![]() ![]() ![]() ![]() |
Jangan Ada Benci 19
Wednesday, July 27, 2011 | 2:24 AM | 18 star
Mak Long mengesat pelupuk matanya yang berair, dah tua-tua begini memang cepat benar perasaannya terusik. Teringatkan segala perbuatannya yang lampau betul-betul buat Mak Long rasa sungguh bersalah. Kehilangan Eliza selama hampir setahun buat Mak Long jadi cepat aje nak bersedih, asal nama Eliza yang disebut mesti dia nak mengalirkan airmata. “Kamu janganlah nak salahkan diri kamu sangat Hasnah, budak tu pergi bukan sebab kamu halau atau kamu marah. Dah dia merajuk dengan si Harriez tu, bukan kamu yang suruh dia merajuk pun.” “Memanglah saya tak halau dia Mak Engku, tapi saya juga yang bodoh setuju dengan Faridah nak kawinkan dia, dah tentunya kawin paksa dia tak suka.” Mak Long menjawab dalam sedu sedan. “Mana kamu tahu dia tak suka? Aku tengok cucu aku Harriez tu senyum aje sepanjang majlis kahwin ari tu? Tak nampak pula gaya orang tak mau kawin. Eliza pun nampak elok aje kan. Tapi yang aku dengar si Faridah tu buat kacau lepas diorang kahwin.” Mak Tok membetul-betulkan selendang yang tersangkut dikepala. Tua-tua pun Mak Tok tetap boleh beza orang kahwin suka dengan tak suka. Sepatutnya perkiaraannya memang tak silap, Mak Tok pasti sangat Harriez dan Eliza tu pun suka sama suka, sama sepadan macam pinang kena kapak. “Tapi saya ada masa tu, saya tak buat apa-apa pun bila Harriez pergi tinggalkan Eliza. Dah tu Eliza pergi pun saya boleh tak perasan bila hilangnya. Emak apa saya ni Mak Engku?” Tambah kuat Mak Long punya lagu sedih, iskhh Mak Long ni memang ratu air mata sungguh. “Sekurang-kurangnya Harriez ada juga hubungi kamukan?” Mak Long cuma menganggukkan kepala. “ Aku ni hah, neneknya sendiri pun si Harriez haram tak peduli. Dia dah marahkan emaknya, sampai aku ni pun tak diherankannya lagi.” Mak Tok pula bersuara bagai berjauh hati. “Dia cari saya pun sebab Eliza je Mak Engku.” “Hmm.. dah macam tu takkan tak nampak lagi macam mana si Harriez tu suka kat Eliza?” Mak Tok masih membela cucunya itu. Apa dia ingat Eliza seorang sajalah yang salah sekarang ni? Mak Long mengangkat muka memandang Mak Tok, kalau orang tu ni fikir aku yang jadi punca, memang nak kenalah. Tak kiralah tua ke apa pun. Mak Long berfikir sendiri, tapi Mak Tok takde pulak nampak macam nak menyalahkan Eliza ataupun dirinya. “Hasnah, kalau Harriez ada hubungi kamu lagi cakaplah pada dia yang aku minta maaf. Bagi taulah dia yang aku sendiri nak jumpa dia, kalau dia tak mahu pijak rumah aku lagi, biar aku aje yang pergi jumpa dia. Ada perkara penting yang aku nak dia tahu.” Mak Tok pula mengesat airmata yang mula menitik. “Mak Engku, kalau Harriez hubungi saya lagi, saya mesti suruh dia jumpa Mak Engku juga. Saya janji.” Mak Long memberi harapan pada Mak Tok, tak sampai hati pula bila tengok warga tua bersedih. “Aku rasa bersalah pada mereka Hasnah.” “Kita sama-sama salah pada Harriez dan Eliza Mak Engku.” “Bukan pada mereka berdua aje Hasnah, aku tetap rasa bersalah pada Sarah adik kamu juga.” Mak Long tersentak bila nama adiknya pula disebut. Mata yang berkaca kembali lemas dek airmata yang turun macam empangan pecah. Bahu Mak Tok yang terhinjut-hinjut dek tangisan yang dah lama berlagu dipeluk penuh sayu. “Mak Engku, saya pun rasa bersalah pada Sarah.” Dua-dua dah menangis sepenuh perasaan bila nama Shahrul Harriez dan Eliza disebut, tambah pilu bila terkenang pula pada Umi Sarah. AISYAH MENYUSUN PAKAIAN yang hendak dibawa pulang ke kampung ke dalam beg kecil. Tak payah nak bawa banyak-banyak pun, kat rumah mak ada banyak pakaian, kalau tak bawa pun tak apa. Sedang asyik mengisi muatan ke dalam beg, telefonnya berlagu selawat ke atas nabi. Cepat Aisyah menekan butang hijau bila pemanggilnya adalah Adam. Salam yang diberi disambut dengan mesra. Lupa dah nak kemas baju. Nurul yang sudah siap berkemas menjenguk ke dalam bilik Aisyah. Pelik betul bila melihat kelakuan cikgu Aisyah yang bercakap perlahan dalam telefon. Biasa kalau Mak Cik Tijah yang call bukan main lagi kuat suara. Kalau Eliza pun yang call kak Aisyah cakap pakai vplume nombot lima juga. Ni slow semacam aje, mesti lelaki. Nurul meneka sendiri. Nurul duduk di atas katil sambil mengadap Aisyah yang masih asyik berbisik. Kain batik yang dipegang dari tadi tak masuk juga ke dalam beg, hujung kain itu pula yang dipintal-pintal. Ini mesti cakap dengan boyfriend ni, kut tak takkan boleh hanyut sampai tak sedar aku duduk depan dia pun. Huh jiwang karatlah tu, sampai kawan kat depan pun tak perasan. Nak kena ni. Aisyah mematikan talian sesudah membiarkan Nurul duduk di hadapannya selama lebih sepuluh minit. Padan muka duduk seorang, siapa suruh kacau orang tengah bergayut. “Ehem.. ehem… tak nak cerita ke?” Nurul dah mula nak jadi Cik Sri Siantan. “Cerita apa? Tak ada apa-apalah” Aisyah pura-pura tak faham. Kain batik yang sudah terburai lipatannya disumbat terus ke dalam beg. Tak ada perasaan dah, biasanya Aisyahlah yang paling teliti. “Ala, nak sorok-sorok pulak, Adam kan? Bila nak kenalkan kat Nurul?” ”Hussh, mana boleh kenalkan kat Nurul, nanti abang Adam tak mahu pandang akak dah , terus je sangkut kat Nurul pulak.” Aisyah menjeling sambil melarikan pandangannya dari Nurul. Pipinya yang merona merah tu cuba disorokkan dari pandangan Nurul. “Sebab tulah akak kena kenalkan orang dengan Adam tu, manalah tau kut-kut orang ter’tackle’ dia pulak nanti. Haa sapa yang rugi?” Sengaja Nurul menduga begitu. “Hmm.. kalau dia nak sangkut dengan Nurul pun, akak redha aje. Dah tak de rezeki, lagi pun kalau dia betul-betul serius datanglah sepuluh Nurul pun, patutnya dia tak tergoda tau.” “Waaa... ni betul-betul serius. Hahahahha, tahniah kak Aisyah. Hihihi tak lama lagi dapat lah Nurul merasa nasi minyak kat Melaka ye?” “Apa Nurul ni? Mana ada cerita nak makan nasi minyak pulak. Iskkkh budak ni, kami baru kawan-kawanlah tak ada cerita sampai ke situ lagi. Nak sangat rasa nasi minyak, hah karang kita singgah kedai makan dulu nasi minyak puas-puas.” Aisyah masih malu-malu. “Ehh, Nurul tau tak sekarang ni Harriez kat Australia, bapak dia sakit kat sana.” “Iya? Manalah Nurul tau, sejak bila pula dia ke sana? Patutlah tak ada orang hantar bunga ke rumah kita ni lagi, Mat Bunga dah ke Australia. Eliza tau ke? ”. Nurul bertanya penuh minat. “ Haa nilah akak nak cerita ni, Adam kata Shahrul nak datang ambil Eliza balik ke rumah diorang, alih-alih dapat berita dari abang dia yang tinggal kat Perth tu yang bapak dia kena serangan angin ahmar. Ehh akak pun naik confuse laa dengan nama Mat Bunga tu, Adam panggil dia Shahrul korang pulak panggil dia Harriez”. Aisyah menggaru kepala sendiri. “Biarlah nama apa pun, dah nama panjang berjela sapa suruh. Eh tadi akak kata Harriez nak ambil Eliza? Suka-suka aje nak angkut tebuan tanah tu? Hahahaha rugi pulak sebab kita dah hantar Eliza balik kampung, tak taulah macam mana jadinya kalau betul-betul jadikan kak Aisyah?”. “Itulah, kalau ikut cerita Adam, memang takde rezeki diorang nak berbaik hari tu, tak sangka pulak bapak dia tiba-tiba sakit. Tapi bagi akaklah, cerita yang ni lagi best.” “Apa?” Nurul semakin tak sabar, kak Aisyah ni saja pulak sibuk nak berkemas bagai, cerita tu jangan tergantung. “Adam kata, hubungan Eliza dengan Harriez tu baik. Diorang dah selalu calling-calling, Harriez siap belikan Eliza handphone baru lagi tau.” Aisyah rancak bercerita dengan senyum meleret. “Hah..? Betul ke? Kenapa kita tak tau?” Nurul bukan setakat menjerit, tapi siap melompat di atas katil, buruk perangai betul. “Itulah, akak macam tak percata aje, tapi tak kan abang Adam nak bohong pulak, diorang tukan best friend.” “Apa lagi yang Adam cerita?” “Tak ada apa dah, alah orang lelaki bukan tau bergossip macam kita, ehehe lagi pun akak seganlah nak tanya lebih-lebih, kang dia kata akak ni kaki kepochi lah pulak. Jatuh saham I..” Aisyah buat muka ala-ala sotong kena rebus tu. “Hahaha.. lawaklah kak Aisyah ni, dengan orang bukan main lagi kepochi nya, tapi bila cakap dengan Adam bukan main lagi kawalan keayuannya, main bisik-bisik pulak tu.” Nurul tak lepaskan peluang mengusik. Aisyah menerkam hendak mencubit Nurul, tapi Nurul dengan pantas dah lari keliling bilik. “Aiiyooo kak Aisyah Nurul tak mau main kejar-kejar, tolongg. Elizaaa..!!” ELIZA TERSEDAK KETIKA meneguk air halia buatan Mak Cik Tijah. Uweekkk, tak sedapnya kenapa tak rasa macam air Ribena ke? Berkerut-kerut muka menahan rasa halia yang pedas tu. Mak Cik Tijah yang macam pengawal penjara tetap menunggu depan Eliza, memastikan Eliza tak sembur air halia ni keluar. “Pelan-pelanlah teguk air tu, tak payah nak tergopoh-gapah. Banyak lagi air halia kat dapur tu, tak payah kamu nak minum dengan gelojoh.” Apa? Ada banyak lagi kat dapur? Alahai Mak Cik Tijah, Eliza tak sanggup nak teguk dah. Sejak semalam kena paksa minum air halia, buang angin kata Mak Cik Tijah. Sudahnya sambil tidur pun Eliza terbuang angin jugak. Nasib tak de orang lain, baby Edy pun tak heran dengar bunyi yang menggelodak keluar. Tapi hari ni kalau kena minum lagi malulah, Auntie Sarah ada ni, karang semua orang dengar Eliza kentut.! “Mak Cik Tijah, dah banyaklah saya minum dari semalam asyik terbuang angin aje.” Eliza mengadu. “Hah, dah memang itu pun tujuannya, untuk buang angin. Kamu tak usah nak malulah, buang angin aje, bukan keluar bom pun.” Selamba Mak Cik Tijah menjawab sambil membawa gelas kosong ke dapur. Datin Umi Sarah hanya ketawa terkekeh-kekeh melihat Eliza yang bermuka herot mengajuk cakap Mak Cik Tijah. “Eliza, masa pantang ni lah nak minum ubat-ubatan kampung, lepas ni tak adanya Eliza saja-saja nak minum air halia tu.” Datin Umi Sarah memujuk dengan tawa yang masih bersisa. “Auntie tau tak macam rasanya? Eiii.. pedas sungguh, dah tu asyik terbuang angin je, semalam iyalah saya seorang diri aje baring kat depan ni, habis sekarang kalau depan Auntie pun Eliza asyik terbuang angin aje macam mana? Malulah..” Eliza memuncungkan mulutnya. Eiii kentut depan orang malu tau, dah lah kalau nak keluar tu tak bolah nak tahan-tahan. “Alah, setakat terbuang angin apa sangatlah. Bukan meletup pun.” Datin Umi Sarah masih mahu mengusik. “Eliza, janganlah nak malu-malu pulak, auntie dah anggap Eliza macam anak auntie sendiri. Nak terbuang angin ke apa ke, sekurang-kurangnya dapat juga auntie ada rasa macam menjaga anak sendiri yang dalam pantang. Ni tengok Edy ni, auntie bayangkan dia ni betul-betul cucu auntie tau.” Edy yang baru membuka mata itu menggeliat bila tidur lenanya diganggu oleh Datin Umi Sarah. Elok pula tak melalak, biasa kalau celik mata aje mesti mulut pun terbuka juga. “Err auntie, kalau Eliza tanya sikit pasal auntie boleh tak?” Takut-takut pula nak tanya hal peribadi Datin Umi Sarah ni, yalah dia memang nampak ramah dan mesra tapi hal-hal terlindung ni bukan suka-suka boleh tanya sesedap rasa. “Eliza, tanya ajelah apa pun kamu nak tahu, auntie tak kisah.” Datin Umi Sarah menjawab sambil membuka pakaian Edy untuk diganti. “Eliza sayang auntie macam emak sendiri, yalah Elizakan tak pernah jumpa emak kandung. Dulu Mak Long yang besarkan Eliza.” Datin Umi Sarah tersentak, dalam banyak-banyak perkara yang ditanya pada Eliza dia lupa untuk membuka mulut tentang siapa penjaga Eliza selama ini, yang selalu menjadi topik perbualannya hanyalah berkisar tentang kandungannya dan perihal semasa. “Auntie, siapa lagi ahli keluarga auntie? Maksuh Eliza, siapa suami auntie dan anak-anak auntie?” Eliza memberanikan diri bersuara. Helaan nafas panjang dan Datin Umi Sarah mengambil sedikit masa untuk menjawab. Disudahkannya kerja menukar lampin Edy dan diletakkan kembali bayi yang sudah pun meguap luas dan menutup mata itu. Pipi comel Edy dikucup penuh kasih sayang. “Suami auntie dah meninggal tiga tahun lepas kerana kanser hati.” Sedih Datin Umi Sarah bersuara. “Oh, maafkan saya auntie. Tak apalah kalau auntie tak mau cerita.” Cepat Eliza memegang tangan Datin Umi Sarah, risau juga kalau soalannya membuatkan wanita yang disanjunginya itu tersentuh. “Tak apa sayang, elok juga auntie luahkan perasaan rindu auntie pada dia. Dulu arwah seorang doktor psikiatrik, dia yang merawat auntie sewaktu auntie sakit..........” Datin Umi Sarah melanjutkan ceritanya. “KAK LONG, SAMPAI hati kak long buat Sarah macam ni? Sarah tak gila kak long Sarah masih waras. Kak Long jangan tinggalkan Sarah kat sini. Kak Longggg....”. Jeritan Umi Sarah bergema disegenap penjuru bilik. Empat orang jururawat memaut erat kaki dan tangannya membuatkan dia tidak mampu bergerak. Pantas seorang lagi jururawat mengetatkan ikatan yang membelenggu pegerakkannya. Doktor Azlan membenamkan jarum berisi cairan membuatkan Umi Sarah terus lemah. Hasnah mengesat airmatanya sambil memangku bayi kecil yang baru berusia dua hari itu. ‘Maafkan kakak dik, keadaan yang memaksa supaya Sarah di sini.’ Hasnah berlalu membawa pergi bayi itu keluar dari bilik. Umi Sarah memandang sayu melihat kakaknya berlalu pergi. ‘Kenapa kak long tinggalkan Sarah di sini?’ Rintihnya terus. ‘Kak Long, itu anak Sarah kan, bagilah Sarah pegang dia. Kak Long, Sarah tak sengaja, Sarah tak sengaja. Sarah... Sarah bukan nak apa-apakan bayi tu, dia tetap anak Sarah. Mia.. Mia..ibu sayang Mia, Ibu tak berniat nak cederakan Mia.’ Mata Umi Sarah semakin berat dan pandangannya semakin kabur bersama hilangnya kak long Hasnah yang membawa Mia bayi kecilnya. Enam bulan berlalu... “Sarah apa khabar hari ni? Makan ubat yang saya suruh tu tak?” Doktor Azlan menyapa penuh lembut. Lembaran kertas dicoret pantas dengan nota yang hanya dia memahaminya. Umi Sarah hanya mengangguk sedikit, malas mahu melayan doktor itu. Fikirannya lebih tertumpu pada ingatan lain. Ahmad Danial! Suami yang meninggalkannya sejurus selepas dia melahirkan bayi mereka. Bukan setakat dia ditinggalkan dalam keadaan tidak berdaya, Ahmad Danial sudah melafazkan cerai talak tiga khas untuknya yang selama ini mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan ikatan perkahwinan mereka. Ternyata Ahmad Danial lebih percayakan Engku Faridah kekasih lamanya itu, dan sudahnya tohmahan yang dilemparkan kepadanya dipercayai seratus peratus oleh lelaki dayus itu. Doktor Azlan masih mencatatkan pelbagai nota ringkas di atas kertasnya. Umi Sarah malas mahu memperdulikan doktor yang terlebih rajin melawatnya itu. Fikirannya masih penuh dengan kata-kata cercaan dari Ahmad Danial. Sangkanya, menerima Ahmad Danial adalah sesuatu yang terindah berlaku dalam hidup, rupa-rupanya lelaki pengecut itu lebih mudah terpedaya dari yang disangkanya. Mencintai Ahmad Danial, kekasih lama Engku Faridah adalah sesuatu yang amat bodoh yang pernah dilakukannya. Engku Faridah yang tamak itu memang sungguh tidak berhati perut. Berkasih dengan Ahmad Danial tetapi memilih orang lain sebagai suami dek kerana pangkat dan harta. Entah apa makna cinta pada Engku Faridah, Umi Sarah pun tidak tahu. Ahmad Danial yang kecewa terus menanti Engku Faridah yang sudah pun mengandungkan anak ketiganya, bodoh sungguh lelaki itu. Menanti pada yang sudah berpunya. Tapi aku lagi bodoh kerana mencintai lelaki yang terang-terang mengakui dia tidak dapat melupakan Engku Faridah tak berguna tu. Kerana kekhilafan, atau kerana butanya cintaku pada Ahmad Danial, aku terima lamaran dari Mak Tok yang juga sayangkan Ahmad Danial seperti anaknya sendiri. Sesudah Engku Faridah tiba-tiba mahu berkahwin dengan Engku Mukhzani, Mak Tok pula menjodohkan aku dengan Ahmad Danial senagi galang ganti. “Sarah, apa kata petang ni saya bawa Sarah ambil angin di luar?” Tiba-tiba Doktor Azlan mematikan lamunanku. “Tak apalah, saya lebih suka di sini.” Aku malas nak memandang mukanya. Wahai doktor yang baik hati, tak perlulah nak melayan aku lebih dari yang secukupnya. Aku bukan tak tahu tugas doktor untuk merawat pesakit, tapi membawa keluar bersiar-siar itu memang dah bukan tugas dia lagi. Doktor Azlan yang tersenyum itu tiba-tiba mencempung dan meletakkan aku di atas kerusi roda, dan begitulah hari-hari seterusnya Doktor Azlan tak jemu-jemu memujuk perasaanku walaupun perhatian yang diberikannya lebih dari pesakit-pesakit yang lain. “SARAH DAH PULIH sepenuhnya, saya percaya sekarang Sarah lebih kuat dan tenang dari dulu.” Doktor Azlan memulakan bicaranya dengan wajah yang manis. Aku cuma mengangguk perlahan. Betul kata Doktor Azlan, aku memang sudah dapat menahan perasaan sedihku, untuk apa aku ingat lagi perihal Ahmad Danial yang menyakitkan hati itu? “Lepas ni Sarah akan balik ke kampung ke?” tepat anak mata Doktor Azlan memandangku. Aku tak ada jawapan untuk itu. Balik ke kampung bermakna aku akan kembali kepada kenangan hitam itu. Berjumpa mak tok, kak long atau Engku Faridah, semuanya akan menyakitkan hati aku. “Hmm.. rasanya saya akan menumpang di rumah saudara aje di sini.” Kataku berbohong. “Oh.. saya ingat Sarah cuma ada kakak sahaja, sebab tak pernah pula ada mana-mana pelawat yang datang.” Doktor Azlan bukan bodoh untuk ditipu sembarangan. Senyuman sinisnya jelas menunjukkan yang dia tak percaya dengan kata-kataku. “Sa..saya nak cari kerja di sini doktor.” Tergagap-gagap aku cuba mereka cerita. Pandangan tajam Doktor Azlan buat aku gugup. “Sarah, kalau Sarah tak ada tempat nak dituju, lebih baik Sarah berterus terang. Saya tak mahu Sarah pergi ke tempat yang tak tentu hala tuju.” Serius wajah Umi Sarah dipandang. Sarah tak dapatkah kau faham perasaanku, Doktor Azlan merintih sendiri. “ Okey, memang saya tak ada tempat nak dituju, tapi untuk balik ke kampung jumpa mereka semua tu, saya tak mahu doktor. Saya lebih sanggup hidup seorang diri, lebih sanggup merempat di kaki lima.” Airmata tak dapat ditahan lagi. Umi Sarah menangis semahu-mahunya. Doktor Azlan bangun dari kerusi empuknya dah memegang bahu Umi Sarah yang terhinjut-hinjut menahan tangis. “Sarah, dengar sini. Nanti pukul lima setengah saya habis kerja, Sarah ikut saya balik.” “CUP. CUP.. CUP. Auntie.. auntie.. kejap..kejap. Sebelum auntie sambung cerita sedih ni Eliza nak tanya auntie dulu. Err.. siapa nama suami auntie tu Ahmad Danial? Eliza terlupa yang dia baru berpantang seminggu, rasa nak melompat bangun, tapi dek kerana bengkung yang letat melilit separuh badan buat pergerakkannya jadi terbatas. “Iya, Ahmad Danial bin Mustaffa.” Datin Umi Sarah menjawab sambil mengesat airmata yang turut mengalir. Sudah lama tidak menyebut nama itu, dan memang dia sudah padam sampai tak tinggal bekas nama yang membuat hidupnya Eliza menekup mulutnya sendiri. “Kakak auntie tu pulak nama apa?” “Kak Long tu nama Hasnah. Hasnah binti Jamaluddin. Auntie pula Umi Sarah binti Jamaluddin. Kenapa?” Datin Umi Sarah mula kehairanan bila Eliza dah seperti nak menjerit, siap mata terbelik besar lagi. “Aun..auntie.. ni siapa sebenarnya?” Tergagap-gagap Eliza menuturkan kata-katanya. Entah kenapa suaranya bagai tersekat dikerongkong, juraian airmatanya membayangkan kejutan yang amat sangat. Eliza mencapai dompetnya, kad pengenalannya dihulurkan lepada Datin Umi Sarah. Datin Umi Sarah menyambar dengan penuh rasa berdebar. Matanya yang kabur dek airmata digosok berkali-kali. Tak percaya dengan nama yang tertera. Eliza Damia binti Ahmad Danial. Eliza anak Danial eh anak aku? “Miaaaaaaaa…. Mia anak ibu.” Raungnya sekuat hati sambil memeluk Eliza yang tersedu-sedu. Datin Umi Sarah bagaikan lupa diri bila mengetahui Eliza adalah anaknya yang selama ini bagai dilupakan. Baby Edy yang terkejut dengan jerit pekik kedua-dua beranak itu turut menjerit kerena terkejut. Mak Cik Tijah yang dari tadi di dagur juga turuta menerpa naik ke ruang atas bila drama anak-beranak itu semakin semakin hangat. Mulanya Mak Cik Tijah hanya memasang telinga, malas kononnya nak masuk campur. Tapi bila sesi bercerita bertukar menjadi jerit pekik, Mak Cik Tijah pun tak boleh tahan juga, dia pun nak menangis sama. Dari tadi dok tahan je mendengar orang bercerita. “Syukur alhamdulillah, doa ibu dimakbulkan Tuhan, anak ibu yang ibu rindu selama ini rupa-rupanya sudah dekat di depan mata. Eliza rupanya anak ibu.” Datin Umi Sarah masih dalam tangisan. “Ibu, Eliza.. Eliza tak sangka dapat jumpa ibu sekarang.. huhuhuhuu” Eliza turut melagukan tangis walaupun gembira. Mak Cik Tijah mendodoikan baby Edy yang terkejut dek kerana ibu dan neneknya yang masih mengongoi entah gembira atau sedih, makin kuat menangis adalah. Dalam pada keriuhan dua beranak yang berpelukkan itu, kedengaran salam dilaungkan dari luar rumah. Nurul dan Aisyah yang menyerbu masuk sebenarnya kehairanan bila salam berkali-kali itu disahut sambil suara orang menangis bertingkah-tingkah memenuhi ruang. Manalah tahu entah-entah kemalangan apa yang terjadi selepas seminggu Eliza ditinggalkan di kampung. “Kak Aisyah… Nurul… Ini.. ini auntie Sarah ni.. ibu aku..!” Eliza memberitahu dalam sedu sedan yang masih bertali arus. Pelukkan Datin Umi Sarah dileraikan dan tangisan mereka sudad sekikit reda. “Masya Allah…” iti sahaja yang termampu diluahkan oleh kedua-dua temannya. berita gembira.” Mak Cik Tijah menyuraikan keadaan. Ketawa sambil menyeka airmatanya Datin Umi Sarah menjawab, “ Kak Tijah, seronoknya saya ni bukan kepalang. Selama ni saya sangka dah tak akan jumpa anak saya lagi, tapi Tuhan tu Maha Berkuasa, bila saya jumpa anak saya, sekali dah ada cucu.” Nurul dan Aisyah yang baru saja tiba tambah terkejut dengan penerangan Datin Umi Sarah, mereka berpandangan dengan mata berkaca-kaca. “Aku tahu kau pun tak percayakan?” Eliza menepuk bahu Nurul. Sekali lagi mereka bercucuran airmata gembira. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 18
Thursday, July 21, 2011 | 6:21 PM | 9 star
Semalaman di rumah Mak Cik Tijah, bosannya macam dah tinggal lama. Layanan first class dari orang tua tu memang tak dapat nak dinafikan, Eliza pun dah tak kuasa nak melarang, melainkan dia perlu ke tandas sahaja barulah dibenarkan bergerak. Setakat nak makan atau basuh tangan sebut saja semuanya sampai ke hujung kaki. Dahlah rimas disuruh bersarung kaki siang malam. Entah segala bedak campur garam kunyit Mak Cik Tijah dah sapu seluruh badan. Sekali pandang dah macam tepung bungkus, dua kali pandang macam aci kerja kilang tepung. Bukan setakat makan pakai aje yang Mak Cik Tijah jaga, tidur malam tadi pun dia dikerah pejamkan mata bila jam menunjukkan pukul sepuluh. Macamlah esok aku nak pergi sekolah. Tengok televisyen lama-lama pun mak Cik Tijah kata tak elok, nanti rosak matalah, rabunlah, entah orang tua ni kedekut tak bagi aku on tv plasma dia tu agaknya, hihihihihi tak baik betullah. Nasib baiklah dua-dua handphone ni tak kena rampas, dapat jugalah nak main game, tak sangka iPhone ni banyak game boleh download, nayalah abang Harriez nak bayar bil nanti.. abang Harriez..? Abang kat mana..???? ‘Kalau teringat pasal abang Harriez ni buat aku rasa geram-geram sayang, eh ada ke perasaan macam tu? Tak kiralah. Geram sebab dia kata nak ambil aku nak bawa balik ke rumah, geram sebab rasa kena tipu bulat-bulat, lonjong-lonjong eii.. memang double double geram kalau teringat. Sayang sebab.. sayang sebab.. sebab sayanglah. Laki aku.!’ Eliza garu kepala yang memang gatal, mana tidaknya Mak Cik Tijah dah buat sanggul tinggi siap cucuk dengan paku enam inci lagi. Habis tegang kulit kepala sampai nak garu pun susah. Hisk.. teringat kat abang Harriez ni buat aku geram lagi. Kalau sekarang dia ada depan mata, memang aku cucuk dengan paku panjang ni, biar dia jadi pontianak .. hahahaha.. mana ada pontianak lelaki.’ Baby Edy tidur dengan dua-dua tangannya terbuka luas, panas agaknya. Masa Mak Cik Tijah tak nampak ni, Eliza dah longgarkan ikatan selimut yang membedung erat kaki tangan budak tu, terus aje Edy menggeliat dan mendepangkan tangan. Teruk kita kena ragging dengan Nenek Tijah kan Edy? Eliza mengusap pipi lembut yang kemerahan. Dalam usia tiga hari kulitnya dah mula menggelupas, cepat Eliza teringat untuk menyapu losyen bayi. Kalau ikut Mak Cik Tijah tak bagi sapu losyen biar lumur dengan minyak kelapa aje, tak elok letak bahan kimia katanya. Tapi Eliza diam-diam sapu juga losyen bayi ni, mestilah nak kasi wangi. ”Edy, bangunlah Edy.. jom teman mak pegi KLCC.” Eliza ajak Edy yang tidur nyenyak tu berbual. “Jom kita pegi coffeehause tempat mak mula-mula jumpa ayah, kat situ boleh nampak taman permainan tau. Nanti Edy dah boleh jalan, mak bawa Edy main-main kat situ.” Tiada sahutan, hanya nafas Edy yang menderu dalam lena yang tenang. Eliza terus mengusap rambut bayinya yang jarang, ‘Nanti macam manalah rupa anak aku ni ya?’. Eliza tak pernah tahu macam mana rupa kedua ibubapanya, nak kata mengikut rupanya tak juga. Muka Edy tak bulat macam mukanya, hidung tak comel macam dia. Bentuk muka agak bujur dan hidung yang mancung tu mengingatkan dia pada Shahrul Harriez. Keningnya lebat bagai nak bertaut tu dengan dahi yang luas, alahai sebijik!. Ni sebab kulit Edy mula menggelupas, jadi tak tahulah apa warna kulitnya. Aku tak berapa cerah, orang kata putih kuning, tapi aku rasa macam warna cokelat aje kulit aku ni. Cerah kulit orang melayu, macam tu lah. Tak macam abang Harriez, dia tu agaknya mandi clorox sebab kulit dia jauh lebih cerah dari aku, yang ada persamaan cuma Edy ada lesung pipit sebelah pipi kiri, itu aje. Uwaaa.. Edy, mak yang mengandung, apasal nak cop muka ayah aje? Tak aci betul. Puas menilik bayinya, Eliza teringat untuk menghubungi Datin Umi Sarah, terasa lama pula tak berbual dengan wanita itu, kali terakhir mereka berhubung sehari sebelum dia bersalin, alahai macam mana boleh lupa nak bagi tahu Auntie Sarah dia dah bersalin. Nombor dari telefonnya di salin dan didail dengan menggunakan telofon yang lagi canggih tu, hehehe bilkan abang Harriez bayar, tulah sapa suruh mungkir janji. Lama dia menunggu panggilannya disambut. “Assalamualaikum Auntie Sarah, ni Eliza.” Dia memulakan bicara. “Waalaikumsalam, eh Eliza dah tukar nombor ke? Nombor lama tu dah tak tak aktif ke? Ni pun dah berapa hari tak call auntie.” Separuh merajuk bunyinya. “Minta maaflah auntie, ni pun saya dah sampai Melaka, dah tiga hari saya bersalin.” “Hah..? Amboi sampai hati tak bagi tau bila Eliza masuk hospital.” Memang sah merajuk!. “Tulah auntie, dah sakit mana nak ingat handphone, err Eliza minta maaf ya?” Aduhai, kalau Datin Umi Sarah dah bunyi macam kucing kena pijak ekor ni entah apalah katanya nanti. “Hmm.. bagi alamat kat Melaka tu, auntie datang sekarang. Sms sekarang tau. Kalau tak auntie merajuk sampai bila-bila” Arahnya tegas, tapi Eliza tau Datin Umi Sarah baik, takkan nak merajuk betul-betul kut. “Ok..ok. Eliza hantar sekarang, err betul ke auntie nak datang?” Seronoknya..! “Betullah, sekarang juga auntie nak gerak, biarkan budak-budak ni aje yang jaga kedai. Eliza bagi tahulah dengan mak cik yang jaga kamu tu ya, err siapa namanya?” “Mak Cik Tijah.” “Haa.. kirim salam Mak Cik Tijah, bagi tau auntie nak datang, mana tahu nanti dia ingat auntie datang nak merompak ke..” “Insya Allah, auntie drive baik-baik ya?” Eliza pula memesan, tahu sangat Datin Umi Sarah tu jenis tak suka pakai pemandu, kemana-mana pun dia suka memandu sendiri. Senang katanya. ‘Edy, Nenek Sarah nak datang,’ Eliza berbisik sambil tersenyum sendiri. Kelakar pulak sebut nama Nenek Sarah, bunyi macam tak kena aje, biarlah dah memang pangkat nenek pun tak kan nak panggil kakak pulak. Handphone yang di letak hi hujung kepala bayinya tiba-tiba berbunyi lagu Celine Dion. Hah... ada pun, baru ingat nak call? “Assalamualaikum sayang.. apa kabar.” Suara di hujung talian yang dirindu, sayu benar bunyinya. Eleh, tu nak cover sebab dah mungkir janjilah tu. “Waalaikumsalam, ingat pun nak call. Dah janji-janji tapi tak datang, haa sekarang macam mana? Seronok main-mainkan perasaan orang?” Perlahan tapi bergetar suara Eliza. Cakap kuat-kuat karang Edy bangun kan susah, dibuatnya Mak Cik Tijah pun dengar lagi bertambah kecoh. “Abang tak main-main bila abang kata nak ambil sayang, tapi abang ada hal kecemasan. Daddy kena serangan angin ahmar kat Australia, kebetulan abang dapat panggilan sama masa bila abang nak pergi ambil sayang. Abang minta maaf sebab tak bagi tau sayang awal-awal, sampai kat airport bateri dah flat ni pun baru jumpa charger. Abang minta maaf ya?” “Hmm.. apa-apa jelah.” Eliza menjawab acuh tak acuh. Eleh, bateri kong konon, tak de public phone ke, nak seribu daya abang ooi. Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, biasanya dia merayu-rayu kalau cakap minta maaf tapi kali ni layu benar bunyi suaranya. Agaknya dah bosan nak merajuk kut? Eliza menelah sendirian. Sepi. Dua-dua tak bersuara, masing-masing melayan perasaan sendiri. “Abang.” “Sayang.” Dah dua-dua bersuara serentak. “Okey sayang cakap dulu.” Shahrul Harriez mengalah. “Betul ke abang nak ambil saya hari tu?” “Eh mestilah, kalau sekarang ni abang kat KL, memang dah sampai depan rumah tau, tak kira sayang suka atau tidak abang mesti bawa sayang balik ke rumah.” Serius bunyinya. “Oh..” Itu aje Eliza mampu menjawab. Diam lagi. “Hmm.. tadi nak cakap apa?” Giliran Eliza pula memecah kesunyian. “I miss you.” “Hah..?” “I love you” “Eh.. apa ni?” Eliza pandang telefon kemudian kembali melekapkan ketelinga. “Itulah yang abang nak cakap tadi, sayang ingat apa?” “Hmm.. macam pelik pulak.” “Pelik ke cakap sayang rindu kat isteri sendiri?” ”Entah.” ”Kalau tak faham juga, nanti balik abang kasi faham.” ”Bila nak balik?” ”Err.. dua tiga hari lagi kut, tapi abang janji. Sampai aje KL abang terus pergi rumah sayang. Jangan pergi mana-mana tau. Nanti dah confirm flight abang call.” “Ehh.. jangan-jangan. Jangan datang rumah, saya tak ada.” “Lah pergi mana pulak?” “Err.. ada kursus.” Aduh, macam mana ni? Tiba-tiba rasa tak sedia nak cakap pulak. “Berapa lama?” “Dua bulan.” Ahahaha, ye lah tu kursus dua bulan. “Kursus apa sampai dua bulan, sambung belajar ke?” Shahrul Harriez menyoal. Banyak perkara yang dia perlu tahu mengenai Eliza. Mood tengah elok ni, sikit-sikit kena ambil tahulah. “Adalah kursus orang perempuan. Kalau awak balik nanti call aje, insya Allah saya akan jawab.” Eliza berjanji, tapi sebenarnya masih mengelak untuk berterus terang. Kalau Shahrul Harriez nak tahu tentang kebenaran, biarlah disaksikan dengan matanya sendiri. “Okey, nanti abang cari, kat mana sayang kursus ni?” “Kat Melaka aje, hmm awak call saya dulu tau bila dah balik nanti.” Eliza mencari akal untuk mengelak. “Hmm.. yalah yalah, sayang sorry ye I need to go. Kat sini kelam kabut sikitlah sebab daddy tengah sakit, mummy pulak macam-macam hal. Tapi abang tak lupa sayang tau. Let me know should anything happen.” “Okey.” Sepatah aje Eliza menjawab. Let you know if anything happen? Kalau aku cakap balik sekarang juga macam mana? “ Lagi satu, I love you so much”. Shahrul Harriez membiarkan ayatnya mati disitu, menanti jawapan dari Eliza. “Laa apasal tak jawab?” Shahrul Harriez bertanya dengan kecewa. “Orang jawablah, dalam hati.!” “Ala tak dengar, cakaplah kuat-kuat.” Shahrul Harriez kemudiannya menjawab manja. Baru aje nak cakap lovey dovey dengan Eliza, tiba-tiba suara Engku Faridah melaung memanggilnya. Kacau betullah mummy ni. “Sayang, take care tau. Abang balik nanti tak ada alasan kenapa sayang tak mau ikut abang lagi. Love you muuahhhh..! ” Eliza hanya tertawa kecil, gembira kerana Shahrul Harriez tak lupakan dia. “Sudahlah abang, pergi cepat mummy dah panggil tu, bye assalamualaikum.” Panggilan diputuskan bila Shahrul Harriez menjawab salamnya beserta muah..muah lapan bakul. Seronoknya..! Muah..muah juga untuk abang, tulah seronok punya pasal Eliza sendiri pun tak sedar bila dia terpanggil ‘abang’ semula, gasaklah. Muah..muah lagi untuk abang sebab Eliza tak ada keberanian nak balas balik, cuma berani bersuara dalam hati aje. “Edy, ayah kirim muah..muah kat Edy”. Eliza mencium bayinya yang nyenyak dibuai mimpi. SERONOKNYA DAPAT BERCAKAP dengan Eliza kali ni, tak pernah Eliza nak berbual-bual mesra. Selalunya suara dia separuh menjerit, tapi gelak-gelak manjanya, intonasi suaranya berubah seratus lapan puluh darjah. Walaupun dia tak menjawab bila aku kata ‘I love you’ , tapi dari nada suaranya aku tau dia pun sama. Eliza, tunggulah nanti abang balik. Abang nak dengar Eliza cakap yang sayang cintakan abang juga, lepas tu sayang muah..muah kat abang.. Telefon yang berlatar belakang gambar mereka berdua sewaktu lepas nikah menjadi pilihan, selalu benar dia menukar wallpaper tapi semua gambar Eliza lah. “Aku tak peduli kau siapa, berambus kau dari sini! Berani kau datang ke mari hah..? Perempuan sial, tak tau malu ..“ Cot-cet..cot cet ..lagi Engku Faridah menyumpah seranah perempuan seksi yang tiba-tiba datang menerpa ke bilik yang menempatkan Engku Mukhzani. Emylin artis yang suam-suam kuku tu dah meraung-raung nak memeluk kekasihnya, tapi jangan harap Engku Faridah nak tengok aje, sudahnya dua-dua berbalas-balas pekik dan jeritan. 'Alah, apa pulak bala yang datang ni, macam mana boleh mummy terjumpa dengan kekasih daddy ni? Eh tu bukan ke artis yang banyak gossip tu?’ Shahrul Harriez menghela nafas panjang. Malas betul nak melayan kerenah mummy dengan entah sapa ke nama artis tu. Rasa nak biarkan aje Kak Hazreen menghalang mummy nya dari bertindak keterlaluan, tapi kesian pulak kak Hazreen yang mengandung anak ketiganya tu, entah diorang nak bergomol ke nanti tak pasal-pasal Kak Hazreen yang jadi mangsa. Shahrul Harriez mengatur langkah mendekati kedua-dua perempuan yang terjerit-jerit tak mengira kawasan hospital ke apa. “ Mummy sudahlah, mummy janganlah macam ni. Kawasan hospital mana boleh buat bising lagi pun daddy kan sakit tu. Sudah mummy, sudah.“ Hazreen memujuk sambil memeluk ibunya dari cuba menerpa ke arah Emylin. “ Aku tak peduli kalau ini kawasan kubur sekali pun. Tak guna punya perempuan sundal, dah lah kacau laki orang, berani pulak nak tunjuk muka kat sini. Lepaskan mummy Reen, biar mummy ganyang perempuan murah ni“ . Engku Faridah terus bertempik. Emylin juga tak mahu kalah, lantas dia cuba untuk menerpa ke arah Engku Faridah, mujurlah Shahrul Harriez cepat menangkapnya. “Hei perempuan tua, kau tu yang bodoh tak tahu jaga laki. Kalau kau bagus sangat tak kan laki kau boleh sujud dikaki aku.” Bentaknya kasar, begitu marah dia bila Shahrul Harriez dah menjauhkan dia dari menerkam Engku Faridah. Shahrul Harriez tidak berniat untuk mengasari perempuan itu, tapi bila mummy dicerca sesuka hati, apatah lagi bila mengenangkan Emylin itu memang terkenal dengan skandal dan gossip-gossip panas, terpaksa dia merentap kuat tangan Emylin dan menariknya keluar dari bilik pesakit. "Darling.. !! Auuww sakitlah bodoh, kenapa kau tarik tangan aku.” Marahnya lagi. ”Darling, tengoklah anak you ni dia berkasar dengan I, I datang nak jumpa dengan you darling, I risau dengan keadaan you. Darlingg..!” Emylin menjerit terus. Bingit telinga Shahrul Harriez bila perempuan itu memekik-mekik dekat dengan telinganya, memang bergegar gegendang telinga kalau dia ni menjerit macam pontianak kena paku. Emylin yang berjaya ditarik keluar dibawanya ke kawasan luar dari hospital, lapang. Kawasan yang dikhaskan untuk pesakit dan pengunjung untuk mengambil angin di luar. ”Apa kau nak sebenarnya hah?” Shahrul Harriez bertanya garang. Emylin yang sudah berhenti menjerit itu mengusap-usap pergelangan tangannya yang dicengkam kuat. Sakitlah. ”Aku nak kekasih aku, Engku Mukhzani.” Jawabnya berani. Hah apa nak takut, tak kan aku nak lepaskan orang tua lubuk emas tu. ”Jangan nak bohong, aku tau kau bukan sukakan bapak aku. Sekarang cakap berapa kau nak?” Kalau profil penuh skandal macam Emylin ni tak lain tak bukan duitlah tujuannya. ”Aku tak mahu duit, aku nak kekasih aku, aku nak kawin dengan dia. Kau faham tak?” Emylin kembali meninggikan suaranya. Biarkan mamat ni ingat aku serius nak kawin dengan orang tua tu, iskkh sapa nak kawin dengan orang tua gendut tu, aku nak kawin dengan duitnya aje. Kalau mamat ni yang ajak aku kawin lainlah. Emylin tersenyum mengejek. ”Aku tahu bukan itu yang kau mahukan sebenarnya, sudahlah sekarang aku offer seratus ribu. Kau ambil dan jangan ganggu keluarga aku lagi.” Shahrul Harriez membuat tawaran, setakat seratus ribu tu bila-bila mummy boleh bayar. ”Make it five hundred, I’ll sign the cheque and you will leave this place immediately.” Tiba-tiba Hezriq muncul dan bersuara tegas. Sebaik sahaja dia sampai ke bilik daddy, suasana masih hingar bingar dengan raungan Engku Faridah. Adiknya Hazreen yang memberi tahu serba sedikit keadaan yang terjadi, terus dia menurut jejak adiknya Shahrul Harriez. Emylin memandang kedua-dua lelaki di hadapannya. Wah, handsome handsome belaka anak-anak Engku Mukhzani ni, kenapa aku langsung tak kenal mereka? Lelaki yang baru muncul ni nampak lebih segak dari yang muda sikit tu, tapi yang tarik aku tadi lagi sweet. Emylin masih tersenyum penuh makna. Pertanyaan dari Hezriq tidak terus dijawabnya dek kerana terleka memandang kedua-dua lelaki ini. “Take it or leave it, I won't offer you twice, no matter what’s your answer I will ensure you suffer. Lebih baik you ambil sebab lepas ni I tak mau you dekat dengan my father.” Bertambah garang suara Hezriq menggertak Emylin yang terlalu asyik membandingkan kedua-dua anak lelaki Engku Mukhzani. “Hmm.. you all ingat nak beli cinta I pada father you dengan duitlah? Okey I tak kan ganggu dia lagi but not with that five hundred, I want one million.” Emylin berkata angkuh, alah sejuta tu mesti celah gigi diorang aje, apa sangatlah. “Seven hundreds, final. Take it or you leave with zero.” Hezriq bersuara lebih keras.“Okey, deal.” Emylin tersenyum senang. Tujuh ratus ribu, wah lepas ni tak payah aku terhegeh-hegeh nak minta kontrak sana-sini, setahun tak payah kerja!. “And no more disturbing my father.” Shahrul Harriez pula menyampuk, saja nak mengingatkan perempuan pisau cukur ni. “Yes, no more disturbing your father.” Emylin menjawab sambil mengenyitkan mata, penuh makna. Yelah aku tak kacau si tua tu lagi, tapi kau yang muda ni, hmm tak tau lah. “Cepat bagi butiran you, I nak you cepat-cepat berambus dari sini.” Hezriq memang dah tahan dengan nak tengok Emylin, kenapalah daddy boleh tersangkut dengan perempuan jenis Gillette Mach5 ni. Emylin mengeluarkan cebisan kertas dari beg tangannya, menulis nama dan nombor akaun banknya. “Nah, ambil ni. Aku tahu kau masukkan duit dengan segera, hari ni juga aku akan check online banking.” Sebaik sahaja cebisan kertas itu bertukar tangan, Emylin memusingkan badannya untuk berlalu pergi. Berjalan penuh megah membayangkan tujuh ratus ribu dalam akaun bank, orang kaya baru beb. Shahrul Harriez menghela nafas lega, lepas satu masalah. Abang Hezriq ni laa, tak sayang duit langsung, senang-senang aje nak kasi duit banyak tu kat orang. Belum ada jaminan lagi yang dia tak kacau daddy. Entah-entah bila daddy sembuh nanti dia datang balik. “Riez kenal ke sapa perempuan tu?” Hezriq masih memandang cebisan kertas yang tertera nama dan nombor akaun bank Emylin itu. “Hmm.. artis yang berskandal tu, entah apa ke namanya, Emy..Emila..hmm. Emylin kut, gitulah.” Dia menjawab acuh tak acuh. “Hai, betul ke nama dia Emylin?” “Iyalah, satu Malaysia kenal dia dengan nama tu. Kenapa?” “Habis yang nama Rosnah binti Abdul Kuki ni siapa?” Soal Hezriq sambil menghulurkan kertas tersebut. Shahrul Harriez yang memandang sekilas menjawab dengan gelak yang tersembur. “Dah..dah tak payah nak gelakkan nama orang, jom masuk dalam tengok daddy. Mummy tu kalau asyik nak terjerit-jerit aje, Riez bawa balik cepat-cepatlah. Rimas betul abang melayan dia.” Hezriq memutuskan bila Shahrul Harriez masih ketawa tak habis-habis. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 17
Sunday, July 17, 2011 | 9:52 PM | 21 star
SHAHRUL HARRIEZ BERSIUL girang sambil menuruni tangga rumahnya. Kondominum mewahnya sempat dikemaskan serba sedikit, alah bukan berkemas pun setakat membuang sampah sarap yang melimpahi bakul sampah. Itu pun atas ehsan pertolongan dari Adam walau pun temannya itu baru aje keluar hospital tapi bila Shahrul Harriez kata nak ambil Eliza balik ke rumah, dengan senang hati Adam tolong jadi ‘bibik’.Kunci dan dompet dicapai sambil dia memakai topi besbol di kepala, tampak lebih santai dikenakan dengan jeans dan t-shirt berkolar. Semenjak tidak bekerja ni memang rambutnya dah panjang menutupi tengkuk, kalau dulu tak pernah dia bermisai tapi sekarang mukanya dah semak dengan janggut. Tadi pun Adam sempat menegurnya sebab dia dah nampak serabai, tapi senang aje dia jawab, dulu-dulu masa study cam ni laa gaya dia. Ramai jugak awek yang sangkut, ni kalau jumpa Eliza dengan keadaan macam ni, mesti Eliza boleh jatuh cinta kali kedua. Bila Shahrul Harriez dah masuk lif tekan sendiri, Adam tak kuasa nak layan, biarlah. Muka dia, tak handsome pun lagi bagus, nanti senanglah Adam nak tackle Aisyah. Baru saja Shahrul Harriez nak mengunci pintu, panggilan dari nombor yang jarang menghubunginya menjerit kuat. Ni nombor abang Hezriq, dia balik ke Malaysiakah? “Assalamualaikum abang, apa cerita ni? Nak balik sini ke?” Shahrul Harriez bersuara mesra, rindu pada abang sulungnya. “Waalaikumsalam, abang ok je macam biasa. Tapi abang call ni sebab ada hal penting.” Serius bunyi suara abangnya di hujung talian membuatkan Shahrul Harriez berdebar. “Apa dia abang?” Shahrul Harriez tidak jadi menutup pintu, sebaliknya kembali masuk ke dalam rumah untuk menjawab panggilan dari abangnya. “Daddy pergi Perth Riez tau tak?” Hezriq bertanya. “Tak tau, alah mana-mana daddy pergi pun bukannya Riez ambil tahu sangat. Mummy pun Riez tak tahu dia kat mana sekarang ni.” Shahrul Harriez mengakui sikap tidak prihatinnya terhadap kedua ibubapanya. “Daddy kena rompak masa keluar dari hotel sewaktu di Perth, bila dah terkejut macam tu dia kena strok.Sekarang ni masih dirawat di hospital. Keadaannya dah stabil tapi teruk jugalah, separuh badannya mati. Riez boleh datang ke sini bawa mummy?” Ringkas tetapi sungguh memeranjatkan sehingga Shahrul Harriez terduduk di sofa. “Astagfirullah..Mummy dah tau ke bang?” “Belum, abang pun tak dapat nak hubungi mummy sejak tadi. Riez tolong bawa mummy datang sini secepat mungkin ya. Tapi ada satu perkara lagi abang nak bagi tau, harap-harap Riez simpanlah jangan bagi tahu mummy pulak.” ”Apa lagi bang? Wah bunyinya macam lagi serius.” Shahrul Harriez lagi cuba menebak. “Memang serius, Daddy datang dengan someone, entah kekasih atau isteri mudanya. So, you how to handle mummy right? ” Hezriq menambah cerita sambil meminta kepastian supaya Shahrul Harriez bijak mengawal keadaan mummy nya nanti. “Hurmm.. macam tu kita jangan bagi tau pasal the other lady tulah, karang tak pasal-pasal mummy pulak yang tumbang. Ni kak Hazreen dah tau ke?” Shahrul Harriez malas nak ambil pusing pasal hubungan daddy dengan mana-mana perempuan. Baginya yang lebih penting adalah keluarga sendiri. “Dah, kak Reen dengan keluarganya akan sampai sekejap lagi, abang pun nak pergi ambil merekalah di airport. Okeylah Riez, nanti dah confirm flight bagi tahu abang. Jaga diri dan mummy elok-elok, assalamulaikum.” “Waalaikumsalam, nanti Riez call lagi.” Shahrul Harriez mematikan talian. Berita yang mengejutkan itu benar-benar membuatkan dia terpana seketika. Pada waktu itu memang fikirannya tertumpu pada cerita yang baru disampaikan oleh abangnya. Pesanan supaya dia membawa mummy ke Australia itu membuatkan dia bergegas menghubungi mummynya. Nombor mummy di dail tapi tiada jawapan. Geram betul dia dengan perangai mummynya, patutah daddy ada perempuan lain, kalau mummy sendiri tak ambil tau di mana daddy berada. Cubaan kali ketiga akhirnya membuahkan hasil bila panggilannya disambut malas oleh Engku Faridah. “Hello mummy, Riez nak jumpa mummy sekarang kat rumah.” ENTAH BERAPA LAMA perjalanan yang diambil untuk sampai ke Melaka pun Eliza tak pasti. Dalam pada dia menunggu-nunggu panggilan dari Shahrul Harriez dia sudah terlelap, tau-tau aje dah sampai. Termangu-mangu dia bila Nurul mengejutkan dia apabila tiba di laman rumah. Sebaik sahaja celik mata terus fikirannya teringat janji Shahrul Harriez yang mahu menjemputnya. Tapi kenapa dah sampai ke sini? Eliza menggosok matanya berkali-kali, telefon masih ditangannya dipandang berkali-kali, sungguh dia tidak silap dengar atau terlepas pandang. Tak ada satu pun panggilan ataupun SMS yang masuk. Betul ke tadi dia dalam perjalanan. Eliza masih tertanya-tanya. Keriuhan suara emak kak Aisyah menyambut kedatangan mereka membuatkan lamunannya terganggu. Mujurlah dia tidak sempat memberi tahu Nurul atau kak Aisyah perihal SMS dari Shahrul Harriez, hanya dia saja yang tahu dan ternanti-nanti. Cepat dia menyumbatkan telefon baru itu ke dalam beg, perihal hadiah terbaru dari Shahrul Harriez ini pun Nurul atak kak Aisyah belum tahu lagi. “Jemputah naik nak oii.. haa Chah hati-hati bawa orang baru bersalin tu naik. Baik-baik jangan sampai terjatuh..pot..pet..pot..pet” Mak cik Tijah bersuara. Eliza menguntumkan senyuman walaupun hatinya terasa sangat sedih. Layanan mak Cik Tijah yang mesra itu dilayan dengan wajah semanis yang mungkin. Mak Cik Tijah yang sudah diberitahu akan situasi Eliza oleh kak Aisyah tidak bertanya lanjut tentang latar belakang Eliza. Kedatangannya disambut dengan begitu mesra sehinggakan Eliza naik segan dibuatnya. Tilam yang siap terhampar di sudut tepi ruang tamu sudah disiapkan oleh Mak Cik Tijah, mau tak mau Eliza dipaksa membaringkan dirinya. Mak Cik Tijah kata, dah lama sangat duduk dalam kereta tu, terhentak sana sini, tak elok nanti bentan. Sudahlah dia dipaksa makan nasi berlauk ikan kering, nasi panas itu hanya berkuahkan lada hitam dicampur bawang putih. Mula-mula memang pelik, maklumlah dua tiga kali makan makanan di hospital segala sayur ayam daging Eliza sebat aje. Bila Mak Cik Tijah dah bagi senarai menu makanan selama berpantang ni, tak ada pilihan langsung. Itu gatal, ini sejuk selama empat puluh hari inilah menu utama. Nurul senyum-senyum sambil gigit paha ayam, siap jilat-jilat jari lagi. Nantilah aku habis pantang esok, seekor ayam aku nak sebat. Eliza hanya ditemankan oleh adik kak Aisyah yang begitu leka menjaga baby Edy, dengan budak tengah tidur tu pun Amani boleh ajak bersembang. Agaknya keluarga kak Aisyah ni penggemar tongkeng ayam, kalau tak tutup mata ada aje idea nak bercakap. Tapi kak Aisyah tak pulak macam Mak Cik Tijah dan Amani, elok aje tak banyak celoteh. Bosan juga bila disuruh berbaring macam ni, macamlah aku ni lumpuh atau tak ada kaki, Mak Cik Tijah dah kasi warning tadi, jangan cuba-cuba nak berjalan-jalan, baring aje sebab kejap lagi nak berurut. Sekarang ni pun Mak Cik Tijah tengah sibuk menyediakan entah apa-apa daun untuk direbus buat mandiannya petang nanti. Telefon dikeluarkan dari beg tangannya yang mujur diletakkan tak jauh dari tilamnya. Seronok juga ada dua handpohone ni, satu talian untuk Nurul dan kak Aisyah, satu talian lagi hanya dari abang Harriez. Abang Harriez? Eliza teringatkan sesuatu, dia memeriksa telefon itu, masih lagi tiada panggilan masuk atau SMS. Entah-entah ada apa-apa yang tak elok terjadi tak? Tak kanlah abang sengaja nak mungkir janji? Eliza menguatkan hatinya untuk membuat panggilan, tak apalah kali ini aku buang rasa egoku. Speed dial yang tertera muka Shahrul Harriez itu ditekan, terus panggilan masuk ke peti suara. Dua kali Eliza mencuba, tapi masih tiada jawapan. Kecewa yang bukan kepalang dirasakannya membuatkan dia mematikan telefon bimbit itu dan menyumbatnya kembali ke dalam beg. ‘Abang, kenapa abang permain perasaan Eliza? Pada saat hati ini terbuka untuk menerima abang kembali, kenapa abang menghilang? Apa salah Eliza bang, apa yang Eliza buat sampai abang tipu Eliza? Berbulan abang mencuba dengan pelbagai cara, tak kan sengaja berbuat begitu? Apakah abang mahu membalas dendam kerana Eliza juga menghilangkan diri? Apakah abang sebenarnya hanya mahu menyakiti hati Eliza? Mesti abang tahu Eliza tertunggu-tunggukan abang, mesti abang gembira sebab berjaya buat Eliza merana untuk kali kedua. Abang, kenapa sakiti hati Eliza lagi? Tak cukupkah dulu abang tinggalkan Eliza, abang tak pedulikan Eliza malah abang tuduh Eliza perempuan mata duitan. Sekarang, selepas abang berpura-pura nak berbaik dengan Eliza, abang sengaja mendiamkan diri. Abang tahu Eliza mengharapkan abang, menunggu abang sebab itukah abang tak muncul-muncul. Kalau ada aral melintang, takkanlah abang tidak ingat untuk meninggalkan pesan. Ini bila Eliza cuba hubungi abang, langsung tak dapat abang. Abang memang sengajakan, sengaja nak permainkan perasaan Eliza..Abang sengaja nak Eliza merana, menderita kerana rindukan abang, cintakan abang. Kenapa abang masih nak siksa perasaan Eliza.?’ Eliza lekas-lekas menyapu airmatanya yang berlinang, bimbang kalau-kalau dilihat oleh Amani. Suara Mak Cik Tijah bersama Aisyah dan Nurul yang riuh bercerita mematikan lamunannya. Eliza harus bijak menyembunyikan perasaan sedihnya. “Wah, bukan main seronok lagi korang round keliling rumah ya, aku kat sini tinggal terlentang atas tilam tak boleh bergerak.” Sengaja Eliza dulu yang menegur rakan-rakannya, semoga kesedihannya sebentar tadi boleh dilindung. “Eh, awak tu berpantang haaa jadi jangan haraplah nak berjalan-jalan macam orang lain ye, sila baring aje atas tilam ni selama dua bulan.” Nurul pula menyakat. “Ha.. akak dah pastikan dia dapat jururawat yang terbaik, Mak Cik Tijah the pencen nurse akan pastikan dia tak pijak tanah dan berpantang sepantang-pantangnya.” Aisyah yang sudah mengangkat Edy dan meriba turut mengusik. Eliza hanya tertawa kecil, biarlah dukanya kali ini tidak dihidu oleh Nurul dan Aisyah. “Edy, nanti tinggal rumah Nenek Tijah baik-baik tau, jangan banyak ragam, jangan susahkan nenek dan mama..” Nurul mula berjeda tapi dipotong oleh Eliza. “Bukan mamalah. Mak. Aku nak anak aku panggil mak, tak de mama ke mummy ke.” Aisyah, Nurul berpandangan tetapi Amani yang mendengar terus tergelak kuat, apa lagi Aisyah dan Nurul pun turut sama gelakkan Eliza. ”Apa punya panggilan daaa...?” ”Eh, sukalah nak panggil apa pun. Panggilan mak tu memanglah nampak macam kampung, tapi dah memang asal orang kampung. Klasik apa.?” Eliza tak mahu kalah. Aisyah yang terlalu banyak ketawa mengesat pelupuk matanya, Nurul pula siap bertepuk bertampar dengan Amani. Eliza tak faham kenapa mesti diorang ketawa. Lantaklah aku nak dipanggil mak, apa salahnya. Kalau Edy nak panggil bapanya nanti pun aku nak dia panggil ayah, takde papa atau daddy. Ayah..? Bila dan macam mana anak aku boleh panggil ayahnya sendiri kalau ayahnya berjanji nak ambil kami tapi tak muncul-muncul? Sebelum kesedihannya dikesan oleh Nurul dan Aisyah, adalah lebih baik kalau dia cepat-cepat tukar topic. ”Kak Aisyah dan Nurul lama ke kat sini, korang nak balik bila?” Mesti rasa serba canggung kalau mereka berdua tak ada, apa lagi kalau kak Aisyah tak ada. ”Mana boleh lama-lama, esok kan Isnin kami ada tugas masing-masing dah. Ala nanti Mama Yun mesti rundu kat Edy lah.. ” Nurul menyahut cepat. ”Ikutkan hati memang Mama Sasa pun tak nak baliklah, sayang nak tinggalkan Edy dengan Nenek Tijah.” Kak Aisyah pulak buat muka tak cukup gula. ”Sebenarnya korang nak balik bila?” Eliza naik geram, huh masing-masing kisahkan Edy aje, habis aku? ”Kena balik petang nilah mak Eliza oiii..kan hari ni Ahad.” Nurul bersuara kuat sehingga baby Edy menggeliat dek kerana terkejut mendengar suara Nurul, tapi langsung dia tak buka mata juga. “Husshh.. cakap perlan sikitlah, nanti balik rumah kita Nurul jeritlah puas-puas, kan baby dah terkejut tu. Macam ni kena balik cepat-cepatlah, kalau Nurul dekat memang terkejut aje baby Edy ni.” Aisyah menegur, terus dia menepuk-nepuk tubu gebu sikecil Edy yang langsung tak nampak macam nak buka mata pun. “Ehehe.. sorry baby Edy, Mama Yun tarik pitching lebih sikit tadi. Iskkh kak Aisyah ni, asyik dia aje yang pegang, bak sini anak Mama Yun.” “Ahh.. jangan ngada-ngada nak pegang anak Mama Sasa, awak pegi dapur makan kuih yang mak buat tu.” Aisyah tak mau kalah juga. Mak Cik Tijah yang membahasakan dirinya mak sejak tadi turut menyampuk menjemput Nurul untuk menjamah kuih hasil tangannya. “Lija tak boleh makan kuih tu, mak campur telur. Karang luka lambat baik.” Ehh sesedap aje Mak Cik Tijah panggil Lija kat aku, dah lah tak kasi aku maka kuih dia. Nurul dan Aisyah pulak senyum-senyum kambing aje, tu tak ada lainlah, mesti nak sakat aku. Eliza mencebikkan muka. “KAU SABAR DAN banyak rehatkan diri ajelah kat sini yee, ingat sikit awak tu berpantang.” Pesan Nurul untuk kali ke enam puluh lapan. “Iyalah, aku berpantang ni.” Jawab Eliza acuh tak acuh. “Ikut pantang tau, Eliza jangan mengelat.” Tambah Aisyah pula. “Iyalah, tak mengelat.” Dah macam banduan dibuka gari pulak. “Lagi satu, aku tak mahu kau bersedih-sedih ya, Kalau teringat abang Harriez, call aje bagi alamat rumah mak ni, aku gerenti dia sampai dalam masa kurang dua jam.” Nurul mengusik. “Haah, ni pesanan serius dari akak juga, call aje Harriez tu. Tapi akak nak ingatkan yang Eliza tu masih berpantang.” Aisyah pula berpesan senyum-senyum penuh makna. Nurul pula ketawa kuat macam biasa. Diorang ni, kalau aku tak pantang pun aku tak de call abang Harriez ni dah pantang pun nak call juga? Tapi aku memang cadang nak call dia lepas dua mama perasan ni jalan!. “Hah, jalanlah korang. Nanti aku senyap-senyap aje lari ikut abang Harriez baru padan muka korang kehilangan aku. Hahahaha.” Eliza buat lawak yang macam tak berapa nak menjadi. Nurul dan Aisyah berpandangan lalu serentak bersuara.. “Alhamdulillah…!!!!!!!!” “Tak guna, korang berdua betul-betul nak aku lari rupanya.” Giliran Eliza pun menjerit. Tapi suara Mak Cik Tijah pula yang meningkah, “apa ni orang berpantang terjerit-jerit depan muka pintu.” Sergahan dari Mak Cik Tijah itu membuatkan ketiga-tiganya ketawa bersama-sama. Pelukkan demi pelukkan silih berganti sebelum Nurul dan Aisyah hilang dari pandangan mata. Memang Eliza menitiskan airmata, tapi bila kelibat kereta Aisyah hilang dari pandangan mata, makin lebat pula hujan airmatanya. Entah banyak mana stok yang tersimpan dek kerana perasaannya yang tertahan semenjak semalam. Mak Cik Tijah yang mula-mula nak keluarkan aura garang pun berfikir enam kali untuk marah Eliza guna nada A minor, sudahnya hanya mendatar sahaja suaranya apabila dia turut sedih bila memandang Eliza. Mengenangkan nasib Eliza yang tidak ditemani keluarga sendiri membuatkan Mak Cik Tijah menaruh simpati yang amat tinggi. Nampaknya Eliza bukanlah dari kalangan perempuan pernah terlanjur atau yang buruk kelakukannya. Mak Cik Tijah membuang jauh-jauh prasangka yang bersarang dihati. Semoga Tuhan berikan dia kekuatan untuk membantu Eliza yang malang , amin. SHAHRUL HARRIEZ YANG memandu dengan laju tiba diperkarangan villa mewah kediaman keluarganya. Mummy yang menunggu di ruang tamu sudah pun mengongoi bagaikan anak kecil, tentunya berita kemalangan daddy sudad sampai kepengetahunanyalah tu. Cepat Shahrul Harriez melangkah masuk dan terus mearih tangan mummy untuk disalami, tapi mummy pula memeluknya pambil meraung-raung. “Mummy, bawa bertenang. Mengucap Dummy.” Shahrul Harriez cuba menenangkan ibunya yang bagai orang hilang akal. “Daddy dah dalam keadaan stabil, mummy bawa bersabarlah. Jom kita bersiap, Riez datang ni nak bawa mummy ke sanalah tempat abang Hezriq.” Rimas pula jadinya bila mummy bertindak macam orang gila. “Daddy pergi jumpa abang Hezriq kah?” Muka mummy yang kusut masai itu dipandang penuh simpati, tak sampai hati Shahrul Harriez nak bagi tau, daddy sebenarnya pergi honeymoon dengan kekasihnya. “Iyalah agaknya mummy, daddy kan sekarang dalam jagaan abang. Sudahlah menangis tu, mummy dah siap berkemas ke?” Shahrul Harriez bertindak untuk tidak melayan cakap-cakap mummy nya yang dari tadi berceloteh tanpa dipedulikan butirannya. “Sudah, mummy dah siapdah.” Engku Faridah memuncungkan mulutnya mengarah ke sudut di tepi pintu. Tersandar dua buah beg besar menanti. “Mummy bawa apa sampai dua beg besar?” Shahrul Harriez menggeleng kepala. Dia cuma menyumbat beberapa helai pakaian yang hanya dimuatkan ke dalam satu beg kecil. “Alah mummy bawa sikit aje, barang-barang keperluan.” Engku Faridah menjawab malas. Penerbangan yang dijadualkan berlepas lewat malam itu ditempah melalui setiausaha daddy, mujurlah ada yang menguruskan kalau tidak memang Shahrul Harriez buntu juga. Menunggu dibalai berlepas, Shahrul Harriez melepaskan penat melayan kerenah mummy yang mahu berpatah balik kerumah semata-mata kerana tertinggal sesuatu. Shahrul Harriez rasa nak hantuk kepala ke tingkap kereta bila mummy menangis-nangis bagaikan yang tertinggal itu adalah passport atau beg tangannya. Bila terpandangkan yang dijinjit keluar oleh mummy adalah kotak mekapnya, Shahrul Harriez rasa nak pitam. Setengah jam sebelum pesawat berlepas, Shahrul Harriez mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek, patutlah dari tadi tak berbunyi dah habis bateri rupanya. Dia menekan-nekan kekunci telefon itu dengan bateri yang masih bersisa. Ya Tuhan..kenapa boleh terlupa? Aku sepatutnya hubungi Eliza dan bagi tau dia pasal hal kecemasan ini. Ya Allah.. habislah Eliz amerajuk lagi. Shahrul Harriez jadi menggigil, dia cuba mendail nombor Eliza, tetapi handphone yang baterinya nyawa-nyawa ikan itu terus padam meninggalkan warna kelam di screen.! Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 16
Sunday, July 10, 2011 | 8:03 PM | 12 star
Aisyah membetul-betulkan selimut bayi yang baru sahaja disusukan oleh Eliza. Kelakar betul bila pertama kali nak menyuakan susu ke mulut baby ni bila tiga-tiga kelam kabut dengar baby menjerit sekuat-kuat hati. Nurul yang paling panik sampai terlanggar meja kecil dalam wad bersalin tu, sudahnya makanan Eliza di atas meja tu habis bertabur ke lantai. Aisyah yang kononnya cool pun turut sama mengalirkan airmata bila dah lebih setengah jam baby melalak tak dapat minum susu lagi. Yang betul-betul tenang ialah Eliza, setelah dia menepuk-tepuk baby tu barulah berjaya mulutnya disumbat dan meneguk air susunya. Eliza tersandar kemas sementara Nurul sibuk membuka buku panduan nama-nama bayi. Masing-masing melayan perasan selepas penat nak menyusukan baby untuk kali pertama. Baru tahu betapa susahnya nak jaga baby, time ni lah terasa perlunya ada orang tua membantu. “Err.. Eliza, mana nama yang kau dah shortlistedkan ni? Hari ni aku dah boleh daftarkan nama baby ni tau.” Nurul masih tak lepas dari membaca buku tersebut. “Yalah, semua nama kena reject, habis nak bubuh nama apa?” Aisyah pula menambah. “Nama baby tu Adrian, sebab nanti nak panggil dia Edy. Okey tak?” Eliza akhirnya bersuara. “Adrian, sedap juga nama tu, tapi seketul tu aje? Nama emak dan ayah punyalah panjang, tetiba nama anak sepatah tu aje.” Nurul menokok. “Ye laa Eliza, err takde nama lain lagi ke yang boleh combine Akak fikir bubuhlah nama yang dekat-dekat sikit dengan nama ayah dia kut.?”Aisyah pula menambah. “Isskhh..tak maulah, dah berbulan-bulan kita bincang nama baby, tengok sampai dah keluar pun takde kata putus lagi. Akak letaklah nama apa-apa pun asalkan sedap sudahlah.” Eliza dah naik bosan bila sebut pasal nama. “ Okey, macam tu akak ada idea. Kalau Nurul setuju Eliza dah tak boleh bantah lagi. Macam mana?” Aisyah mengenyit mata pada Nurul. Sebenarnya mereka berdua memang dah berpakat. “Haah.. Eliza, kalau kitorang pilih nama kau jangan bantah lagi dah ye.?” Nurul pula bersuara. “Iyalah.. iyalah.. nama apa yang korang nak kasi ni?” Eliza menanti dengan penuh tak sabar. “Engku Adrian Harith.!” Aisyah dan Nurul bersuara serentak. Terbeliak mata Eliza mendengar. “Ehh.. tak mau lahh hujung sama dengan nama ‘orang tu’.” Eliza menolak sambil memuncungkan mulutnya. “Tak. Tak sama ejaannya lain, aku dah check surah nikah korang.” Nurul tersengeh-sengeh macam kerang busuk. “So, aku dengan kak Aisyah dah setuju. Kau tak boleh bantah ok? Kejap lagi aku pegi pejabat pendaftaran, sebelum tu aku nak check dengan nurse. Tengok bila kau boleh keluar. Tata titi tutu..” Nurul mula mengatur langkah pambil mengepit dokumen-dokumen untuk pendaftaran baby Edy, meningalkan Aisyah yang masih menemani Eliza. “Wah baby dah ada nama sekarang, Engku Adrian Harith, ni Mama Sasa..” Aisyah berbual dengan bayi yang tidur lena itu. Tergelak Eliza mendengarnya, “apa kak Aisyah? Mama Sasa? Nasib tak sasau.” “Eh biarlah, kitorang bukan setakat bincang nama apa nak bagi kat baby ni tau, siap pilih apa panggilan budak ni nanti kat kami, haaa Edy panggil Mama Sasa ye sayang? Nanti panggil auntie sorang lagi tu Mama Yun.” Aisyah terus berbual-bual dengan sikecil yang tak faham apa-apa. Eliza pun memegang perut menahan geli hati. “Hah gelaklah.. gelaklah kuat-kuat, nanti terbuka jahitan tu, doktor jahit semula tak pakai bius baru tau.” Aisyah memberi amaran pada Eliza, amboi bukan main lagi suka, apa kelakar sangat ke panggilan Mama Sasa dan Mama Yun tu. “Kak Aisyah ni, tak sangka betul korang berdua boleh terfikir panggilan macam tu. Alah, bukan saya tak suka, suka sangat. Lebih-lebih lagi saya rasa terhutang budi sangat pada kak Aisyah dan Nurul.” Kendur bunyi suara Eliza. Aisyah duduk dibirai katil dan memegang bahu Eliza, “Dik, sebagai kakak, akak rasakan Eliza patut berterus terang dengan Harriez lah. Tak baik sembunyikan perkara ni dari pengetahuan dia. Kalau sebelum ni Eliza fikir mungkin Harriez tak terima baby ni, akak rasa Eliza mungkin silap besar.” Penuh berlapik Aisyah menyusun kata-kata, niatnya nak memujuk supaya Eliza memberitahu perihal sebenarnya pada Shahrul Harriez. “Apa maksud kak Aisyah?” Eliza bertanya kehairanan. Berdebar rasa dalam dada dengan pelbagai andaian tiba-tiba menerjah mindanya, entah-entah Shahrul Harriez sudah tahu. Aisyah merenung tepat keanak matanya, “Sebenarnya Shahrul Harriez yang mengazankan bayi ni subuh tadi. Dik, sikit pun akak tak nampak kebencian pada muka dia. Dia nampak gembira walaupun tak tahu bayi yang dikendongnya ádalah darah sendiri. Cubalah Eliza bayangkan kalau dia tahu dia sudah memiliki zuriat sendiri?” Aisyah menceritakan segala-galanya dengan terperinci tanpa tentang apa yang sudah berlaku subuh tadi. Tidak berkurang walau sedikit pun cerita yang disampaikan. Berharap benar dia agar Eliza akan berlembut hati untuk memberi tahu Shahrul Harriez. Eliza mengesat pelupuk mata, cerita Aisyah begitu menyentuh perasaannya. Terasa dia bersalah kerana menyembunyikan perihal sebenar. Selama ini dia bersangka buruk terhadap suami sendiri, membayangkan bahawa Shahrul Harriez tidak akan menerima kehadiran anak mereka. Kalaulah benar bagai dikata, alahkah gembira jika dia dan Shahrul Harriez kembali bersama? “Kak Aisyah, terima kasih sebab bagi tau saya perkara ni. Saya sedar, saya silap kerana sembunyikan hal ni. Tapi biarlah saya fikirkan bagaimana caranya nak bagi tahu abang Harriez ya?” Eliza nampak mengalah dan jawapan Eliza tu betul-betul buat hati Aisyah lapang. Midah-mudahan kekusutan ini terlerai. “TAWARAN BAPAK AKU gila betullah, itu bukan tawaran lagi namanya, dah kira kes paksa, geram betul aku. Mummy pulak siap menangis-nangis suruh aku kerja dengan daddy, macamlah aku ni kebuluran sebab tak bekerja.” Shahrul Harriez merungut-rungut bercerita pada Adam sewaktu melawat temannya, walaupun waktu sudad agak lewat petang. “Alah engkau ni, mak bapak mana yang tak mau anaknya senang, dah engkau tu tak kerja tentulah diorang tu risau. Lagi pun kau disuruh kerja dengan syarikat sendiri, susah apanya? Aku kalau ada mak bapak kaya raya macam kau, tak adanya nak kerja makan gaji. Dah tentu kerja ikut suka aku aje. Hahaha.” Adam ketawa seorang dan Shahrul Harriez masih buat muka monyok macam kuih koci tak cukup inti. “Kau cakap senanglah, ingat seronok sangat ke kerja jadi orang korporat ni. Bapak aku tu buat bisnes sana sini, mana ada masa untuk keluarga, sibuk sentiasa. Kalau kerja makan gaji haa.. masuk pukul lapan balik pukul lima kan senang? Cukup bulan terima gaji, sudah habis cerita. Ni kalau nak manage one big company bukannya mudah. Nak cari peluang bisnes lah, entertain client lah, tu belum kira nak kena bagi undertable gift. Hikssh, malas betul aku nak fikir semua tu.” Lagi Shahrul Harriez berhujah. “Tak fahamlah aku, orang lain bersusah payah nak memajukan diri. Rebut segala peluang yang ada, engkau pulak bersusah payah menolak tuah yang melompat-lompat diriba. Susah-susah, kau pujuklah abang kau balik, lepas tu kerja dengan daddy kau, macam mana?” Adam membuat saranan. “Abang aku pun dah ada business sendirilah, tapi iya jugakkan. Kalau aku pujuk dia balik sini kan bagus.” Shahrul Harriez mengangguk-anggukkan kepala. Dalam pada rancak berbual dengan Adam, tiba-tiba telefonnya berlagu tanda masuknya pesanan ringkas. Shahrul Harriez membaca dengan pantas. Salam Encik Shahrul. Doktor dah benarkan saya bawa balik baby ni. Nak jumpa tak? “Ya Allah .. Adam aku terlupa something lah..!” Shahrul Harriez menepuk dahi. ”Aku patut melawat baby tu.” “Anak sapa pulak?” Adam kehairanan. “Anak angkat Aisyah.” “ Aisyah mana pulak ni?” Adam bertambah bingung. Shahrul Harriez buat tak peduli pada kawannya yang makin blur. Pantas dia mendail nombor telefon Aisyah. ”Assalamualaikum Cik Aisyah, boleh tak bawa baby tu ke wad 8-A, saya pun memang tengah melawat kawan saya di sini, dia pun teringin nak tengok baby tu ..? Hmm.. aaa…aa apa? Baby Edy? Hahaha ok, saya tunggu kat kaunter masuk.” Shahrul Harriez mematikan talian. ”Kejap lagi baby Edy datang dengan mak angkat dia, kau tak usah pandang aku macam tu. Nanti-nanti aku ceritalah macam mana aku boleh jumpa. Ni pun aku mintak Aisyah tu datang bawa anak angkatnya ke sini sebab kesiankan kau.” Bersahaja Shahrul Harriez memberi tahu walaupun Adam tak menyahut, jelingan mautnya jelas menunjukkan rasa tak puas hati. Nasib yang nak masuk ke biliknya nanti setakat baby aje, ehh tapi ada perempuan nama Aisyah kan? Adam tak jadi nak rasa geram kat Shahrul Harriez. AISYAH MEMANGKU BAYI itu dengan penuh hati-hati, langkahnya dipercepat macam ada yang mengejar, lagaknya seperti orang bersalah. Hmm apa tak salahnya, curi anak Eliza untuk Shahrul Harriez. Nasib baiklah teman komplotnya si Nurul memang ada banyak idea bling bling . Mudah aje Eliza percaya kalau Nurul yang punya idea, iyalah Nurul tu kan Eliza percaya sepenuh hati. Sudahnya Aisyah masih di hospital bersama baby Edy, Eliza pula dah dibawa pulang ke rumah oleh Nurul. Nampaknya tak bolehlah Shahrul Harriez nak jumpa lama-lama, nanti Eliza perasan pulak. Tak pasal-pasal tidur lokap kalau Aisyah disyaki menculik bayi. Ehh tak mahulah. Mana wad 8-A ni? Hah.. Wad lelaki? Iskkh segannya, macam mana aku boleh tak perasan yang Shahrul Harriez suruh aku pergi wad lelaki ni. Aduh, segannya. Aisyah menundukkan muka dan mempercepatkan langkahnya menuju ke kaunter masuk. “Cik Aisyahkan? Terima kasih sebab sudi bawa baby ni jumpa saya. Marilah, kawan baik saya sebenarnya dirawat di sini. Dia pun nak tengok juga baby comel ni.” Ramah Shahrul Harriez bersuara, senyum meleret-leret bila terpandang aje Aisyah melangkah masuk sambil mengendong bayi. Aisyah hanya mengangguk dan menurut sahaja, segan bila di dikiri kanan semuanya pesakit lelaki. Mereka akhirnya menuju ke arah seseorang yang duduk di atas katil, tak nampak macam sakit pun. Bisik hati Aisyah. Sesampai sahaja di tepi katil Adam, Shahrul Harriez segera meminta untuk memangku baby Edy. “Ello kawan, kut iya pun seronok sangat takkan lupa nak kenalkan aku dengan emak baby ni kut?” Adam bersuara jengkel, tak patut betul lupakan kawanlah si Shahrul ni, sudah hampir lima minit dia leka mengulit bayi itu sampai tak pedulikan Aisyah yang diam menunjukkan wajah. Kalau ni cuma emak angkat, aku nak tahu juga status si emak ni. Available lagi ke tidak? “Ehehe.. lupa pulak, Adam ni Aisyah, emak angkat Edy. Haa Aisyah ni Adam kawan saya. Apa-apa nak tahu pasal dia, jangan malu-malu tanya, Encik Adam sedia membantu.” Shahrul Harriez mengusik. ‘Biarlah mereka berkenal-kenalan, aku sibuk dengan baby Edy ni’, hatinya berdetik dan kemudiannya kembali leka membelai bayi comel itu. Adam hanya mengangguk sedikit bila diperkenalkan, suka betul tengok Aisyah yang lebih banyak tengok lantai daripada memandang sesiapa. Pipinya nampak kemerah-merahan agaknya menahan malu. Tudung putih berbunga kecil yang menutup auratnya dipadankan dengan blaus longgar tetap menyerlahkan keayuannya. Eksotik! Itu komen mata Adam. “Cik Aisyah ibu kepada baby ni? Tak nampak macam orang lepas beranak pun, mana ibu sebenar baby ni?” Adam memulakan bicara. ”Saya emak angkatnya, ibunya kawan baik saya. Kami tinggal serumah.” Tutur Aisyah perlahan. “Begitu? Maaflah saya bertanya lagi, errr..ibu bapa baby ni dah berpisah ke?” Adam pula mengorek rahsia, alah ingat orang lelaki tak tahu gossip ke? “Nampaknya begitulah, saya pun tak berapa pasti apa cerita sebenarnya. Setakat membantu mana yang boleh, itu aje yang mampu saya buat. Ini pun encik Shahrul dah tolong azankan baby ni subuh tadi. Tu sebab saya bawa jumpa dia sebab esok baby dengan ibunya nak balik kampung untuk berpantang.” Aisyah ingat semua butiran yang dia dan Nurul dah plan tanpa pengetahuan Eliza. Lagipun ni semua fakta, bukan bohong pun, dia dan Nurul dah setuju untuk tidak berbohong tapi mereka juga setuju untuk tidak masuk campur. Adam hanya mendengar tapi nalurinya berkata mesti ada sesuatu, kalau tidak takkan Aisyah yang pemalu ni sanggup jumpa Shahrul. “Hmm.. baik sungguh cik Aisyah ni, sudahlah membantu kawan menghadapi saat penting menyambut anak. Ni sanggup pula bersusah payah nak bawa baby ni jumpa Shahrul?” Adam memandang dengan dengan penuh tanda tanya. Berdegup kencang dada Aisyah mendengarnya, iskkhh kawan Shahrul ni inspektor polis atau ahli nujum, boleh teka-teka dengan hampir tepat. “Eh, tak adalah macam tu, encik Shahrul ni dah pesan nak jumpa baby ni lagi. Lepas ni entah bila nak jumpa tak tahulah.” Balas Aisyah dengan sopan. “Kalau Aisyah tak keberatan, tolong bagi tahu ibu bayi ni, saya suka nak jumpa lagi dengan baby Edy, errr… apa nama penuh baby ni dan siapa nama ibunya ?” Tiba-tiba Shahrul Harriez teringat nak bertanya. “Namanya Adrian Harith dan ibunya err..” Kelu lidah Aisyah nak bersuara, mujurlah tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta diangkat. “Maaf ya, mungkin kawan saya yang menunggu di bawah.” Aisyah meminta izin untuk menjawab panggilan tersebut, mujurlah Shahrul Harriez tidak mendesak, sebaliknya dia Teres dengan keasyikkan membelai baby Edy. “Helo, Nurul akak kat atas lagi ni. Apa..? err .. ya ..ya.. akak turun sekarang, okey bye.” ”Minta maaflah, saya kena minta diri dulu kawan saya dah tunggu di bawah.” Aisyah memohon izin. Shahrul Harriez masih memegang baby Edy. ”Ala, sekejapnya dapat jumpa baby Edy. Nanti boleh ke saya jumpa dengan dia lagi?” Shahrul Harriez meminta sambil mencium pipi baby yang tidur nyenyak itu sepuasnya. ”Insya Allah, nanti bila baby dan ibunya dah habis pantang saya akan beritahu encik Shahrul.” Aisyah menyambut bayi tersebut dengan penuh hati-hati. ”Baik-baik Aisyah, insya Allah nanti kita jumpa lagi ya.” Adam pula yang menyahut sambil menghantar pandangan pada Aisyah penuh makna. Shahrul Harriez menepuk bahu temannya bila dia sedar yang Adam masih memandang ke pintu utama walaupun kelibat Aisyah dan baby Edy dah lama hilang. ”Sudah-sudahlah tu, engkau tu kan sakit perut haa mana boleh tengok perempuan lama-lama.” Shahrul Harriez ketawa mengejek. ”Dah baik dah, ni pun tunggu nurse tu uruskan check-out aje lagi. Pandailah kau tak boleh tengok perempuan konon, engkau tu sebenarnya tengok apa? Entah-entah sebab kau nak jumpa Aisyah lagi, buat-buat nak jumpa baby konon.” Adam pula menyindir, sebenarnya nak pastikan yang Shahrul Harriez tu ada menyimpan rasa pada Aisyah atau tidak. Shahrul Harriez ketawa bersahaja, jarang dia mendengar Adam menunjukkan minat pada perempuan. Kali ni sekali tengok aje dah berkenan? ” Mula-mula aku suka kat anak angkat dia, lepas tu aku angkatlah sekali dengan mak dia.” Akal jahatnya sengaja nak mengusik Adam. ”Ala, kau janganlah tamak. Dah suka anak angkat cukuplah, mak angkatnya biarlah aku yang angkat pulak.” Tanpa berselindung Adam meluahkannya.’edulilah, Shahrul Harriez ni tak boleh diberi peluang, diakan dah kahwin?’Adam berbisik sendiri. ” Eh, kenapa kau nak potong jalan? Aku dah suka anak, haa dengan mak dia sekalilah aku kena suka, senang nanti nak jadi keluarga bahagia.” ”Hmm.. pandailah tu keluarga bahagia konon.” Adam bunyi macam merajuk. ”Shahrul, cakap pasal keluarga bahagia ni, apa cerita Eliza?” Shahrul Harriez yang tengah syok ketawa mengusik jadi terdiam, baru teringat yang dia dia sudah mempunyai bunga-bunga harapan untuk meraih kembali cinta Eliza. Sudahnya dia tersenyum semula, ”Haa.. dah senyum-senyum macam tu, mesti ada berita baik ni. Iyalah, semalam dapat bercakap dengan buah hati. Bila nak bawa Eliza balik ke rumah?” Adam pun hampir terlupa untuk bertanyakan kisah Eliza, yang membuat kawannya itu bertukar mood ceria aje. “Bawa balik tu tak lagilah, tapi sekurang-kurangnya dia mahu bercakap elok-elok dengan aku, siap minta maaf lagi sebab dia dah lama tka pedulikan aku.” Shahrul Harriez bercerita dengan bangga. “Iya? Waah.. berita baik ni. Lagi..? Lagi..?” “Itu ajelah, dia tak mau aku hantar bunga lagi kalau nak bercakap dengan dia melalui telefon.” Shahrul Harriez bercerita seadanya. Keceriaan yang terpancar di mukanya menunjukkan dia yakin Eliza sudad mula menunjukkan kesediaan untuk kembali ke pangkuannya. “Macam tu aje? Habis tu kau tak ajak dia jumpa ke?” Adam masih belum berpuas hati, dia nak tahu sejauh mana erhubungan kedua suami isteri ni sudah kembali pulih. Sekian lama menjadi tempat Shahrul Harriez meluah rasa, tentunya Adam ingin melihat kawannya itu kembali gembira. “Mestilah aku nak jumpa dia lagi, tapi aku rasa.. aku tak mahu paksa dialah. Nanti dibuatnya dia lari lagi kan susah?” “Shahrul, ada benda yang kau boleh tunggu, tapi ada perkara yang kau kena bertindak cepat. Contohnya sekarang, Eliza dah ok kan, maknanya kau kena cuba untuk suruh dia balik ke rumah kau. Dalam hal ni aku rasa tak salah kalau memaksa, kau ada hak bro. Tak kan dia masih nak menjauhkan diri dari kau?” Adam meluahkan apa yang dia sudah lama terfikir. “Kalau aku, memang aku dah heret isteri aku balik rumah, apa guna jadi suami kalau isteri tak mahu menurut kata.” Adam terus bersuara. Shahrul Harriez jadi terpana, betul juga kata-kata Adam tu, agaknya Eliza ni nak kena paksa kut. Kalau cakap dia tak mahu ikut, nanti aku culik aje dia bawa balik ke rumah. Hihihihihi.. dia berfikiran nakal. “Hmm. Iyalah, nanti aku kidnap aje dia bawa balik. Time tu kalau aku tak layan kau jangan marah aa..Eh lama betul nurse ni nak uruskan kau punya check-out, ntah-ntah nurse ni tak kasi kau balik tak?” Shahrul Harriez mengingatkan. “Entahlah, kalau nurse comel-comel macam Aisyah tu, pindah terus dalam wad ni pun aku sanggup.” Adam tak mahu kalah, sempat juga dia teringatkan Aisyah. Lima belas minit kemudian mereka berdua meninggalkan kawasan hospital dan menuju pulang ke rumah Adam. SEMUA BARANG-BARANG sudah dimuatkan ke dalam kereta Aisyah, hanya menunggu masa sahaja untuk bertolak ke Melaka. Nurul menyudah kerja-kerja memunggah barang-barang ke dalam bonet kereta lalu masuk ke dalam kereta dan mengambil tempat duduk di bahagian depan. Semua barang diangkut sehingga habis kain baju Eliza, lagaknya macam nak pindah terus. Eliza yang tidak dibenarkan bergerak tak boleh nak kata apa bila Nurul punggah semua pakaiannya dan disumbat masuk ke dalam beg. Dah memang dia tak banyak pakaian pun, apa lagi angkut ajelah semua. Sementara Aisyah pula sibuk mengunci semua tingkap dan pintu sebelum melangkah masuk dan duduk di tempat pemandu, yang duduk tersandar macam mem besar cuma Eliza sahaja yang memangku bayinya. “Kalau dah tak ada apa-apa lagi, kita bertolak sekaranglah, nanti tak adalah lama sangat atas jalan. Hujung minggu macam ni highway ke Melaka tu boleh tahan juga sesaknya.” Aisyah bersuara seraya memasukkan gear kereta dan berlalu meninggalkan perkarangan rumah. Eliza memandang sepi perkarangan rumah sewa mereka. Seingatnya, sejak kali pertama menjejakkan kaki ke rumah itu, ini kali kedua dia meninggalkan rumah untuk jangkamasa yang lama. Mula-mula dulu pun setakat balik ke rumah emak Nurul di Melaka, tapi itu cuma dua hari. Kali ini nak ‘bercuti’ panjang, sekurang-kurangnya dua bulan kata kak Aisyah. Sedih pula nak tinggalkan rumah, macamlah ada sesiapa yang akan mencari. Tak ada orang nak cari? Eliza tiba-tiba teringatkan Shahrul Harriez, ‘abang di mana sekarang? Eliza nak bawa anak kita sementara untuk berpantang. Abang, izinkan saya pergi.’ Hatinya merintih sendiri. Telefon pemberian Shahrul Harriez dikeluarkan dari beg tangannya setelah baby Edy diletakkan di sebelahnya. Selepas bercakap dengan Shahrul Harriez malam kelmarin, telefon itu dia dah terlupa nak menghidupkan semula. Eliza menunggu telefon itu untuk berfungsi semula, sebaik sahaja ia berfungsi terus telefon itu berlagu tanda pesanan yang masuk bertalu-talu. Dua puluh enam panggilan tak dijawab.! Semuanya dari Shahrul Harriez, wahh.. berapa lama dia dah cuba menghubungi aku? Enam belas panggilan ringkas tidak dibaca. Hahaha, Shahrul Harriez bukan seorang yang mudah berputus asa. Eliza membuka satu persatu pesanan tersebut. Assalamualaikum sayang.. I miss you..! Sayang kenapa off hp ni? On pls..luv you. Sayang pls answer my call. Eliza pergi mana? Kenapa tak jawab panggilan abang? Pesanan dengan soalan kenapa tak jawab panggilan dibuka satu persatu. Hanya yang terakhir buat jantung Eliza bagai disentap. Sayang, I am coming to your house. Get ready, abang nak sayang balik rumah abang kita tak kira apa yang jadi sekali pun. Love you so much. Eliza memeriksa tarikh dan waktu pesanan itu dihantar, lapan minit yang lalu!. Maksudnya Shahrul Harriez sudah dalam perjalanan ke rumah. Oh Tuhan..! Eliza tidak tahu apa perasaan yang terbit dari hatinya. Kalau benar Shahrul Harriez datang mahu mengambil dan membawanya pulang ke rumah, dia akan akur, dia akan ikut Shahrul Harriez balik kalau suaminya sudi menerima dia dan Edy. Airmata hangat tumpah dari kolam matanya, terasa sungguh gembira bila Shahrul Harriez mahu menjemputnya pulang. Betul kah abang benar-benar mahukan aku kembali? Dapatkah abang menerima kehadiran anak ini juga.? Bertalu-talu soalan terbit dimindanya, perasaan gusar yang menyelubungi hati kerana bimbang Shahrul Harriez tidak menerima keadaanya yang sudah melahirkan zuriat mereka berbaur dengan perasaan gembira bila suaminya inginkan dia kembali kepangkuan. Abang.. Eliza rindu abang. Eliza nak kembali pada abang. Hatinya terus berbisik. Eliza memandang telefon yang dirintik oleh airmatanya. Kalau betul abang nak datang ambil, mesti sekejap lagi dia akan telefon. Masa tu aku akan suruh kak Aisyah pusing balik ke rumah, biar mulut Nurul ternganga, biar kak Aisyah jadi panik. Hatinya berlagu gembira. Masih lagi telefon itu digenggam sambil dia mengusap tubuh kecil yang hanya tidur lena itu. ‘Edy, kejap lagi ayah datang nak ambil kita balik ke rumah. Mak pun tak tau kat mana rumah ayah, tapi tak kisahlah. Kat mana pun rumah ayah kita ikut ajelah ye..?’ Eliza berbisik kepada anak kecilnya. Senyuman gembira terpancar diwajahnya sambil dia berdoa semoga Shahrul Harriez cepat-cepat menelefonnya kembali. Abang, Eliza tunggu abang datang ambil kami. Labels: Jangan Ada Benci Jangan Ada Benci 15
Tuesday, July 5, 2011 | 6:52 PM | 12 star
“Mengada-ngada betullah kau ni Adam, subuh-subuh macam ni barulah nak sakit perut. Pergi ambil minyak angin tu haa sapu.” Shahrul Harriez bersuara malas. “Adui, kalau aku tak rasa nak mati tak adanya aku nak kejutkan kau tidur. Kalau aku keras kat sini karang tak ke engkau jugak yang susah nak jawab kat polis kenapa ada orang tiba-tiba mati kat rumah kau?” Huh dalam pada sakit pun Adam sempat lagi nak buat lawak. “Yelah.. yelah aku bangun ni.” Shahrul Harriez bangun dengan malas, sudahlah dia baru aje lelapkan mata, jam di atas meja dikerling sekilas. Pukul empat setengah pagi? Adam ni tak ada ke waktu lain nak sakit? “Kau nak bawa aku ke klinik mana ni? Bukan main jauh lagi, dah dekat setengah jam tak sampai-sampai.” Adam bersuara sambil mukanya berkerut menahan senak yang menyiksakan. ”Laa kan kau sakit sangat aku bawa pergi hospitallah ni.” Shahrul Harriez menggaru-garu kepala yang tak gatal. Dia sendiri pun tak tau kenapa menuju ke Hospital Pantai. Padahal sakit Adam bukanlah kronik sangat pun, setakat dibawa ke klinik berhampiran dengan rumahnya pun dah cukup. ”Alah Adam, ni dah nak sampai pun hah, kau turun dulu kat sini. Aku pergi parking kereta.” Itulah orang tengah sedap-sedap tidur kena kejut, mana tak melalut sampai pergi hospital yang jauh dari rumah. AISYAH DAN NURUL menunggu dengan penuh debaran, penyaman udara waktu subuh-subuh ni sepatutnya rasa sangat sejuk, jururawat-jururawat di sini pun kebanyakkannya menyarung baju tebal. Tapi Nurul rasa kejap-kejap macam berpeluh, kejap-kejap macam menggigil. Aisyah pulak berulang-alik ke tandas, gelisahnya dia membuatkan perutnya rasa tak selesa. Hampir tiga jam Eliza disorong masuk ke dewan bedah. Mereka berdua tak dibenarkan masuk, kata jururawat hanya suaminya sahaja yang dibenarkan. Maka terpaksalah mereka berdua menunggu di ruang yang disediakan, ”Nurul, akak rasa Nurul patut call suami Eliza la.” Aisyah tiba-tiba bersuara. “ Err.. patut ke kak Aisyah? Hmm. Nurul risaulah takut-takut nanti Eliza mengamuk. Kita pun tak tahu lagikan Eliza dah boleh terima abang Harriez tu atau tidak.? Lepas diorang jumpa bulan lepas ada nampak Eliza macam dah suka kat abang Harriez tak?“ “ Rasanya tak de pulak dia nampak macam dia nak berbaik-baik, macam biasa aje, semua bunga dan hadiah kena campak. ” Aisyah bersuara. “ Macam tu kak Aisyah rasa kita patut panggil ke suami dia? ” Nurul cuba menduga. “ Tak payahlah kut. Kita berserah ajelah pada takdir.” Aisyah akhirnya memutuskan. Susah betul nak buat keputusan, kata pepatah kerana pulut santan binasa, kerana mulut pula nanti haa tak pasal-pasal bermasam muka. Perkara yang melibatkan masa depan dan peribadi orang ni bukan boleh dibuat main, nanti kita pula yang dituduh penyibuk menjaga tepi kain orang. Aisyah tak mahu ambil risiko macam tu, sudahnya dia mengambil keputusan untuk mendiam diri sahaja. “ Lama betul orang nak beranak ni ya kak Aisyah? Ingat sejam dua aje dah selesai.” Nurul menukar topik perbualan. “ Eh mana ada sejam, ada kawan akak tu malam ni dia masuk dewan bersalin, esok petang baru baby keluar tau. Tak tahulah macam mana dia tahan sakit. Tengok Eliza tadi bukan main berkerut lagi muka dia, panggil pun dah tak dengar dah. Nasib baik dia tak menjerit melolong macam yang lagi satu tu. ” “ Haah lah kak Aisyah, kira Eliza tu cool lagi lah ye, tak de menjerit melolong macam nak kena sembelih. Hihihihihihi..” Nurul tak tahan geli hati bila teringat ada seorang ibu muda yang memekik-mekik dek kerana menahan sakit. Tak cukup dengan menjerit, suaminya pula menjadi tempat dia melepaskan rasa. Kesian pun ada tengok si suami yang turut sama tak tentu arah tu. Agaknya memang begitu ragam orang nak beranak ni. Sambil menunggu berita dari dewan bedah, Nurul dan Eliza berbual kosong bagi menghilangkan rasa gelisah, seketika kemudian jururawat muncul dari pintu dewan bedah itu sambil membawa katil kecil yang disorong keluar. “ Siapa keluarga Puan Eliza Damia?” Juruwarat itu bersuara sementelahan tidak kelihatan kelibat lelaki yang boleh dipanggil suaminya. Pantas Nurul dan Aisyah berteriak serentak,“ Saya..!” Kedua-dua sahabat itu meluru mendapatkan bayi yang baru sahaja dilahirkan. Wajah mulus itu tampak lena dibalut dengan kain selimut sehingga menampakkan muka bulatnya sahaja. Dalam cahaya yang diterangi lampu itu jelas kelihatan bentuk muka yang langsung tak serupa Eliza. “Macam muka abang Harriezlah. Nurse, ni bayi lelaki ke perempuan? ”Nurul bertanya dengan muka bercahaya. “ Lelaki, tak ada saudara lelakikah yang datang? Seeloknya bayi lelaki diazankan secepat mungkin.” Jawab juruwarat itu dengan ramah. Nurul dan Aisyah berpandangan sesama sendiri, melihat keadaan mereka yang kelu tidak berkata, jururawat itu menambah lagi, “Tak apalah kalau tidak sekarang, nanti siang bila ada yang datang melawat boleh diazankan juga, hmm marilah saya nak bawa baby ni ke bilik bayi.” “Kami dah boleh melawat ibunya cik?” Aisyah bertanya, terlupa pulak pasal Eliza bila dah melihat bayi comel itu. “Belum boleh lagi, doktor sedang menjahit kat dalam tu.” Jururawat itu berkata pambil tersenyum. Menjahit? Aisyah menelan air liur, ngerinya. “APA YANG KAU makan tadi Adam? Aku pun makan pizza juga tadi, tak ada pulak sakit perut macam kau, meracau-racau macam kena rasuk. ” Shahrul Harriez berteleku pada katil tempat Adam berbaring. Tak pasal-pasal Adam ditahan di wad selepas doktor siap memeriksanya. “ Tadi sebelum tidur aku makan jeruk kat dapur kau tu. Agaknya itu yang buat aku sakit perut. Entah-entah dah expired sebab tu lah aku dapat keracunan makanan.” Adam bersuara jengkel. Itulah Shahrul ni, tak pernah ambil tahu apa yang ada di rumahnya, yang aku ni pulak main telan aje sapa suruh. “Jeruk? Aku tak pernah simpan jeruk dalam rumah? ” Shahrul Harriez bersuara. Pelik betul. Aku sendiri tak pernah beli barang makanan untuk stok di rumah, usahkan mee maggie, sebiji beras pun tak pernah beli. “ Nak buat macam mana, kalau kau letak racun tikus atas meja agaknya sekarang ni aku dah jadi arwah dah.” “Ala kawan, sorry lah aku tak tau pun kat dapur aku tu ada makanan yang tak boleh dimakan lagi. Lain kali kau jangan makan apa-apa barang kat dapur tu selain lain air sejuk. Aku tak pernah ada stok makanan pun.” “ Tak apalah benda dah nak jadi, anyway thanks for sending me here. Kau pergilah balik rehat ke tidur ke, aku tak ada apa-apa yang nak dirisaukan. Tak payahlah tunggu aku pulak. ” Shahrul Harriez hanya ketawa kecil, “ Tak sangka aku bangun pagi-pagi hantar hantar kau ke hospital, kalau hantar bini beranak lain lah. Aku nak solat dululah. Okey bro take care, aku chow dulu errk. Nanti waktu melawat tengah hari aku datang lagi. ” Shahrul Harriez bangun dan berlalu menuju ke surau yang disediakan setelah bersalam dengan Adam dan meninggalkan kawnnya itu untuk berehat. “KAK AISYAH.. tengok tu.. tengok tu..” Nurul memuncungkan mulutnya mengarah ke susuk tubuh yang datang dari arah bertentangan. “Siapa tu?” Aisyah bersuara bagai berbisik. “Itulah Shahrul Harriez, suami Eliza. Akak tak kenal ke?” Nurul seakan berbisik. “Hah..? Iya ke, mana akak kenal. Tadi Nurul kata tak mahu call dia, macam mana dia boleh datang sini?” Aisyah pula bersuara kalut, “Mana ada Nurul call dia, ni kebetulan aje terserempak dia kat sini. Takkan Eliza pulak yang call dia, isskkhh.. Tapi agaknya Tuhan dah nak kasi rezeki kat baby ni kut?..Haa.. macam ni, akak tak kenal diakan? Mesti dia pun tak kenal akak juga, apa kata akak minta dia tolong azankan baby ni? Mudah-mudahan berkat sebab diazankan oleh ayahnya sendirikan?” Nurul tiba-tiba dapat idea. Tak kiralah janji idea tu bernas dan bling-bling . “Tapi akak jangan pulak pecah rahsia tau.” “Hah..? ehh idea Nurul memang bernas, macam padi Bernas tapi akak eh.. Nurul..!” Aisyah jadi kelam kabut bila Nurul dah tolak dia ke depan. “Nurse, kami nak minta tolong orang tu untuk azankan baby ni, boleh kan?” Nurul pantas bersuara. “Hmm.. bolehlah, tapi dibilik bayi ya, sekurang-kurangnya di bawah pengawasan nurse sebab baby ni tak ada bapanya yang menunggu. Adik faham ya? Ini peraturan, ye lah benda tak elok ni macam-macam cara boleh jadi,” Jururawat itu memberi persetujuan. “Ya,,ya kak kami faham sangat, err kawan saya ni akan temankan. Saya pergi jenguk ibunyalah.Kak Aisyah, please ..” Nurul dah pusing badan. Lambat-lambat karang Shahrul Harriez nampak habis laaa. Aisyah jadi serba salah, ‘iskkh Nurul ni pandai betul buat rancangan, sudahnya aku jugak yang disorongkan.’ Antara segan dan menggelabah, Aisyah memberanikan diri menegur sewaktu mereka berselisih. “Assalamualaikum encik, minta maaf mengganggu.” Aisyah bersuara sopan, manalah tau subuh-subuh macam ni Shahrul Harriez punya mood tak bagus. “Waalaikum salam, ada apa cik?” Sedikit terkejut bila disapa oleh perempuan yang menolak katil bayi itu. Jururawat di sebelahnya hanya tersenyum. “Saya nak minta tolong encik azankan bayi ni, sebab tak ada saudara lelaki yang menunggu. Ini anak angkat saya. “ Belasah ajelah, memang baby ni pun nanti akan jadi anak angkat aku dan Nurul apa. Detik hati Aisyah, jangan dia tanya lagi siapa emaknya sudah, aku tak sanggup nak menipu. “Oh begitu, boleh apa salahnya. Saya pun baru aje selesai solat.” Shahrul Harriez menerima dengan senang. “Kalau begitu encik boleh ikut saya ke bilik bayi, kat sana ada ruang untuk mengazankan baby.” Jururawat itu pula menokok. Kesian sungguh dia, sudahlah ibunya bersalin dengan tidak diteman oleh suami, hanya dua orang teman perempuan yang menunggu. Mudah-mudahan bayi ini hasil dari hubungan yang halal. Aisyah hanya memandang dengan sayu bila melihat si ayah mengangkat bayinya dengan penuh hati-hati. Kalaulah Shahrul Harriez tahu itu anaknya, entah macam mánala agaknya perasaannya ya? Berat sungguh untuk Aisyah menyimpan rasa di dalam dadanya bila menyimpan perkara yang sebenar, perasaan yang membuak-buak memaksa dia untuk memberitahu perkara yang sebenar, cuma mulutnya yang terkunci kaku tak mampu nak bersuara. Airmata terharu dikesatnya perlahan. Shahrul Harriez mengucup kedua belah pipi bayi itu dengan penuh rasa terharu. Entah kenapa hatinya begitu terusik bila memangku tubuh gebu itu. Bayi itu tenang sahaja walaupun tubuh kecilnya dipeluk kemas. Langsung tak berkutik walaupun Shahrul Harriez menciumnya berkali-kali. Bayi yang tidur lena itu diletakkan kembali di atas katil kecilnya walaupun Shahrul Harriez rasa tak puas-puas nak cium pipinya yang gebu. Nampak begitu berisi badannya, entah berapalah beratnya. Shahrul Harriez tercari-cari mana tanda pengenalan bayi ni, bukankah patutnya setiap bayi baru lahir mesti ada kepingan kertas tu? “Terima kasih encik, budi encik tak dapat saya balas. Kalau encik tak ada, tak tahulah dengan siapa saya nak minta tolong.” Aisyah berbahasa tanda mengucapkan terima kasih yang tak terhingga. Sambil itu cepat tangannya menyelitkan tanda nama bayi Eliza di celah bantal. “Ah .. tak ada apalah. Err..cik betul ke ni anak angkat cik?”Shahrul Harriez pula bertanya. “Ya, anak angkat saya.” Cepat Aisyah menjawab, minta-minta janganlah dia tanya siapa ibunya. “Oh begitu, kalau cik tak keberatan, nanti boleh saya datang jenguk baby ni lagi? Err.. baby lelakikan? Dah ada nama?” Shahrul Harriez menunjukkan minat. Sungguh tak sampai lima belas minit memeluk bayi itu terasa sayang pula nak meninggalkan. “Hmm. Tak jadi masalah, datanglah melawat lagi. Err.. sebenarnya belum ada nama lagi.” Aisyah sudad berpeluh sendiri. Aduhai… Nurul akak tak ada idea nak kelentong mamat ni. “Kalau macam tu tak apalah, hmm nama saya Shahrul. Cik ni siapa?” “Aisyah,” “Hmm .. saya minta diri dululah, kalau ada rezeki nanti saya teringin nak melawat baby ni lagi. Oh ya, tadi tak nampak pulak tag nama baby ni, siapa nama ibunya?” Alamak…. Macam mana ni..??? Ligat otaknya memikirkan alasan yang patut. “Hmm.. macam ni lah, kalau encik Shahrul nak melawat call ajelah.” Huh tak pasal-pasal aku kena bagi nombor telefon pada suami orang, kawan baik sendiri pulak tu. Shahrul Harriez menyalin nombor Aisyah dengan senyum gembira dan berlalu setelah kembali menjenguk bayi comel itu dan menciumnya berkali-kali. “Nanti uncle datang lagi ya.” Janjinya pada sikecil itu dan disambut dengan helaan nafas panjang seolah-olah memahami kata-kata siayah. Aisyah menarik nafas lega. Syukurlah, ayahnya sendiri yang mengazankan. Setelah puas dia membelek sibayi comel itu, baru Aisyah teringat untuk menjenguk Nurul dan Eliza. Alamak macam mana boleh lupa. Lepas ni si Nurul mesti nak tau apa yang dah jadi. Aisyah melangkah menuju ke wad yang menempatkan pesakit wanita dengan perasaan penuh terharu. SHAHRUL HARRIEZ membaringkan tubuhnya, terasa lesu bila. Cadangnya nak sambung tidur tapi dari tadi bergolek-golek mata tak mau lelap. Otaknya tak berhenti-henti berfikir dan teringat baby di hospital tadi. Entah apa yang membuatkan dia asyik teringat-ingat. Kalaulah baby tu anak aku? Mesti sekarang ni aku tengah berdiri tepi katil dia, usap jari jemarinya yang comel, cium pipi montel tu puas-puas. Aku nak tunggu dia celikkan mata lepas tu menangis minta susu, lepas tu aku nak susukan dia dan dodoikan supaya tidur semula. Lepas tu.. lepas tu.. Kepala yang tak gatal digaru-garu, mukanya diraup dengan tangan berkali-kali, jauh benar aku berimaginasi dengan baby tu. Shahrul Harriez mula tersedar dari angannya, tapi itulah yang difikirkannya sejak memandu pulang dari hospital tadi. Baby tu tak buka mata pun tapi bila baby tu tidur lena dalam pangkuannya tadi walau pun sekejap, Shahrul Harriez tak tau apa perasaan yang patut digambarkan sewaktu memeluk dan menciumnya. Sedih? Terharu atau gembira? Tapi atas sebab apa? Mungkinkah kerana harapan atau angan-angan yang baby itu anaknya sendiri? Hmm, nak berangan ada anak? Ada isteri pun tak boleh nak jaga, setakat dua hari aje betul-betul jadi suami, masakan boleh berangan nak ada baby? Tapi ada ke kemungkinan Eliza mengandungkan anaknya? Hmm…tak mungkin kut. Kalau ada kenapa Eliza perlu lari? Bunyi Donald Duck berdendang dari handphone membuatkan angannya terbantut, kacau betullah, kalau mummy tak apa, tapi kalau yang lagi satu tu, minta maaf. Shahrul Harriez mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya, mujurlah mummy. “ Yes, mummy..” Dia bersuara malas, entah kemana salamnya. “Riez, Oh My God..! Mummy call berpuluh-puluh kali ni baru Riez nak jawab. What happen to you?” Suara nyaring dari Engku Faridah membuatkan Shahrul Harriez menjarakkan telefon itu dari telinga. “Ada.” Sepatah jawapannya. “Riez, mummy and daddy nak Riez balik ke rumah sekarang juga. Daddy free hari ni, so that’s a lot of things that we need you to explain.” Engku Faridah bersuara memberi arahan. “Hmm.. Riez busy lah mummy, kirim salam aje kat daddy tu. Nanti weekend lah kut Riez balik rumah.” Cepat dia memberi alasan. “Harriez, daddy ni. Balik sekarang we need to talk.” Tan Sri Engku Mukhzani bersuara tegas. “Hmm. Yelah. Yelah..Sejam lagi Riez sampai, nak mandi dulu.” “Alah, macam kamu tak boleh mandi di sini, cepat balik daddy ada perkara penting nak bincang dengan Riez.” Shahrul Harriez mengeluh bila mendengar arahan daddynya, walaupun antara dia tidak begitu rapat dengan daddynya tetapi dia tetap hormat akan arahan orang tuanya itu. Antara dia tiga beradik, hanya dia sahaja yang boleh bertoleransi dengan kedua ibubapanya, abang dan kakaknya sudah bertahun-tahun membawa diri ke luar negara dek kerana tidak tahan dengan kerenah mummy dan daddy. Oleh itu dia selalu dianggap sebagai anak tunggal sementelahan sudah bertahun-tahun abang dan kakaknya tidak pulang ke Malaysia. Kunci kereta dicapai dengan penuh malas, daddy ni entah apa-apalah yang nak dicakapnya. Tu tak lain sebab dia dah tau aku berhenti kerja. “MANA ABANG TAHU Harriez dah berhenti kerja?” Terkejut besar Engku Faridah mendengar berita dari suaminya. Sungguh tak disangka Shahrul Harriez yang serius pasal kerja tu boleh berhenti dengan tiba-tiba. Apa yang merasuk fikiran anak bongsunya itu? “Mr Tan, boss dialah, jumpa abang kat club, tiba-tiba tanya apa business future plan anak kita tu. Abang pun terkejut juga, mau tak mau abang jawablah Shahrul Harriez will join Putra Berhad.” “Wah, abang dah bagi tahu orang yang Riez akan kerja dengan syarikat keluarga ya? Hahahaha.. pandai-pandai abang buat cerita, pandai-pandai jugalah abang bagi tau Riez sendiri ya? “ Engku Faridah bagai mengejek suami ni. Manakan tidak, sebagai ibubapa mereka berdua memang kenal benar dengan perangai Shahrul Harriez yang keras kepala, kalau katanya hitam, maka hitamlah. Awal-awal lagi Shahrul Harriez menetang apa saja keputusan yang dibuat untuknya, dulu bila disuruh belajar Business Study, dia ambil jurusan Engineering. Hidup-hidup mereka berdua percaya yang Shahrul Harriez ke London untuk belajar bidang perniagaan, dah tahun ketiga baru mereka sedar yang sebenarnya Shahrul Harriez belajar bidang kejuruteraan. “Itulah abang nak minta tolong Idah ni, tolonglah pujukkan Riez supaya dia betul-betul kerja dengan kita. Malulah abang kalau orang tau yang Riez masih lagi bekerja dengan syarikat lain.” “Abang bukan tak tahu perangai Riez tu macam mana? Idah sendiri pun dia tak peduli, masakan cakap kita dia nak dengar?” Engku Faridah membantah. “Alah, Riez tu sedegil-degil dia pun, dia tetap patuh pada kita. Tengok ajalah dulu, Idah suruh dia kahwin dengan budak kampung tu, takde pun dia menolak? Boleh pula Idah pujuk dia tinggal kekasihnya dan kahwin dengan perempuan kampung tu?” Tan Sri Engku Muhkzani memujuk isterinya lagi. “Itu lain bang, ingat tak mula-mula Idah suruh dia kahwin, bukan main melenting lagi dia. Tapi iyalahkan, kucing mana nak tolak ikan, jumpa aje budak tu terus setuju nak kahwin. Entah apa yang buat dia setuju Idah pun tak tau. Tapi kali ni kalau abang nak Idah pujuk dia, Idah tak boleh nak gerenti yang dia akan dengar.” Masih lagi Engku Faridah berdalih. “Idah, cubalah cakap elok-elok dengan dia. Ini pun untuk kebaikkan kita dan kebaikkan Riez juga, siapa lagi yang nak diharapkan? Anak kita yang lagi dua orang tu entah mana tak nampak bayang. Hezriq dah tak tahu mana tinggalnya, entah apa untung nasib pun tak tahu. Hazreen tu mengikut suami pun langsung tak balik-balik juga. Ni Harriez sajalah yang tinggal, satu-satunya peluang untuk kita harapkan menyambung perniagaan keluarga. Takkan Idah tak terfikir semua tu?” Lagi suaminya menambah. “Kalau Idah berjaya pujuk Riez, apa kata abang bawa Idah honeymoon? Mana Idah nak pegi Venice? Rome? Shopping kat Harrods?” Sambil tersenyum Tan Sri Engku Muhkzani memancing minat Engku Faridah. Agak lama Engku Faridah termenung memikirkan tawaran si suami.“Hmm.. Idah usahakanlah.” Jawab isterinya sambil tersenyum penuh makna. Tan Sri Engku Muhkzani juga turut tersenyum puas, alah macam tu lah orang perempuan, umpan sedikit dengan kebendaan, apa pun boleh. Terbayang Emylin si artis seksi itu akan menemaninya ke Rome, nanti bila Engku Faridah sibuk shopping peluang itu akan dipastikan untuk dia bersama dengan kekasihnya. Tan Sri Engku Muhkzani melayan perasaannya lagi. Labels: Jangan Ada Benci |