tolong cerita. Jom tolong aku buka bungkusan ni semua, aku pun seronok juga shopping dengan kak Aisyah tadi. Kak Aisyah rasa semua barang ni dah cukup ke? Saya rasa macam nak beli kereta sorong dengan katillah lepas ni. Nanti car seat kena beli ke?” Eliza mengubah tajuk perbualan, seboleh-bolehnya insiden tadi tak mahu diulang tayang. Baju-baju dan seluar bayi ini lebih mengujakan. Nurul mengangguk tanda faham bila kak Aisyah juga memberi isyarat supaya tidak bertanya lagi. Seronok betul mereka bertiga membelek satu persatu barang yang dibeli. Tak sangka Aisyah tahu semua keperluan bayi sehinggalah sarung kaki, tangan, topi dan barut serba cukup dibeli. “Akak rasa barang untuk baby ni macam dah cukup dah, lepas ni kalau kita keluar patut beli set kelengkapan untuk Eliza pulak.” “Apa pulak untuk saya, lepas bersalin nanti sudahlah nak kelengkapan apa lagi?” Eliza bertanya. “Wei.. kau ni tau nak beranak aje, lepas bersalin nanti kau kena berpantanglah. Masa berpantang tulah nak pakai pilis, bengkung aa.. lagi apa kak Aisyah?” Nurul yang buat-buat pandai tu sebenarnya tak tahu mana pun. “Hm.. banyak lagi jamu-jamu untuk memulihkan kesihatan. Jadi lebih elok kalau kita beli set lepas bersalin aje, serba lengkap untuk empat puluh hari.” Aisyah menokok bagaikan dia tahu segala-galanya. Eh, mestilah keluarganya ramai perempuan. Apa lagi sebagai anak sulung tentunya Aisyah tahu macam-macam. “Cakap pasal pantang ni, err Eliza macam mana nanti ya..?” Nurul bertanya sambil menggaru kepala. “Kenapa pulak? Aku berpantang aje di rumah nilah, kat mana lagi” Eliza menjawab. “Itulah, akak pun ada terfikir juga pasal tu. Iyalah berpantang ni memerlukan penjagaan yang betul. Nak berurut, bertungku makan pun kena jaga juga.” Aisyah menambah. “Habis tu, apa masalahnya?” Eliza bertanya kehairanan. “Aku ni tak pandai la buat tu semua, lagi pun aku takut tak terjaga kau nanti. Bukannya aku tak mahu.” Nurul memandang kawannya penuh rasa bersalah. “Iyalah Nurul, akak ni pun bukan tahu sangat nak menjaga. Tak ada pengalaman pun tapi akak rasa yang penting nak berurut dan jaga makan tu, siapa nanti nak tolong Eliza pakai bengkung?” Aisyah menambah kekusutan. Eliza terdiam seketika. Iskh, susah pulak rupanya nak bersalin ni, ingat dah keluar baby tu dah sudahlah. Alah orang Melayu ni aje yang berpantang bagai, tu orang putih tu elok aje. Hari ni beranak, esok dah boleh jogging. “Er.. macam tu tak payah pantang-pantanglah.” Eliza bersuara. Disambut dengan jeritan Nurul dan Aisyah. “Tak boleh..!” “Kalau balik aje kampung aku, duduk dengan mak aku untuk berpantang.” Nurul cepat bersuara. Eliza yang memegang sarung bantal bayi tu terdiam seketika, berfikir sama ada cadangan Nurul boleh dipakai atau tidak. “Aku bukan tak mahu, tapi bukan ke abang Harriez ada bertanyakan pasal aku pada mak kau? Dibuatnya dia call emak kau lagi macam mana? Silap-silap dia pegi turut ke rumah emak kau tu. Nanti bila aku balik bawa baby habislah. ” Perlahan-lahan Eliza menolak cadangan Nurul. “Bukan aku tak mahu atau tak percaya emak kau boleh simpan cerita ni atau tidak..” Eliza memandang Nurul penuh makna. Manalah tahu kut kut Nurul terasa pula. “Macam tu balik kampung akaklah, mak akak pun boleh jaga. Kat sana dah tentu suami Eliza tak akan cari. Usahkan emak, akak sendiri pun dia tak kenal siapakan? Jadi kalau Eliza di kampung akak tentu Harriez tak kan dapat jumpa.” Aisyah pula membuat usul. “Isyk.. nanti menyusahkan mak akak pula, apa akak nak bagi tahu pasal Eliza ni?” Nurul pula yang membangkang, tapi Eliza memandang dengan mata pernuh bercahaya macam lampu bling-bling. “Biar akak cuba cakap dengan mak akak dulu, korang jangan risau. Insya Allah mak akak tak menolak punya. Lagi pun mak akak tak kenal Shahrul Harriez takkan dia boleh cari sampai ke kampung akak kot?” Aisyah memandang kedua-dua temannya. “Setakat ni, itu idea paling baik yang kita ada. Eliza kalau mak kak Aisyah setuju, kau ke sanalah ya? Janganlah fikir yang kami ni tak mahu jaga kau, kami ni nak yang terbaik untuk kau sebenarnya.” Nurul memujuk bila wajah Eliza bertukar menjadi suram. Eliza hanya mengangguk setuju. “Tapi biarlah aku bersalin di sini, aku dah biasa dengan Doktor Munira tu, lagi pun hospital kan dekat aje dengan rumah kita. Lepas keluar hospital terus balik ke kampung kak Aisyah ya?” Eliza pula memutuskan. Kedua-dua temannya hanya mengangguk tanda setuju. “Oklah, rasa nak mandi dan nak sembahyang Asar, penat betullah. Nurul kalau aku tertidur kejutkan kalau terlajak sampai senja ya.” Eliza bagai memutuskan perbualan bila dia sudah mula angkat punggung. “Iyalah, pergilah rehat.” Nurul menyahut cepat, elok sangatlah tu senang dia nak korek cerita dari kak Aisyah. Nurul mengangkat keningnya penuh makna. “Akak pun nak solat dulu, karang cerita.” Aisyah pun turut bangun sambil membawa pakaian-pakaian kecil itu untuk dibasuh. Nurul mengikut jejaknya tanda mahu cerita diperinci. Gossip mana boleh lepas.Nurul tak puas hati selagi apa yang jadi sepanjang mereka di luar tidak diketahui. Memanglah dia yang tak mahu ikut tapi bukan bermakna dia tak mahu ketinggalan untuk mengetahui drama tu. ADAM menekan-nekan remote televisyen mencari rancangan yang sesuai. Tuan rumah yang terbaring disofa panjang langsung tak bersuara sejak tadi. Namanya aje dijemput tapi Adam pula yang jadi tuan rumah bila air pun dia kena ambil sendiri dari peti sejuk. Bukannya dia tak kenal peti ais kata Shahrul Harriez. “Jomlah keluar, ni pun dah pukul sembilan lebih aku dah lapar dah.” Adam memecah kesunyian. Movie yang terlayar di kaca tv langsung tak menarik perhatian. Mana nak ada mood kalau perut dah berbunyi. “Kita pesan pizza ajelah, aku malas nak keluar.” Shahrul Harriez membalas. Adam mengangguk setuju. “Kau orderlah apa-apa pun aku bayar.” Sambung Shahrul Harriez lagi. “Shahrul, dah sebulan lebih kau begini. Memerap dalam rumah mengalahkan anak dara sunti. Dahlah sesuka hati kau aje resigned dengan notice dua minggu. Ada apa-apa yang mengganggu kau ke?“ Adam mencungkil rahsia. Semenjak menemankan Shahrul Harriez berjumpa isterinya lebih sebulan yang lalu, kawannya yang seorang ni dah macam zombi kampung pisang. Tak minat nak pergi kerja yang akhirnya dia meletakkan jawatan. Hmm mujurlah anak orang kaya, tak kerja pun duit dia banyak. Bolehlah suka-suka aje berhenti kerja. “ Takde semangat dah aku nak kerja.“ Mudah aje jawapannya. “ Ceritalah pada aku, kut-kut semangat kau yang hilang tu aku boleh tolong carikan.“ Adam menjawab sambil tersenyum-senyum. Faham sangat semangat apa yang Shahrul Harriez kata dah hilang tu, tapi tak tahulah kalau semangat hutan pulak ke yang dia maksudkan. Shahrul Harriez buat endah tak endah sahaja, tak berapa rajin nak bercerita sebenarnya sebab Adam bukannya dia baru kenal hari ni, semua rahsia dah ada dalam kocek temannya tu. Seketika telefon bimbitnya berbunyi nyaring minta diangkat, pun Shahrul Harriez tak ada mood nak menjeling. “ Weei. Telefon kau tu, jawablah.“ Adam bersuara bila dia rasa handphone yang berbunyi lagu Donal Duck tu betul-betul mengganggu tumpuannya pada layar televisyen. Shahrul Harriez bergerak sedikit sambil tangannya menggapai-gapai macam mencari sesuatu, tetapi bukan handphone yang dicapai, kusyen kecil disambar dan rapat dia menutup telinga. “Mummy engkau tu Shahrul, tak baik tau kalau tak jawab.“ Adam lagi bersuara, tahu benar nada dering yang itu Shahrul Harriez dah set kan untuk mummy nya, tapi ehh bukan nama Engku Faridah yang terpapar di screen telefon tu. Amanda.! Laa.. dah berapa pemanggil yang dikategorikan sebagai ’itik’ ni? “Shahrul, siapa Amanda ni? Awek baru ke? Aku jawabkan ya?“ Adam sudah tergelak-gelak kecil. Ni mesti awek yang di reject oleh Shahrul Harriez, kalau tidak takkan dapat bunyi itik juga. “ Kalau kau nak layan, suka hatilah tapi jangan pakai telefon aku. Lagi satu pesan kat dia jangan call aku lagi.“ Waa… bukan Shahrul Harriez nak cemburu, siap bagi pesanan lagi. Adam kembali menumpukan pandangannya pada siaran yang terpasang. “ Aiseyy bro, awek kau ni tak putus asa lagilah. Dah lebih lima minit tak jemu-jemu dail nombor kau.“ Adam pulak dah naik muak dengar bunyi Donald Duck tu, patutlah Shahrul Harriez awal-awal lagi dah cari bantal nak tutup telinga. ELIZA membelek-belek telefon bimbit yang dikirim bersama jambangan bunga petang tadi. Nasib baik dia cuma campak ke tong sampah dalam rumah aje, kalau tercampak keluar alamat tak ada rezekilah nak merasa pakai iPhone 4 ni. Marah-marah pun kalau dapat barangan mahal macam ni kena fikir lapan kali juga kalau nak dibuang. Mujurlah handphone ni masih dalam kotak, kalau tidak alahai sayangnya. Tak pasal-pasal buang rezeki. Segan pula nak bagi tahu Nurul dan kak Aisyah, dah tentu kena usik dengan diaorang berdua tu. Adui malu, tapi tulah, dah dapat barang canggih macam ni, kalau tak bertanya memang aku tak tahu nak pakai macam mana. Nak tak nak kena jugalah minta bantuan, alah diorang tu bukan boleh buat apa pun, habis teruk kena kutuk dengan Nurul, eeiii… sabar ajelah telinga. Baru Eliza berkira-kira untuk mengetuk pintu bilik kak Aisyah, kotak handphone di atas ribaannya terjatuh ke lantai dan mengeluarkan satu sampul surat kecil. Susah payah Eliza merendahkan badannya untuk memungut sampul surat itu, kandungannya yang hanya menunggu hari itu terlalu berat untuk diusung ke sana ke mari. Eliza melepaskan lelah di atas katil, kepayahan membongkokkan badannya membuatkan dia sedikit penat. Pantas dia membuka sampul itu, tanpa dia sedar senyuman kecil meniti dibibir. Inilah kali pertama kiriman dari Shahrul Harriez dibukanya dengan hati yang berbunga. Assalamualaikum... My dearest Lizzy. Eh Lizzy..? Siapa pulak ni yang nama Lizzy ni? Abang Harriez ni tersalah hantar ke? Berdebar hatinya bila nama Lizzy yang dibaca. Abang berdoa semoga kotak hadiah ni tak masuk longkang, tapi setakat masuk tong sampah dalam rumah sekurang-kurangnya masih boleh diselamatkan lagi, itu pun kalau ada bantuan Nurul nak tolong bukakan.Sebab tu kiriman kali ni abang dah jampi supaya sayang tak marah-marah. Nak tahu abang jampi macam mana..? Sebelum hantar abang sebut ‘I love you’ seribu kali. Tengok menjadikan? Lagi satu sebab abang bagi dengan seikhlas hati, bukan kerana abang nak beli perasaan sayang dengan harta. Kalau sayang segan nak mintak Nurul atau kawan sayang yang lagi satu tu ajar macam mana nak guna phone, ni ada abang sertakan ‘manual’ untuk sayang explore sendiri macam mana nak guna phone ni. Apa-apa pun yang penting nombor telefon abang ada dalam speed dial tu dan sayang diwajibkan call abang selalu. With love, Your hubby, kekanda Shahrul Harriez. ‘Jampi konon, hmm betullah aku dah terkena jampi ni sebab handphone ni dah terselamat dari masuk longkang. Pelik ya, kenapa aku langsung tak rasa marah atau benci? Agaknya sebab barang ni mahal kut? Huh tak sangka materialistik jugak aku ni.’ Eliza berkata dalam hatinya sendiri pambil senyuman tak lekang dari bibirnya. Kepilan kertas yang bertulis instruction di bahagian atas kertas itu dibaca, mula-mula on kan dulu, pin code nya.. Eliza menuruti satu persatu arahan yang ditulis sendiri oleh Shahrul Harriez. Tak sampai sepuluh minit dah boleh digunakan, nasib baik abang dah mudahkan cara-cara nak pakai handphone ni, mana dia tahu yang aku ni reti nak pakai handphone canggih ya? Hmm.. lepas ni nak buat apa pula. Aku nak kena ucap terima kasih kut? Alah, tak mahu lah call dia, nanti betul-betul dia kata aku ni meterialistik, bagi barang mahal baru nak ingat dia, tapi dia juga yang tulis, ini bukan kerana kebendaan, tanda dia ikhlas .. ah apa-apalah. Berdolak dalik rasa hatinya, kalau ikutkan mahu sahaja dia membuat panggilan, tapi segan pun ada juga. Sekarang pukul berapa ya? Entah-entah dia tengah sibuk bekerja? Tak mau la ganggu dia, tapi elok juga kalau call time kerja, tak payah cakap lama-lama. Tapi kerja apa pulak malam-malam macam ni. Ahhh .. ok ke kalau call sekarang? Eh.. nanti, nak cakap apa ya? Terima kasih.. haa ok cakap terima kasih. Lepas tu cakap apa? Hmm.. kena minta maaf kut. Teringat pulak malam tadi kak Aisyah punya nasihat. ‘Kalau dah dekat nak bersalin ni elok minta maaf dari semua orang, terutamanya pada suami. Bukan apa, supaya dipermudahkan bila nak bersalin nanti’. Alahai… banyaknya dosa memang wajib sangat minta mar ni. Dalam buku panduan untuk menjadi ibu tu pun ada tulis, mesti dapat keredhaan dan kemaafan suami, barulah dipermudahkan dan kurang rasa sakit masa bersalin. Alamak.. habislah! Laju aje jari Eliza menekan paparan untuk speed dial dah tersedia gambar Shahrul Harriez yang tersenyum, tekan aje dan tunggu talian disambung. ADAM menyuap pizza untuk kepingan kedua kemulutnya. Bosan betul kalau makan seorang diri, ada kawan pun entah tidur entah jaga. Sejak bunyi Donald Duck yang berbunyi macam itik pulang petang tu berlagu hampir lima belas minit, Shahrul Harriez dah membatukan diri macam orang pengsan. Tiba-tiba handphone itu berbunyi lagi dengan dendangan lagu Dealova..’aku ingin menjadi mimpi indah dalam hidupmu..’ Adam yang tengah menguyah pizza pun boleh tergelak sendiri, entah awek mana pulak yang Shahrul Harriez dah set kan ringtones nya jadi lagu jiwang macam ni. Gasaklah kau, nak lagu macam mana, apa-apa pun pizza ni lagi sedap. Tiba-tiba Shahrul Harriez bingkas bangun bagai direnjat elektrik. Eh, hidup lagi? Ingat nak dah kena sumpah jadi batu. Terus aje dia meragut handphone yang berlagu macam orang mati bini tu. Dengan rambut yang kusut-masai Shahrul Harriez dah tersengeh dulu sebelum cakap hello. Adam buat-buat tak perasan dengan tingkah laku kawannya itu. “Assalamualaikum sayang..” Itu aje yang Adam sempat dengar sebab Shahrul Harriez dah bangun menuju ke balkoni, nak cari privasi lah tu, hiskk baru nak pasang telinga. “Waalaikumsalam, awak saya ganggu masa awak ke? Kalau busy tak apalah.” Eliza cuba menamatkan talian, kelam kabut sebenarnya. “Eh.. tak..tak sayang jangan letak phone. Please, abang tak busy langsung. Please talk to me sayang.” Shahrul Harriez pulak yang kalut. Alahai Elizaku sayang, cakaplah lagi dengan abang. “Hmm.. kalau macam tu oklah, sebenarnya saya nak cakap yang saya nak pulangkan semula telefon ni.” ‘Alamak..! Apasal aku kata nak pulangkan, aku dah mula ‘sayang’ kat phone nilah’. Eliza menggigit bibir, cis tak sekolah punya mulut, lain nak cakap lain pulak yang keluar. “No, no Lizzy. Abang tak mahu sayang pulangkan phone tu, abang bagi pada sayang supaya sayang boleh call abang anytime.” Susah betul nak lembutkan hati perempuan seorang ni, nak harap dia call aku takde harapanlah, dah bagi phone siap dengan private line pun dia pulangkan pulak. Eliza pula tergamam, eh betul ke dia panggil aku Lizzy? Sejak bila pulak aku tukar nama jadi Lizzy McGuire? “Habis saya nak buat apa dengan phone ni?” Eliza buat-buat tanya soalan tak sekolah pulak. Isskkh kalau tak tau sangat nak buat apa, phone tu boleh disimpan dalam handbag dan jadi kan cermin untuk sikat rambut.! “Untuk sayanglah, siapa lagi. Sampai hati sayang tolak hadiah dari abang.” Shahrul Harriez buat-buat merajuk, tapi kalau Eliza kata memang dia sampai hati nak buang jugak macam mana? “Hmm.. oklah saya simpan, tapi saya tak janji saya akan selalu tekefon awak atau pun angkat semua panggilan dari awak tau.” Haa.. pandai pun mulut aku ni bercakap, hehehehe.. “Awak…” isskkh.. susahnya nak cakap. Eliza tutup mata rapat-rapat. Macamlah Shahrul Harriez tu betul-betul ada depan mata. “Yes darling..” Shahrul Harriez pula tak lepaskan peluang bila dengar suara Eliza sejuk macam air cincau soya. “Err.. terima kasih untuk hadiah ni.” Satu dah keluar, Eliza pejam mata lagi, menunggu reaksi dari Shahrul Harriez. “Hmm..hmm.. itu aje?” Shahrul Harriez bersuara lembut mengalahkan suara abang donat masuk angin. “Terima kasih jugak untuk hadiah yang lain-lain.” Dua dah lepas dan Eliza tarik nafas panjang. Tak cukup oksigen lagi yang masuk sebab banyak lagi perkataan yang perlu keluar. “Walau pun ada yang masuk longkang tapi banyak juga yang terselamat tau.” Shahrul Harriez menyambul dengan ketawa senang hati, “Tak apalah sayang, at least ada juga yang terselamat. Abang bersyukur sebab sayang terima juga hadiah dari abang.” “Tapi, kalau awak nak hadiah yang ada ni terus kekal dalam simpanan saya, awak kena buat sesuatu.” Eliza kedengaran mengugut dan Shahrul Harriez pula gelisah. “Apa abang patut buat untuk sayang?” Risau tau kalau-kalau Eliza minta yang bukan-bukan. Dibuatnya minta papal layar boleh juga nak diusahakan, tapi kalau minta roket atau kapal selam? “Awak tolong berhenti dari hantar bunga dan hadiah-hadiah lain. Maksud saya, cukup jangan hantar lagi. Boleh?” Lembut tapi tegas. “Ala sayang,..” “Takde ala-ala.. kalau awak nak bercakap dengan saya pakai phone ni lagi, baik awak berhenti hantar hadiah, kalau tak sekarang jugak saya baling masuk longkang.” Eliza terus mengugut. “Okey..okey.. no more gifts no more gifts. Abang janji, tapi kalau abang nak bagi juga macam mana? I mean, I personally want to give it to you?” “Awak, kalau nak bagi apa-apa pada saya, biarlah kena pada masanya, bukan hari-hari hantar bunga macam ni, rimas tau. Dahlah saya ni tak larat nak berkemas, ni hari-hari kena salin air dalam bekas bunga yan gberlambak-lambak tu, awak ingat saya larat sangat ke nak bergerak dalam rumah ni? Eliza dah mula nak naik angin dan oppsss…. Apasal boleh melalut ni??? Eliza gigit lidah sendiri, adui…sungguh lidah tak bertulang. “Sayang… sayang sakit ke..kenapa sayang susah nak bergerak? Sayang sakit apa?” Shahrul Harriez bersuara risau. Jelas kekalutan dalam nadanya. “Err..err. tak.. tak lah… Se..sebenarnya dua tiga hari lepas saya terjatuh, ni kaki terseliuh sikit.. haa terseliuh hmm.. err tu sebab susah nak jalan.” Aiikkkss… nasib baik otak cepat process alasan. Minta-minta dia percayalah. “Betul ke sayang tak apa-apa ni? Abang datang sekarang ye..kita pergi klinik?” “Ehh tak.. tak payah baru je pergi klinik, awak tak usah risau sayang memang setiap dua minggu pergi klinik pun.” Oppss.. dua kosong.! Eliza tepuk mulutnya sendiri yang dah terlebih bercakap tu. Aduhai, itulah kalau cakap tak tau nak full stop kan dah tersasul macam-macam. Pantas Eliza menekan butang merah menamatkan talian. Ni kalau aku bercakap lebih dari lima minit beginilah jadinya. Habis semua rahsia terkeluar sendiri. Agaknya Shahrul Harriez ni betul-betul dah guna-gunakan aku, jampi dia tu mujarab sangat sampaikan bercakap pakai telefon dia ni habis segala rahsia aku bongkarkan. Hishh..Eliza menguis telefon itu jauh dari sisinya. Disebabkan Eliza memutuskan talian tanpa meminta izin dan dah tentunya Shahrul Harriez tak puas hati, telefon tu dah berkumandang lagu Celine Dion tanda panggilan dari Shahrul Harriez dah masuk. ‘ I love you.. please say you love me too.. this three words, they could change our life forever. And I promise you that we will always be together till the end of time.’ Eliza ketawa sendiri mendengar ringtone dari lagu kegemarannya. Kalau tak jawab panggilan ni, mau pulak orang tua ni datang ke rumah. Dia ni bukan boleh percaya sangat.. hmm.. jawab ajelah. “Hello” “Sayang, please don’t hang up. Kalau tak abang datang ke rumah sekarang jugak.” Wah Shahrul Harriez dah pandai nak mengugut, kecut perut jugak Eliza mendengarnya, dibuatnya betul-betul dia datang malam-malam buta ni kan naya?. “Tak, saya tak letak, hmm awak jangan datang ya, kita cakap aje.” Lembut Eliza memujuk membuatkan Shahrul Harriez berasa sedikit tenang. “Tadi sayang kata sakit kaki, teruk ke?” Laa tak abis lagi ke? “Tak lah, sudahlah tak payah cakap pasal tu. Kalau saya ni sakit teruk takkan Nurul nak biarkan saya duduk kat rumah? Ni dah baiklah, dah boleh jogging. Iyalah tu, nak berjalan pun semput. “Betul ni? Kalau sayang perlukan apa-apa, call abang tau?” “Iyalah..iyalah.. “ Malas Eliza nak panjang-panjangkan cerita. “Err.. awak..” Eliza mula teringat sesuatu. “Yes darling..?” Aduhai Encik Shahrul Harriez, baby dalam perut ni pun bergerak-gerak, agaknya dia boleh rasa ayahnya sedang memanggil emaknya dengan penuh kasih sayang. Eliza mengusap perutnya, serba salah mahu meneruskan kata-kata. “Awak.. saya.. saya nak minta maaf atas segala perbuatan saya pada awak. Saya tau saya banyak sakitkan hati awak, maafkan saya ya? Halalkan segala yang awak dah bagi pada saya. Ampunkan semua kata-kata saya yang buat awak berkecil hati. Awak.. tolong redhakan saya ya.” Sayu Eliza bersuara yang akhirnya esakan kecil menyelubungi talian. Bersungguh-sungguh Eliza menuturkan kata-kata sehinggakan ucapannya pebuh beremosi. Shahrul Harriez pula tergamam. Betul dia terkaku dan tak mampu bersuara. Terasa kelopak matanya hangat dan satu perasaan terharu menguasai setiap pelusuk mindanya. Betul ke apa yang didengar? Terkelip-kelip matanya menahan airmata dari tertumpah, uhh tak macho lah kalau nangis, tapi ni betul-betul terharulah. Bila kemaafannya tak disambut, Eliza jadi pelik. Eh dia ni dah letak telefon ke? Aku betul-betul syahdu punya minta maaf dia boleh diam pulak, entah-entah tidur kut, telefon yang dilekapkan ditelinga dipandang, hmm talian masih bersambung. “Awak.. awak tak maafkan saya ke?” Eliza masih lagi bersuara sedih. Bagai nak gugur jantung bila mendengar rayuan kekasih yang dicinta, Shahrul Harriez meraup mukanya dengan tapak tangan. “Er,, ya sayang ..ermm hmm. Abang dengar.” Serak suara Shahrul Harriez menjawab. “Sayang tak ada apa-apa salah pada abang, abang yang salahkan. Abang tak patut tinggalkan sayang dulu. Abang yang bersalah.” “Awak.. saya kata saya minta maaf bukannya suruh awak minta maaf dari saya.!” Eliza kembali pada intonasinya, keras!. “Er. Ahh. Ya..ya..abang maafkan sayang, abang redhakan segala-galanya.” Cepat Shahrul Harriez memotong, sekarang dia dah pasti satu perkara, kalau Eliza dah bertukar nada tu, lebih baik turutkan aje kalau tak mahu talian terputus lagi. Eliza jangan didesak. “Terima kasih sebab maafkan saya. Okeylah awak, saya dah mengantuklah, awak pun tidurlah ya? Esokkan nak kerja. Bye, assalamualaikum. “Waalaikumsalam..” dan klik talian dah pun putus. Hmm.. tak sempat nak cakap I love you. Shahrul Harriez masih menggenggam erat telefon bimbitnya dan melangkahkan masuk ke rumah lalu melepaskan nafas lega sambil bersandar disofa. Adam hanya menjeling seketika dan meneruskan tumpuan ke layar televisyen. Pura-pura tak ambil tahu. ”Wah kau ni makan tak ingat aku ya.” Shahrul Harriez membuka kotak pizza yang sudah sejuk itu. Kepingan pizza disuapkan ke mulut macam orang tak makan seminggu. ”Sedapnya pizza ni, perisa apa ya?” Shahrul Harriez bertanya sambil buat-buat tak tahu. ”Perisa kasih sayang yang ditabur dengan jiwang karat.” Jawab Adam selamba. Tak tahu apa yang menggelikan hati, Shahrul Harriez ketawa mengekek. ’Baru makan pizza dah sewel? ’ Adam buat muka tak puas hati. ”Betul.. pizza ni memang sedaplah.” ”Kalau sedap habiskanlah.” Adam menyambung. ”Iyalah ni, aku nak habiskan, kalau tak kenyang dengan kotaknya sekali aku nak kunyah. Hahaha ..” Shahrul Harriez ketawa senang. ’Itulah kalau orang tengah sakit, bila dapat aje ubat terus sihat. Tapi masalahnya kawan aku sorang ni bukannya sekarang sakit biasa. Sakit rindukan isteri yang entah kenapa malam ni boleh menelefon suami yang sedang tenat. Apalagi, terus demam rindu jadi kebah macam dah terlebih dos. Apa-apa pun aku doakan kau bahagia wahai kawanku.’ Doa Adam dalam diam. Meneruskan tumpuan ke keca tv sambil membiarkan Shahrul Harriez melahap pizza sejuk dan keras itu. Entah apa yang sedap pun tak tahulah. ELIZA membaringkan tubuhnya di atas katil. Alhamdulilah, terasa lega dan lepas satu bebanan bila Shahrul Harriez sudah memaafkannya. Sambil membetulkan bantal dan bersandar Eliza mengusap perutnya bila baby bergerak sejak tadi membuatkan duduknya tak selesa. Puas dia menepuk bantal dan mengubah kedudukannya, tapi perutnya masih rasa tak selesa, sakit dipinggang mula menyucuk. Berkerut dia menahan sakit yang semakin kerap dan kesakitannya sungguh dia tak tertahan. Eliza meraba-raba mencari bantal kecil di tepi katil tetapi yang terasa ialah lapik tilamnya yang sudah basah. Ahh.. air ketubannya dah pecah? ”Nurul... kak Aisyah..!” Aduh.. sakit semakin kerap menyucuk. ”Nurullllllllllllll.......” Tak sampai dua minit, Nurul dan Aisyah yang kelihatan terkejut dan seperti baru sedar dari tidur berlari masuk ke biliknya. ”Akak rasa Eliza ni dah nak bersalin dah. Nurul cepat ambil beg kat tepi almari tu, akak nak buka pintu. Kita papah Eliza sama-sama.” ”Kita nak ke hospital ke kak Aisyah?” Nurul bersuara kalut. ”Iyalah, orang nak beranak mestilah ke hospital, tak kan nak pergi funfair pulak, cepat ambil semua dokumen sekali.” Sungguh Nurul dan Aisyah jadi panik, dalam kelam-kabut dan masih tergamam Nurul dan Aisyah membelah kebeningan pagi membawa Eliza yang sakit nak bersalin ke hospital. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 13
Monday, June 20, 2011 | 8:42 AM | 8 star
Eliza mencengkam kuat hujung selendang yang membalut tubuhnya. Geram betul bila terpaksa menahan kedudukan badannya yang terpaksa dibongkokkan sedikit. Bukan sekejap, tapi dah lebih setengah jam dia duduk begitu. Shahrul Harriez masih lagi dengan ayat gula batunya sampai Eliza rasa nak cair isi telinga mendengarnya. Kak Aisyah ni menghantar barang ke kereta atau hantar balik ke rumah? Dari tadi tak nampak batang hidung!. “Eliza, bila abang boleh bawa Eliza balik ke rumah kita? Maksud abang balik ke rumah kita berdualah bukannya balik ke rumah mummy.” Pertanyaan Shahrul Harriez itu buat Eliza tergamam. Dia ni tak nampak ke aku marah rasa macam nak telan orang? Boleh pulak dia terfikir nak ajak aku balik ke rumah? Eliza memalingkan muka ke tepi, membuang pandangan ke luar melihat orang ramai yang berjalan melewati kedai-kedai yang berderet. “Sayang, jom balik rumah kita ya?” Shahrul Harriez masih bersuara memujuk. “Apa balik ke rumah? Eeii.. awak ni jangankan nak ikut awak balik, nak duduk dekat ni pun saya dah tak lalu tau.” Eliza dah tahap mencemuh, ayat-ayat yang keluar dari mulut pun dah tahap isi neraka aje bunyinya. Lagi dia memalingkan muka ke luar. Terpandangkan seorang perempuan muda berjalan memeluk lengan seoran gperempuan separuh umur, lenggok tubuh badannya yang manja jelas kelihatan bila tangannya memaut mesra bahu siperempuan yang lebih tua. Tapi, wahh… ini sudah betul-betul tak disangka. Perempuan yang berumur itu Engku Faridah. Apa mereka ni anak-beranak memang pakat nak berkumpul di restoran Secret Recipe ni kah? Siapa perempuan muda yang berlagak manja tu? Aku tak pernah tahu Shahrul Harriez ada adik beradik perempuan pun. Eliza tiba-tiba tersenyum lebar. Shahrul Harriez kehairanan dengan sikap Eliza yang tiba-tiba menjadi tenang itu. Takkan tiba-tiba boleh tersenyum pulak? Baru aje tadi dia tarik muka masam, ni boleh pulak dia tersenyum. Hati berbunga-bunga riang, macam ada rama-rama terbang!. Shahrul Harriez turut membuang pandangan ke luar, manalah tau kut Eliza nampak pelangi berwarna-warni, sampaikan yang muncung panjang sedepa tiba-tiba boleh bertukar menjadi senyuman lebar macam bunga kembang pagi. Bagai nak terkeluar biji matanya, pun bagai nak tercabut jantungnya bila yang dipandang itu adalah mummy dan Amanda! Aduhai, banyak-banyak tempat kenapa pasaraya ini juga diorang nak datang? Tolong-tolonglah, tolonglah jangan masuk ke sini. Kalau mummy seorang tak mengapalah, tapi yang mengikut mummy tu yang Shahrul Harriez paling tak berkenan. Segera wajah Eliza yang masih tersenyum dipandang, tak mungkin Eliza kenal Amanda. “Haa.. mummy kesayangan awak tu pun ada? Apa pula rancangan awak sekeluarga selepas ni?” Eliza berkata dalam senyuman mengejek. “Abang tak ada kena-mengena dengan apa-apa rancangan mummy saying. Ini pun abang tak sangka yang mummy berada disekitar kawasan ni.” Shahrul Harriez bagaikan merayu. Amanda sudahpun terpandang Shahrul Harriez yang duduk di meja tepi itu, segera Engku Faridah dicuit sambil telunjuk tirusnya menunding ke arah Shahrul Harriez. Berderau rasa darah Engku Faridah naik kekepala, tak sangka rupanya diam-diam Shahrul Harriez bertemu Eliza. Kalau ikutkan hati tak ingin ENgku Faridah memandang Eliza, bimbang benar kalau Amanda bertanya yang bukan-bukan. Segera dia menarik tangan Amanda untuk cepat-cepat beredar, tapi Amanda terlebih dulu mendorongnya supaya masuk ke restoran tersebut. “Abang Riezzzz..!” Jerit Amanda dari jauh. Amboi, boleh satu restoran ni dengar dia memanggil Shahrul Harriez. Mustahil ini adik-beradiknya, takkan kakak atau adik perempuan akan memanggil saudara lelakinya segedik itu? Eliza memandang tepat kepada Shahrul Harriezz. “Saya tak mahu keadaan jadi lebih buruk, baru sekejap tadi saya dengar pujuk rayu awak, baru juga saya hampir percaya apa yang awak cakapkan itu semuanya benar. Tapi apa yang baru aje saya dengar ni dah padamkan semua tunas-tunas rasa percaya saya. Sebelum saya lebih terluka lagi, lebih baik awak pergi. Jangan bagi saya tengok atau dekat dengan mummy atau kekasih awak tu.” Perlahan tap itegas Eliza bersuara. “Sayang… dia bukan kekasih abang, percayalah.. dia..” “Tak kira siapa pun dia, tolonglah jangan bawa dia dekat dengan saya. Atau mungkin peluang awak untuk mendekati saya hilang buat selama-lamanya. Cepatlah, pergi dari sini. Lain kali aje kita bercakap lagi.” Eliza seakan memujuk. Shahrul Harriez akur dengan kehendak Eliza, perlahan dia menolak kerusi dan bangun dengan perasaan penuh sebal. Dia faham, dalam keadaan begini amatlah tidak bijak jika mummy dan Amanda yang terkinja-kinja itu dekat dengan Eliza. Entah apa yang akan diucapkan oleh mereka nanti, mungkin saja bias mencetuskan perang yang tak disangka. “Abang pergi dulu, tapi nanti abang call sayang ya?” Bagai memohon izin, dia berlalu. Eliza hanya mengangguk perlahan dan memandang dengan pandangan penuh makna. Shahrul Harriez yang berlalu tidak pula menuju ke arah mummynya dan perempuan itu, sebaliknya melencong kea rah yang bertentangan dengan langkah yang panjang-panjang. Tersenyum Eliza memerhatikan bila perempuan yang bersama Engku Faridah itu terjerit-jerit memanggil dan cuba menurut jejak langkah suaminya yang semakin menghilang di celah kesibukkan pengunjung yang semakin ramai. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor Aisyah didail. Cepat benar talian disambut tanda Aisyah sentiasa bersedia. “Kak Aisyah, drama dah habis. Jomlah kita balik.” Labels: Jangan Ada Benci |